Anda di halaman 1dari 16

TUGASAN

PENGURUSAN PEMBELAJARAN (BBD 18104)

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DAPAT MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

DISEDIAKAN OLEH
HALIJAH BINTI BAHARUN CB130173 / 650708015094
PROGRAM SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SEKOLAH RENDAH) DENGAN KEPUJIAN SAINS

SEMESTER 1 2013/2014 PENSYARAH : TN HJ ALI BIN SURADIN

KANDUNGAN

TAJUK

Muka surat

Pendahuluan Bahan bantu mengajar Ciri-ciri pemilihan bahan bantu mengajar yang berkesan Faktor-faktor yang boleh diambil kira sebelum menghasilkan bahan bantu mengajar Jenis-jenis bahan bantu mengajar Pengajaran dan pembelajaran berkesan Multimedia sebagai bahan bantu mengajar yang berkesan Kesimpulan Rujukan

2 3 4

8 10 11

14 15

PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DAPAT MENINGKATKAN KEBERKESANAN PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

PENDAHULUAN Pengajaran dan Pembelajaran, dari segi bahasa, menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, berasal dari satu kata dasar yang sama iaitu ajar yang bermaksud petunjuk yang diberikan kepada orang lain. Pengajaran bermaksud segala yang berkaitan dengan mengajar atau mengajarkan (seperti caranya, sistemnya dan lain-lain). Pembelajaran ialah suatu gerak balas kepada rangsangan-rangsangan yang membawa kepada satu perubahan. Menurut Shea (1994) dalam Juhazren Junaidel et al. (2005) pembelajaran ialah satu proses mental atau fizikal yang membawa kepada perubahan tingkah laku. Ee Ah Meng (1993) pula mengatakan bahawa pembelajaran adalah satu proses memperoleh pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang baru. Pengajaran berkesan, menurut Tuner, R. (2001) ialah pengajaran pakar dan cemerlang. Terdapat penggunaan istilah lain seperti mengajar dengan baik (Brown et al. 1993) mengajar dengan kreatif (Woods et al. 1996) dan pengajaran berkualiti (Stones, 1992).

BAHAN BANTU MENGAJAR Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G (1963) .. hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperoleh pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan. Menurut Ngui Kuen Sang (1981:35) mengenai BBM, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun pada keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi pengajaran dan pembelajaran adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang. Atan Long (1982:174) BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta ataau dibubuh pada slaid dan dipancarkan pada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM. Penggunaan bahan bantu mengajar memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. Bahan bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman (Omardin Ashaari, 1999). Antara rasionalnya penggunaan bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk mengetengahkan konsep. Ini bermaksud pelajar dapat menyaksikan sendiri tunjuk cara dan bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru semasa menyampaikan pengajaran dalam bilik darjah. Pengajaran guru akan lebih mudah dengan penggunaan bahan bantu mengajar, lebih-lebih lagi bahan yang digunakan itu bersesuaian dengan tajuk pelajaran yang disampaikan oleh guru. Antara lain rasionalnya adalah untuk mencetuskan minat pelajar. Peralatan yang digunakan juga menjadi penggalak dalam penyampaian pembelajaran. Bahan bantu mengajar dapat mewujudkan suasana persekitaran yang sesuai kepada pelajar. Jika bahan bantu mengajar digunakan dengan teratur semasa memberi penerangan, pengajaran yang disampaikan akan mencetuskan minat pelajar. Kamarudin Hj Hussin (1988:242) merumuskan kepentingan bahan bantu mengajar seperti berikut : Memberi rangsangan dan minat pelajar

Menyediakan dasar kukuh untuk perkembangan kefahaman dan corak pemikiran dan mengurangkan gerak balas lisan yang tidak diperlukan daripada pelajar. Membekalkan dasar perkembangan pelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal. Menyediakan pengalaman yang baru yang tidak diperoleh dengan mudah oleh caracara lain, menjadikan pembelajaran pelajar lebih mendalam dan beragam. Dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata. Mendorong pelajar untuk menyiasat dan dengan demikian dapat menambahkan lagi bacaan pelajar. Bahan bantu mengajar merupakan sesuatu yang penting kerana ia dapat menjimatkan masa pengajaran, dapat mempelbagaikan kegiatan atau aktiviti pelajar di samping memberi keseronokan kepada pelajar.

CIRI-CIRI PEMILIHAN BAHAN BANTU MENGAJAR YANG BERKESAN Bahan bantu mengajar yang baik dan berkualiti akan membantu guru agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan berkesan. Visual yang berkualiti juga akan turut menyemai nilai-nilai estetika di kalangan pelajar dan juga akan mencetuskan satu disiplin yang positif kepada mereka. Selain daripada itu, bahan bantu mengajar yang baik mempunyai ciri-ciri yang dapat menyediakan satu rujukan bersifat konkrit kepada guru. Ini adalah lebih baik dan bermakna daripada pernyataan secara lisan atau bertulis. Ini bermakna fungsi utama bahan bantu mengajar adalah untuk meningkatkan komunikasi dua hala antara pelajar dan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun fungsi ini hanya dapat memainkan peranannya jika sesuatu bahan itu mempunyai ciri-ciri berikut : i. ii. Berfungsi dengan baik dan berjaya menarik perhatian pelajar untuk menggunakannya Selamat digunakan dan boleh disentuh dan digunakan oleh pelajar yang mana akan menimbulkan semangat ingin tahu iii. Mempunyai ciri-ciri fizikal yang sesuai seperti warna yang terang, huruf dan gambar yang menarik iv. Tahan lama dan boleh diguna pakai untuk tahun-tahun berikutnya.

v. vi.

Boleh digunakan oleh semua pelajar dalam sesuatu masa Mudah dihasilkan oleh guru, tidak menelan belanja yang besar dan mudah disimpan dan dibawa

vii.

Sesuai dengan peringkat umur , kebolehan dan keupayaan pelajar.

viii.

Mudah, jelas dan difahami oleh pelajar. Semasa proses penyampaian isi pelajaran ia dapat memperjelaskan mesej yang bersifat abstrak kepada konsep yang lebih konkrit.

ix.

Mesej yang dapat di tafsir oleh pelajar tanpa perlu bersusah payah memahami kehendak soalan.

x.

Menghasilkan interaksi yang aktif di antara pelajar dan guru.

xi.

Menunjukkan kesinambungan dan keharmonian dalam menyusun penegasan dapat ditonjolkan

idea supaya

FAKTOR-FAKTOR YANG PERLU DIAMBIL KIRA SEBELUM MENGHASILKAN BAHAN BANTU MENGAJAR Kualiti sesuatu bahan bantu mengajar terletak pada perancangan yang rapi. Jika diteliti, proses penyediaannya hampir sama bagi semua jenis bahan bantu mengajar . Oleh itu, proses penyediaannya haruslah mengambil kira faktor-faktor seperti i. Pencetus idea Idea yang tercetus dari pengalaman, pembacaan dan pemerhatian. Idea yang dihasilkan adalah salah satu usaha membantu pelajar mengatasi masalah pembelajaran mereka. ii. Objektif pembelajaran Bahan yang dihasilkan haruslah dapat membantu pelajar mencapai objektif pembelajaran yang ditentukan oleh guru di akhir proses pengajaran dan pembelajaran.
6

iii.

Kebolehan pelajar Analisis kebolehan pelajar juga diperlukan sebelum menyediakan bahan bantu mengajar. Kaji latar belakang, pengetahuan sedia ada, aras pembelajaran, kemahiran asas dan perkara-perkara yang berkaitan.

iv.

Kumpul dan susun bahan Guru harus mengenal pasti sumber dan bahan yang diperlukan untuk menghasilkan bahan bantu mengajar. Kumpul maklumat secara menyeluruh dan ianya berkaitan dengan kandungan isi pelajaran yang ingin disampaikan.

v.

Mudah alih Memastikan sama ada bahan tersebut boleh dibawa ke bilik-bilik yang berlainan atau boleh diedarkan dari satu kumpulan pelajar kepada kumpulan yang lain atau adakah ia boleh digunakan bagi keseluruhan pelajaran, bahagian-bahagian tertentu atau dalam keadaan tertentu.

vi.

Saiz bahan dan pengelolaan kelas yang akan dijalankan supaya Saiz kelas dan bilangan pelajar dalam sesuatu kumpulan yang terlibat perlu diambil kira semasa memilih bahan. Sekiranya bahan tersebut perlu dipaparkan di hadapan guru perlulah mengambil kira jarak pelajar dengan saiz bahan.

vii.

Jangka masa Guru perlu sedar tentang jangka masa pengajaran atau aktiviti yang dijalankan agar bahan tersebut boleh digunakan semaksimum yang mungkin. Bagi masa pengajaran yang pendek bahan yang hendak digunakan perlulah dari jenis yang mudah dikendalikan.

viii.

Mencapai standard Proses ini dilakukan untuk membolehkan guru mewujudkan bahan-bahan pengajaran yang dapat memenuhi keperluan para pelajar. Biasanya melalui proses standardisasi, bahan-bahan akan disesuaikan berdasarkan perbezaan umur dan jantina, perbezaan kawasan, perbezaan pendidikan, sosial dan sebaginya.

ix.

Penerapan nilai dan pengetahuan Unsur penting yang perlu diterapkan dalam pendidikan hari ini ialah penerapan nilai murni di dalam semua mata pelajaran. Melalui strategi ini, para pelajar bukan sahaja dapat menambah pengetahuan baru tetapi mereka juga menyedari dan memahami tanggungjawab dan sumbangan pengetahuan yang dipelajari terhadap diri, masyarakat dan negara.

x.

Penglibatan pelajar Faktor penglibatan pelajar secara aktif perlu diambil kira. Aktiviti yang disediakan perlulah berpusatkan pelajar.

JENIS-JENIS BAHAN BANTU MENGAJAR Bahan bantu mengajar boleh dibahagikan kepada tiga kategori yang terdiri daripada pelbagai jenis iaitu bahan bukan elektronik, bahan elektronik, bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar. a) Bahan bukan elektronik termasuklah papan hitam atau papan tulis buku teks Gambar Carta Grafik

papan pamer atau papan buletin sumber pengajaran yang produktif untuk memperkenalkan idea baru, memberi maklumat dan kefahaman, memperkayakan perbendaharaan kata, merangsang perbincangan, menimbulkan daya kreativiti, membentuk sikap dan nilai serta menambah pengekalan pembelajaran pelajar.
8

fail tegak dan bahan bacaan terdiri daripada bahan-bahan cetak iaitu bahan-bahan bacaan bukan buku seperti majalah, kalendar, poskad, surat khabar, risalah atau buletin, sampul hari pertama, kertas kerja dan nota.

kad imbasan dan kad cantuman Kad imbasan terdiri daripada kata-kata atau rangkai kata yang diberi makna di belakangnya. Untuk memperkenalkan perkataan-perkataan baru kepada pelajar kad cantuman dibentu dengan menulis perkataan dan rangkai kata di atas kad dan kemudian kad itu dipotong . Pelajar akan mencantumkan keratan-keratan kad tersebut agar dapat membentuk perkataan dan rangkaikata yang dikehendaki.

Model , boneka atau patong Diorama Reka bentuk gabungan bahan-bahan sebenar patung, dan model diletakkan dalam satu susunan kedudukan seperti keadaan sebenar tetapi dalam skala yang dikecilkan dalam persembahan tiga dimensi.

b) Bahan bantu mengajar berbentuk elektronik termasuklah Overhead projector (OHP) bersama transparensi

Menggunakan sistem pembalikan cahaya daripada satu sumber cahaya (halogen) ke permukaan cermin dan seterusnya membalikkan cahaya tersebut ke skrin. Cahaya yang terlindung akan membentuk imej di atas skrin. Televisyen dan alat pemain DVD Pita/ filem slaid dan alat perakam Radio Peralatan multimedia

c) Bahan-bahan bercorak pengalaman dan bahan sebenar Lakonan, pantomim, lawatan dan projek pameran Benda-benda sebenar atau benda maujud - Dikelaskan kepada benda hidup seperti serangga dan tumbuhan dan benda bukan hidup seperti batu.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERKESAN Proses pengajaran dan pembelajaran berkesan mempunyai pentafsiran yang agak berbeza jika dibandingkan senario pendidikan abad ke 21 dan sebelumnya. Ini kerana faktor perubahan teknologi serta keperluan dalam pembangunan modal insan. Pada tahun-tahun 1960 hingga 1990, pengajaran dan pembelajaran berkesan dinilai berdasarkan kepada gaya pengajaran dan pembelajaran formal dan tidak formal, diduktif atau penerokaan, tradisional
10

atau progresif. Hanya bermula pada tahun 1991 hingga 2000, pengajaran dan pembelajaran berkesan dinilai melalui 5 dimensi iaitu pengetahuan kurikulum, kemahiran pedagogi, refleksi, empati dan kecekapan mengurus (OECD, 1994). Pada tahun 1997 terdapat penambahbaikan terhadap ciri-ciri pengajaran dan pembelajaran berkesan iaitu seperti yang dicadangkan oleh Anderson (1991) dalam Expert Teaching (Turner, R. 2001) iaitu peranan guru dalam menentukan hala tuju kelas, mewujudkan kelas berasaskan fungsi dan memperbaiki serta mengekalkan momentum pelajar . Selepas tahun 2000 iaitu memasuki era ke 21, pengajaran dan pembelajaran turut dipengaruhi oleh penggunaan peralatan bantuan mengajar ICT yang melibatkan penggunaan komputer dan komponen lainnya. Pengajaran dan pembelajaran berkesan agak berbeza dari segi konteks berdasarkan tahap pelajar yang boleh diklasifikasikan kepada tiga iaitu peringkat rendah, menengah dan tinggi. Proses pengajaran dan pembelajaran merupakan elemen penting dalam memastikan para pelajar dapat mengikut isi kandungan subjek yang disampaikan (Muhd Fauzi et al.,2008). Guru memerlukan kemahiran asas supaya dapat menjalankan satu proses pengajaran yang baik seterusnya membawa kepada proses pembelajaran pelajar. Proses pengajaran melibatkan tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan pelajar. Pengajaran dirancang kan oleh guru secara sistematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, mengalak dan memotivasikan pelajar supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperoleh ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan. Ini ditambah lagi dengan adanya bahan yang sesuai bagi mendekatkan pelajar kepada konsep yang disampaikan oleh guru.

MULTIMEDIA SEBAGAI BAHAN BANTU MENGAJAR YANG BERKESAN Penggunaan bahan bantu mengajar seperti media elektronik yang berasaskan teknologi maklumat dapat membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Pendidikan masa kini berkembang seiring dengan kepesatan sains dan teknologi. Bidang ICT telah mempertingkatkan lagi usaha penyebaran ilmu kepada generasi baru dan masyarakat umum. Aliran akademik semasa juga turut melebarkan lagi gerbang ilmiahnya menerusi capaian kepantasan kuasa teknologi ini. Dalam bidang pendidikan, penggunaan media ini
11

memberi implikasi baru yang lebih efektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran sekaligus menyumbang kepada kelancaran dan kedinamikan dalam lapangan pendidikan. Ledakan multimedia dalam dunia pendidikan tidak dinafikan merupakan sebahagian daripada faktor yang turut menyimbang ke arah kemajuan dan prestasi di kalingan guru dan pelajar. Tidak ketinggalan, kemudahan peralatan multimedia terkini dan jaringan internet yang telah dibekalkan kepada pihak sekolah bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan berkesan. Guru mempersembahkan isi kandungan pelajaran dengan menggunakan power point. Guru juga boleh menggunakan teknik video dan audio semasa proses pengajaran dan pembelajaran berjalan, bergantung kepada kesesuaian tajuk yang diajar. Sebagai contoh apabila guru mengajar tajuk Tarian di Malaysia , maka guru tersebut boleh mencari video-video pendek di internet melalui youtube.com dan memuat turunkannya dengan menggunakan perisian Internet download Manager (IDM) bagi membantu kefahaman pelajar terhadap isi kandungan pelajaran. Untuk menjadikan pengajaran guru lebih berkesan maka guru boleh memasukan nota-nota penting ke dalam blog sebagai bahan rujukan pelajar. Charles B. klasek (1972) menyatakan bahawa pengajaran guru boleh dianggap teratur sekiranya mereka dapat menggabungkan pengajarannya dengan bahan bantu mengajar. Pengajaran guru akan menjadi lebih berkesan dan berjaya meruntun fikiran pelajar terhadap pelajaran mereka. Pendapat ini disokong oleh satu kajian ilmiah yang mengatakan bahawa pelajar belajar melalui penglihatan sebanyak 70% dan melalui pendengaran sebanyak 30%. Dengan menggabungkan kedua-dua pendekatan ini semasa proses pengajaran dan pembelajaran, minat pelajar akan semakin bertambah. Sabrina (1998), dalam kajiannya melaporkan bahawa sistem media elektronik dengan komponen grafiknya mampu memandu pelajar kepada bahan pembelajaran di samping mempertingkatkan penglibatan pelajar dan tahap kefahaman mereka. Esther (1999) dalam kajiannya pula menyatakan kelebihan penggunaan televisyen atau video dan sumber web secara sistematik. Penggunaan media yang berulang dan dilihat berkali-kali dapat mempertingkatkan daya ingatan dan kemahiran pelajar. Televisyen atau video boleh digunakan untuk tujuan pengayaan dan pemulihan.

12

Penggunaan unsur gerak bunyi, warna dan cahaya pada video secara langsung dapat menarik minat dan perhatian pelajar. Unsur ini penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia dapat mempertingkatkan kefahaman dan menghindar salah anggapan dan pentafsiran. Manusia dikatakan makhluk yang visually oriented dan mereka banyak belajar melalui penglihatan. Walaupun mereka mendengar dan membaca, apa yang didengar dan dibaca biasanya akan divisualkan dalam pemikiran mereka untuk mendapatkan konsep atau makna yang lebih jelas. Ini selaras dengan kata-kata yang pernah dimadahkan oleh Kung Fu Tze, seorang pujangga dari ahli falsafah cina : Kalau saya dengar, saya lupa, kalau saya lihat, saya ingat, dan kalau saya buat, saya tahu Kajian ini menunjukkan betapa pentingnya peranan guru dalam memastikan keberkesanan media dalam pengajaran. Misalnya jika guru menayangkan video serta mengaitkannya dengan objektif pembelajaran, maka maklumat yang ditrima oleh pelajar akan bertambah. Walaupun terdapat kajian-kajian tentang amalan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan seperti yang diutarakan oleh para sarjana, guru-guru juga banyak mengaplikasikan teori pembelajaran yang dikemukakan seperti Teori Pelaziman Pavlov, Thorndike dan Skinner yang menjadi panduan untuk merangsang pengajaran dan pembelajaran. Teori ini menjelaskan pembelajaran berkesan berlaku melalui rangsangan gerak balas yang terbentuk dari proses pelaziman (Hamzah, 1990). Guru-guru perlu membiasakan pelajar dengan suasana pengajaran yang menarik bagi meningkatkan penglibatan mereka. Guru perlu mempunyai kemahiran untuk merangsang motivasi dan minat pelajar untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah. Kejayaan seseorang guru untuk mengekalkan tahap motivasi pelajar untuk belajar akan menyumbang kepada kejayaan pelajar itu pada masa akan datang. Jika suasana pengajaran guru tidak menarik, proses pembelajaran pelajar akan terjejas. Pelajar-pelajar akan malas dan tidak mengikuti pengajaran guru dengan baik. Oleh itu tugas guru amat penting dan mencabar untuk memastikan suasana pengajaran dan pembelajaran yang berkesan pada setiap masa.

13

KESIMPULAN Suasana pembelajaran akan menjadi lebih menarik sekiranya guru mampu menyediakan bahan-bahan bantu mengajar yang sesuai dengan objektif pembelajaran dan sukatan pelajaran yang ditetapkan. Oleh itu pelbagai jenis alatan dan media wajar diketengahkan dalam proses pembelajaran untuk merangsang minda pelajar selain membantu guru memudahkan proses pengajaran. Bahan bantu mengajar yang bersesuaian dengan kebolehan dan keupayaan pelajar akan dapat memberi kesan yang positif kepada pembelajaran pelajar berkenaan. Dengan demikian ilmu yang diberikan kepada pelajar akan terkesan di dalam sanubarinya dan dapat dimanfaatkan di dalam kehidupan hariannya pada masa-masa akan datang .

14

RUJUKAN DBP. (1993) Kamus Dewan. Kuala Lumpur. Dewan bahasa & Pustaka Eh Ah Meng. ( 1993). Pedagogi Satu Pendekatan Bersepadu. Kuala Lumpur. Penerbitan Fajar Bakti.

Esther, G. S. D. (1999). Integrasi multi media dalam pendidikan sains: Satu model kerangka teori. Kertas kerja Seminar Pendidikan Sains di Fakulti Sains Komputer & Teknologi Maklumat, Universiti Malaya pada 21 April 1999. Hamzah, M. D. (1990). Pembelajaran dan Implikasi Pendidikan. Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka. Hill, S & Hill, T. (1997). Bilik darjah Semuafakat. Kuala Lumpur, ITNMB Juhazren Bin Junaidi & Sutha A/P Sugumaran. (2005). Hubungan Gaya

Pembelajaran Dengan Pencapaian Matematik Dan Multimedia Di Kalangan Pelajar Tahun AkhirSarjana Muda Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Matematik) Di Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor. Fakulti Pendidikan UTM. Skudai. 1-10 Mohd. jalaludin, Abdus Salam. (2010). Effective Learning and Teaching. Medicine Today , 32-36. Muhd. Fauzi Aminuddin, Shazi Shaarani, Aini Hussain, Mohd Faisal Ibrahim, Salina Abd. Samad dan Mohd. Marzuki Mustafa. (2008). Ciri-ciri Pengajaran dan Pembelajaran Berkesan. Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. UKM Bangi. 1-7

http://www.ipgktarpengajiansosial.com/2012/08/konsep-dan-kategori-bahan-bantu-mengajar.html

15