Anda di halaman 1dari 18

BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK-KANAK ( EDU 3107 )

TERAPI RASIONAL EMOTIF


DISEDIAKAN OLEH: - FATIN IZWANIE BINTI YAAKOB - NURLIYANA BINTI RAANIN - SITI ZAFIRAH FARHANA BINTI ZAINOL RASHID

Teori Rasional Emotif Terapi

Albert Ellis

Pendekatan Teori Rasional Emotif Terapi


Teori ini mementingkan tiga aspek utama iaitu kognitif, emosi dan aspek tingkah laku. Memberi penekanan kepada pemikiran, penganalisaan, penilaian, perlakuan dan membuat keputusan. Prinsip terapi TRE boleh digunakan kepada masalah semasa, masalah yang lain dalam kehidupan dan juga masalah yang mungkin dihadapi pada masa akan datang.

Fokus prinsip ini adalah kepada pemikiran dan tindakan, bukan hanya mengikut perasaan. Teori Ellis ini berasaskan andaian bahawa individu-individu mempunyai keupayaan bertindak sama ada dalam bentuk rasional mahupun tidak rasional.

Model ABC
Berdasarkan konsep teori yang diperkenalkan, Albert Ellis membentuk model ABC untuk menghuraikan sekuan peristiwa yang membawa gangguan psikologikal manusia.

Model
A (Activing)

Peristiwa
Peristiwa diaktifkan Gangguan emosi ditimbulkan Percayaan peristiwa berlaku Percayaan rasional / tidak rasional Akibat Tingkah laku emotif / behavioral

B (Belief)

C (Consequences)

Matlamat Teori Rasional Emotif Terapi Bertujuan untuk membantu klien memperkembang pemikiran rasional dan logikal melalui galakan mereka memikir dan memahami pemikiran tidak rasional yang diwarisi masa dahulu. Klien dibimbing untuk melihat dan menganalisis peristiwa yang diaktifkan dan ganguan emosi yang dialami.

Objektif Teori Rasional Emotif Terapi

Memperbaiki dan mengubah segala perilaku yang tidak rasional dan tidak logik menjadi rasional dan logik agar klien dapat mengembangkan dirinya. Menghilangkan gangguan emosional yang merosakan.

Kebaikan Teori Rasional Emotif Terapi

Pendekatan ini cepat sampai kepada masalah yang dihadapi oleh klien. Dengan itu perawatan juga dapat dilakukan dengan cepat. Kaedah pemikiran logik yang diajarkan kepada klien dapat digunakan dalam menghadapi gejala yang lain. Klien merasakan diri mereka mempunyai keupayaan intelektual dan kemajuan dari cara berfikir.

Kelemahan Teori Rasional Emotif Terapi

Ada klien yang boleh ditolong melalui analisa logik dan falsafah, tetapi ada pula yang tidak begitu geliga otaknya untuk dibantu dengan cara yang sedemikian yang berasaskan kepada logika. Ada setengah klien yang begitu terpisah dari realiti sehingga usaha untuk membawanya ke alam nyata sukar sekali dicapai.

Ada juga klien yang terlalu berprasangka terhadap logik, sehingga sukar untuk mereka menerima analisa logik. Ada juga setengah klien yang memang suka mengalami gangguan emosi dan bergantung kepadanya di dalam hidupnya, dan tidak mahu membuat apa-apa perubahan lagi dalam hidup mereka.

Peringkat I

Peringkat IV

Proses Kaunseling Rasional Emotif Behavioral

Peringkat II

Peringkat III

Peringkat 1

Membina hubungan kaunselor-klien dengan teknik mendengar secara empati dan membina iklim yang kondusif.

Peringkat 11

Membimbing klien supaya mendedahkan tingkah laku emotif dan behavioral di bawah sistem Model ABC

Peringkat 111

Kaunselor membantu klien membezakan percayaan rasional dengan tidak rasional dan memahami bagaimana percayaan rasional membawa hasil positif manakala kepercayaan tidak rasional membawa hasil negatif.

Peringkat 1v

Menggunakan teknik pertikai dari masa ke semasa untuk melatih klien mencabar percayaan tidak rasionalnya. Latihan kerja rumah diberikan untuk menangani kepercayaan tidak rasional dan mengekalkan percayaan rasional yang baru dipelajari.

Pertikai sehebat-hebatnya Imageri emotif dan rasional Penerimaan tanpa syarat, peningkatan dan penghargaan kendiri Penggunaan teknik humor dan kelucuan Main peranan rasional

Teknik Emotif

Teknik Behavioral

Tugasan untuk mencabar percayaan rasional yang degil.


Latihan menangani perasaan malu dan salah yang berkait rapat dengan kebimbangan ego. Latihan kemahiran bertingkah laku latihan berpidato dan sebagainya seperti,

Ganjaran dan hukuman untuk memotivasikan klien membuat kerja rumah dan melaksanakan program yang dirancang kan diri sendiri mengikut token ekonomi yang ditetapkan.