Anda di halaman 1dari 2

TEKS UCAPAN KETUA MURID SEMPENA MAJLIS PERSARAAN PUAN HJH ARBAIAH

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis.. Yang Berusaha Tn Hj Mohsin bin Mohd Amin, Guru Besar , SK (2) Tengku Bendahara Azman, Yang Dihormati En. Abdullah bin Mat, Yang Dipertua PIBG Yang Dihormati Puan Suraya bt Ghazali Penolong Kanan Pentadbiran Pn. Hjh Arbaiah, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid En. Tan Eng Moo, Penolong Kanan Kokurikulum, Yang diraikan Puan Hajah Arbaiah, guru-guru serta rakan-rakan sekalian. Assalamulaikum warah matullah hiwabarakatuh dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dirafakkan kepada Yang Maha Berkuasa Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan kuasanya, dapat kita bersama-sama meraikan majlis perpisahan yang sangat bermakna dan penuh kasih pada hari ini.

Hadirin Yang di hormati, Setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan. Yang pastinya setiap perpisahan pasti amat menyedihkan. Apabila mengenang kembali saat-saat ketika bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan. Hari ini, kami berasa terharu kerana kehilangan guru yang amat kami sayangi . Pada kami, Cikgu Arbaiah bukan sahaja guru, tetapi ibarat ibu kami di sekolah ini. Lembut, tenang namun tetap tegas dalam melaksanakan tanggungjawab. Itulah butir-butir kata yang dapat digambarkan mengenai Cikgu Arbaiah yang telah memulakan tugasnya sebagai seorang guru di sekolah ini pada ___________________.

Sepanjang tempoh perkhidmatannya, beliau telah banyak menyumbangkan jasa Beliau bukan sahaja seorang guru yang penyayang, melakukan tugas dengan hati yang tulus ikhlas, malah mementingkan kebajikan murid. Beliau juga seorang guru yang rajin dan berdedikasi dan senantiasa memberikan yang terbaik untuk kami di sekolah ini.

Sikap kendiri beliau yang boleh dibawa berbincang, dan tidak lokek untuk memberikan bantuan apabila diperlukan adalah kualiti yang perlu dicontohi dan di teladani oleh kita semua. Hadirin sekalian, Pada kesempatan ini saya sebagai wakil murid ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Cikgu Arbaiah yang tidak pernah mengenal jemu mendidik dan mengorbankan waktu demi kami, anak muridmu. Saya bagi pihak murid-murid memohon maaf kepada cikgu atas segala kesilapan yang telah kami lakukan..

Kami berdoa, semoga Allah S.W.T akan melimpahkan rahmat dan peliharaan-Nya kepada cikgu serta keluarga, dipanjangkan usia, diberikan kesihatan tubuh badan dan ditambahkan ilmu pengetahuan bagi manfaat agama, bangsa dan negara. Sebelum mengundur diri, dengarkan 2 rangkap pantun daripada saya,

KALAU TIDAK KERANA suara, Tidaklah saya berasa resah, KALAULAH TIDAK KeraNA BERSARA TIDAKLAH KITA AKAN BERPISAH. Emas Sepuh perhiasan diri , Disimpan Cik Siti di dalam peti Patah kan tumbuh, hilang kan berganti, Yang pergi , tetap kekal di hati. Saya akhiri ucapan saya dengan wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warah matullah hiwabarakatuh. Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai