Anda di halaman 1dari 5

PERUTUSAN KEMERDEKAAN YB.

DATO SRI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN MENTERI PELAJARAN MALAYSIA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-49 TAHUN 2006

Bismillah-ir Rahman-ir Rahim. Assalammualaikum Sejahtera. Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam

1.

Alhamdulillah, pada hari yang penuh bermakna ini, marilah kita

memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT. kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, dapat kita bersama-sama menyambut dan meraikan sambutan ulang tahun hari kemerdekaan negara buat kali ke-49, dalam suasana yang aman dan sejahtera. Semoga sambutan ulang tahun kemerdekaan kali ini akan terus membangkitkan rasa kesyukuran dan keinsafan mengenai erti sebenar kemerdekaan yang kita nikmati selama ini. 2. Kita perlu bersyukur kerana pada hari ini kita tidak lagi dijajah fizikal. Perjuangan pejuang kemerdekaan terdahulu

secara

membolehkan bangsa kita mempunyai hak dan kebebasan untuk menentukan apa yang terbaik untuk diri kita. Kita bebas menentukan dasar pemerintahan kita; bebas berdagang dengan sesiapa sahaja; bebas mengagihkan kekayaan menggunakan formula kita sendiri; bebas menentukan wawasan bangsa kita sendiri dan bebas untuk menentukan segala yang suatu masa dahulu ditentukan untuk kita oleh penjajah.

3. Justeru, perjuangan kita hari ini amat penting iaitu untuk mempertahankan dan mengisi kemerdekaan ini serta mengekalkan kedaulatan tanah air tercinta seperti yang telah kita nikmati sejak sekian lama. Kita perlu pastikan negara kita terus merdeka, baik dan segi fizikal, mahupun daripada sebarang bentuk penjajahan baru. Hargailah hakikat bahawa kemerdekaan, kestabilan politik, keharmonian rakyat dan kemajuan ekonomi yang kita kecapi hari ini tidak dikecapi dalam sekelip mata, sebaliknya selepas melalui pelbagai proses dan usaha berpuluh-puluh tahun yang menuntut pengorbanan, keringat, darah dan air mata. Sesungguhnya, kemerdekaan dan kedaulatan ini amat bernilai dan wajib kita pertahankan selagi nyawa dikandung badan. Guru-guru dan para pelajar yang saya kasihi sekalian, 4. Hari ini dunia menyaksikan kekejaman dan tindakan tidak

berperikemanusiaan rejim zionis ke atas Lebanon dan Palestin. Ramai orang awam yang tidak berdosa, terutama kanak-kanak, wanita dan orang tua telah menjadi korban akibat kerakusan tentera Israel yang menceroboh masuk dan mengganas di bumi Lebanon dan Palestin. Rakyat Palestin dan Lebanon menderita, merintih dan menjadi mangsa kekejaman di bumi sendiri. Kebebasan, ketenteraman, kebahagiaan dan keamanan mereka diragut tanpa sebarang pembelaan. 5. Rakyat seluruh dunia mengecam tindakan Israel yang tidak

berhati perut. Pelbagai usaha dilakukan, dari laungan demonstrasi sehingga kepada penyerahan memorandum dan resolusi kepada PBB, Amerika Syarikat serta kuncu-kuncunya. Namun segala usaha tersebut bagaikan mencurahkan air ke daun keladi. Ketetapan PBB mengenai genjatan senjata Iangsung tidak Iangsung dipedulikan kerajaan Zionis. Malah, serangan terus diperhebatkan ke atas Lebanon yang sekaligus mengorbankan banyak nyawa serta memusnahkan harta benda awam. Segalanya adalah akibat kerakusan rejim zionis yang terus bebas

membedil orang awam tanpa dihalang oleh sesiapa malah disokong oleh sekutunya iaitu Amerika Syarikat dan Britain. 6. Banyak pengajaran boleh kita pelajari daripada peristiwa ini.

Tidak mustahil bencana seumpama ini boleh menimpa negara kita satu hari nanti sekiranya kita terus leka dan tidak berhati-hati. Dalam konteks ini, perpaduan di kalangan kita amat penting. Kita perlu sentiasa bersatu, saling memahami dan bekerjasama untuk mempertahankan segala-gala yang telah kita nikmati selama ini dengan menangkis sebarang usaha atau anasir yang boleh mengganggu-gugat

keharmonian dan kesejahteraan kita. 7. Bersatu teguh bercerai roboh. Perbezaan kaum, budaya, agama

dan adat resam di kalangan rakyat Malaysia bukanlah suatu halangan untuk kita semua bersatu. Sebaliknya ia adalah faktor pengikat yang memperkukuhkan hubungan masyarakat di negara ini. Kita telah buktikan sejak sekian lama, kita mampu bersatu, bekerjasama dan saling hormat menghormati. Justeru, perkukuhkanlah perpaduan dan kesepakatan yang ada demi masa depan anak cucu kita dan juga tanahair yang kita semua cintai. Guru-guru dan para pelajar yang dikasihi sekalian, 8. Menyedari pentingnya perpaduan di kalangan masyarakat kaum di negara ini, Kementerian Pelajaran telah

berbilang

melaksanakan pelbagai langkah dan pendekatan dari peringkat bangku sekolah agar anak-anak kita dapat saling memahami dan mengenali antara satu sama lain sejak dari usia awal lagi. Antara usaha tersebut ialah memperkasakan Sekolah Kebangsaan serta melaksanakan Rancangan Integrasi Murid untuk Perpaduan (RIMUP) yang telah dicetuskan oleh YAB Perdana Menteri, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika beliau memegang jawatan Menteri Pelajaran pada suatu

ketika dahulu. Usaha memperkasa Sekolah Kebangsaan ini bertujuan menggalakkan ibu bapa menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Kebangsaan. Langkah ini dapat membuka peluang kepada murid-murid berbilang kaum dan berbeza latar belakang bergaul mesra sekaligus berkesempatan memahami dan menghormati sesama mereka.

Manakala pelaksanaan RIMUP bertujuan mengukuhkan lagi perpaduan murid pelbagai kaum daripada sekolah-sekolah yang berlainan aliran. 9. Melalui kedua-dua usaha ini, saya berharap kita dapat melahirkan

generasi masa depan Malaysia yang bersatu padu, saling memahami dan saling menghormati di antara satu sama lain. Kekukuhan dan keakraban hubungan inilah yang akan menjadi benteng ampuh untuk kita mempertahankan negara ini daripada sebarang ancaman,

pengaruh dan pencerobohan negara asing pada masa hadapan. Justeru, semua pihak perlu menyokong usaha ini demi memastikan matlamat pelaksanaannya dapat direalisasikan. Guru-guru dan para pelajar yang saya kasihi sekalian, 10. Saya berharap, sambutan Bulan Kemendekaan kali ini tidak

harus menjadi sekadar perayaan yang dipenuhi simbol dan slogan semata-mata. Sebaliknya kita semua bertanggungjawab untuk

meningkatkan nilai dan maknanya dengan penghayatan sebenar perasaan cintakan negara dan erti kemerdekaan. Semangat ini bukan hanya sekadar disemarak sepanjang tempoh sambutan kemerdekaan ini, tetapi perlu terus terpahat, menyala dan membara pada setiap detik, saat dan ketika dalam diri kita semua. 11. Bagi saya, kesedaran terhadap nilai perjuangan yang berasaskan

perpaduan dan keharmonian kaum wajar menjadi sumber aspirasi seluruh anggota masyarakat berbilang kaum di negara in Sejarah negara akan terus menjadi pedoman dalam kita sama-sama merangka

strategi bagi memastikan objektif-objektif murni yang terkandung dalam Wawasan 2020 akan tercapai dalam tempoh 15 tahun akan datang. Apa yang Iebih penting adalah memastikan semua kaum di Malaysia sentiasa hidup bersatu-padu, bekerjasama dan saling hormat-

menghormati agar dapat sama-sama mengekalkan kemerdekaan negara dalam suasana aman, damai dan harmoni. 12. Tema Keranamu Malaysia menjadi penyemarak semangat

kepada Kementerian Pelajaran bagi memastikan kebajikan setiap warga pendidikan dan para pelajar akan sentiasa dibela, dan jurang fizikal serta pencapaian akademik antara masyarakat desa dan bandar dapat dirapatkan menerusi usaha-usaha bersepadu semua pihak, dari peringkat tertinggi sehinggalah ke peringkat akar umbi. Selamat menyambut ulang tahun hari kemerdekaan kali ke-49. Merdeka!, Merdeka!, Merdeka!

Anda mungkin juga menyukai