WAJ3104 Literasi Bahasa 2013

1.0 Pengenalan Bahan pengajaran ialah bahan digunakan guru secara langsung semasa proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Tujuannya adalah untuk mengekalkan penumpuan murid-murid sepanjang tempoh pembelajaran, di samping memudahkan guru menyampaikan pengajaran mereka secara berkesan dan bersistematk. Secara konsepnya, bahan pengajaran ialah alat yang direka cipta untuk kegunaan murid dan guru yang berperanan sebagai sumber pembelajaran yang boleh membantu mereka memperoleh pelbagai fakta, kemahiran dan pendapat untuk membantu proses kognitif. Bahan-bahan tersebut termasuklah pelbagai bahan bercetak dan bukan bercetak, buku teks, bahan berasaskan teknologi, ujian dan sebagainya. Seseorang guru perlu mengetahui beberapa ciri pembinaan dan

penggunaaan bahan pengajaran yang berkesan. pembinaan bahan pengajaran perlulah mengikut objektif pengajaran yang hendak dicapai selaras dengan sukatan Pelajaran yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM). Proses membina dan menggunakan bahan pengajaran terbahagi kepada lima peringkat, iaitu memilih bahan, mengolah bahan, membina bahan, mengguna dan menilai bahan penagajran. Semua proses ini dilakukan secara berterusan dan perlu melalui beberapa kriteria yang telah ditetapkan. Bahan bantu pengajaran dan pembelajaran juga membantu dan

mempercepatkan proses pemahaman murid-murid dengan menganggap onjek-objek yang konkrit membantu dalam pandangan dan pendengaran. Ini bersesuaian dengan teori Edgar Dale yang digambarkan dalam bentuk „cone of experience‟ yang antara lain menyatakan bahawa proses pembelajaran bermula dengan menangkap objek-objek konkrit dan beransur-ansur menganggap aspek semi-abstrak hingga akhirnya kepada yang lebih abstrak.

1

WAJ3104 Literasi Bahasa 2013

2. 0 Definisi Bahan Bantu Mengajar Menurut Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G ( 1963)“ …hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperolehi pengalaman belajar yang berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya penghargaan.” Turut disokong oleh Ngui Kuen Sang (1981: 35 )“ mengenai Bahan pengajaran dan pembelajaran, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun pada keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan bahan P&P adalah pengalaman yang melibatkan penggunaan penglihatan dan pandangan seseorang.” Atan Long ( 1982: 174 )“ bahan P dan P terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan dipancarkanpada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM.” Penggunaan bahan bantu mengajar memberi sumbangan yang amat besar dalam mempertingkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran di kalangan guru dan pelajar. Bahan bantu mengajar ini juga dapat menyelesaikan pelbagai masalah dalam kaedah pengajaran guru yang sentiasa berubah mengikut peredaran zaman (OmardinAshaari, 1999). Kamarudin Hj. Husin (1988: 242) merumuskan kepentingan bahan pengajaran dan pembelajaran dalam memberi rangsangan dan minat murid-muird. Bahan P&P juga membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran mereka lebih kekal. Seterusnya bahan P&P menyediakan

pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah sekaligus dapat menguatkan kefahaman dan mempercepatkan perkembangan perbendaharaan kata murid-murid.

2

Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh dikembangkan dan dipelajari.1 Pengamatan penglihatan Menurut Husin Fateh Din et. pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pacaindera dengan bantuan kuasa intelek. pengamatan merupakan satu proses mental dan neulogi yang mempengaruhi pembentukan konsep-konsep yang jelas dan tepat. benda-benda maujud dan sebagainya mengikut jenis. hidung (menghidu). lidah (merasa) atau kulit (menyentuh). Learner (1971) dalam buku Khairuddin Mohamad (2011) berpendapat. 3 . Proses pengamatan bermula apabila wujudnya bahan pengajaran dan pembelajaran daripada rangsangan luar yang boleh dikesan oleh organ-organ deria. Sungguhpun pengamatan berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak. iaitu gambaran atau bayangan dalam hati atau fikiran(tentang sesuatu). (Khairuddin Mohamad. 3. pengamatan pendengaran dan aktiviti pergerakan mata dan tangan. Noresah Baharom et. pandangan atau tanggapan. warna. saiz dan seumpanya. membeza dan membandingkan bantuk-bentuk gambar. iaitu pengamatan penglihatan. telinga (mendengar).al (2002) dalam buku Khairuddin Mohamad mentakrifkan pengamatan mempunyai maksud yang sama dengan perkataan persepsi. kemahiran ini boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran. 2011:21) 3. Oleh hal demikian.1. Aktiviti ini merupakan asas penting untuk murid-murid sebelum mereka diperkenalkan dengan huruf.0 Konsep pengamatan Menurut Khairuddin Mohamad (2011:16). iaitu mata (melihat). aktiviti pengamatan penglihatan bertujuan untuk melatih keupayaan mata murid-murid mengecam. al (2011).WAJ3104 Literasi Bahasa 2013 3. Khairuddin Mohamad (2011:16) juga mentakrifkan Pengamatan sebagai satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas pacaindera dengan bantuan pengalaman-pengalaman yang lalu dan mempunyai hubungan yang rapat dengan pemikiran kita. Janet W.1 Jenis dan komponen pengamatan Terdapat tiga jenis pengamatan.

Orientasi kedudukan Contoh 1 : Tunjukkan gambar yang berbeza kedudukan 4 . Antara aktiviti dan bahan yang boleh digunakan guru di bilik darjah ialah : i. Diskriminasi penglihatan Contoh 1 : Aktiviti mendiskriminasi yang sama Contoh 2 : Aktiviti mendiskriminasi yang tidak sama ii. Ingat kembali Contoh 1 : Lihat dan ingat gambar iii.WAJ3104 Literasi Bahasa 2013 Terdapat empat belas komponen dalam pengamatan penglihatan dan setiap satu komponen mempunyai aktiviti serta tujuannya yang tersendiri.

(Khairuddin Mohamad (2011:32) Antara komponen pengamatan pendengaran ialah penerimaan pendengaran. Justeru itu. ingatan pendengaran. bunyi ketukan kerja. Aktiviti ini bertujuan melihat keupayaan murid-murid. fokus dan berfikir dalam tempoh masa yang singkat sebelum membuat keputusan. memperoleh atau mendapat makna daripada apa yang telah didengar atau secara lisan.WAJ3104 Literasi Bahasa 2013 3. perkaitan pendengaran. Pengamatan jenis ini mempunyai enam komponen. Aktiviti ini memerlukan murid mendengar dengan teliti. Rajah 5 : Tin. melengkapkan pendengaran dan pencantuman bunyi. Antara bunyi yang boleh diwujudkan bagi tujuan ini adalah bunyi duit syiling jatuh ke lantai. iaitu diskriminasi pendengaran.1. Contoh aktiviti adalah meneka bunyi yang didengari secara langsung dengan pandangan mata yang terhad atau mata ditutup.2 Pengamatan pendengaran Seterusnya. Menurut Abd. kemahiran ini dapat membantu murid-murid dalam memberikan fokus kepada pelajaran dan kepada sebarang pekerjaan yang dilakukan. botol dan syiling 5 . penerimaan pendengaran. ketukan tin dan botol. Aziz Abd. Talib (2000:72) dalam buku Husin Fateh Din (2011:49) telah menjelaskan mendengar merupakan asas dalam pembelajaran lisan. pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran penting untuk membantu muridmurid di sekolah agar mereka dapat memperoleh maklumat melalui pebagai kaedah sekaligus meningkat pengetahuan mereka.

1.WAJ3104 Literasi Bahasa 2013 3. aktiviti menyambung titik dilaksanakan dengan meminta murid-murid melukis garisan dengan menggunakan pensel warna antara titik pada gambar mengikut urutan abjad yang disediakan. maka hasilnya akan terbentuk satu gambar atau objek yang sempurna binaannya. Jika murid Berjaya melukis garisan tersebut mengikut susunan yang betul. b) Menguasai gerak tangan secara bebas supaya boleh menulis dengan selesa. Khairuddin Mohamad (2011:35) juga menyatakan bahawa Aktiviti pergerakan tangan dan mata penting dalam pengamatan. Khairuddin Mohamad (2011:35) juga menjelaskan dua aktiviti yang dikenalpasti dan sesuai untuk aktiviti pergerakan tangan dan mata. aktiviti ini meningkatkan kemahiran motor halus dan kognitif murid-murid. Jari-jari dan tangan perlu dilatih untuk memudahkan mereka memegang pensel dan alatan seumpamanya apabila mula menulis nanti. Misalnya. pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat meningkatkan kemahiran pergerakan mata dan tangan murid-murid.al (2011:53). berpandu dan bersistematik. Justeru itu. iaitu aktiviti menyambung titik dan aktiviti menyalin corak. 6 . Terdapat empat kemahiran yang ditekankan dalam melaksanakan aktiviti yang melibatkan pergerakan mata dan tangan iaitu: a) Melakukan latihan pergerakan tangan.3 Aktiviti pergerakan tangan dan mata. c) Melakukan latihan pergerakan mata d) Melakukan latihan kordinasi tangan dan mata Turut disokong oleh Husin Fateh Din et. Aktiviti ini bertujuan membantu murid-murid menguasai kemahiran asas mengerakkan tangan secara kemas.

saiz dan warna yang sesuai agar murid dapat mengesan dan mengamati perkara yang ditekankan. huruf dan perkataan. Misalnya. Contohnya. Setiap pengamatan mempunyai kriteria pembinaan bahan yang hampir serupa dalam pengajaran dan pembelajaran. pengamatan pendengaran dan aktiviti pergerakan mata dan tangan. bentuk geometri. Terdapat tiga jenis pengamatan. aktiviti diskriminasi yang sama. iaitu pengamatan penglihatan. Ciri-ciri yang pertama ialah guru boleh membina bahan maujud yang bermaksud benda yang benar-benar ada. Misalnya.kriteria pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi aktiviti pengamatan. Selain itu. bahan dapat menguji kebolehan murid untuk membezakan kedudukan sesuatu bentuk atau gambar dan bahan yang memerlukan murid mengingat sesuatu mengikut susunan seperti gambar dan cerita.WAJ3104 Literasi Bahasa 2013 Rajah 6 : aktivti menyambung titik mengikut abjad 3. nyata. guru memilih untuk mengunakan bahan alam sekitar untuk melatih pengamatan penglihatan murid dengan warna bentuk yang sebenar. gambar. pembinaan bahan dapat mencabar keupayaan murid berfikir. murid akan lebih berasa seronok dan berkeyakinan apabila dapat menyelesaikan masalah 7 . Bahan tersebut dapat memberi peluang kepada murid untuk mengamati persamaan dan perbezaan objek. Guru juga boleh menggunakan dan membina bahan maujud yang berada di persekitaran sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya. dapat dilihat dan dipegang. Berdasarkan pengamatan penglihatan.4 Kriteria.1. Bahan yang dibina juga hendaklah mempunyai bentuk.

Justeru itu. Selain itu. bunyi ketukan tin dan botol dan sebagainya.WAJ3104 Literasi Bahasa 2013 dengan usaha mereka sendiri. Guru boleh membina bahan menggunakan pita rakaman dan kad bergambar. Pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran bagi pengamatan mata dan tangan perlulah meningkatkan kemahiran motor halus murid-murid. kemudian gambar yang mempunyai tiitk sederhana banyak hinggalah peringkat yang sukar dan rumit. Misalnya. Bahan yang dibina juga perlu menggunakan gambar yang besar dan sesuai mengikut tahap murid-murid tersebut. dimulakan dengan gambar yang mempunyai titik sedikit. bunyi duit syiling jatuh ke lantai. bahan yang memerlukan murid menyusun menjadi gambar yang lengkap. Misalnya. Gambar yang digunakan juga hendaklah menarik minat murid-murid misalnya gamar kartun dan lain-lain. Misalnya. Ingatan juga memainkan peranan yang penting dalam pengamatan pendengaran kerana pendengaran mempunyai perkaitan dengan otak manusia. 8 . Bahan pengajaran dan pembelajaran juga boleh dibina dengan menggunakan teknologi terkini iaitu melalui audio. bahan yang dibina juga hendaklah menguji ingatan sekaligus pendengaran murid. Bahan yang dibina juga perlu mengikut peringkat demi peringkat. bahan yang dibina hendaklah menggunakan warna yang menarik dan sesuai dengan minat murid-murid. kemudian murid dapat menyepadankan bunyi tersebut dengan haiwan yang sebenar. Bahan maujud yang dibina juga tidak terlalu kecil dan terlalu besar sesuai mengikut fizikal murid-murid. Bahan yang dibina juga harus menguji ingatan dan pemahaman murid dalam pendengaran seperti bunyi yang mudah kepada lebih sukar dan mencatumkan bunyi-bunyi yang didengar menjadi susunan perkataan. rakaman suara. Misalnya. Secara tidak langsung akan melatih kordinasi tangan dan mata. guru memperdengarkan pita rakaman yang mengandungi bunyi haiwan. Guru juga boleh menggunakan bahan maujud yang konkrit untuk menguji pengamatan pendengaran murid-murid. iaitu dimulakan dengan yang mudah kepada yang lebih sukar. contohnya. menyediakan bahan yang besar dan mudah untuk murid-murid pengang bagi melatih pergerakan tangan dan jari-jari. Pembinaan bahan juga tidak memerlukan kos yang banyak dan jangka masa yang panjang untuk membuatnya. vedio dan power point khususnya dapat membantu murid-murid dalam pengamatan pendengaran.

mendengar. kaedah abjad dan kaedah pandang sebut. Kaedah fonetik ini juga menekankan setiap bunyi-bunyi abjad yang terdapat dalam bahasa. 2011) 3. Sabran dan Rahim Syam (1985:137) mendefinisikan membaca sebagai mengabungkan beberapa kemahiran iaitu kemahiran penglihatan yang diskriminatif. (Khairuddin Mohamad 2011:47) Atan Long (1978) dalam buku Husin Fateh Din et.WAJ3104 Literasi Bahasa 2013 3. diikuti dengan pengenalan bunyi huruf konsonan. Raminah Hj. Tegasnya. dan membezakan bunyi-bunyi dengan tepat dan jelas. Setiap abjad mempunyai bunyi-bunyi tertentu dan nada juga abjad yang mempunyai lebih daripada satu bunyi. kaedah ialah langkah-langkah atau peringkat-peringkat yang teratur yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan dalam pengajaran. mengabungkan penyebutan bunyi-bunyi untuk membentuk perkataan dan berkebolehan pula memindahkan lambang-lambang yang dibacanya itu kepada sistem saraf pusat untuk menterjemah dan memahami apa yang dibacanya .(Husin Fateh Din. 9 . Kaedah dibentuk berdasarkan pendekatan yang dipilih dan telah dikenal pasti sesuai dengan tujuan dan objektif sesuatu kemahiran bahasa yang akan diajarkan. Terdapat tiga kaedah popular dalam konteks pengajaran membaca yang boleh digunakan iaitu kaedah fonetik.1 Contoh aktiviti kaedah membaca Kaedah fonetik merupakan salah satu kaedah yang menekan penguasaan murid terhadap gubungan antara huruf-huruf dan bunyi-bunyi.2. Kaedah fonetik mensyaratkan murid mengenal dan mengingat bentuk huruf dan bunyi tanpa mengingat nama huruf. kemahiran mengingat. al( 2011) menyatakan proses membaca melibatkan kebolehan mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semua kepada bunyi suara dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu.2 Kaedah membaca Kaedah membaca merupakan prosedur menyeluruh terhadap sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan bunyi huruf vocal kepada murid. menyebut buyi-bunyi yang dilambangkan oleh huruf-huruf.

dan seterusnya kepada pembentukan perkataan yang bermakna. bunyi-bunyi tersebut digabungkan untuk membentuk suku kata. murid.WAJ3104 Literasi Bahasa 2013 a e i o u aaaa eeee iiiiii oooo uuuu Jadual 1 :bunyi vokal Seterusnya.mruid mempelajari dan menguasai huruf-huruf yang terkandung dalam suku kata dan perkataan. al (1994) dalam model literasi bahasa. Akhir sekali. Menurut Juriah Long et. 10 . Contoh : Ini kucing saya Kaedah seterusnya ialah membaca kaedah abjad yang memperkenalkan huruf-huruf (26) bahasa melayu dan diikuti dengan menyebut nama huruf-huruf tersebut. setelah itu diperkenlakan dengan menyebut nama huruf-huruf konsonan. muridmurid diberi latihan membaca ayat-ayat mudah yang menggunakan perkataanperkataan.

Murid-murid diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu sebelum membaca perkataan. manakala. biasanya huruf besar diperkenalkan tereleih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan .2. Unsur-unsur yang kecil akan membentuk unsur yang lebih besar. kaedah abjad berpegang kepada prinsip bahawa setiap perkataan terdiri daripada beberapa huruf. Zulkifley Hamid (1994) berpendapat. Guru boleh membina bahan mawujud seperti kad bergambar untuk membantu murid-murid mengecam gambar dan menyebut 11 . Raminah Haji Sabran dan Rahi Syam (1985) pula berpendapat bahawa kedua-dua bentuk huruf kecil dan besar didedahkan serentak. Walau bagaimanapun.2 Kriteria-kriteria pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran kaedah membaca. Kemudiaan perkataan akan membentuk ayat. Pembinaan bahan pandang dan sebut hendaklah mengambil kira pengalaman sedia ada murid supaya mereka mudah membuat telahan terhadap ayat atau perkataan yang dicam. dan suku kata digabungkan menjadi perkataan. Rajah 7 : memperkenalkan nama huruf A hingga Z 3. Pengajaran bacaan dimulakan dengan memperkenalkan unsur-unsur yang terkecil dahulu. murid-murid perlu diperkenalkan dengan huruf-huruf terlebih dahulu. ia tidak menfokuskan pengajaran kepada bunyi huruf. Murid-murid akan membaca mengikut peringkat-peringkat yang ditentukan dalam binaan bahan tersebut. kemudian diikuti dengan unsur-unsur yang lebih besar. Huruf-huruf digabungkan menjadi suku kata.WAJ3104 Literasi Bahasa 2013 Menurut Abdul Aziz Abdul Talib (2000). Dalam pembinaan bahan pengajaran kaedah membaca.

Guru mesti bijak membina bahan pengajaran dan pembelajaran untuk menarik minat dan mengekalkan ingatan murid-murid terhadap isi pelajaran yang telah dikuasainya. barulah diperkenalkan kumpulan huruf yang membentuk perkataan berkenaan. Hal ini dapat dibuktikan melalui pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut tahap umur dan kemahiran yang ingin dicapai. mengasosiasikan benda dengan bunyi. Warna membantu membuat penegasan dan mewujudkan perasaan harmoni kepada murid-murid disamping menarik perhatian murid dalam pembacaan. berasaskan media elektronik. Hal ini akan memudahkan murid-murid membaca dengan teratur dan jelas. ringkas dan mudah untuk dibaca. Hal ini kerana. lirik lagu dan cerita untuk mendedahkan murid-murid dengan kemahiran berbahasa. Setelah murid-murid menguasai perkataan. Bahan yang dibina juga hendaklah jelas. Bahan ini memudahkan murid membaca apabila dipancarkan pada projekter kerana murid dapat didedahkan dengan gambar yang menarik. guru boleh membina bahan pengajaran dan pembelajaran yang asiosiasi membawa makna yang berkait antara satu dengan yang lain. tanyangan 12 . Pembinaan bahan boleh teridiri daripada bahan maujud. guru memberi dua warna yang berbeza pada suku kata di dalam ayat. Pembinaan bahan yang baik dapat mengekalkan minat murid-murid untuk mengikuti proses pembelajaran. Guru juga perlu kreatif menyediakan bahan Pengajaran dan Pembelajaran untuk mencapai objektif pengajaran yang ditentukan. Di samping itu. atau bunyi huruf dengan benda. sebagai seorang guru yang kreatif dan proaktif perlulah sentiasa membuat tranformasi dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran. Contohnya. Bahan pengajaran merupakan suatu yang penting untuk melaksanakan pengajaran yang efektif dan berkesan.. bahan yang berkesan adalah bahan yang dapat difahami penggunaan dan pelaksanaannya kepada murid-murid. Guru juga dapat membina bahan yang berbentuk pantun . Pemilihan yang tepat membantu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Antaranya. ICT dan apa sahaja. Contohnya. guru juga boleh menyedikan bahan yang berbentuk elektronik multimedia.WAJ3104 Literasi Bahasa 2013 perkataan berdasarkan gambar berkenaan. Warna merupakan satu elemen yang sangat penting dalam pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran. bahan berasaskan media cetak. contohnya dadu.

13 . Pada peringkat ini. Oleh itu. Contohnya. pratulisan merupakan suatu kemahiran di mana murid-murid telah mempunyai keupayaan menggunakan alat tulis dan mengetahui teknik serta cara gerakan tangan untuk membentuk huruf. perkara ini perlu diberi perhatian sebagai usaha untuk menarik minat dan memotivasi murid unutk membaca. bahan P & P yang dibina mestilah mengandungi maklumat tertentu yang boleh di simpan dalam jangka masa yang panjang. Pembinaan bahan juga perlu berdasarkan kepada objektif pengajaran. Bahasa yang digunakan hendaklah sesuai dengan tahap kebolehan murid. aktivti contengan dilakukan atas permukaan benda sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan yang boleh meninggalkan kesan keatas permukaan benda tersebut. setiap murid mempunyai tahap dan keupayaan kognitif yang berbeza. guru juga perlu memilih jenis dan saiz huruf yang senang dan memudahkan murid untuk membaca. Hal ini kerana.WAJ3104 Literasi Bahasa 2013 petikan yang jelas seterusnya memberi keselesaan kepada murid-murid untuk membaca. Hal ini penting kerana kerana bahan yang dibina mestilah mempunyai potensi untuk memperkukuh kemahiran berbahasa. Guru hendaklah menggunakan bahasa yang sesuai. penggunaan huruf besar sesuai digunakan unutk tajuk dan huruf kecil digunakan dalam ayat. 3. minat dan cita rasa murid.3 Kemahiran pratulisan Pratulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh setiap orang murid bagi menyediakan diri kearah melahirkan lambang-lambang bunyi yang khusus dan boleh diterima oleh kelompok masyarakat. penguasaan kemahiran pratulisan bermaksud seseorang murid itu telah bersedia dari segi fizikal dan mentalnya untuk memulakan penulisan secara mekanis. Selain itu. Bahan bacaan yang dibina sebaik-baiknya bersesuaian dengan keperluan. mudah difahami dan ringkas dalam pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran agar murid dapat membaca dengan lancar dan memahami maksud yang tersurat. Bahan yang dibina juga perlu meningkatkan keterampilan berbahasa dalam kalangan murid dan memotivasikan murid untuk membaca. Selain itu. (Khairuddin Mohamad 2011:73) Menurut Khairuddin Mohamad (2011:73) juga.

murid-murid perlu menguasai pergerakan-pergerakan motor yang dapat membantu mereka dalam penguasaan kemahiran menulis. 3. Husin Fateh Din et. kanak-kanak perlu didedahkan kepada kamhiran pratulisan terlebih dahulu. kemahiran ini merupakan kemahiran asas untuk kemahiran tulisan mekanis. Melatih pergerakan tangan dan jari 2. Aktiviti ini mengandungi aktiviti fizikal dan psikomotor. pratulisan merupakan satu tempoh di mana murid-murid disediakan dengan aktiviti-aktiviti menulis sebelum mereka menulis huruf-huruf dengan kemas dan betul. Pratulisan merupakan satu peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi menyediakan diri mereka kearah melahirkan lambing-lambang bunyi khusus yang boleh diterima oleh kelompok masyarakat.WAJ3104 Literasi Bahasa 2013 Menurut zainal Kassan & Suhaila Abdullah (2010).al (2011:87) turut menyatakan pratulisan sebagai satu kemahiran yang menjadi asas kepada kemahiran tulisan mekanis.al (1989:193). Dalam kemahiran pratulisan. Pada peringkat awal. Di samping itu. kanak-kanak membuat contengan di atas permukaan benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan menggunakan bahan-bahan boleh meninggalkan kesan dia atas permukaan benda tersebut. Melatih pergerakan mata 14 .3.1 Objektif pratulisan Aktiviti pratulisan penting kepada murid-murid tahap satu sebelum mereka mempelajari peringkat penulisan yang selanjutnya. Menurut Juriah Long et. murid-mruid dilatih mengkoordinasikan pergerakan otot-otot tangan dan mata supaya mereka berkebolehan untuk menulis dalam bentuk mendatar dari kiri ke kanan. Dalam kemahiran ini. Kemahiran ini termasuklah penguasaan kemahiran pergerakan tangan atau mata serta koordinasi antara tangan dan mata bagi memudahkan aktiviti tulisan.iaitu: 1. Peringkat contengan ini berkembang dari membuat contengan bebas hingga ke peringkat contengan terkawal. Dengan kata lain. Justeru. murid-murid dilatih menggunakan dan mengawal otot-otot jari dan tangan bagi memudahkan mereka memegang alat tulis dan membentuk huruf. terdapat sebelas objektif pelaksanaan aktiviti pratulisan kepada murid-murid.

maramas-ramas jari dan sebagainya. 5. Latihan membentuk corak-corak campuran bulatan dari garisan lurus.3. Guru hendaklah membimbing murid menggunakan jari telunjuk semasa melukis di atas pasir. menekankan jari. 3. murid Juga dikehendaki melukis secara perlahan-lahan dan serentak. Latihan menulis mengikut garisan-garisan rajah atau gambar dari kiri dan kanan. Melatih koordinasi mata dan tangan 4. Latihan. Latihan membentuk bulatan di udara. Latihan-latihan gerak jari dengan memainkan jari. Latihan melukis gambar-gambar yang mengandungi garisan-garisan lurus dan bulat.latihan membentuk garisan lurus 6. di lantai. 2. Rajah 8 : melukis bentuk asas di atas pasir 15 . menggoyangkan tangan. Menyemai minat murid untuk datang ke sekolah tanpa rasa bosan belajar. Latihan mewarna dari kiri ke kanan dan ke kiri semula 3. Guru juga perlu mengarahkan murid untuk menyebut nama bentuk semasa melukis di atas pasir.WAJ3104 Literasi Bahasa 2013 3. di meja. 7.2 Contoh aktiviti pratulisan 1. di rumput tanpa menggunakan alat tulis. Latihan melukis bentuk asas di atas pasir. di atas pasir. 4. Aktiviti ini boleh dilakukan didalam bilik darjah dengan menggunakan dulang atau kotak.

ranting kayu 1. Murid-murid melakar rumah menggunakan ranting kayu di atas psir. 2. Murid-murid dapat melakar rumah idaman di atas pasir menggunkaan kretiviti sendiri. Contoh aktiviti Tajuk : Rumah idaman saya Bahan bantu belajar Objketif : : Pasir di dalam kotak. Melatih pergerakan jari dan tangan murid-murid Aktiviti : 1. Murid-murid mendengar penerangan guru dan tunjuk cara melakar rumah di atas pasir. Murid-murid bercerita tentang rumah idaman mereka kepada kelas 16 . Murid-murid diberikan sekotak pasir oleh guru. 3. 2. 4.WAJ3104 Literasi Bahasa 2013 Rajah 9 : aktivti membuat garis lurus. Murid-murid dibahagikan kepada tiga kumpulan.

Misalnya. Misalnya. guru membina bahan yang boleh memberi murid-murid membuat contengan secara bebes. Bahan yang dibina juga dapat memberi aktiviti penggayaan supaya perkembangan intelek murid meningkat serta membantu membina kemahiran menghasilkan tulisan yang kemas dan cantik. contohnya. Guru juga dapat membina bahan yang membolehkan murid-murid mengenggam dan membuka tangan secara kerap kali. Selain itu. Bahan yang dibina juga hendaklah mempunyai maklumat dan pengetahuan baharu yang dapat dipelajari oleh murid. bahan yang dibina dapat mendedahkan murid menyusun benda mengikut golongan bagi benda yang sama bentuk. guru juga boleh menggunakan pelbagai jenis warna dalam pembinaan bahan pengajaran dan pembelajaran agar dapat menarik perhatian murid. latihan menulis berdasarkan beberapa bentuk geometri dan garisan yang hampir 17 . guru membina bahan menggunakan kertas yang pelbagai warna. kemudian murid-murid mencantum bahagian-bahagian gambar yang terpotong. kemudian beransur kepada melukis bentuk yang nyata yang terdapat dalam persekitaran mereka.3. Bahan yang dibina juga hendaklah besar dan menarik perhatian murid. kemudian meminta murid untuk mengoyak dan menampal kertas pelbagai warna tersebut mengikut bahan yang dibina oleh guru. Contohnya.WAJ3104 Literasi Bahasa 2013 3. guru membina bahan yang berbentuk besar agar murid dapat memegang dan melatih koordinasi tangan dan motor – motor halus murid. Antara kriteria-kriteria yang perlu dititikberatkan semasa membina bahan pengajaran dan pembelajaran bagi aktiviti pratulisan ialah bahan yang dibina hendaklah memberi latihan permulaan kepada murid-murid. contohnya. Hal ini dapat memberi pendedahan kepada murid dengan cara yang yang lebih berkesan melalui bahan yang dibina. Pengajaran tulisan bagi murid-murid adalah berdasarkan pengajaran pratulisan yang betul dan kukuh. Contohnya. Pembinaan bahan perlu tepat dan sesuai dengan proses koordinasi otot motor tangan dan mata juga dapat mengasah kemahiran menulis. warna dan ukuran. guru membina gambar yang besar dan terpotong.3 Kriteria-Kriteria Pembinaan Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Aktiviti Pratulisan.

suku kata. Bahan yang dibina juga perlu bersesuaian dengan objektif pelajaran. rangkai kata dan ayat. Misalnya. bahan yang dibina juga hendaklah mempunyai arahan dan peraturan yang ringkas dan jelas. latihan dan pengalaman asas diperlukan supaya murid-murid dapat menguasai kemahiran menulis huruf. rangkai kata dan ayat. pengetahuan dan minat murid. Antara aktiviti yang dilakukan ialah membuat corak. al (2011:92) bahawa kemahiran menulis secara mekanis perlu dikuasai oleh murid-murid pada peringkat awal supaya dapat menghasilkan tulisan yang kemas dan mudah dibaca. pembinaan bahan mestilah mengikut ketepatan aktiviti pratulisan dengan memberi latihan-latihan gerak jari dengan memainkan jari. taraf penguasaan murid. kerusi dan meja semasa menulis. Penulisan mekanis merupakan satu kemahiran yang dilaksanakan kepada murid-murid setelah mereka melalui aktiviti dan latihan pratulisan yang ditetapkan. menekap dan membentuk huruf. Antara tujuan penulisan mekanis adalah untuk membimbing murid-murid supaya menguasai kemahiran membentuk huruf besar dan kecil dengan betul dan tepat. segi teiga (A. meramas-ramas jari dan sebagainya. menguntai.4 Penulisan Mekanis Menurut Khairuddin Mohamad (2011:91).V) dan garisan bengkok (S) dan lain-lain. 18 . mengentel. perkataan. postur badan dan kedudukan kertas. Hal ini demikian kerana arahan memainkan peranan penting dalam melatih murid-murid memahami kehendak soalan dan menyelesaikan masalah yang diberikan oleh guru.W. Justeru. menggunting. 3. guru menjalankan aktiviti melipat.L). menjahit dan meganyam. Disamping itu. Penulisan ini juga dijalankan setelah murid-murid dibimbing cara memegang pensel yang betul. Seterusnya.WAJ3104 Literasi Bahasa 2013 serupa dengan bentuk-bentuk huruf. Guru juga perlu membina bahan mengikut jangka masa pengajaran sesuai agar bahan tersebut dapat digunakan semaksimum yang mungkin. menggoyangkan tangan. menekankan jari. menulis suku kata. Turut disokong oleh Husin Fateh Din et. Aktiviti tersebut boleh membantu murid-murid menguasai kemahiran menulis selanjutnya seperti menulis huruf. Contohnya bulat(huruf O dan D)segi empat sama (hururf H.

3.2 Contoh Aktiviti Penulisan Mekanis Pelbagai cara dan pendekatan sebagai medium yang digunakan oleh guru dalam proses P&P mereka. konsep ansur maju dimulakan dengan menulis daripada titik kemasukan huruf A – Z . 3. 2. kemahiran menulis mekanis yang didedahkan kepada murid-murid adalah bertujuan untuk melatih murid-murid menguasai kemahiran membentuk huruf-huruf besar dan kecil dalam abjad dengan betul.4. suku kata. menekap. Guru juga dapat boleh melakukan aktiviti menulis huruf mengikut urutan. Pengulangan menulis huruf yang sama dapat memberikan pengukuhan kepada murid-murid. membentuk. di atas meja.WAJ3104 Literasi Bahasa 2013 Menurut zainal Kassan & Suhaila Abdullah (2010). Setelah itu. Misalnya.1 Objektif Penulisan Mekanis 1. Dapat menggerakkan otot tangan.4. mengisi tempat kosong dengan huruf tertinggal dan latihan menulis suku kata. Kemahiran ini dapat dikuasai melalui beberapa aktiviti seperti membuat corak. Rajah 10 : Titik kemasukan huruf 19 . Membentuk huruf dalam kertas bergaris dua dan bergaris tiga. Dapat melakar bentuk di udara. menulis huruf kecil dan huruf besar A – Z di atas kertas berkotak. (juriah Long et. bergaris empat.tulisan mekanis merupakan peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-mruid. bergaris tiga dan bergaris satu. perkataan dan ayat. 3. di atas pasir dan belakang rakan. dan menyalin huruf.al 1989:201). murid-murid dilatih menguasai kemahiran menulis huruf. Langkah-langkah penulisan perlu diperincikan kepada murid-murid. jari dan mengkoordinasikan pergerakan mata dan tangan dengan baik.

Sebelum sesuatu bahan pengajaran dibina. manakala semua jenis huruf besar tidak sesuai menggunakan kertas bergaris empat semasa menulis. j. Guru juga perlu menggunakan warna yang terang dan jelas untuk menunjukkan perkara yang penting. bahasa yang digunakan hendaklah ringkas dan mudah untuk difahami oleh murid-murid mengikut peringkat umur mereka.3 Kriteria-Kriteria Pembinaan Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Bagi Penulisan Mekanis. ringkas serta menarik supaya murid boleh melihatnya dengan jelas dan tepat. warna dan saiz untuk menarik perhatian murid semasa menyelesaikan masalah yang diberikan. 3. y. Bahasa melayu merupakan bahasa yang yang sepatutunya digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya kriteria yang perlu ada ialah Bahan yang dibina hendaklah besar. q. Misalnya. seseorang guru perlu mengambil kira kriteria pembinaan dan penyesuaian bahan pengajaran. Ini kerana tidak semua huruf boleh menggunakan secara maksimum garisan yang keempat. Guru juga dapat membina bahan yang mempunyai pelbagai bentuk.WAJ3104 Literasi Bahasa 2013 Menulis huruf atas kertas bergaris empat memerlukan pemerhatian dan ketekunan yang lebih. p. Begitu juga dalam pembinaan bahan PDP. Rajah 11 : menulis huruf dia tas kertas bergaris empat. Bahan pengajaran dan pembelajaran yang dibina juga hendaklah bersesuaian dengan 20 .anak panah untuk menulis titik kemasukan huruf. gaya bahasa yang digunakan hendaklah mudah untuk difahami oleh murid-murid agar aktiviti dapat berjalan dengan lancar. iaitu huruf g.4. Hanya huruf kecil yang mempunyai „ekor‟ boleh menggunakan garisan keempat sebagai sempada.

bahan yang dibina hendaklah berdasarkan kepada objektif pembelajaran pada masa tersebut. bergaris tiga dan bergaris satu dan seterusnya memadankan huruf kecil dengan huruf besar. Bahan yang dibina hendaklah berdasarkan tajuk dan keterangan yang sesuai. menulis huruf dengan titik bernombor. Misalnya. objektif guru ialah memastikan murid-murid dapat menulis huruf dengan susunan yang betul dan tepat. Perbendaharaan kata dan bahasa yang digunakan boleh difahami oleh murid seperti yang dikehendaki oleh kumpulan atau individu. menyesuaikan nama huruf dengan huruf dan memadankan nama huruf dengan bunyi huruf. contohnya. bergaris empat.0 Kriteria – Kriteria Umum Pembinaan Bahan Pengajaran Dan Pembelajaran Aktiviti Pengamatan. Ciri-ciri bahan yang mudah diguna dan dikendalikan ialah bahan yang mempunyai arahan dan peraturan yang ringkas dan padat. Pratulisan Dan Tulisan Mekanis. Pembinaan bahan mengikut masa yang ditetapkan dalam pengajaran dan pembelajaran. guru hendaklah meyediakan bahan yang mengikut ansur maju murid-murid. kemudian menulis huruf kecil dan huruf besar A – Z di atas kertas berkotak. Pembinaan dan pemilihan bahan hendaklah mempunyai hubungan kesesuaian dengan pekara –perkara seperti objektif dan matlamat pengajaran 21 . Bahan yang dibina juga hendaklah sesuai dengan masa pengajaran. Sebelum guru membina bahan pengajaran. Kaedah Membaca. guru perlu memastikan objektif pengajaran pada masa tersebut. Terdapat beberapa garis panduan pembinaan bahan pengajaran iaitu bahan yang dibina dan dipilih hendaklah sesuai. 4. Arahan yang ringkas akan memberikan keseronokan kepada murid-murid untuk melakukan aktiviti tersebut. sederhana dan tinggi agar murid dapat mengikuti dan menerima pengajaran secara ansur maju dan berkesan. Bahan yang dibina tidak perlu terlalu banyak dan lama. dan mengisi tempat kosong dengan huruf tertinggal.WAJ3104 Literasi Bahasa 2013 umur dan keupayaan murid-murid. Bahan yang dibina menjurus kepada menulis huruf mengikut urutan. Bahan yang dibina perlulah bermula daripada aras rendah. Bahan yang tidak terlalu rumit akan memudahkan guru untuk mengendalikan dalam pengajaran dan pembelajaran.

bahan yang khusus kepada bahan yang umum dan bahan masa kini kepada masa akan datang. bahan yang mudah kepada yang kompleks. pemikiran dan tingkah laku. bahan-bahan yang dibina dapat memberikan rangsangan untuk pelajar berfikir dan mendorong mereka terus belajar. 22 . Oleh itu.WAJ3104 Literasi Bahasa 2013 bahasa. pendidikan. bahan yang mengandungi fakta terasing dengan bahan yang mempunyai hubungan yang bersepadu. mungkin tidak sesuai dengan segolongan pelajar yang lain. a) Sesuai Bahan pengajaran yang dbina hendaklah sesuai dengan matlamat dan objektif pelajaran. Ciri–ciri bahan yang dibina dan dipilih dalam proses P dan P perlu memiliki ciri-ciri tersendiri yang boleh mencabar minda dan mendorong minat muridmurid untuk belajar. suasana pembelajaran dan minat pelajar. mematuhi prinsip-prinsip seperti bahan yang konkrit kepada bahan yang abstrak. Antara lain. Dengan objektif pengajaran yang tertentu. Guru juga sepatutunya mengambil kira keadaan pelajarnya yang datang daripada latar belakang pengalaman sosial. pendekatan. taraf pencapaian dan sebagainya ketika menyediakan bahan. ekonomi. c) Mencabar Seterusnya. Bahan-bahan yang sesuai dengan segolongan pelajar. Pembinaan bahan yang sesuai dengan suasana pembelajaran akan meninggalkan kesan yang baik. keadaan pelajar. bahan yang dibina hendaklah mencabar iaitu merangkumi rangsangan. kaedah dan teknik pengajaran. guru hendaklah menentukan objektif pengajaran terlebih dahulu sebelum membina dan memilih sesuatu bahan. Oleh hal demikian. b) Ketahanan Alat dan bahan yang dibina atau dipilih itu haruslah sesuai dengan pelajar atau kelompok pelajar yang akan dijalankan supaya alat atau bahan tersebut boleh dipakai dalam jangka masa yang panjang ataupun boleh digunakan untuk muridmurid belajar sendiri. guru boleh membina bahan-bahan yang sesuai dan dapat membantu kearah pencapaian objektif tersebut.

bahan yang dibina juga hendaklah mempunyai kaitan dengan pengalaman murid-murid disamping dapat membina pengetahuan dan pengalaman baharu. Ketepatan sesuatu bahan dengan kurikulum pengajaran bahasa adalah berdasarkan isi kandungan sesuai dengan kemampuan dan kehendak murid. maklumat atau fakta yang tepat. terutamanya yang berhubungan dengan fungsi dan konteks sosial. bahan yang dibina juga perlulah mempunyai reka bentuk yang menarik. perbezaan kawasan. kita harus dapat menerap situasi sosial. Kita harus dapat menyesuaikan bahasa yang digunakan dengan situasi ketika itu. bahan-bahan akan dibina berdasarkan perbezaan umur dan jantina. menunjukkan perbezaan huruf atau suku kata. guru perlu menggunakan warna untuk menunjukkan perkara yang penting. Menurut Mok Soon Sang (2011). bahan-bahan tersebut disunting. diubahsuai dan dibina selaras dengan kebolehan para pelajar. ketepatan pembinaan bahan pengajaran sebagai isi kandungan bahan pengajaran yang menepati kandungan kurikulum pengajaran. proses pembelajaran dan pembelajaran. Menggunakan saiz huruf yang bersesuaian dengan peringkat umur murid. warna-warna yang 23 . Apabila kita menggunakan bahasa. Bahan pengajaran yang dibina mestilah menunjukkan perkaitan antara aspek kandungan bahasa . kemudian mempunyai susunan bahan. e) Reka bentuk Disamping itu. Ketepatan juga bermaksud bagaimana bahasa itu dapat digunakan secara tepat. Ketepatan kadangkala disebut sebagai ketepatan konteks stilistik. maklumat yang dikemaskini dan perbendaharaan yang sesuai. tanpanya peraturan-peraturan tatabahasa adalah tidak berguna. Bahan pengajaran perlu mengandungi arahan yang jelas dan ringkas untuk memberi panduan kepada murid-murid. perbezaan pendidikan dan sosial dan sebagainya.WAJ3104 Literasi Bahasa 2013 d) Ketepatan Selain itu. Bahan pengajaran juga ringkas dan menarik perhatian murid dengan adanya warna dan reka bentuk yang pelbagai. Contohnya. Biasanya melalui proses standardisasi. Konsep ini berdasarkan daripada „communicative competence‟ yang menekankan bahawa ada terdapat peraturan-peraturan penggunaan. Dalam proses ini.

bahan-bahan akan disuaikan berdasarkan perbezaan umur dan jantina. Guru boleh menggunakan bahan maujud supaya muridmurid dapat pegang. Dalam proses ini. Hal ini dapat membantu murid-murid menggunakan bahasa dalam komunikasi.WAJ3104 Literasi Bahasa 2013 berbeza harus digunakan. sentuh dan main bahan tersebut. atau untuk pengajaran berkumpulan. atau pengajaran biasa di bilik darjah. Guru boleh mengahsilkan bahan pengajaran dengan kretiviti dan inovasi guru contohnya menggunakan bahan terpakai dan alam semula jadi. f) Saiz/Pengelolaan Kelas Saiz kelas besar dan kelompok pelajar yang terlibat juga perlu difikirkan semasa guru memilih alat pengajaran pembelajaran. Bahan yang boleh dilihat dari jarak jauh sesuai kelompok yang lebih besar. Di sini guru harus memikirkan di mana dan bagaimana bahan bahan tersebut akan digunakan. h) Standardisasi dan Simplikasi Proses ini dilakukan untuk membolehkan guru mewujudkan bahan-bahan pengajaran yang dapat memenuhi keperluan para pelajar. diubahsuai selaras dengan kebolehan para pelajar. bahanbahan tersebut disunting. Selain itu. perbezaan pendidikan dan sosial dan sebagainya. perbezaan kawasan. Biasanya melalui proses standardisasi. bahan tersebut seharusnya tahan lasak jika digunakan berulang-rulang kali dan sekiranya digunakan untuk lebih dari satu mata pelajaran dan juga sesuai pada masa dan mata pelajaran lain. 24 . ataupun pengajaran individu g) Jimat dan murah Bahan yang dibina juga tidak semestinya daripada sumber-sumber yang mahal. huruf atau simbol hendaklah ditulis dengan saiz yang sederhana besar. sama ada untuk kuliah umum di dewan. i) Praktikal Bahan pengajaran seharusnya sederhana dan mudah digunakan serta menggunakan bentuk bahasa yang berdasarkan situasi sebenar. bagi pengajaran kemahiran menulis.

boleh dibawa kemana-mana. kesemua kemahiran ini perlu digabungjalinkan untuk mewujudkan satu bahan pengajaran yang berkesan di dalam kelas. tidak terlalu besar atau berat. Bahan-bahan dari alam sekeliling elok digunakan. bahan yang dibina juga haruslah berfungsi. tidak membahayakan murid. Ketiga-tiga aspek ini biasanya lebih ditumpukan ke atas murid-mruid itu sendiri.iaitu ia senang digunakan. Melalui penerapan ini. Pembinaan dan pemilihan bahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang terdiri dariapda bahan-bahan dan sumber-sumber lain daripada tiga perspektif iaitu perspektif komunikasi atau fungsional. dan tidak terlalu berat atau besar. Di samping itu. membaca dan menulis. guru dan murid atau murid-murid dengan bimbingan guru. Oleh itu. perspektif struktural dan perspektif kemahiran. Alat itu mestilah fleksibel dan boleh digunakan untuk lebih daripada satu mata pelajaran . Kesederhanaan alat penting . kriteria yang patut digunakan untuk bantu mengajar ialah alat tidak semestinya mahal dan perlu dibeli.WAJ3104 Literasi Bahasa 2013 j) Mudah alih Bahan pengajaran yang dibina hendaklah sentiasa berfungi. l) Penyerapan Nilai dan Pengetahuan Satu unsur penting yang cuba diterapkan dalam pendidikan hari ini ialah penerapan nilai (moral) di dalam semua mata pelajaran termasuk bahan pengajaran dan pembelajaran. 25 . bertutur. iaitu kemahiran mendengar. ringan. para pelajar bukan sahaja sekadar dapat menambah pengetahuan baru tetapi juga mereka sentisa menyedari dan memahami tanggungjawab dan sumbangan pengetahuan yang dipelajari terhadap diri. Ia boleh dibuat oleh guru. Kesemua kemahiran ini perlu dilihat sebagai bahagian yang berhubungan antara satu samalain dan bukannya terpisahpisah. senang untuk disimpan. masyarakat dan negara. Menurut Azman Wan Chik (1989). k) Kemahiran Kemahiran bahasa melibatkan empat jenis kemahiran. Seorang guru boleh menunjukan daya kreatifnya bila membuat alat bantu mengajar.

murid-murid dapat memahami pengajaran guru seterusnya dapat menerima pembelajaran dengan cepat. Pembinaan bahan P dan P ini juga dapat mencukil bakat dan kretiviti guru untuk menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas lebih mencabar dan menarik. Guru juga terdedah dengan kemajuan sains dan teknologi apabila Berjaya membina dan meneroka bahan P dan P dan mengaplikasikannya dalam P dan P. bertujuan mencapai objektif pengajaran yang telah dirancang oleh guru dan muridmurid.WAJ3104 Literasi Bahasa 2013 4. Bahan pengajaran dan pembelajaran ini juga dapat mengelakkan proses P dan P di dalam bilik darjah menjadi bosan dan tidak menarik. 26 . Oleh itu.0 Rumusan Penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran dan pembeljaran adalah sebagai alat pemudah untuk membantu dalam penyampaian pengajaran guru.

Sign up to vote on this title
UsefulNot useful