Anda di halaman 1dari 3

PENANDA WACANA UNTUK MEMULAKAN AYAT PENDAHULUAN KARANGAN Sedasawarsa ini sering meniti dari bibir ke bibir umat

umat manusia di segenap empat penjuru dunia ini tentang isu Era pascaperindustrian dan pascaglobalisasi yang serba mencabar akal dan minda kita telah . Sudah terang lagi bersuluh, semakin hari kita semakin menghampiri ambang 2020. Keadaan ini menandakan titik permulaan pelbagai cabaran dan rintangan yang bakal menghambat. Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia. Namun disebalik itu, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronal yang dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini Sejak dua dan tiga dekad kebelakangan ini memang kita dapat menyaksikan

Lazimnya, dalam keadaan Namun demikian, suatu hakikat yang tidak boleh dikesampingkan ialah Pada hemat saya Pada pandangan saya Pada realitinya, memang tidak dapat dinafikan bahawa Sebagaimana yang kita ketahui Sebagaimana yang kita maklumi Sejak awal lagi Sejak kebelakangan ini Selain itu, pada masa ini juga Seperti yang telah dinyatakan Umum mengetahui bahawa Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas

PENANDA WACANA UNTUK AYAT 2 DAN SETERUSNYA DALAM KARANGAN Bagi sesetengah orang Begitu juga dengan Begitu juga halnya dengan Bertitik tolak daripada itu Bukan itu sahaja Dalam hal ini Dalam konteks ini .. Dalam zaman yang serba canggih ini Daripada realiti ini dapat kita katakan bahawa Dengan adanya Dengan berbuat demikian Dengan perkataan lain .. Disebabkan hal itu Disebabkan keistimewaan inilah kita .. Hal ini berlaku disebabkan Hal ini penting dalam Hal ini serupa dengan Hal yang serupa berlaku apabila Ini disebabkan Ini membuktikan bahawa Ini menggambarkan bahawa Ini secara tidak langsung akan Ini semua meninggalkan kesan kerana

PENANDA WACANA UNTUK AYAT TERAKHIR PENDAHULUAN KARANGAN Oleh itu, kebaikan dan keburukan yang mewarnai fokus perbincangan akan dihuraikan dengan terperinci demi kebaikan bersama. Sebagai memperkukuhkan lagi penyataan tersebut, punca-punca yang menunjangi masalah ini perlu diperincikan demi kebaikan bersama. Usaha pasti akan membuahkan hasil kalau pelbagai langkah yang efektif dan drastik dilakukan segera untuk mengatasi masalah yang sudah bersarang lama di negara kita ini. Setelah meneliti dan mengkaji sehingga ke akar umbi, saya bersetuju dengan pendapat yang menyatakan . Tiada ubat yang tiada penawarnya, maka langkah-langkah yang konkrit, sistematik dan pragmatik harus dijalankan secara berterusan agar masalah ini boleh dibasmi hingga ke akar umbi.

PENANDA WACANA UNTUK AYAT PERTAMA SETIAP PERENGGAN Kita dapat menyaksikan betapa Kita seharusnya berterima kasih kepada pihak kerajaan kerana

Ini tentu sekali membuatkan Jadi kita perlu Jadi kita hendaklah Keadaan ini tentunya Lantaran itu sehingga kini Kesemua ini menyumbang kepada Kita mengakui hakikat bahawa Kita sering menonton di kaca televisyen Kita sering membaca di dada-dada akhbar Memandangkan keadaan yang sedemikian Namun sejak kebelakangan ini Oleh itu, bolehlah dikatakan Secara logiknya masa yang Sejak seawal usia kemerdekaan negara ini lagi, kita Keadaan ini seharusnya boleh Walaupun demikian, sejak akhir-akhir ini Kendatipun demikian, kita masih Yang paling nyata ialah Yang perlu kita pastikan ialah

Intihanya, Sebagai menggulung segala yang telah diperkatakan di atas Konklusinya, Dengan ini diharapkan Bukan itu sahaja Mudah-mudahan perkara ini Dengan keizinan Tuhan yang maha esa, kita yakin dan percaya bahawa Jika semua masyarakat berganding bahu, ibarat ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, insyallah perkara ini akan Demi merealisasikan visi kudsi Wawasan 2020, marilah kita bersamasama

KATA-KATA HIKMAT DIGUNAKAN DALAM KARANGAN 1. baik kaya ialah kaya hati,sebaik-baik bekal ialah takwa,seburukburuk buta ialah buta hati dan sebesar-besar dosa ialah berdusta. 2. Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya. (Hamka). 3. Orang yang takut menghadapi kesukaran selamanya tidak akan maju. ~Horne 4. Yang dikatakan kawan bukanlah orang yang sentiasa memuji-muji kamu, tetapi adalah orang yang dapat menunjukkan kesalahan kamu. 5. Kalau hidup ingin merdeka, Tiada tercapai hanya berkata, Ke muka maju sekata, maju kita, Melemparkan jauh jiwa hamba. ~Usman Awang 6. "Dan berbuatlah kamu akan kebaikan supaya kamu mendapat kemenangan." ~Surah al-Hajj:77 7. "Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sajalah tempat meminta pertolongan" ~Surah Yusuf:18 8. Berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu. 9. Yang paling kita perlukan dalam kehidupan ialah adanya seseorang yang selalu memberi semangat untuk melaksanakan hal-hal yang dapat kita kerjakan. ~Davey John Schwartz 10. "Peristiwa itu memberi pengajaran kepada saya mengenai bagaimana guru besar perlu bersikap profesional dan tidak menggunakan emosi dalam melakukan tindakan." ~Tengku

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN STATISTIK Berdasarkan perangkaan terkini yang diperoleh didapati sebanyak Bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan Statistik yang sahih lagi tepat telah dikeluarkan oleh Kementerian .. pada tahun menunjukkan bahawa sebanyak

PENANDA WACANA UNTUK MENYATAKAN CONTOH Sebagai contohnya Biar kita lihat Biar kita ambil contoh Bagi membuktikan perkara ini, contoh yang boleh diketengahkan ialah Sebagai analoginya, Contoh yang ketara yang paling dekat dengan kita ialah

PENANDA WACANA UNTUK KESIMPULAN KARANGAN

Habsah Tengku Petera (Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan) 11. "Satu perkara yang menakutkan saya pada masa ini ialah peningkatan gejala rasuah. Secara umumnya, lebih tinggi rasuah yang ada, lebih kurang kemerdekaan yang dimiliki." ~Profesor Diraja Ungku Aziz 12. Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat. 13. Lebih berharga mutiara sebutir daripada pasir sepantai. 14. Terbang bangau sepanjang hari, ke tasik jua akhirnya dicari. 15. Biar kamu tidak cantik di mata penduduk bumi tetapi namamu menjadi perbualan penduduk langit. 16. Siapa yang banyak bicara, banyak pula salahnya; siapa yang banyak salah, hilanglah harga dirinya; siapa yang hilang harga dirinya, bererti dia tidak warak; sedangkan orang yang tidak warak itu bererti hatinya mati. ~ Saidina Ali Abu Talib 17. Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu. 18. "Kita sering mengimbas kembali kenangan lalu tetapi jarang sekali berusaha untuk mengejar impian hari esok. 19. Manusia yang berbuat baik dengan mengharapkan sesuatu balasan bukanlah manusia yang jujur. Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat, asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh dengan agama Allah. (surah Al-Baqarah:214) 20. Kekitaan yang erat tiada yang berat. 21. Belajarlah berdiri dahulu sebelum cuba untuk berlari. 22. Orang bakhil tidak akan terlepas daripada salah satu daripada empat sifat yang membinasakan iaitu; dia akan mati dan hartanya akan diambil warisnya, lalu dibelanjakan bukan pada tempatnya atau; hartanya akan diambil secara paksa oleh penguasa yang zalim atau; hartanya menjadi rebutan orang-orang jahat dan akan digunakan untuk kejahatan atau; adakalanya harta itu akan dicuri dan digunakan untuk berfoya-foya. - SAIDINA ABU BAKAR 23. Kekayaan yang hilang boleh dikejar dengan usaha yang bersungguh-sungguh. Kesihatan yang hilang boleh diperolehi dengan ubat-ubatan yang baik tetapi masa yang hilang sekali hilang akan terus hilang. 24. Jadilah seperti pohon kayu yang berbuah lebat, dibaling dengan batu dibalas dengan buah. 25. Tunjuk menjadi telaga budi, ajar menjadi suluh hati.

Bahagian 2 i) Penanda permulaan karangan a) Pada era globalisasi ini, b) Pada zaman pascakemerdekaan ini, c) Dalam meniti arus kemodenan ini, d) Dewasa ini, e) Pada masa ini, f) Kini, g) Dasawarsa ini, h) Dalam meniti kehidupan pada marcapada, i) Sejak sedekad yang lalu, j) Sejak negara menikmati arus kemerdekaan, k) Kebelakangan ini, l) Belakangan ini, m) Sejak akhir-akhir ini, ii) Penanda memulakan isi baharu a) Selain itu, b) Di samping itu, c) Sementara itu, d) Lebih-lebih lagi, e) Dalam pada itu, f) Lain daripada itu, g) Pada waktu yang sama, h) Dalam pada itu, i) Seterusnya, iii) Penanda huraian isi karangan a) Hal ini demikian kerana b) Hal ini berlaku kerana c) Hal ini terjadi kerana d) Hal ini disebabkan oleh e) Hal ini wujud akibat daripada f) Hal ini bersangkut-paut dengan g) Hal ini berpunca daripada h) Hal ini tercetus apabila i) Hal ini timbul apakala iv) Penanda memberi contoh dalam karangan

a) Misalnya, b) Contohnya, c) Sebagai contoh, d) Tamsilnya, e) Sebagaimana yang kita sedia maklum, f) Antaranya adalah seperti v) Penanda menghuraikan contoh a) Hal ini mengakibatkan b) Hal ini menyebabkan c) Oleh itu, d) Maka, e) Oleh hal yang demikian, f) Oleh sebab itu, g) Jelaslah bahawa h) Justifikasinya, vi) Penanda menutup isi a) Kesannya, b) Natijahnya, c) Akibatnya, d) Akhirnya, e) Dengan itu, f) Dengan berbuat demikian, g) Dengan keadaan sedemikian, vii) Penanda menulis dua huraian dalam satu ayat Contoh: Masalah sosial yang dibincangkan oleh masyarakat ini memang memeningkan kepala (Huraian 1) _(x)_ membimbangkan semua pihak. (Huraian 2) a) justeru b) malah c) malahan d) tambahan pula e) sementelahan f) sekali gus g) di samping h) bahkan

i) malar-malar viii) Penanda memulakan perenggan penutup a) Kesimpulannya, b) Intihanya, c) Secara tuntas, d) Konklusinya, e) Sebagai penutup wacana, f) Sebagai penghias bicara akhir, g) Sebelum mengakhiri wacana ini, h) Secara keseluruhan, i) Secara total, ix) Penanda menerangkan huraian atau pendapat yang berbeza a) Walau bagaimanapun, b) Walakin begitu, c) Namun demikian, d) Daripada perspektif yang berbeza, e) Jika dilihat dari sudut lain, f) Dengan kata lain, g) Kontradiksinya, i) Di sebalik itu, j) Dalam pada itu, k) Dari sudut lain, x) Penanda memulakan atau memasukkan peribahasa a) Bak kata peribahasa, ....... b) Bak kata peribahasa Melayu, ............ c) Bak kata orang tua-tua, ........... d) Bak kata mutiara, ......... e) Bak peribahasa, ............ f) Bak kata cendekiawan, ............. g) Persis kata peribahasa, ............ h) Persis kata peribahasa Melayu, ............. i) Persis kata orang tua-tua, ............ j) Persis kata mutiara, ............ k) Persis peribahasa, ............... l) Persis kata cendekiawan, ............. m) Hal ini sama dengan peribahasa .......... n) Senario ini persis dengan peribahasa Melayu, yakni .......

o) Fenomena ini dikatakan p) Masalah ini sama dengan peribahasa ........... q) Saya yakin rakyat Malaysia mengenali peribahasa .......

SENARAI PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS BAHASA MELAYU PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 4 a) Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat. b) Darah daging Maksud : Anak dan saudara-mara daripada keturunan sendiri. c) Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing Maksud : mengalami susah senang bersama-sama. d) Meninggi diri Maksud : Sombong e) Bermuka dua Maksud : Tidak jujur. f) Baik hati Maksud : Bersikap baik dan penyayang (suka menolong). g) Tulang belakang Maksud : Punca kekuatan/ orang harapan h) Bara yang digenggam biar sampai jadi arang Maksud : Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah sabar, sehingga mencapai kejayaan. i) Bagai kaca terhempas ke batu Maksud : Sangat sedih atau kecewa. j) Melentur buluh biarlah dari rebungnya Maksud : Mendidik anak biarlah sejak mereka kecil lagi. k) Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi Maksud : Dua orang atau dua pihak yang sama darjat dalam adat l) Seperti lembu dicucuk hidung Maksud : Orang yang selalu menurut kemahuan orang m) Yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing Maksud : Bersama-sama menghadapi atau mengerjakan sesuatu. n) Dayung sudah di tangan, perahu sudah di air Maksud : segala-gala yang dikehendaki sudah diperoleh. o) Terang hati Maksud : Lekas pandai.

p) Rendah hati Maksud : Tidak sombong q) Murah hati Maksud : Pemurah. r) Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas Maksud : Adat yang tidak berubah; sesuatu yang tetap utuh. s) Tangan kosong Maksud : Hampa. PERIBAHASA DALAM BUKU TEKS TINGKATAN 5 a) Lintah darat Maksud : Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi b) Bagai aur dengan tebing Maksud : Hubungan yang rapat antara sama sama yang lain dan saling membantu. c) Anak dagang Maksud : Orang luar yang datang menetap di sesuatu tempat d) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri Maksud : Walau bagaimanapun kelebihan di negara orang, tetap negeri sendiri lebih baik lagi. e) Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai Maksud : Kalau takut berhadapan dengan penderitaan , lebih baik jangan melakukan sesuatu yang susah f) Indah khabar daripada rupa Maksud : Perkhabaran tentang sesuatu perkara yang dilebihlebihkan. g) Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah Maksud : Pengagihan yang sama banyak. h) Bukit sama didaki, lurah sama dituruni Maksud : Perhubungan yang sangat akrab, senang susah bersama. i) Kacang lupakan kulit Maksud : Orang yang melupakan asalnya atau orang yang pernah menolongnya setelah mendapat kesenangan. j) Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung Maksud : Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal.

k) Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak Maksud : Menyesuaikan diri dengan tempat dan keadaan l) Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua Maksud : kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain yang menerima akibatnya.. m) Memerah otak Maksud : Berfikir dengan bersungguh-sungguh. n) Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya Maksud : Tidak akan tercapai maksudnya kalau tidak mahu berusaha dan bersusah payah. o) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian Maksud : Bersusah payah terlebih dahulu untuk mendapatkan kesenangan pada kemudian hari. p) Yang bulat tidak datang menggolek, yang pipih tidak datang melayang Maksud : Sesuatu benda tidak akan datang tanpa usaha q) Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit Maksud : Sabar mengerjakan sesuatu lama-lama berhasil juga. r) Bak cendawan tumbuh selepas hujan Maksud : Terlalu banyak pada sesuatu masa. s) Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Maksud : Kata sepakat yang dicapai dalam mesyuarat. t) Yang kita kejar tak dapat, yang kita kendong pula berciciran Maksud : Bernasib malang kerana mengejar sesuatu, yang sudah di tangan hilang pula. u) Mencari jalan Maksud : Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara. v) Biar mati anak, jangan mati adat Maksud : orang yang kuat perpegang pada adat. w) Sediakan payung sebelum hujan Maksud : Berjaga-jaga dulu sebelum mendapat sesuatu bencana. x) Berbesar hati Maksud : Gembira. y) Anak buah Maksud : a. Anak saudara. b. Pekerja di bawah jagaan kita. z) Tuan rumah Maksud : tempat berlangsungnya sesuatu acara

aa) Yang lama dikelek, yang baharu didukung Maksud : Adat yang lama tetap diamalkan di samping budaya hidup yang baharu. bb) Batu penghalang Maksud : Halangan yang dihadapi. cc) Untung anak lelaki cari-carikan, untung anak perempuan nanti-nantikan Maksud : Orang lelaki yang merisik bakal isterinya dd) Bagai ikan pulang ke lubuk Maksud : Perantau yang pulang ke tempat asal.