Anda di halaman 1dari 1

Kegemilangan kesultanan melayu Melaka adalah penerusan tradisi zaman kegemilangan srivijaya. Bincangkan.

Srivijaya merupakan empayar beragama Hindu-Buddha di Nusantara. Negeri ini merupakan pusat perkembangan agama Buddha membantu mengembangkan kegiatan perdagangan dengan India dan China. Melaka merupakan empayar Islam, secara tidak langsung ianya dapat menarik pedagang-pedagang Islam. Kejayaan Melaka dalam memainkan peranannya sebagai sebuah pelabuhan enterport baru dapat dilihat dalam tiga bentuk iaitu bertindak sebagai penerima atau pembeli barang dagangan, mejadi pusat pengantaraan dimana Melaka menjadi tempat pertemuan di antara para pedagang asing dari Timur dan Barat termasuk juga pedagang dari Nusantara dan juga bertindak sebagai penyebar barang-barangan yang dibawa dari Melaka ke tempat lain. Walaupun Melaka merupakan warisan Srivijaya, namun begitu pencapaian Melaka adalah berbeza daripada Srivijaya. Hal ini kerana, Melaka merupakan tempat yang menjadi asas kepada pegangan yang menjadi nadi yang mana dapat menggerakkan seluruh kegiatan pemerintahan dan rakyatnya sehingga kini.