Anda di halaman 1dari 2

Kol.

(PA) Abdul Wahab Bin Rahim Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA) Lot 14617, Persiaran Institusi Bangi 43000, Bangi Selangor Darul Ehsan Tarikh : 23/01/2014


Tuan,

UNDANGAN MENGADAKAN CERAMAH KECEMASAN DAN KEBAKARAN

DAN

DEMONSTRASI

KESELAMATAN

Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah s.w.t atas nikmat yang begitu tinggi dan besar iaitu nikmat Iman dan nikmat Islam. Semoga kita berada dalam rahmat Ilahi.

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk. Di sini saya ingin menjemput pihak tuan untuk datang mengadakan/menyampaikan ceramah dan demonstrasi keselamatan kebakaran di sekolah bina insan bersempena program jati diri pelajar dan minggu keselamatan. 2. Tujuan program ini adalah untuk memberi kesedaran tentang kepentingan menjaga keselamatan diri dan langkah langkah yang perlu di ambil apabila berada di dalam situasi kecemasan atau kebakaran.

3.

Maklumat mengenai program tersebut adalah seperti di bawah: Tempat : Sekolah Bina Insan , KUIS Tarikh : 10/2/2014 Masa : 9.00 pagi - 10.30 pagi Peserta : 457 orang pelajar dan 46 orang guru

4. Sehubungan itu pihak kami amat mengalu alukan kehadiran pihak tuan dan diharapkan pihak tuan dapat mengadakan ceramah dan demonstrasi latihan kebakaran di tempat dan tarikh yang telah dinyatakan. Adalah diharapkan pihak tuan dapat memberikan bantuan kerjasama menjayakan program ini. 5 untuk sebarang maklumat lanjut,pihak, Pihak tuan boleh menghubungi En. Riza Hazrin di talian 013-3428131 atau boleh berhubung melalui email riza.yahaya@icloud.com . kerjasam pihak tuan adalah amat di hargai.

Sekian,

Jazakumullah Khairan Kathiran

Memaknai Ilmu,Membina Insan, Mencontohi Adab

Pn Khairunnisa Bt Ismail Pengarah Sekolah Bina Insan

Anda mungkin juga menyukai