Anda di halaman 1dari 3

LAPORAN PEMANTAUAN CUACA BERJEREBU Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Tarikh: 11 Februari 2014

Laporan Pemantauan Cuaca Berjerebu ini dikeluarkan untuk makluman agensiagensi yang terlibat dalam pengurusan isu jerebu. Laporan ini adalah berdasarkan kepada maklumat-maklumat dan aspek-aspek meteorologi. Ramalan Cuaca (11 - 13 Februari 2014) Pada amnya cuaca dijangka tiada hujan untuk kawasan-kawasan di utara Semenanjung untuk beberapa hari akan datang. Walau bagaimanapun, hujan sementara dijangka boleh berlaku di pedalaman Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Melaka, N.Sembilan dan Johor pada sebelah petang dan awal malam. Bagi negeri Sarawak, hujan masih dijangka tertumpu di kawasan timur Sarawak pada sebelah petang hingga awal malam terutamanya di Bahagian Bintulu, Miri, Limbang dan Kapit. Bagi negeri Sabah, hujan pada sebelah pagi dijangkakan berlaku di Bahagian Kudat dan Sandakan. Manakala pada sebelah petang hujan dijangka akan lebih tertumpu di kawasan-kawasan pantai di barat Sabah. Kawasankawasan yang menerima kurang hujan akan mengalami keadaan sedikit berjerebu. Titik Panas Berdasarkan kepada imej satelit NOAA-18 pada 10 Februari 2014 menunjukkan bilangan titik panas di Sumatera meningkat dengan mendadak dari 18 pada 9 Februari 2014 kepada 187 pada 10 Februari 2014, manakala bilangan titik panas di Semenanjung turut menunjukkan peningkatan dari 6 pada 9 Februari 2014 kepada 19 pada 10 Februari 2014. Disebabkan imej satelit hanya memaparkan sebahagian dari rantau Borneo, hanya 4 titik panas dikesan di Kalimantan dan 1 titik panas sahaja dikesan di Sabah dan Sarawak. Bilangan titik panas daripada imej satelit NOAA-18 yang dilaporkan oleh ASEAN Specialized Meteorological Centre (ASMC) dari 4 - 10 Februari 2014 adalah seperti berikut: Bilangan Titik Panas Semenanjung Sabah Sarawak 46 0 5 29 0 14 5 0 12 1 2 9

Tarikh 04 Feb 2014 05 Feb 2014 06 Feb 2014 07 Feb 2014

Masa (pm) 4.39 4.29 4.17 4.07/5.47

Sumatera Kalimantan 72 105 34 51 9 58 1 35

08 Feb 2014 09 Feb 2014 10 Feb 2014

3.55/5.35 3.46/5.25 3.36/5.14

0 6 19

0 0 1

15 4 1

6 18 187

23 13 4

Taburan titik panas dikesan di Sumatera dengan kepulan asap kelihatan di sekitar Riau. Titik panas turut dikesan di satu dua tempat di Borneo dan Semenanjung. Di bahagian Utara ASEAN, taburan titik panas terus dikesan di beberapa tempat disebabkan keadaan cuaca kering. Jarak Ketampakan Pada pukul 11 pagi, ketampakan terendah dicatatkan di Butterworth dengan jarak ketampakan 6 km, diikuti dengan Alor Setar, Batu Embun, Batu Pahat, Bayan Lepas, Kuala Pilah, Melaka, Petaling Jaya dan Perai yang mencatatkan jarak ketampakan di antara 7 hingga 9 km, manakala stesen-stesen meteorologi lain di Semenanjung mencatatkan jarak ketampakan melebihi 10 km dalam keadaan cuaca baik. Ketampakan dijangkakan akan merosot untuk tempoh beberapa hari akan datang di Pantai Barat Semenanjung. Di Sabah dan Sarawak, kesemua stesen meteorologi mencatatkan jarak ketampakan melebihi 10 km dalam keadaan cuaca baik. Angin Pada paras 3000 kaki (900m), angin bertiup dari barat laut dengan kelajuan antara 10 hingga 30 km/jam di Semenanjung. Manakala di Sabah dan Sarawak, angin bertiup dari arah timur laut dengan kelajuan antara 10 hingga 30 km/jam. Pada paras 5000 kaki (850hPa), angin bertiup dari barat laut dengan kelajuan antara 10 hingga 30 km/jam di Semenanjung. Manakala di Sabah dan Sarawak, angin bertiup dari arah timur laut dan barat laut dengan kelajuan antara 10 hingga 30 km/jam. Maklumat Kawasan-Kawasan Yang Tidak Menerima Hujan Selama/Melebihi 5 Hari Berturut-Turut Pada 11 Februari 2014 Dimaklumkan kawasan-kawasan yang terlibat adalah seperti berikut :a) Perlis (Daerah Padang Besar dan Arau) b) Kedah (Daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pendang, Sik dan Kuala Muda) c) Pulau Pinang (Daerah Seberang Prai Utara, Seberang Prai Tengah dan Barat Daya)

d) Perak (Daerah Hilir Perak, Hulu Perak, Perak Tengah, Kerian, Kinta, Batang Padang, Kuala Kangsar dan Manjung) e) Selangor (Daerah Hulu Selangor, Kelang, Petaling, Sabak Bernam dan Sepang) f) Negeri Sembilan (Daerah Jempol dan Port Dickson) g) Melaka (Daerah Alor Gajah, Jasin dan Melaka Tengah) h) Johor (Daerah Segamat, Batu Pahat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi) i) Pahang (Daerah Bentong, Temerloh, Maran, Lipis, Kuantan, Rompin dan Pekan) j) Terengganu (Daerah Kemaman, Besut, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu) k) Kelantan (Daerah Gua Musang, Kota Bharu, Machang, Pasir Mas, Tanah Merah dan Kuala Krai) l) Sarawak (Sri Aman) Maklumat Kawasan-Kawasan Yang Tidak Menerima Hujan Selama/Melebihi 30 Hari Berturut-Turut Pada 11 Februari 2014 Dimaklumkan kawasan-kawasan yang terlibat adalah seperti berikut :a) Perlis (Daerah Padang Besar dan Arau) b) Kedah (Daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar dan Pendang) c) Pulau Pinang (Daerah Seberang Prai Utara, Seberang Prai Tengah dan Barat Daya) d) Perak (Daerah Hulu Perak dan Kuala Kangsar) e) Melaka (Melaka Tengah) f) Johor (Batu Pahat dan Kluang)

Anda mungkin juga menyukai