Anda di halaman 1dari 29

ISU-ISU

DALAM SUKAN

MASBILLAH BINTI MOROGOS SHERNA SUFINA BINTI SAHADAN

SAHARIA BINTI RAHMAN

Disediakan Oleh :

Mari kita memahami isu-isu yang ada dalam sukan.

Wanita dan Sukan Sukan dan Media Massa

Politik dan Sukan


Insentif dan Sukan

Perjudian dan Sukan


Cabaran Sukan Negara Membangun Masa Kini

WANITA SUKAN
&

Wanita dan Sukan


Penglibatan wanita dalam sukan amat berbeza antara satu kaum dengan kaum yang lain dan negara lain. Wanita kini meloloskan diri daripada ikatan atau kekangan budaya atau adat resam, politik dan agama. Bergiat aktif dalam bidang : Kejurulatihan sukan Pembangunan atlet muda Pengurusan sukan

Menjalankan pelbagai kegiatan dan menyediakan kemudahan dan peralatan sukan, malah menjadi pemimpin dan pentadbiran sukan.

a) Mitos Wanita Dalam Sukan


Sukan Olimpik Moden I (1896) melarang kaum wanita untuk menyertai sebarang acara sukan.

Dipercayai bahawa penggunaan tenaga fizikal yang keterlaluan akan merosakkan sistem pembiakan kaum wanita. Kesan : Kaum wanita dilarang menyertai sukan tanpa kajian saintifik akan kesan latihan sukan ke atas sistem pembiakan wanita.

b) KEDUDUKAN Wanita Dalam Sukan


Kedudukan wanita dalam masyarakat berada di tahap rendah. - Mereka melihat wanita sebagai anggota sokongan yang menjalankan tugas-tugas membantu golongan lelaki. Penyertaan wanita dalam sukan agak ketinggalan daripada kaum lelaki. - Sukan yang memerlukan tindakan yang agresif, mengerah tenaga, kekuatan fizikal dsb. Fungsi wanita yang dianggap sebagai agen untuk reproduktif dengan segala implikasinya. Budaya Timur melihat ada jenis-jenis sukan yang tidak sesuai disertai oleh kaum wanita.

c) Faktor Wanita menjauhi Sukan


Wujud sikap sex stereotyping. Berpunca daripada ketidaksamarataan ketidaksaksamaan peluang.

Faktor 1

dan

Faktor 2

Wanita kurang kepekaan. - Tidak digalakkan aktif bersama-sama kaum lelaki - Tidak digalakkan aktif di dalam aktiviti yang sama jenis dengan kaum lelaki - Tidak diberi harapan atau tanggapan terhadap kompetensi mereka sama dengan kaum lelaki Kekurangan self-esteem untuk aktif bersukan. - Kurang sistem yang menyokong penyertaan wanita - Kurang kemahiran dan kebolehan bersukan - Kurang peluang dan pendedahan terhadap sukan

Faktor 3

Perbalahan atau halangan ke atas wanita bersukan menyentuh beberapa aspek kewanitaan atau feminine dan fitrah kejadian wanita seperti :i. Wanita tidak sepatutnya terlibat dalam sukan kerana ianya tidak feminine. ii. Secara psikologi, wanita tidak boleh diharapkan untuk meluangkan masa dan wang ringgit bagi tujuan perkembangan aktiviti sukan. iii. Wanita tidak cukup kuat untuk menjadi cemerlang dalam sukan. iv. Mereka mungkin menghadapi peluang yang tipis untuk mengandung secara normal. v. Jika wanita terlalu aktif bersukan maka mereka akan mirip seperti lelaki iaitu otot mereka menjadi sasa atau tegap (masculine).

d) konflik Wanita dan Sukan

KONFLIK

FIZIKAL

PSIKOLOGI
FISIOLOGIKAL

KONFLIK FIZIKAL
Gendal (1967) dalam perdebatan mengenai wanita dan latihan fizikal, sukan dan penyertaan dalam sukan Olimpik menyatakan bahawa telah terbukti tiada keburukan atau kemudaratan dari segi fizikal yang akan dialami oleh atlet wanita. Sebaliknya manfaat yang diperoleh wanita ialah lebih banyak kebaikan apabila terlibat dalam sukan.

Robinson (1973) pula menyatakan bahawa tidak perlu membuat tanggapan bahawa jika wanita terlibat dalam acara fizikal, mereka akan nampak seperti lelaki dan tidak feminine. Aktiviti fizikal bukan satu ancaman kepada kewanitaan atau feminine tetapi harus menjadi sebahagian proses perkembangannya.

Snyder dan Kivlin (1975) telah membuktikan bahawa ahli gimnastik mempunyai kesejahteraan psikologi yang baik Kane dan Callaghan (1965) dalam kajiannya menyatakan bahawa personaliti pemain ternama tenis wanita mempunyai tahap yang baik dalam kestabilan emosi, kekuatan ego dan mempunyai tahap kekecewaan yang rendah.
Seterusnya tiada terbukti berlakunya kehilangan feminine traits .

KONFLIK PSIKOLOGI

KONFLIK FISIOLOGIKAL
Terdapat prejudis dan pemikiran yang saintifik terhadap wanita yang bersukan. - Tomboys : memberi kesan buruk dalam sistem reproduktif & mengubah susuk tubuh badan mereka lebih masculine. - Kesukaran mengandung secara normal jika terlalu aktif bersukan. Robinson (1973) - Aktiviti fizikal bukan satu ancaman terhadap kewanitaan mereka tetapi merupakan sebahagian daripada pertumbuhan mereka.

KEJAYAAN WANITA DALAM SUKAN NEGARA

Acara terjun dan renang Pembawa bendera Pingat Olimpik (pingat gangsa)

Pandelela Rinong anak Pamg

Kejohanan Akuatik Dunia 2009m (pingat gangsa) Menyertai acara terjunan 10 meter di Sukan Olimpik Musim Panas 2008 di Beijing. Pembawa bendera Kontinjen Malaysia pada Sukan Olimpik Belia 2010 di Singapura memenangi pingat perak (terjunan 10m & 3m)

Delhi 2010 Sukan Komanwel 2010 (pingat emas pertama : sukan akuatik terjunan 10m

Pembawa bendera di Upacara Pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2012 di London. (wanita pertama)

KEJAYAAN WANITA DALAM SUKAN NEGARA


Pemain nombor satu dunia bagi kali ke-7 "I'm at a place where I'm really finding a lot of things coming together and that's very exciting for me," Dato Nicol David diharapkan akan mendominasikan sukan squash sehingga tahun 2020

Dato Nicol david

Walaupun beliau pemain nombor satu di dunia terdapat beberapa kekurangan semasa beliau membuat latihan.

Kekurangan: Jurulatih berpengalaman Jurulatih diimport dari luar negara. Kemudahan Menyebabkan atlet dihantar menjalani latihan di luar negara. Pakar pemakanan (diet), ahli fisioterapi dan pakar psikologi Untuk meningkatkan prestasi atlet.

SUKAN & media massa

Sukan dan media massa


Media massa merupakan salah satu medium yang berperanan sebagai alat penyebaran maklumat yang berkesan dan menyemarakkan dunia sukan. Kejohanan atau pertandingan sukan menuntut penganjur dan organisasi sukan. - Membangunkan produk dan acara - Tentukan harga untuk menyaksikan sesuatu kejohanan Tujuan : menarik minat dan menyampaikan kepada penonton sukan.

Peranan media massa : i. Sumber pendapatan kepada sukan iaitu melalui pembelian hak penyiaran program sukan. ii. Memberi kesempatan kepada masyarakat dunia untuk menyaksikan program sukan. iii. Badan sukan memperoleh penampilan awam yang baik melalui peranan media massa yang menyiar, mempromosi aktiviti sukan di seluruh dunia. iv. Memberikan galakan kepada para atlet atau ahli sukan dan untuk menjana penajaan dan pengiklanan
Kesan : - Para atlet mudah dieksploitasi oleh kemasyhuran, glamour, sanjungan dan kekayaan. - Liputan yang terlalu mengutamakan aspek-aspek sensasi seperti kisah peribadi, gaya hidup dan pendapatan ahli sukan kerap menimbulkan kesan negatif.

FUNGSI MEDIA MASSA

PEMERHATI

PENAFSIR

PENGHUBUNG PENGHIBUR

a) Amaran

b) Instrumental

1. FUNGSI PEMERHATI
Media massa bertugas sebagai pemerhati yang mengawasi sebarang peristiwa yang berlaku di sekitar kita. Melalui pemerhatian tersebut media akan melaporkan kepada audiens melalui berita atau maklumat yang signifikan dan berkesan kepada masyarakat.

a) Fungsi Amaran Peka dan sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling seperti ancaman bahaya, perubahan cuaca dan sebagainya. Memberi amaran kepada audiens agar bersiap sedia secara fizikal dan spiritual. - Contoh : ancaman H1N1, Malaysia belum diserang oleh wabak ini tetapi media telah memberikan amaran awal kepada audiens. - Audiens dapat bersiap sedia bagi mengelakkan pandemik ini. - Audiens mudah mendapatkan maklumat mengenai pandemik ini kerana media telah menyebarkan maklumat tentang langkahlangkah persediaan.

b) Fungsi Instrumental Membantu audiens memperoleh maklumat seperti harga barangan sukan, fesyen pakaian sukan, produk sukan yang baru dan sebagainya. Bukan dikhususkan kepada media berbentuk berita sahaja, penerbitan ringkas dan kandungan media yang bertujuan menghibur seperti majalah juga memainkan peranan penting dalam fungsi instrumental ini

2. FUNGSI PENTAFSIR
Memberikan maklumat tentang matlamat, maksud dan signifikan sesuatu peristiwa sukan. Berkait rapat dengan fungsi pemerhati Gatekeepers. - Media akan menentukan mana berita yang penting yang akan disiarkan menurut kepentingan dan keutamaannya.

Berdasarkan bahan berita yang disiarkan, audiens memperoleh pelbagai pandangan yang boleh dinilai sendiri oleh mereka. Interpretasi maklumat juga boleh didapati di halaman editorial. Interpretasi, komen dan pendapat disediakan agar audiens memperoleh perspektif mendalam mengenai sesuatu pemberitaan

3. FUNGSI PENGHUBUNG
Menggabungkan elemen yang berbeza di dalam masyarakat. - Contohnya, pengiklanan berusaha menggabungkan keperluan pembeli dengan produk penjual. Fungsi menyampaikan mesej kepada audiens merupakan peranan yang dijalankan oleh media. Maka dengan itu, media massa menjadi penghubung masyarakat dengan masyarakat dan sebagainya.

Segala maklumat dapat diakses di hujung jari sahaja. Media massa menjadi wahana dan platform untuk berhubungan antara satu sama lain. - Contoh : kemudahan seperti laman web dapat menghubungkan para peminat sukan dengan atlet, jurulatih dan juga badanbadan sukan. Fungsi menghubungkan ini juga memperlihatkan peranan media massa menyediakan akses kepada audiens dengan sukan.

4. FUNGSI PENGHIBUR
Kebanyakan pihak melihat peranan media massa sebagai fungsi menghibur sematamata. - Contoh : program televisyen bertujuan untuk memberi hiburan kepada audiens. Fungsi ini ditakrifkan sebagai media massa berfungsi sebagai penghibur kepada audiens melalui program-program hiburan sama ada bermaklumat mahupun sekadar hiburan sahaja.

Anda mungkin juga menyukai