Anda di halaman 1dari 6

RANGKA KERJA PENERAPAN KB DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Terdapat lima peringkat rangka kerja khusus untuk menerapkan KB dalam pengajaran dan pembelajaran. Rangka kerja ini adalah sesuai untuk pendekatan pembelajaran seperti inkuiri-penemuan, pembelajaran koperatif, konstruktivisme dll. a) KB diperkenalkan. b) KB dipraktikkan dengan bimbingan guru. c) KB dipraktikkan tanpa bimbingan guru. d) KB diaplikasikan ke situasi baru dan diperkembang dengan bimbingan guru. e) KB digunakan bersama dengan kemahiran yang lain untuk mencapai tugasan berfikir.

Langkah 1: Memperkenalkan KB

a) Guru mengadakan aktiviti terancang untuk mendorong murid menguasai KB yang baru. b) Guru memberikan atau menyebut perkataan KB yang telah dipilih. Perkataan atau frasa lain yang memberi maksud yang sama dengan KB tersebut juga diperkenalkan kepada murid. c) Guru menjelaskan kepada murid langkah penggunaan KB dengan merujuk kepada perincian kemahiran dan strategi berfikir. d) Guru menjelaskan pada murid penggunaan penyusun grafik yang boleh digunakan bagi membantu proses berfikir dan cara menggunakannya. e) Guru membantu murid membuat refleksi tentang proses berfikir yang telah diberi. Langkah 2: Mempraktikkan KB dengan bimbingan guru

a) Guru memberitahu murid KB yang akan digunakan. b) Guru berbincang dengan murid bagaimana melaksanakan KB berkenaan. c) Murid diberikan beberapa set data berkaitan dengan isi kandungan atau situasi yang setara dengan isi kandungan mata pelajaran dan mengaplikasikan KB terhadap data atau situasi tersebut. d) Murid membuat refleksi bagaimana mereka melaksanakan KB. (Pada peringkat ini guru perlu membuat penilaian untuk menentukan sama ada murid boleh ke peringkat seterusnya).

Langkah 3: Mempraktikkan KB tanpa bimbingan guru

a) Murid melaksanakan tugasan menggunakan KB yang telah ditetapkan untuk menjawab soalan ujian, kerja rumah dan lain-lain. b) Murid menggunakan KB yang telah dipelajari untuk memudahkannya mempelajari KB selanjutnya yang lebih kompleks.

(Pada peringkat ini guru boleh menilai penguasaan murid terhadap KB yang telah dipelajari. Sekiranya didapati murid masih belum menguasai KB berkenaan, mereka perlu dibimbing semula). Langkah 4: Mengaplikasikan KB dalam diperkembang dengan bimbingan guru a) Memberitahu murid KB yang perlu diaplikasikan. b) Berbincang bersama murid tentang pelaksanaan proses berfikir yang berkaitan. c) Berbincang bersama murid bagaimana kemahiran berfikir tersebut dapat digunakan dalam situasi baru itu. situasi baru dan

d) Membantu murid membuat refleksi proses berfikir yang telah mereka lalui.

Langkah 5: KB digunakan bersama dengan kemahiran yang lain untuk mencapai tugasan berfikir

Pada peringkat ini murid perlu mengaplikasikan kemahiran yang telah dikuasai untuk membuat tugasan tertentu. Tugasan yang diberikan perlu melibatkan kemahiran lain seperti kemahiran proses sains dan kemahiran manipulatif. Tugasan berfikir dalam bentuk projek, soalan latihan, ujian, peperiksaan dan aktiviti penyelesaian masalah sangat sesuai diberikan kepada murid pada peringkat ini. Jika murid berjaya menjalankan tugasan pada tahap ini, murid boleh dianggap telah mencapai tahap penguasaan.

MATA PELAJARAN PENDIDIKAN SENI

Mata Pelajaran : Pendidikan Seni Visual Tahap : 2 (4 Bestari) Masa : 2 jam ( 4 waktu X 30 minit) Bidang : Membuat Corak dan Rekaan Tajuk : Membuat kad ucapan media batik Objektif : Pada akhir pembelajaran murid dapat : 1. meningkatkan pengetahuan tentang konsep resis atau halangan yang digunakan untuk membuat corak, 2. menghasilkan rekaan corak menggunakan menghasilkan produk lain dengan hasil awal, teknik resis dan

3. memadankan warna yang sesuai dalam rekaan corak, dan 4. memberi ulasan tentang produk yang dihasilkan.

Pengetahuan Sedia Ada: 1. Murid pernah melukis dan mewarna 2. Murid pernah melihat corak dan warna pada kain batik

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran: (sila rujuk kepada jadual di bawah)