Anda di halaman 1dari 11

KONSEP PENGURUSAN

Menurut Peter F. Drucker, pengurusan boleh ditakrifkan sebagai proses sosial yang dibentuk untuk memberikan kerjasama, penglibatan, campur tangan dan penyertaan orang lain ke arah pencapaian yang lebih berkesan terhadap sesuatu objektif yang ditetapkan Jaafar Muhammad (1988) pula mendefinisikan pengurusan sebagai satu proses mengagihkan input-input organisasi (termasuk sumber ekonomi dan sumber kakitangan) dengan cara perancangan, pengorganisasian, pengarahan dan pengawalan untuk tujuan mengeluarkan output (perkhidmatan) yang diperlukan oleh pelangganpelanggan supaya objektif organisasi tercapai.

Dalam istilah yang mudah pengurusan adalah prosesproses yang berhubungkait dengan: i. Perancangan kerja atau program bagi murid/pelajar ii. Pengelolaan murid/pelajar dan program secara berkesan iii. Pemilihan cara atau kaedah yang berkesan dalam pengurusan organisasi iv. Penyeliaan dan penyelarasan aktiviti-aktiviti v. Pengawalan, penilaian prestasi murid/pelajar dan penilaian program

Ada juga yang melihat proses pengurusan tersebut dari aspek: i. Perancangan (planning) Proses menentukan objektif dan cara operasi untuk aktiviti-aktiviti HEM yang dijalankan bertujuan untuk mencapai matlamat dengan cara yang paling berkesan.

ii. Pengelolaan (Organising) Pengumpulan resos-resos sama ada manusia atau bukan manusia dan pembentukan prosedur dalam menguruskan program HEM.
iii. Pentadbiran/Memimoin (Leading) Merangkumi kepemimpinan, motivasi, penyeliaan, dan penyelarasan terhadap program/rancangan HEM berkenaan. iv. Pengawalan/Pemulihan (Controlling) Ini berkait dengan laporan, maklumbalas, tindak ikut untuk memperbaiki rancangan HEM yang dilaksanakan.

CARTA ORGANISASI AKADEMIK PENDIDIKAN JASMANI DAN KESIHATAN

ORGANISASI PENGURUSAN JABATAN PENDIDIKAN JASMANI

DAN KESIHATAN

PENTADBIRAN
FUNGSI BAHAGIAN BAHAGIAN PENTADBIRAN Pengurusan pentadbiran, pembangunan organisasi dan sumber manusia. Pengurusan Kewangan Mengendali, mengelola dan mengenalpasti keperluan latihan, kursus, ceramah, seminar dan bengkel untuk pegawai dan kakitangan Kementerian dalam usaha untuk memperkayakan kemahiran dan pengetahuan dalam bidang yang berkaitan. Memelihara. menyelenggara dan mengemaskini perpustakaan, laman web, bahan cetak, gambar, kertas kerja, rencana dan laporan tahunan serta menyebar maklumat kepada pegawai dan kakitangan dan orang awam melalui pameran, media elektronik dan cetak serta risalah.

BAHAGIAN BELIA Melengkapkan belia dengan pelbagai latihan, kemahiran vokasional, 'soft skills', serta sifat-sifat keusahawanan agar mereka boleh berdikari melalui kursus secara formal dan 'ad-hoc' Memeberi penekanan kepada perubahan sikap bagi membentuk belia yang bertanggungjawab, dinamik, berdaya saing, maju serta mempunyai sikap dan kepimpinan yang baik melalui pelbagai program yang diadakan di peringkat daerah, zon, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.

BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN Mengkaji, merancang, merumus dan memperakukan halatuju pembangunan prasarana belia dan kemudahan sukan selaras dengan Rancangan Lima Tahun Malaysia dan Rangka Rancangan Jangka Panjang Sabah bagi memastikan pembangunan yang seimbang antara bahagian dan daerah. Merancang, memastikan dan memantau keperluan kewangan tahunan untuk maksud pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan dan prasarana tersedia agar perlaksanaan projek siap mengikut jadual dan berkualiti.

BAHAGIAN SUKAN Memperluaskan penyertaan masyarakat dalam aktiviti sukan, rekreasi dan kecergasan selaras dengan konsep " sukan untuk semua" dan Dasar Sukan Negara untuk mewujudkan masyarakat sihat, cergas dan bersatupadu. Bertanggungjawab untuk menggalak, membangun dan meningkatkan pencapaian cemerlang dan sukan yang pertandingkan di peringkat tertinggi untuk menaikkan imej negeri dan negara.

FUNGSI JABATAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN


Meningkatkan penyertaan dan kecemerlangn pelajar dalam kegiatan sukan Meningkatkan kepakaran serta keilmuan guru dan pegawai sukan Menaiktaraf kemudahan dan peralatan sukan di sekolah dan sekolah sukan Meluaskan penyertaan pelajar dan kecemerlangan sukan ke peringkat antarabangsa

PJ & PEMBANGUNAN NEGARA


PENGALAKAN TAHAP KESIHATAN PEMBANGUNAN ATLET PEMBANGUNAN EKONOMI PEMBANGUNAN MODAL INGSAN