Anda di halaman 1dari 11

PENYELIDIKAN PENDIDIKAN

1) Secara mudah, penyelidikan ialah usaha memanfaatkan


perolehan data bagi mencari kemungkinan jawapan
terhadap masalah yang telah dikenal pasti terlebih dahulu.

2) Data ialah kata jamak (plural) bagi kata tunggal


(singular) datum. Data ialah maklumat terpilih.

3) Sebagai maklumat terpilih, data mesti mempunyai ciri


autentik, iaitu kesahan dan kebolehpercayaan yang boleh
dipertahankan. Maka, perolehan data perlu melalui disiplin
dan proses yang tertib.
4) Data dalam penyelidikan boleh dibahagikan kepada dua
bentuk, iaitu kuantitatif dan kualitatif. Pemilihan data
tertakluk kepada reka bentuk objektif, soalan dan
instrumen kajian.

5) Data kuantitatif bertujuan mendapatkan angka-angka


yang menjurus kepada pembinaan inferens [kesimpulan].
Sebelum itu, data mentah perlu dianalisis berdasarkan
keperluan penyelidikan. Misalnya, jika bertujuan sekadar
huraian deskriptif (min, pangkatan min, median, mod,
sisihan piawai), penyelidik hanya perlu menyediakan
jadual yang sederhana dengan memasukkan bilangan dan
peratusan, nilai min dengan dua titik perpuluhan dan
sisihan piawai (serakan data daripada ukuran
kecenderungan memusat). Kini, terdapat banyak perisian,
contohnya Statistical Package for Social Sciences, SPSS
yang mampu memproses data dengan cepat lagi tepat.
6) Penyelidik yang hendak mendapatkan perbandingan
boleh melakukan pelbagai ujian-t, manakala penyelidik
yang hendak menguji perkaitan antara dua pemboleh ubah
boleh melakukan ujian korelasi. Ujian persandaran
(association) pula boleh diselesaikan dengan hitungan chi-
square.

7) Justeru penyelidikan dilakukan oleh manusia, suatu


anggaran ralat (variance) hendaklah dinyatakan. Misalnya
penyelidik mencatat nilai alpha = 0.05 (baca: benar pada
aras keertian / signifikan 95%). Maknanya, penyelidik
memberi ruang kesilapan sebanyak 5% atas sebab
kebetulan.
8) Nilai alpha paling tinggi yang dibenarkan ialah 0.1,
manakala yang terendah ialah 0.01. Namun, kedua-dua
nilai alpha ini jarang-jarang digunakan kerana risikonya
agak tinggi dan terdedah kepada keraguan.

9) Perolehan data kualitatif sebenarnya lebih mencabar.


Berbanding dengan data kuantitatif yang terhasil daripada
sampel populasi yang secara relatifnya lebih besar, data
kualitatif bertumpu kepada beberapa subjek penyelidikan
(responden) yang mungkin sekadar dua orang. Maka,
etika dari segi kerahsiaan dan persetujuan
berpengetahuan mesti dititikberatkan.
10) Data kualitatif juga memerlukan penyelidik melakukan
beberapa proses transkripsi data mentah (catatan
perbualan secara ayat demi ayat, verbatim), nota lapangan
dan rakaman. Setelah itu, penyelidik seharusnya
mendapatkan pengesahan daripada responden supaya
tiada kesilapan dilakukan dalam analisis data.

11) Terdapat dua jenis kesilapan dalam inferens data


kuantitatif, iaitu:
a: membenarkan inferens yang salah; dan
b: menyalahkan inferens yang benar.
12) Dalam keadaan yang ideal, kedua-dua kesilapan di
atas hendaklah dielakkan sama sekali. Namun, jika
terpaksa memilih salah satu kesilapan sahaja, apakah
pilihan yang lebih selamat?

13) Katakan kita membuat analogi penyelidikan sebagai


keputusan yang mesti dibuat oleh seorang hakim. Dari
segi prinsip keadilan semula jadi (natural justice),
melepaskan orang yang bersalah adalah lebih baik
daripada menghukum orang yang tidak bersalah.
Maknanya, kesilapan jenis a: lebih ringan daripada
kesilapan jenis b:
14) Contoh inferens yang mungkin mengandungi kedua-
dua jenis kesilapan:
“Penggunaan muzik dalam pembelajaran ekonomi
meningkatkan pencapaian pelajar”.

Jika berlaku kesilapan jenis a: keputusannya ialah muzik


tidak digunakan dalam pembelajaran ekonomi, manakala
jika berlaku kesilapan jenis b: muzik akan digunakan.
Keputusan pertama tidak melibatkan sebarang perubahan
(mengekalkan status quo), manakala keputusan kedua
melibatkan perubahan (alat, masa, skrip dan lain-lain yang
memerlukan perbelanjaan). Dalam kes sedemikian,
keputusan pertama lebih elok dilaksanakan.
15) Secara ringkas, penyelidikan harus melalui proses
berikut:

penyataan masalah penyelidikan --> membentuk objektif


penyelidikan -->
memuktamadkan soalan penyelidikan --> tinjauan
penulisan --> pemilihan kaedah --> instrumentasi -->
pentadbiran --> analisis data --> inferens --> kesimpulan
dan cadangan.
16) Pada akhirnya, penyelidikan menyumbang terhadap
tubuh ilmu. Perkembangan semua bidang ilmu sama ada
bidang sains tulen (fizik, kimia, biologi), sains gunaan
(kejuruteraan, seni bina, ukur bahan, komputer, perubatan,
farmasi), mahupun sains sosial (ekonomi, antropologi,
sosiologi, komunikasi, sejarah) datang daripada dapatan
penyelidikan.

17) Satu penyelidikan menghasilkan dapatan. Beberapa


dapatan yang konsisten (tekal) menghasilkan teori. Teori
yang didapati benar dalam banyak keadaan dinaik taraf
menjadi hukum.
18) Sumbangan penyelidikan terhadap tamadun manusia
begitu besar ertinya. Menerusi penyelidikan, manusia tidak
lagi bergantung kepada pendapat-pendapat popular
(falasi, fallacy ), iaitu penyataan yang berstatus palsu
kerana tidak disokong oleh data. Namun, dianggarkan
80% manusia masih bergantung kepada falasi.

19) Sesebuah negara yang maju sentiasa membudayakan


penyelidikan dalam kalangan rakyatnya. Justeru demikian,
keputusan memperkenalkan penyelidikan sebagai satu
komponen pengajian tingkatan enam (prauniversiti)
sangatlah tepat. Kecenderungan terhadap penyelidikan
bererti bahawa inovasi (pembaharuan) lebih cepat berlaku.
Kaedah cuba jaya (trial and error) pula bakal
diminimumkan.
20. Cabaran utama dalam melaksanakan penyelidikan
dalam kalangan pelajar tingkatan enam ialah penerimaan
input yang membentuk tanggapan yang salah
(misperception). Kerja penyelidikan dianggap kerja leceh.
Penulis blog pernah mendengar keluhan seorang pegawai
berstatus Jusa C, “banyak penyelidikan pun, sekolah
macam itu juga, budak bising, masalah ponteng tidak
beres-beres.”

21. Penyelidik perlu tegas dengan prinsip bahawa ada


data lebih baik daripada tiada data. Kekurangan dalam
sesuatu penyelidikan boleh ditampung dengan
penyelidikan yang lain. Pepatah Inggeris mengatakan “the
winners never quit, the quitters never win”.

Anda mungkin juga menyukai