Anda di halaman 1dari 3

ETIKA DAN NILAI MASYARAKAT DALAM TAMADUN JEPUN Konsep Giri Menurut Azhar (2004), konsep giri merupakan

satu taraf yang sangat dihargai dalam perkembangan manusia. Konsep giri adalah bermaksud kewajipan moral dan ia telah mula diamalkan pada zaman feudal. Menurut Sugiura (2004) pula, giri bermaksud ambil berat tentang orang lain yang telah berbuat baik dengan kita, dan ketekadan untuk membahagiakan orang lain, meskipun kadang kala perlu mengorbankan diri sendiri.

Konsep giri ini meliputi bentuk, sikap dan tingkah laku seseorang itu secara meluas. Contohnya adalah perhubungan antara ketua dengan para pekerja, ibu bapa dengan anakanak, suami dengan isteri, abang dengan kakak dan sebagainya (Azhar, 2004). Oleh itu, seseorang itu mestilah berkelakuan baik supaya satu hubungan sosial yang baik dapat diwujudkan.

Di samping itu, konsep giri turut berkaitan dengan perasaan ambil berat terhadap seseorang yang pernah berbuat baik atau membantu kita. Kebiasaannya, kita akan berasa terhutang budi apabila kita sudah dibantu oleh seseorang dalam sesuatu hal atau pekara. Oleh kerana pekara tersebut, kita terdorong untuk membalasnya. Hal ini disebut sebagai giri wahatsu.

Konsep Bushido Masyarakat Jepun amatlah terkenal dengan mempunyai disiplin diri yang tinggi. Disiplin diri ini amatlah jelas diperlihatkan dalam konsep bushido. Menurut Azhar (2004), konsep bushido ini merupakan satu kod yang berkaitan dengan ideal dan tingkah laku yang telah menjadi prinsip moral tentera Jepun. Bu-Shi-do bermaksud kaedah hulubalang atau kesatriaan. Menurut Inazo (1969), bushido ialah diterjemahkan sebagai Jalan Pahlawan (Way of the Warrior) yang dibangunkan pada zaman Heian dan Tokugawa (abad ke 9

hingga 12). Ia adalah kod dan cara hidup untuk samurai; kelas pahlawan yang hampir sama dengan kesatria pada zaman pertengahan Eropah.

Bushito telah dipengaruhi oleh ajaran Zen dan Confucianisme. Pekara-pekara yang ditekankan dalam bushido ialah sikap kesetiaan mutlak, pengorbanan diri, keadilan, perasaan malu, adab yang halus dan terpuji, kesucian, kesopanan, berjimat cermat, semangat pewira, kehormatan, kasih sayang dan ciri-ciri lain yang positif. Menurut Azhar (2004), dalam konsep bushido, selepas seseorang itu berjaya menguasai dirinya, barulah dia boleh menguasai diri orang lain. sikap-sikap yang diamalkan dalam bushido ini mengambarkan betapa tingginya disiplin diri diamalkan oleh masyarakat di Jepun.

Salah konsep yang terdapat dalam konsep bushido ialah konsep Hara kiri. Konsep Hara kiri ialah adat membunuh diri. Konsep ini adalah mendokong falsafah negara Jepun dengan menganggap konsep Hara kiri adalah satu cara berkorban dengan cara membunuh diri dengan memutuskan urat perut. Masyarakat Jepun percaya mereka mempunyai bahagian anatomi tertentu untuk direntas dan ia adalah tempat kedamaian jiwa dan rasa kasih. Oleh itu, cara kematian tersebut dibuat sedemikian, supaya tidak membawa kepada penghinaan. Hal ini telah menunjukkan sikap berani orang Jepun. Walau bagaimanapun, kematian untuk mengelakkan takdir Tuhan adalah sesuatu yang dianggap pengecut.

Selepas zaman samurai, konsep bushido masih juga diamalkan. Semasa Perang Dunia Kedua, tentera berani mati Jepun yang dikenali sebagai kamikaze telah menjadikan golongan samurai dan konsep bushido sebagai inspirasi dan pedoman mereka dalam melakukan tugasan. Menurut Inazo (1969), masyarakat Jepun mempercayai bahawa tentera kamikaze tersebut dihantar oleh Tuhan untuk menyelamatkan negara mereka. Oleh itu, tentera kamikaze tersebut tidak takut kepada kematian. Semangat kesetiaan mereka kepada tanah air mereka turut mendorong kepada hal tersebut.

Inazo Inotobe. (1969). The Soul of Japan. Tokyo, Jepun: Charles E. Tuttle Co., Inc. Azhar Hj. Mad Aros. (2004). Tamadun Islam Dan Tamadun Asia (TITAS) Kertas 1 Dan 2. Selangor Darul Ehsan : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Sugiura, Yoichi. (2004). A Billingual Handbook on Japanese Culture. Tokyo, Jepun : New Age Publishing Institute.

Anda mungkin juga menyukai