Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
1. PENDAHULUAN
Mutakhir ini media massa kita sering membuat Iiputan tentang keselamatan sekolah yang agak
longgar. Aspek fizikal, sosial, emosi dan teknikal digambarkan seolah-olah kurang selamat dan
kurang meyakinkan orang ramai. Namun realitinya bukanlah semua sekolah berkeadaan begitu
kerana masih banyak lagi sekolah di negara ini berkeadaan selamat dan berfungsi secara efektif.
Walau bagaimanapun kita memangnya sedar tentang wujudnya sebilangan murid sekolah yang
berlatarbelakangkan keluarga bermasalah. Kita juga menyedari faktor-faktor yang negatif yang
terdapat di luar persekitaran sekolah yang mampu mempengaruhi watak dan peri laku yang kurang
sihat seseorang murid sehingga mencorakkan suasana sekolah yang tidak selamat.
Perubahan dalam iklim pendidikan dewasa ini telah mewujudkan keperluan mengenal pasti
kaedah, strategi dan model program yang mampu mempertingkatkan keselamatan dan kejayaan
murid serta guru. Pihak keluarga, sekolah dan komuniti harus bertanggungjawab untuk
mewujudkan Polisi Sekolah Selamat.
Bagi merealisasikan hasrat agar polisi sekolah selamat berjalan dengan baik dan terancang, maka
segala usaha ke arah meningkatkan keselamatan sekolah dan penghuninya harus dipikul
bersama- sama oleh semua pihak. Usaha untuk mengawal keselamatan di sekolah adalah terletak
kepada pihak pengurusan sekolah yang bertanggungjawab mewujudkan peraturan-peraturan,
latihan-latihan yang berteraskan pendidikan demi mengelak, mengawal dan mengurangkan
kemungkinan berlakunya insiden-insiden negatif dalam kalangan murid. Manakala di rumah,
amalan keselamatan adalah merupakan pengukuhan kepada segala nilai yang diterapkan melalui
pengajaran, asuhan dan amalan. Dalam konteks masyarakat yang lebih luas pula, keselamatan
adalah merupakan suatu manifestasi bangsa yang berdisiplin, bertanggungjawab,
berpengetahuan dan memiliki jati din yang cemerlang.
2. MATLAMAT
Mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan
keluarga dan komuniti setempat.
3. OBJEKTIF
i. Meningkatkan kefahaman mengenai tatacara dalam menghadapi sebarang isu keselamatan,
kecemasan, kemalangan dan malapetaka.
ii. Meningkatkan kefahaman dan penghayatan terhadap keselamatan dalam perancangan dan
pelaksanaan aktiviti-aktiviti sekolah.
iii. Mewujudkan persekitaran sekolah yang sihat, selamat dan menyeronokkan.
iv. Memastikan hak setiap individu warga sekolah dipertahan dan dijaga.
v. Meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.
vi. Menyediakan panduan bagi setiap tindakan yang perlu diambil.
vii. Mewujudkan persekitaran untuk mental dan emosi yang sihat.
viii.Meningkatkan tahap penumpuan kepada pelajaran dan kerja dalam kalangan warga sekolah.
ix. Menimbulkan rasa lebih mudah dan rela untuk menyumbang secara positif kepada sekolah.
4. RASIONAL
i. Dalam banyak keadaan keselamatan kerap diabaikan dan tidak dijadikan asas utama dalam
membuat pertimbangan.
ii. Warga sekolah dewasa ini terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal, sosial, emosi dan
teknikal. Oleh itu, polisi yang berterusan perlu diwujudkan.
iii. Kurang kerjasama antara keluarga dan masyarakat dengan institusi pendidikan dari segi
keselamatan.
iv. Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan amat terbatas, tanpa sokongan
keluarga dan komuniti.
1
PELAKSANAAN POLISI SEKOLAH SELAMAT SMK BUKIT RANGIN, 25150 KUANTAN.
5. DEFINISI
Sekolah Selamat didefinisikan sebagai persekitaran sekolah yang selamat di mana warga sekolah
merasa selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun dari
luar.
SEKOLAH SELAMAT
MURID
SELAMAT
2
PELAKSANAAN POLISI SEKOLAH SELAMAT SMK BUKIT RANGIN, 25150 KUANTAN.
7. PERANCANGAN
Perancangan bagi mewujudkan Sekolah Selamat akan memberi peluang dan ruang kepada
sekolah dan masyarakat sekitar membentuk dan membaca strategi untuk mengatasi isu
keselamatan setempat. Bagi melicinkan pelaksanaan Sekolah Selamat, sekolah hendaklah
menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat (JKSS) yang keahliannya terdiri daripada wakil
sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.
7.3 Peranan
Warga sekolah, keluarga dan komuniti perlu memainkan peranan masing-masing bagi
merealisasikan Polisi Sekolah Selamat. Contoh peranan yang boleh dilakukan adalah seperti
berikut :-
3
PELAKSANAAN POLISI SEKOLAH SELAMAT SMK BUKIT RANGIN, 25150 KUANTAN.
Walaupun begitu aktiviti yang dijalankan perlu mengambil kira aspek keselamatan supaya dapat
berjalan dengan sempurna dan mencapai matlamatnya. Oleh itu, pihak sekolah bertanggungjawab
untuk mendidik murid-murid mengutamakan aspek keselamatan dalam apa-apa jua aktiviti yang
dijalankan.
Apabila aspek keselamatan tidak diberi keutamaan banyak kemalangan boleh berlaku. Oleh itu,
satu tatacara tindakan murid dan juga pihak guru perlu disediakan supaya semua pihak faham
akan tindakan yang perlu dilakukan supaya kemalangan dapat dielakkan.
Bagi menjaga keselamatan diri murid-murid semasa menjalankan aktiviti, tiga perkara utama
dibincangkan dalam bidang aktiviti murid iaitu:
-keselamatan semasa pergi dan balik sekolah
-keselamatan semasa menjalankan aktiviti kokurikulum
-keselamatan semasa menjalankan aktiviti luar
4
PELAKSANAAN POLISI SEKOLAH SELAMAT SMK BUKIT RANGIN, 25150 KUANTAN.
9.1 Harapan
Di Sekolah Selamat seseorang itu diharap
i. Bebas daripada sebarang gangguan sama ada dalam bentuk tutur kata atau fizikal.
ii. Keselamatan harta benda terjamin.
iii. Orang lain bersikap positif terhadap kebolehannya.
iv. Mendapat kerjasama orang lain dalam menjalankan tugas.
v. Tidak dipandang rendah disebabkan oleh keturunan, agama, latar belakang sosioekonomi dan
jantina.
vi. Dilayan secara adil dan saksama.
vii. Dihormati dan dihargai.
viii.Bebas daripada sebarang kemalangan, kecederaan dan penyakit.
5
PELAKSANAAN POLISI SEKOLAH SELAMAT SMK BUKIT RANGIN, 25150 KUANTAN.
9.2 Tanggungjawab
Di Sekolah Selamat seseorang itu seharusnya
i. Bebas daripada sentimen perkauman dan diskriminasi jantina.
ii. Bersikap positif terhadap orang lain.
iii. Menghargai perbezaan yang wujud.
iv. Bersikap dan bertindak adil.
v. Membeni kerjasama dan bantu membantu.
vi. Mengamalkan kesopanan dan kesusilaan.
vii. Elakkan sebarang kejadian kekerasan, sentimen perkauman dan perbuatan sumbang tanpa
dihalang.
viii.Datang ke sekolah dengan niat yang betul dan ikhlas.
ix. Jangan mendera fizikal, mental dan emosi.
x. Melaporkan setiap kes.
10.1 Prinsip
i. Setiap aduan hendaklah diambil perhatian serius.
ii. Setiap aduan hendaklah diambil tindakan serta-merta.
iii. Perasaan setiap orang yang tertibat harus diambil kira.
iv. Semua pihak yang terlibat dengan aduan hendaklah dilayan secara adil/saksama dan tidak ada
pihak yang teraniaya.
v. Sesuatu kes tidak dianggap selesai selagi kedua-dua pihak belum berdamai dan diterima
semula oleh warga sekolah.
vi. Maklumat tentang dasar dan tatacara seharusnya mudah dirujuk.
vii. Tatacara seharusnya boieh difahami oleh semua pihak yang terlibat.
11. PENUTUP
Apabila jenayah, dadah dan keganasan di luar sekolah mula menular dalam sekolah maka tugas
menyediakan persekitaran yang selamat untuk pembelajaran menjadi bertambah sukar.
Sesungguhnya menjadi harapan Kementerian Pelajaran Malaysia agar semua pihak menyambut
baik konsep Sekolah Selamat untuk dilaksanakan di semua sekolah di seluruh negara agar
institusi pendidikan di Malaysia dapat berfungsi sebagai tempat mendidik serta menimba ilmu
tanpa gangguan fizikal, mental dan emosi.
Seterusnya masalah-masalah seperti merasa tidak selamat, takut, bimbang, risau, takut membuat
aduan, terancam, dibuli, tertekan, tidak menyeronokkan, tidak selesa, benci, melarikan din
daripada alam persekolahan dan sebagainya yang selama ini menghantui perasaan dan pemikiran
sebilangan warga sekolah, ibu bapa senta penjaga dan masyarakat seharusnya dapat dicegah
dan ditangani. Sekiranya kita tidak merancang dan berusaha untuk membangunkan kesedaran
terhadap aspek keselamatan, bermakna kita telah mengabaikan tanggungjawab untuk melahirkan
iklim sekolah yang kondusif.