Anda di halaman 1dari 30

TAJUK KAJIAN: MINAT MEMBACA DI KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI: KAJIAN KES DI UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS (UPSI)

1.0

PENGENALAN

1.1

Pendahuluan Ketamadunan yang semakin berkembang pesat menjadikan ilmu pengetahuan

satu perkara yang prioriti dalam kehidupan. Agama Islam sendiri meletakkan ilmu sebagai asas dalam pembangunan diri manusia dan alam seluruhnya. Malah tuntutan pertama Islam terhadap manusia ialah saranan untuk menuntut ilmu yang merupakan asas pemikiran dan pembuka minda. Cara yang terbaik untuk menambah dan memperkembangkan ilmu pengetahuan adalah dengan membudayakan tabiat membaca. Manusia berilmu selalunya dikaitkan dengan minatnya terhadap pembacaan. Henry Guntur Tarigan (1994) menyatakan membaca merupakan asas pembentukan diri ke arah mendapatkan ilmu pengetahuan. Membaca merupakan aktiviti yang melibatkan pelbagai proses dalam diri dan minda seseorang individu. Menurut Staufier (1969) aktiviti membaca, tidak lain dan tidak bukan adalah aktiviti berfikir. Membaca dengan meluas dan dengan kritis, terutamanya membaca bahan yang lebih kemaskini, dengan sendirinya dapat menolong meningkatkan keupayaan seseorang itu untuk berfikir.Melalui aktiviti membaca, ia mampu menjadikan seseorang individu itu celik dalam bidang ilmu yang diceburinya dan mampu dijadikan sebagai rujukan oleh orang lain mahupun dirinya sendiri. Jatuh bangun sesebuah negara dan bangsa juga bergantung kepada tahap pemikiran dan minda rakyatnya. Hakikat ini tidak dapat dinafikan dan buktinya budaya membaca menjadi aspirasi negara dan masyarakat yang bertamadun. Justeru, kurangnya minat membaca adalah hambatan untuk memperkasa bangsa yang intelektual dan berakal budi terpuji. Merujuk kepada artikel berjudul Jadikan membaca gaya hidup' yang ditulis oleh Mohd. Arif Atan dalam Ruangan Rencana Utusan Malaysia keluaran 31 Disember 2007, penulis tersebut menyatakan realiti semasa negara ini yang masih bergelut dengan kelembapan budaya membaca dalam kalangan rakyat negara ini termasuklah golongan pelajar universiti. Berdasarkan satu kajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Jabatan
1

Media, Universiti Malaya (UM), Dr. Abu Hassan Hasbullah mengenai tabiat membaca dalam kalangan pelajar universiti di negara Malaysia menunjukkan mereka hanya membaca empat buah buku setahun. Sebagai perbandingan jumlah buku yang dibaca oleh pelajar universiti di Australia ialah 180 buah, Indonesia (94 buah), India (130 buah), Thailand (56 buah) dan Brunei (26 buah). Di samping itu juga, jumlah buku yang dibeli oleh pelajar Malaysia pula hanya setakat empat buah sahaja untuk tiga tahun pengajian berbanding pelajar universiti di luar negara. Jumlah buku yang dibeli oleh pelajar Australia ialah 160 buah, Indonesia (43 buah), Thailand (31 buah), India (75 buah) dan Brunei (15 buah). Ini menunjukan amalan membaca dalam kalangan pelajar universiti di Malaysia sangat rendah dan ketinggalan berbanding dengan pelajar universiti negara lain. Melihat kepada kajian tersebut, adalah dibimbangi apakah bentuk, rupa dan sifat generasi berilmu yang bakal dilahirkan oleh negara pada masa hadapan jika mentaliti, tahap dan status minat membaca yang terlalu rendah ini. Justeru itu, permasalahan ini perlulah diberikan perhatian yang lebih serius oleh pihak yang bertanggungjawab bagi memastikan indeks minat membaca dalam kalangan pelajar universiti dapat dipertingkatkan.

1.2

Pernyataan Masalah Masalah kekurangan minat membaca bukan sahaja dapat dikesan berlaku pada

para pelajar sekolah, bahkan juga dalam kalangan pelajar-pelajar universiti. Mengikut kajian yang dijalankan berdasarkan jumlah keahlian dalam perpustakaan seluruh negara dalam tahun 2000, hanya 12% dari jumlah 25,109 pelajar universiti, mendaftar sebagai ahli perpustakaan (http://www.treasury.gov.my,20/03/2012). Peratusan ini jelas

menunjukkan betapa rendah jumlah pelajar universiti yang sering ke perpustakaan untuk meminjam buku-buku bacaan walaupun mempunyai akses yang mudah dan pilihan bahan bacaan yang lebih varieti berbanding dengan golongan masyarakat yang lain. Perkembangan pesat dunia menyebabkan berlakunya perubahan-perubahan baru dalam bidang-bidang ilmu terutamanya dalam bidang pendidikan. Maklumat yang penting ini perlu diketahui oleh para pelajar universiti. Namun jika mereka tidak gemar membaca, segala perkembangan baru ini tidak mungkin akan diketahui. Fenomena tidak mesra buku ini sudah tentu amat membimbangkan semua pihak memandangkan sebagai aset terpenting negara, pelajar seharusnya bersedia dan peka terhadap perubahan yang
2

berlaku kerana mereka bertanggungjawab dalam pembangunan kemajuan masa depan negara. Memandangkan betapa pentingnya pembacaan bahan-bahan berkualiti untuk menambah dan memperkembangkan ilmu pengetahuan pelajar universiti, kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap minat membaca dalam kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kajian ini akan mengupas tahap minat membaca dari segi faktor dalaman iaitu sikap pelajar. Seterusnya melihat kepada faktor-faktor luaran yang mempengaruhi minat pelajar untuk membaca. Kajian ini juga akan mengenalpasti perbezaan yang wujud dari segi faktor-faktor pemilihan sumber bahan bacaan, tahap minat membaca dan juga strategi yang boleh digunakan dalam meningkatkan lagi indeks minat membaca dalam kalangan pelajar universiti.

1.3

Objektif kajian Tujuan utama kajian ini ialah untuk mengetahui kebiasaan dan minat membaca di

kalangan pelajar-pelajar universiti dengan menjadikan Universiti Pendidikan Sultan Idris sebagai kajian kesnya.Kajian ini dijalankan berdasarkan objektif-objektif berikut: a) Untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi minat membaca dalam kalangan pelajar UPSI. b) c) d) Untuk mengetahui perbezaan minat membaca dalam kalangan pelajar UPSI. Untuk mengenalpasti pasti tujuan pelajar UPSI membaca buku. Untuk mengenalpasti cara memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar UPSI

1.4 a)

Soalan Kajian Apakah faktor yang mempengaruhi minat membaca dalam kalangan pelajar UPSI?

b) c) d)

Adakah terdapat perbezaan minat membaca dalam kalangan pelajar UPSI? Apakah tujuan pelajar UPSI membaca buku? Apakah cara untuk memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar UPSI?

1.5

Definisi Konsep Membaca adalah memperhatikan isi sesuatu yang bertulis atau bercetak dengan

teliti dan memahamkan makna kandungannya (Kamus Dewan Edisi Keempat,2005). Juriah Long (1990) menyatakan membaca ialah satu proses persepsi atau tanggapan proses interpretasi, konsepsi dan proses berfikir. Pemikiran konseptual diperlukan untuk bertindak balas bagi mendapatkan makna. Sementara Smith dan Johnson (1980), pula menegaskan bahawa inti utama bagi sesebuah proses membaca ialah wujudnya komunikasi. Proses membaca dianggap sebagai satu proses komunikasi kerana dalam sesebuah perlakuan membaca, berlaku pertukaran idea-idea di antara penulis dan pembaca. Membaca merupakan perlakuan yang kompleks, rumit dan memerlukan pemikiran yang aktif di pihak pembaca. Selain itu, membaca juga merupakan kemahiran yang dipelajari, bukannya diperolehi secara ilmiah (Atan Long, 1986). Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), minat ialah keinginan, kesukaan atau kecenderungan kepada sesuatu. Ia merupakan kecenderungan yang menyebabkan seseorang berusaha untuk mencari ataupun mencuba aktiviti-aktiviti dalam bidang tertentu. Minat juga didefinisikan sebagai daya penggerak individu untuk memberi perhatian terhadap seseorang, benda atau sebarang kegiatan. Menurut Hashim (2000), minat secara keseluruhan boleh motivasi. Menurut Robinson (dalam Katni, 1978) minat membaca adalah sesuatu yang mendorong individu untuk mencari peluang dan punca untuk membaca. Lilawati (1988) pula menyatakan bahawa minat membaca merupakan perhatian yang lengkap dan mendalam serta disertai dengan perasaan santai sewaktu membaca. Kesimpulannya,minat membaca boleh di interpretasikan sebagai kecenderungan dan kemahuan seseorang untuk mendapatkan makna daripada teks atau petikan yang dibaca dan ianya boleh diukur dari aspek perasaan sewaktu membaca, kesedaran tentang manfaat membaca, kekerapan membaca dan jumlah buku yang pernah dibaca. Menurut Abd.Wahab (1995),membaca secara sukarela mengandungi unsur dorongan diri dan ada hubungannya dengan keseronokan.Keseronokan pula adalah faktor dorongan yang kuat untuk mengembang dan memperluaskan segala jenis pembacaan. Pembacaan pula merupakan satu sumbangan yang penting kepada perkembangan bahasa dan pengalaman para pelajar yang akan membantu mereka memperolehi kemahiran dan ilmu seterusnya menyumbang dalam pembangunan negara.
4

dianggap sebagai pembolehubah-pembolehubah

1.6

Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini dapat memberi gambaran sebenar mengenai tahap aktiviti membaca di kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Melalui kajian yang dijalankan, perbezaan minat membaca yang wujud dalam kalangan pelajar terutamanya dari segi tujuan dan pemilihan bahan bacaan dapat dikenalpasti. Ini bagi mengetahui faktor-faktor yang mempengaruhi minat atau keinginan seseorang mahasiswa itu untuk membaca. Hasil kajian yang diperolehi akan dapat membantu dalam usaha-usaha Kementerian Pendidikan bagi mengatasi krisis keintelektualan mahasiswa akibat hilangnya pemupukan budaya membaca dalam kalangan mereka. Dalam melahirkan masyarakat yang berilmu serta peka dengan perubahan-perubahan baru, merupakan satu keperluan kepada pihak Kementerian Pendidikan untuk memastikan golongan intelektual ini lebih mesra buku memandangkan status mereka sebagai aset penting perubahan negara.

1.7

Tempat Kajian Tempat kajian yang dipilih ialah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Faktor pemilihan UPSI sebagai lokasi kajian kerana statusnya sebagai sebuah universiti pendidikan dan peranannya dalam melahirkan graduan-graduan dalam bidang pendidikan. Kaitannya yang rapat dengan bidang pendidikan menjadikannya satu lokasi yang paling sesuai untuk dijalankan kajian ini.

1.8

Populasi dan Sampel Kajian Populasi dalam kajian ini ialah pelajar di Universiti Pendidikan Sultan Idris

(UPSI). Ianya melibatkan sekumpulan pelajar yang berusia sekitar 19 tahun hingga berumur 32 tahun yang terdiri daripada 50 orang pelajar-pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan dan Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah. Sampel kajian diperolehi melalui kaedah Convenience Sampling iaitu sampel dipilih secara rawak, rambang dan secara kebetulan.

1.9

Batasan Kajian Kajian dijalankan selama lima minggu dan terbatas kepada pelajar-pelajar di

UPSI sahaja. Responden dipilih secara rawak seramai 50 orang dan diminta menjawab soalan dalam borang soal selidik selain menjawab beberapa soalan temubual. Tempoh masa yang singkat menghadkan kajian dijalankan secara lebih mendalam. Jumlah responden yang tidak ramai dan hanya terbatas kepada pelajar UPSI sahaja tidak mewakili keseluruhan pelajar universiti. Selain itu, kebolehpercayaan jawapan responden juga boleh dipersoalkan kerana mereka mungkin menjawab berdasarkan apa yang seharusnya dilakukan oleh mereka bukannya kebiasaan yang dilakukan mereka.

1.10

Kaedah Kajian a) Soal Selidik

Soal selidik merupakan sejenis temu bual berstruktur yang dijalankan secara bertulis. Soalan-soalan khas dengan jawapan-jawapan yang khusus disusun secara sistematik dan mengikut suatu aliran pemikiran yang tertentu. Pemerolehan data daripada kaji selidik mampu mengukur konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi dan pandangan selain daripada keterangan latar belakang. Instrumen kajian yang digunakan untuk pengumpulan data dalam kajian tahap minat membaca dalam kalangan pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ialah sebuah set soalan kaji selidik yang mengandungi 9 buah soalan. Soalansoalan yang diberikan mengandungi 8 buah soalan bersifat tertutup dan sebuah soalan yang terbuka. Bagi soalan terbuka responden boleh memberikan jawapan yang ringkas dan mengikut pendapat masing-masing. Setiap responden disoal dengan soalan yang sama. Ini membolehkan penyelidik membuat perbandingan antara seorang responden dengan responden yang lain dan menjadikan data yang dikumpul lebih mudah untuk diproses dan dianalisa. Set soal selidik yang dijalankan melibatkan dua bahagian utama, iaitu: Bahagian A Bahagian ini merupakan bahagian yang memerlukan responden untuk memberikan beberapa butiran ringkas tentang diri mereka iaitu nama,umur dan gender mereka.
6

Bahagian B Bahagian ini bertujuan untuk mengetahui tahap kepentingan dan persepsi setiap elemen yang ada perkaitan dengan minat membaca, seperti jenis bahan yang dibaca, kategori atau klasifikasi bahan bacaan, tujuan membaca, sumber mendapatkan bahan bacaan, kekerapan membaca dan faktor yang menghalang aktiviti membaca.

b)

Temubual

Di samping borang soal selidik, maklumat juga diperolehi dengan menggunakan kaedah temubual. Kaedah ini dipilih kerana ia merupakan kaedah yang paling mudah untuk mendapatkan kerjasama dan maklumat daripada responden. Selain tidak melibatkan penggunaan kos, kaedah ini diadakan secara bersemuka dengan responden. Kaedah ini dijalankan bagi mendapatkan informasi tambahan kepada maklumat yang diperolehi melalui kaedah soal selidik bertulis. Soalan melibatkan latar belakang responden dan isu-isu yang berkaitan dengan minat membaca dalam kalangan pelajar universiti.

2.0

DAPATAN KAJIAN: Data Kajian, Analisis Data, Perbincangan 2.1 Analisis Dan Perbincangan Latar Belakang Responden Bahagian ini akan membincangkan analisis dan perbincangan bagi latarbelakang responden berdasarkan jantina dan juga umur.

a)

Analisis Dan Perbincangan Latar Belakang Responden Berdasarkan Jantina Jantina Lelaki Perempuan Bilangan (N=50) 18 32 Peratus 36 64

Jadual 2.1 (a): Latar Belakang Responden Berdasarkan Jantina

Jadual 2.1 (a) menunjukkan seramai 18 orang (36%) daripada responden adalah pelajar lelaki dan 32 orang (64%) daripada responden terdiri daripada pelajar-pelajar perempuan. Responden perempuan lebih ramai daripada responden lelaki kerana borang diedarkan secara rawak pada pelajar UPSI yang majoriti besarnya adalah pelajar perempuan. Pembaca Tegar Ya Tidak Lelaki 5 13 Perempuan 24 8

Jadual 2.1 (b): Minat Membaca Berdasarkan Jantina

Daripada 18 orang,hanya 5 orang sahaja pelajar lelaki yang mengaku bahawa beliau merupakan seorang pembaca tegar berbanding hanya 8 daripada 32 orang pelajar perempuan yang tidak tegar membaca. Ini jelas menunjukkan perbezaan di antara jantina dengan minat membaca buku. Dapatan ini menyokong Atan Long (1974) yang mendapati bahawa pelajar perempuan mempunyai perbendaharaan kata asas yang lebih banyak daripada pelajar lelaki.Pelajar lelaki tidak minat membaca buku kerana mereka lebih berminat dengan penambahan ilmu melalui aktiviti dan juga amali.Mereka lebih
8

gemar membaca bahan bacaan yang tidak mengambil masa yang panjang seperti suratkhabar.Berbanding dengan pelajar lelaki, pelajar perempuan lebih ramai pembaca tegar. Ini kerana pelajar perempuan memiliki daya tumpuan dan konstrentasi membaca yang lebih tinggi.Namun begitu pemilihan bahan bacaan lebih kepada yang berbentuk novel fiksyen dan bukannya ilmiah.

b)

Analisis Dan Perbincangan Latar Belakang Responden Berdasarkan Umur Umur Pengajian Bilangan (N=50) Peratus

19 hingga 23 tahun 28 hingga 33 tahun

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Diploma Perguruan Lepasan

20

40

30

60

Ijazah (DPLI) Jadual 2.1 (c): Latar Belakang Responden Berdasarkan Umur Jadual 2.1 (c) menunjukkan daripada 50 orang responden, seramai 20 orang

(40%) daripada responden berumur 19 hingga 23 tahun dan merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP).Manakala 30 orang (60%) daripada responden berumur daripada 26 hingga 33 tahun dan terdiri daripada pelajar Diploma Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI). Ini menunjukkan bahawa faktor umur juga berkait rapat dengan minat seseorang itu untuk membaca. Dapatan kajian ini menyokong Katni (1978) yang menyatakan umur mempunyai hubungan yang signifikan dengan minat untuk membaca. Kelakuan, kebolehan dan keupayaan membaca serta minat golongan pelajar ini berbeza-beza

mengikut peringkat umur kerana setiap peringkat mempunyai ciri-ciri psikologi yang berbeza.Pelajar yang lebih berusia lebih berminat untuk membaca kerana mereka merasakan penambahan ilmu lebih mudah melalui pembacaan berbanding pemerhatian.

2.2

Analisis Dan Perbincangan Latar Belakang Responden Berdasarkan Pembacaan Bahagian ini pula akan membincangkan analisis dan perbincangan latar belakang

responden berdasarkan butir-butir pembacaan seperti faktor yang menggalakkan pelajar membaca, tujuan membaca, bahan bacaan yang paling kerap dibaca dan juga waktu yang diperuntukkan oleh seseorang pelajar itu untuk membaca.

a)

Analisis Dan Perbincangan Latar Belakang Responden Berdasarkan Minat Membaca

Graf 2.2 (a) : Latar belakang responden berdasarkan minat membaca Berdasarkan graf di atas, rata-rata pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) adalah seorang pembaca buku yang tidak tegar. Seramai 37 orang pelajar memilih jawapan tidak berbanding 13 orang pelajar yang memilih untuk menjawab ya. Keadaan ini berkemungkinan berlaku disebabkan kurangnya minat membaca dalam kalangan pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) . Fenomena tidak mesra buku ini sudah tentu amat membimbangkan semua pihak memandangkan golongan cerdik pandai yang menghuni taman dan gedung ilmu ini adalah contoh serta teladan di menara gading dan kelompok ini juga sepanjang hidup mereka senantiasa bergelumung dalam kancah intelektual. Sekiranya, golongan intelektual ini kurang membaca, implikasinya sangat besar dan boleh menyebabkan prestasi dan kualiti sesebuah universiti berada di tahap kritikal.
10

b)

Analisis Dan Perbincangan Latar Belakang Responden Berdasarkan Bahan Bacaan Yang Kerap Dibaca

Jenis bahan bacaan yang kerap dibaca oleh anda?


50 45 40 46

35
30 25 20 15 Jenis bahan bacaan yang kerap dibaca oleh anda?

10
5 0 Fiksyen Bukan Fiksyen 4

Graf 2.2 (b) : Latar belakang responden berdasarkan bahan bacaan yang kerap dibaca Graf di atas menunjukkan 46 orang pelajar memilih jenis bahan bacaan fiksyen manakala empat orang pelajar sahaja memilih bahan bacaan bukan fiksyen. Situasi ini berlaku kerana kebanyakkan buku-buku fiksyen mudah diperoleh dari kedai-kedai buku, toko-toko buku serta di gedung-gedung pasaraya di seluruh Malaysia. Ini disebabkan, penulis-penulis buku di Malaysia lebih suka untuk menghasilkan karya berbentuk fiksyen berbanding bukan fiksyen kerana ianya mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat serta lebih mudah untuk dijual. Sebaliknya, buku-buku bukan fiksyen lazimnya hanya dijual di kedai-kedai buku yang besar dan terpilih sahaja. Ini kerana buku-buku bukan fiksyen seperti autobiografi, buku-buku akademik dan bukubuku berunsur falsafah kebiasaannya diimport dari luar negara dan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Akibatnya, pelajar-pelajar yang lemah bahasa Inggeris tidak dapat mendalami sesebuah ilmu dan kurang mengenali jenis-jenis buku bukan fiksyen yang terdapat di pasaran. Selain itu, senario ini terjadi kerana sikap rakyat Malaysia khususnya para ilmuan dan pakar-pakar di dalam sesuatu bidang yang malas untuk menghasilkan karya dan buku ilmiah menyebabkan pelajar-pelajar tidak mahu membeli buku yang berharga mahal serta tidak menggunakan bahasa kebangsaan. Kulit muka depan serta isi kandungan buku sangat penting bagi menarik minat pelajar untuk membaca buku.
11

Majoriti pelajar-pelajar berpendapat bahawa isi kandungan buku bukan fiksyen tidak menyeronokkan untuk dijadikan bahan bacaan bagi mengurangkan stress akibat daripada bebanan kuliah dan tugasan. Manakala kulit buku bagi buku fiksyen adalah lebih menarik, berwarna-warni, kemas dan saiz buku yang diterbitkan adalah lebih mudah untuk disimpan dan bawa ke mana-mana sahaja. Selain itu, harga yang ditawarkan untuk sebuah buku fiskyen adalah lebih murah berbanding sebuah buku bukan fiksyen. Harga bagi sebuah buku bukan fiksyen boleh mencecah ratusan hingga ribuan ringgit.

c)

Analisis Dan Perbincangan Latar Belakang Responden Berdasarkan Genre Bahan Bacaan Yang Kerap Dibaca

Graf 2.2 (c) : Latar belakang responden berdasarkan genre bahan bacaan yang kerap dibaca Graf di atas menunjukkan genre buku fiksyen yang kerap dibaca oleh pelajar. Seramai 27 orang pelajar memilih jenis buku romantik atau percintaan, sepuluh orang pelajar memilih jenis bacaan berbentuk komik, enam orang pelajar pula memilih jenis bacaan thriller dan tiga orang pelajar memilih fiksyen sains. Tiada seorang pun pelajar yang berminat dengan jenis bahan bacaan klasik. Keadaan ini berlaku disebabkan bahan bacaan berunsur romantik atau percintaan ini adalah lebih santai dan gaya bahasa yang digunakan lebih mudah untuk difahami. Genre bacaan yang berbentuk romantik ini juga lebih dekat dengan diri pelajar kerana perkembangan perasaan cinta adalah sinonim
12

dengan mereka. Pelajar juga lebih tertarik untuk membaca jalan cerita yang ringan dan mendalami watak-watak yang digarap dalam novel romantik kerana perwatakan hero atau heroin cerita tersebut digambarkan sebagai seorang yang sangat sempurna dari segi ilmu, harta dan keimanan. Gambaran-gambaran ini menyebabkan peminat-peminat buku berbentuk romantik ini terasa seperti ditenggelami dengan perasaan dan emosi yang cuba disampaikan oleh novelis. Sebaliknya, pelajar langsung tidak tertarik pada bahan bacaan klasik kerana mereka beranggapan bahawa buku-buku genre ini mempunyai aras bahasa yang amat tinggi, jalan cerita yang kurang menarik, plot yang meleret-leret serta ketinggalan zaman. Seterusnya, buku-buku thriller dan komik masing-masing mencatat jumlah sederhana ramai. Sebenarnya, pelajar-pelajar berminat untuk membaca buku thriller kerana terpengaruh dengan storyline yang berunsur suspen, tidak dijangkakan dan misteri. Bagi peminat-peminat komik pula, mereka tertarik dengan ilutrasi yang menarik, gaya penceritaan yang ceria, aras bahasa yang santai serta lain-lain lagi.Sama seperti komik dan buku thriller, buku fiksyen sains menyebabkan pelajar tertarik untuk membeli dan membaca buku tersebut kerana penulisan yang menyeronokkan dan membenarkan penerokaan imaginasi secara ekstrem dan luas.

d)

Analisis Dan Perbincangan Latar Belakang Responden Berdasarkan Jenis Buku Bukan Fiksyen Yang Kerap Dibaca

Graf 2.2 (d) : Latar belakang responden berdasarkan jenis buku bukan fiksyen yang kerap dibaca.
13

35 orang pelajar kerap membaca bahan bacaan bukan fiksyen yang berbentuk majalah, 11 orang pelajar membaca surat khabar, dan falsafah serta autobiografi masingmasing mencatat jumlah pelajar seramai dua orang. Ini jelas menunjukkan majalah adalah bahan bacaan yang paling mudah untuk diperoleh, mempunyai harga yang berpatutan dan munasabah serta mempunyai isi kandungan yang menarik dan terkini. Antara jenis-jenis majalah yang kerap menjadi pilihan pelajar ialah berunsurkan hiburan, teknologi maklumat (ICT), sukan dan rekreasi, fesyen dan kecantikan, kesihatan, dan lain-lain. Selain itu, pelajar kurang berminat dengan bahan bacaan surat khabar disebabkan oleh beberapa faktor. Antaranya ialah, tiada masa untuk keluar membeli akhbar, tidak sanggup memperuntukkan sejumlah wang setiap hari bagi membeli surat khabar, sibuk dan menggangap artikel-artikel yang diterbitkan di dalam surat khabar sungguh membosankan dan lain-lain lagi. Bagi bahan-bahan bacaan seperti falsafah dan autobiografi, ianya tidak menjadi pilihan pelajar kerana kurang minat untuk mendalami ilmu-ilmu berkaitan falsafah dan mengenali lebih dekat dengan tokoh-tokoh yang menulis autobiografi masing-masing.

e)

Analisis Dan Perbincangan Latar Belakang Responden Berdasarkan Masa Yang Diperuntukkan Untuk Membaca

Jam dalam sehari anda luangkan untuk membaca?


40 35 30 35

25
20 15 10 5 0 Kurang dari 1 jam 2-4 jam 4-6 jam 6 jam ke atas 6 7 2 Jam dalam sehari anda luangkan untuk membaca?

Graf 2.2 (e) : Latar belakang responden berdasarkan masa yang diperuntukkan untuk membaca
14

Berdasarkan graf di atas, menunjukkan seramai enam orang pelajar meluangkan masa kurang dari sejam sehari untuk melakukan aktiviti membaca. Manakala, majoriti pelajar iaitu seramai 35 orang memperuntukkan masa sekurang-kurangnya dua hingga empat jam sehari untuk membaca buku. Seramai tujuh orang pelajar menggunakan masa empat hingga enam jam sehari untuk membaca, selebihnya iaitu dua orang pelajar membaca lebih dari enam jam sehari. Kebanyakkan pelajar memperuntukkan masa untuk membaca buku di antara dua hingga empat sehari disebabkan keperluan untuk menyiapkan tugasan atau assignment selain mereka membaca untuk persediaan bagi menduduki ujian atau peperiksaan bagi mendapatkan keputusan yang baik dan cemerlang. Bagi pelajar-pelajar yang membaca lebih dari empat atau enam jam sehari, kebanyakkannya adalah terdiri daripada golongan yang sedang atau dalam proses untuk menyiapkan tesis. Dalam proses menyiapkan tesis dan kajian, pelajar-pelajar ini perlu untuk mempelbagaikan jenis-jenis bahan bacaan, serta mesti mengkaji teori-teori, faktafakta yang ditulis oleh penulis yang berlainan yang terkandung dalam buku serta lebih kerap untuk menjadikan buku-buku ilmiah atau akademik sebagai teman.

f)

Analisis Dan Perbincangan Latar Belakang Responden Berdasarkan Tujuan Membaca


Tujuan anda membaca buku?

30 25 20

25

15
10 5 0

12 8 5 Tujuan anda membaca buku?

Graf 2.2 (f) : Latar belakang responden berdasarkan tujuan membaca


15

Graf di atas menunjukkan tujuan utama pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) membaca buku. Seramai 12 orang pelajar membaca untuk mendapatkan keseronokan, majoriti iaitu 25 orang pelajar membaca untuk tujuan lulus ujian atau peperiksaan. Manakala, lapan orang pelajar membaca bertujuan untuk menambahkan pengetahuan dalam diri masing-masing. Selebihnya iaitu lima orang pelajar membaca bagi mengisi masa lapang. Berdasarkan data di atas, dapatlah dirumuskan bahawa hampir 50 peratus pelajar universiti ini membaca buku untuk tujuan lulus peperiksaan dan ujian semata-mata. Keadaan ini berlaku berkemungkinan besar kerana sikap negatif mahasiwsa itu sendiri yang terlalu bergantung dengan nota atau buku yang disyorkan oleh para pensyarah dan tutor ataupun mengharapkan ihsan nota ringkasan dari pelajar lain. Membaca hanya untuk lulus ujian tidak akan membantu dalam memupuk budaya membaca. Ilmu yang diperolehi daripada tujuan ini juga selalunya tidak bertahan lama iaitu sesudah tamat peperiksaan ilmu-ilmu ini tadi akan segera terhakis dalam otak, kemudiannya dilupakan sedikit demi sedikit dan akhirnya hilang terus daripada kotak ingat pelajar. Ini membuatkan seseorang itu hanya memperolehi ilmu, imaginasi, maklumat dan kematangan minda yang bersifat sementara dan tidak berkekalan. Selain itu, para pelajar yang memilih membaca untuk tujuan keseronokan pula, pada kebiasaannya lebih cenderung untuk membaca bahan-bahan bacaan yang bercorak ringan seperti komik, majalah hiburan, novel dan sebagainya. Ini menyebabkan kegagalan dalam melahirkan insan yang bersifat functional literacy iaitu tidak dapat dicabar dari sudut kebenaran, kesahihan dan nilai intelektual kerana bahan yang paling diminati adalah berbentuk ringan, picisan dan hiburan semata-mata. Seterusnya, sesetengah pelajar menjadikan faktor menambahkan ilmu

pengetahuan sebagai faktor utama mereka membaca. Golongan pelajar ini biasanya diberi gelaran ulat buku kerana sering menjadikan budaya membaca sebagai darah daging dan seumpama nyawa mereka sendiri. Tidak keterlaluan jika dikatakan bahawa golongan pelajar yang mempunyai tanggapan sedemikian rupa adalah merupakan generasi yang mampu menguasai ilmu dan menggunakan ilmu dengan baik serta akan memerintah dunia. Selain itu, terdapat pelajar yang menjadikan aktiviti membaca bagi mengisi masa lapang mereka. Pelajar-pelajar ini lebih suka menghabiskan masa mereka membaca buku-buku yang bertemakan thriller, seram,fiksyen sains dan lain-lain lagi.

16

Keadaan ini berlaku kerana buku-buku genre ini tadi dapat memberi kepuasan kepada mereka berdasarkan jalan cerita, watak, gaya bahasa dan pemikiran yang disampaikan oleh penulis. Buku-buku jenis ini juga pada kebiasaannya ditulis bertujuan memberikan unsur suspen dan cemas pada diri pembaca-pembacanya. Jadi, secara tidak langsung, ianya menimbulkan perasaan ingin tahu akan kesudahan cerita buku itu tadi, dan kesannya pelajar menjadikan buku tersebut sebagai medium untuk mengisi masa terluang mereka.

g)

Analisis Dan Perbincangan Latar Belakang Responden Berdasarkan Sumber Bahan Bacaan

Dari mana sumber bahan bacaan didapati


18

16 14 12 10 8
6 4 2 0

16

16 14

4 0

Dari mana sumber bahan bacaan didapati

Graf 2.2 (g) : Latar belakang responden berdasarkan sumber bahan bacaan Berdasarkan graf di atas, seramai 14 orang pelajar mendapatkan sumber bahan bacaan melalui internet, empat orang pelajar memperolehi bahan bacaan melalui pinjaman dari rakan-rakan, serta masing-masing 16 orang pelajar memiliki sumber bahan bacaan dengan membeli sendiri buku-buku atau meminjam bahan bacaan daripada perpustakaan. Tiada pelajar yang menyewa buku. Jika diteliti berdasarkan graf di atas, dapat dirumuskan hampir suku jumlah pelajar-pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris memperolehi bahan bacaan dengan cara membeli sendiri buku. Keadaan ini mungkin disebabkan keperluan buku tersebut untuk digunakan dalam pembelajaran di dalam dewan kuliah. Kebiasaannya, buku-buku yang dibeli oleh mahasiswa adalah berdasarkan
17

recommandation daripada para pensyarah dan tutor. Mereka jarang membeli buku tambahan selain yang disyorkan untuk dibeli. Senario ini kerap berlaku di mana-mana sahaja baik di universiti-universiti awam, kolej-kolej swasta mahupun di sekolah-sekolah di Malaysia. Sebagai usaha bagi menbendung senario tidak sihat ini, pelajar-pelajar digalakkan meminjam dan membaca buku di perpustakaan-perpustakaan yang telah disediakan di kawasan universiti atau perpustakaan awam seperti Perpustakaan Negara, Perpustakaan Negeri dan lain-lain lagi. Oleh itu, berdasarkan graf di atas, terdapat pelajar-pelajar yang masih meminjam dan menggunakan buku-buku daripada perpustakaan sebagai alternatif untuk mengelakkan daripada membeli buku serta bagi mencari bahan bacaan bagi melengkapkan pengetahuan berkaitan sesebuah topik. Namun begitu, terdapat ramai pelajar yang menjadikan sumber bacaan di Internet sebagai medium utama untuk memburu fakta-fakta, isi-isi pelajaran dan inti pati pelajaran. Keadaan ini berlaku berkemungkinan besar kerana kemudahan dan kecanggihan teknologi siber masa kini memudahkan para pelajar untuk membuat rujukan Internet di portal pendidikan, blog-blog, hub komunikasi, jurnal elektronik (e-jurnal) dan rujukan elektronik lain tanpa bergantung kepada kaedah rujukan tradisional seperti buku, majalah, jurnal dan sebagainya sepertimana yang diamalkan oleh kebanyakan pelajar. Realiti dan inovasi yang ditawarkan menerusi Internet menyebabkan pelajar-pelajar tidak lagi bergantung kepada buku-buku dan bahan-bahan ilmiah bercetak. Melalui talian Internet juga para pelajar dapat melayari laman-laman web berwibawa yang banyaak disediakan oleh universiti ternama dunia untuk kemudahan dan tujuan akses rujukan ilmiah, kajian, pencerapan dan sebagainya. Selain itu, terdapat pelajar yang meminjam buku-buku daripada rakan-rakan sebaya atau senior-senior yang tidak lagi menggunakan buku lama masing-masing. Cara meminjam buku dari rakan yang lebih senior adalah dianggap sebagai mengambil jalan mudah kerana pelajar tidak perlu mengeluarkan duit untuk membeli buku baru, tidak perlu pergi ke perpustakaan untuk mencari dan memperbaharui tempoh pinjaman buku serta kadangkala pelajar senior memberi terus buku tersebut kepada mereka. Sebaliknya, menerusi graf di atas, rata-rata pelajar tidak tahu akan kewujudan syarikat-syarikat atau toko buku yang menyediakan perkhidmatan menyewa buku. Oleh itu, kebanyakkan pelajar tidak memilih jawapan menyewa buku sebagai sumber utama bagi mendapatkan sumber bahan ilmiah.
18

h)

Analisis Dan Perbincangan Latar Belakang Responden Berdasarkan Faktor Penghalang Untuk Membaca

Faktor yang menghalang anda daripada membaca?


35 31

30
25 20 15 10 5 0 Harga Buku Kekurangan Mahal Masa Tidak Berminat Tiada keperluan membaca 3 11 5 Faktor yang menghalang anda daripada membaca?

Graf 2.2(h) : Latar belakang responden berdasarkan faktor penghalang untuk membaca Berdasarkan graf di atas, seramai 31 orang pelajar menjadikan faktor harga buku yang terlalu mahal sebagai punca yang menghalang mereka daripada membaca. Seterusnya, seramai 11 orang pelajar menyatakan bahawa mereka kekurangan masa untuk membaca, manakala tiga serta lima orang pelajar masing-masing memberikan alasan bahawa mereka tidak berminat untuk membaca dan tiada keperluan untuk mereka membaca. Secara realitinya, sememangnya harga buku baik fiksyen mahupun bukan fiksyen yang berada di pasaran negara kita agak mahal dan berada di luar kemampuan pelajar untuk selalu membeli buku. Dalam menangani masalah ini, peranan pihak-pihak tertentu seperti badan bukan kerajaan, syarikat-syarikat swasta (terutamanya syarikat penerbitan buku, syarikat pencetakan buku dan lain-lain) serta golongan jutawan amat penting dalam memastikan harga buku bukan lagi penghalang untuk pelajar-pelajar membaca buku. Sokongan pihak-pihak ini boleh mengimbangi harga buku yang terlalu tinggi terutamanya buku akademik yang membantutkan keinginan para pembaca untuk membelinya. Cadangan oleh Timbalan Menteri Pelajaran iaitu Datuk Noh Omar agar kerajaan menyediakan satu dana khas bagi membangunkan dan merancakkan lagi industri buku di negara perlu diberikan perhatian lanjut. Setakat ini, tiada pinjaman yang khusus disediakan oleh kerajaan untuk sesebuah syarikat atau badan-badan swasta menceburi industri penerbitan dan penghasilan buku-buku. Kesannya, tidak banyak syarikat19

syarikat baru yang ditubuhkan dalam industri ini, maka secara tidak langsung tiada persaingan perniagaan yang sihat berlaku. Harga buku di pasaran pula tidak dapat diturunkan ke aras yang lebih munasabah dan berpatutan. Selain itu, pelajar-pelajar juga memberi alasan kekurangan masa sebagai punca yang menghalang mereka daripada membaca buku. Situasi ini mungkin berlaku disebabkan, jadual kuliah yang terlalu padat serta tugasan-tugasan yang diberikan kepada pelajar terlalu banyak untuk disiapkan. Akibatnya, apabila ada masa lapang, pelajarpelajar lebih gemar untuk menggunakan masa tersebut untuk merehatkan diri daripada aktiviti-aktiviti yang melibatkan buku. Antara aktiviti-aktiviti yang lebih suka dilakukan oleh pelajar pada masa terluang mereka ialah bersukan, bersiar-siar, membelibelah, menonton televisyen, melayari internet serta tidur. Selanjutnya, sesetengah pelajar tidak membaca disebabkan mereka tidak minat untuk membaca buku. Pelajar ini kurang minat untuk membaca kerana mereka lebih gemar untuk mengisi masa terluang dengan aktiviti yang lain seperti bersukan dan melancong. Oleh sebab itu, golongan pelajar ini tidak menjadikan budaya membaca sebagai makanan harian mereka.

i)

Analisis Dan Perbincangan Latar Belakang Responden Berdasarkan Cara Meningkatkan Minat Membaca
Cara untuk meningkatkan minat membaca
40 35 30 25 20 15 10 5 0 35

Cara untuk meningkatkan minat membaca

Graf 2.2 (i) : Latar belakang responden berdasarkan masa yang diperuntukkan untuk membaca

20

Berdasarkan graf di atas, majoriti mahasiswa iaitu seramai 35 orang pelajar memilih cara terbaik untuk meningkatkan minat membaca ialah dengan pemberian baucer buku. Baru-baru ini, kerajaan telah memperuntukkan dana yang mencecah berjuta-juta ringgit untuk memberi bantuan Baucer Buku 1 Malaysia sebanyak RM200.00 kepada setiap pelajar tahun pertama di setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam. Baucer tersebut boleh digunakan oleh pelajar-pelajar untuk membeli buku-buku di seluruh kedai buku terpilih di seluruh negara. Pemberian baucer buku ini secara tidak langsung mengalakkan pelajar untuk membeli buku-buku rujukan akademik yang terlalu mahal harganya sehingga mencecah ratusan ringgit untuk sebuah buku sahaja. Pelajarpelajar juga seolah-oleh diberikan semangat baru untuk memulakan pengajian di alam kampus apabila mendapat bantuan khas daripada kerajaan. Dalam stastik yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat penjualan buku terkemuka di Malaysia iaitu Popular (M) Sdn Bhd, jualan buku-buku akademik peringkat universiti meningkat secara mendadak dengan usaha kerajaan memberi baucer buku tersebut. Ini adalah usaha yang baik dan patut dicontohi oleh pihak-pihak swasta bagi membantu menbangunkan semula industri buku di negara kita. Namun begitu, seramai sembilan orang pelajar memilih untuk menyertai kelab membaca yang ditubuhkan di universiti bagi meningkatkan minat membaca. Kelab-kelab membaca ini juga perlu menggembleng tenaga dan strategi dalam usaha meningkatkan kempen membaca di kalangan mahasiswa dan mahasiswi di kampus. Kempen-kempen boleh dijalankan pada setiap tahun menerusi pembukaan booth, kiosk buku, karnival membaca dan juga pertandingan-pertandingan yang melibatkan buku. Promosi yang dijalankan dengan kerap dan betul dapat menarik pelajar-pelajar untuk menyertai kelab membaca. Maka, secara tidak langsung budaya membaca di universiti dapat dipupuk dan dikembangkan secara sihat dan positif. Menerusi penglibatan aktif para siswa dan siswi dalam kelab membaca ini, mereka dapat bertukar-tukar buku yang dibeli dengan rakanrakan, selain dapat bertukar-tukar pendapat dan idea berkaitan buku yang perlu dibaca. Mereka juga berkemungkinan boleh berkongsi wang ringgit untuk membeli buku-buku yang agak mahal dan buku-buku yang diterbitkan secara khas dan terhad pengeluarannya. Di samping itu, seramai sembilan orang pelajar berpendapat bahawa seharusnya sokongan daripada ahli keluarga dan juga rakan-rakan dijadikan titik tolak bagi memupuk tabiat membaca. Sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan sangat penting
21

kerana sikap skeptikal daripada orang sekeliling boleh membantutkan minat membaca yang baru bercambah dalam diri pelajar. Antara bentuk sokongan yang boleh dihulurkan kepada mahasiswa ialah wang ringgit, sokongan moral, dan juga lain-lain lagi. Seterusnya, seramai dua orang pelajar berpendapat bahawa cara terbaik untuk memupuk tabiat membaca ialah dengan mewajibkan membaca dalam kurikulum universiti. Ini bermaksud membaca menjadi salah sebuah subjek wajib untuk mendapatkan segulung ijazah, diploma atau sijil. Dalam erti kata lain, pelajar dipaksa untuk membaca bagi membudayakan tabiat membaca tersebut. Kaedah ini agak keras tetapi jika dilaksanakan dengan betul ianya boleh menjadi berkesan dan berjaya.

22

3.0

CADANGAN

Membaca adalah perlakuan yang sangat penting dalam usaha untuk memajukan diri, mengembangkan minda serta meluaskan ilmu agar dapat mewujudkan sebuah masyarakat yang berintegriti serta berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang. Barrie Node (1990) menyatakan membaca merupakan proses untuk memperolehi ilmu dan maklumat dengan menggunakan deria dan minda melalui bahan-bahan bacaan bercetak atau elektronik. Ilmu pengetahuan yang terhasil daripada pembacaan dapat merangsang dan menjana kehidupan manusia ke arah yang lebih baik dan positif. Oleh sebab pentingnya tabiat membaca untuk kemajuan masyarakat, kerajaan di negara-negara maju mendirikan banyak perpustakaan-perpustakaan umum untuk kegunaan orang awam. Menurut America Library Association (ALA), di Amerika Syarikat pada tahun 2011, terdapat 121 785 buah perpustakaan meliputi perpustakaan akademik, perpustakaan sekolah, perpustakaan awam, perpustakaan tentera dan perpustakaan khas. Selain itu,tidak keterlaluan jika dikatakan tahap kegiatan membaca yang lemah atau sederhana adalah cermin untuk menggambarkan kualiti generasi muda untuk sesebuah negara. Sebagai contoh, di Malaysia, pelajar-pelajar membaca hanya untuk tujuan lulus ujian atau peperiksaan. Selepas tamat pengajian, rata-ratanya tidak mampu mengingati mahu pun mengaplikasikan ilmu-ilmu pengetahuan yang telah dipelajari ketika berada di universiti. Ini menyebabkan kualiti pelajar yang dihasilkan oleh Institusi Pengajian Tinggi di Malaysia kurang bermutu gara-gara tidak minat menjadikan buku sebagai teman. Untuk itu pentingnya Kempen Galakan Membaca diadakan dalam meningkatkan lagi indeks minat membaca dalam kalangan pelajar universiti. Galakan membaca ke atas pelajar boleh bermula dengan perlaksanan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik berkaitan membaca yang diadakan sepanjang kempen. Selain itu pihak pengurusan universiti juga boleh mengadakan minggu membaca bagi memupuk minat membaca pelajar. Sebagai contoh minggu membaca boleh diadakan sebulan sekali iaitu pada minggu pertama setiap bulan. Secara tidak langsung pelajar akan cuba membuat aktiviti yang sesuai apabila tiba masa minggu membaca samada meminjam buku, pergi ke perpustakaan, membaca di kawasan fakulti atau dimana-mana sahaja.Dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka juga boleh diadakan program Ceramah Buku dimana penulis-penulis atau pengkritik-pengkritik buku memberikan ceramah mengenai buku-buku yang berada di pasaran ataupun menerangkan teknik- teknik membaca yang berkesan. Pertandingan mengarang juga boleh diadakan bagi menarik minat pelajar-pelajar universiti untuk membaca. Tajuk-tajuk pertandingan mengarang mestilah mencabar supaya
23

pelajar-pelajar akan merujuk kepada buku-buku dan seterusnya akan berjinak dengan perpustakaan. Ini sekaligus dapat membantu pelajar membuat rujukan untuk kajian, tesis atau tugasan yang diberi oleh pensyarah dengan lebih mudah dan senang. Setiap penulisan yang baik bermula daripada pembacaan yang meluas serta penggunaan bahasa yang baik. Perkara ini tidak terdapat dalam perbualan sehari-hari kita bersama kawan, keluarga, guru, pensyarah atau lainlain. Perkataan-perkataan yang terbaru mestilah dikemaskini melalui pembacaan yang kerap. Menurut Dewan Industri Buku Melayu Malaysia, rakyat Malaysia membelanjakan kirakira RM50 setahun untuk membeli sebuah buku. Jumlah ini amatlah sedikit jika dibandingkan dengan negara-negara maju yang lain seperti Singapura dan Hong Kong. Keadaan ini berlaku disebabkan harga buku yang berada di pasaran agak mahal. Sebagai contoh, sebuah novel bukan fiskyen berbahasa Melayu (ditulis dan dicetak di Malaysia) berharga sekitar RM25.00 hingga RM30.00 sebuah, berbanding di negara seperti Britian, sebuah novel yang dihasilkan oleh penulis tempatan dan dicetak di negara mereka, harganya sekitar 3 pound sahaja (iaitu kira-kira RM18.00). Harga buku yang terlalu tinggi tidak mengalakkan pembelian. Akibatnya, rakyat Malaysia malas mahu membeli dan membaca buku. Oleh itu, disarankan agar kerajaan Malaysia mengawal harga-harga buku yang dicetak disini, agar ianya lebih murah dan akhirnya menggalakan rakyat untuk membeli dan membaca buku. Pesta-pesta buku terpakai juga haruslah diperbanyakkan. Sebagai contoh, usaha yang dijalankan oleh badan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Bad Big Wolf Books sangat mengkagumkan. Buku-buku terpakai yang masih elok diimport dari luar negara dan dijual semula di Malaysia pada harga sekitar RM5 ke RM10.00 bagi sebuah buku. Apabila pesta buku terpakai ini diadakan,ia berjaya menarik hampir 1 juta pembeli setiap kali dilangsungkan. Situasi ini menerangkan bahawa harga buku yang murah menjana minat untuk membeli dan membaca buku. Selain itu, sebagai contoh, setiap hari, surat khabar KOSMO dijual pada harga RM0.70 (harga sebenar RM1.20) di setiap Institusi Pengajian Tinggi Awam di sekitar Lembah Klang. Keadaan ini menggalakkan pelajar-pelajar universiti membeli dan membaca surat khabar serta secara tidak langsung menyebabkan pelajar peka terhadap konflik-konflik atau berita-berita terkini yang berlaku di dalam atau luar negara. Selain itu, turut dicadangkan agar universiti-universiti di Malaysia menjalankan kempen dalaman agar pelajar-pelajar didedahkan tentang kepentingan membaca. Contohnya seperti Program Nilam. Pada tahun 2002, Kementerian Pendidikan dan Pelajaran Malaysia telah melancarkan Program NILAM di setiap sekolah. Sehingga kini, pihak sekolah masih menjalankan sesi pembacaan iaitu akitiviti NILAM di sekolah dan menjadikan pusat sumber sekolah sebagai satu tempat rujukan maklumat serta dimuatkan dalam jadual kelas untuk pergi
24

ke perpustakaan sekali-sekala. Usaha yang mulia ini boleh ditiru oleh IPTA-IPTA di Malaysia agar dapat mengisi masa lapang para pelajar dan mengelakkan mereka terjebak dalam gejala negatif, di samping menambahkan lagi ilmu pengetahuan para pelajar universiti. Selain itu, pihak universiti boleh mengalakkan pelajar membaca dengan cara mensyaratkan pelajar meminjam sekurang-kurangnya tiga buah buku sebulan. Pihak perpustakaan bertanggungjawab merekod segala pinjaman buku oleh pelajar tersebut. Pihak pengurusan akademik boleh berhubung dengan pihak perpustakaan untuk melihat rekod pinjaman pelajar. Pada setiap akhir semester, pelajar yang memperoleh jumlah pinjaman buku yang tertinggi akan diberi ganjaran seperti penambahan markah merit, sijil penghargaan dan ganjaran wang serta pemberian bukubuku ilmiah yang sesuai dengan khusus pengajian pelajar tersebut.

25

4.0

KESIMPULAN

Sebagai generasi pelapis dan juga agen perubahan kepada masyarakat, mahasiswa seharusnya mempunyai minat yang mendalam dengan aktiviti membaca.Berdasarkan dapatan kajian, didapati, minat untuk membaca majoriti daripada responden adalah pada tahap sederhana. Tetapi sebahagian besar daripada responden memilih bahan pembacaan yang ringan seperti komik, majalah hiburan, novel dan sebagainya. Amalan ini tidak membantu dalam melahirkan insan yang bersifat "functional literacy" iaitu tidak dapat dicabar dari sudut

kebenaran, kesahihan dan nilai intelektual kerana bahan bacaan yang dibaca adalah berbentuk bahan ringan, picisan dan hiburan semata-mata.Dalam memastikan negara kita tidak ketandusan intelektual yang berkualiti, usaha-usaha menyuburkan lagi proses peningkatan indeks membaca haruslah digembleng bersama-sama oleh semua pihak.Sesungguhnya budaya ilmu itu boleh diamal dan dihayati oleh setiap ahli masyarakat jika ada kesungguhan ke arah itu. Minat membaca yang tinggi bukan sahaja memperbaiki kualiti pendidikan individu tetapi juga secara tidak langsung membantu dalam memacu kemajuan negara.

26

5.0

RUJUKAN

Abdul Rahim M.Ali.2009.Ilmu Pendidikan Untuk KPLI. Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan. Utusan Publication. Atan Long. (1982). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Dr Norila. 2012.Kuliah. 27 Mac 2012. Hashim Andimori (2000), Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Jurusan Kejuruteraan Awam Di Kalangan Pelajar UTM, Projek Sarjana Muda UTM. Tidak diterbitkan. http://www.treasury.gov.my/pdf/ekonomi/le/9798/bab10.pdf,20/03/2012 Juriah Long, et al. (1994). Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn. Bhd. Katni Kamsono Kibat (1978), Reading Habits and Interests of The Rural Malays:A Methodological Stu& of Printed Media Exposure in The Rural Areas of Selangor, Dissertation. University of Pittsburgh. Kenedy, E.C. (1981). Methods in Teaching Developmental Reading. Illinois: Peacock Publishers, Inc. Marohaini Yusoff (1999),Strategi Pengajaran Bacaan dan Kefahaman. Kuala Lumpur:

Penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Farid Md Alias (2009), Membudayakan amalan membaca,Utusan Malaysia, 30 April 2009. Mohd Arif Atan (2007), Jadikan Membaca Gaya Hidup,Utusan Malaysia, 31 Disember 2007. Nor Afzan Mohammad Yusuf (2001), Budaya membaca masih rendah, Berita Harian,30 Jun 2001. Safiah Osman (Ed.) (1990), Membaca: Satu pengenalan. Kuala Lumpur: Benta. Scribd. 2007. Kurangnya Budaya Membaca Di Kalangan Pelajar.

http://www.scribd.com/doc/528084/Intelek-kurang-membaca (akses 26 April 2012) Smith, R.J. and Johnson, D.D. (1980). Teaching Young ChiUren to Read. Carlifornia Addison Wesley Pub. Co.
27

Staufter, R.G. (1969). Teaching Reading As A 7hinking Process. New York: Harper and Row Publishers. Yusoof bin Boon, Mohd Sahlan bin Salamat (2010).Budaya Membaca Dalam Kalangan Pelajar Pelajar 4 SPH Program Khas Pensiswazahan Guru.Skudai. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

28

6.0

LAMPIRAN

Soal selidik ini dijalankan untuk mendapatkan maklum balas daripada pelajar UPSI bagi mengetahui tabiat membaca mereka Nama: Umur: Jantina:

1. Adakah anda seorang pembaca buku yang tegar? a. Ya b. Tidak 2. Apakah jenis bahan bacaan yang kerap dibaca oleh anda? a. Fiksyen b. Bukan fiksyen 3. Jika anda memilih fiksyen, apakah genre buku fiksyen yang kerap anda baca? a. Thriller b. Klasik c. Romantik/percintaan d. Komik e. Fiksyen sains 4. Jika anda memilih bukan fiksyen, apakah jenis buku bukan fiksyen yang kerap anda baca? a. Majalah b. Falsafah c. Autobiografi d. Surat khabar 5. Berapa jam dalam sehari anda luangkan untuk membaca? a. Kurang dari 1 jam b. 2-4 jam c. 4-6 jam d. 6 jam ke atas
29

6. Apakah tujuan anda membaca buku? a. Untuk mendapat keseronokan b. Untuk lulus ujian/peperiksaan c. Untuk menambah pengetahuan d. Bagi mengisi masa lapang 7. Dari manakah anda mendapatkan sumber bahan bacaan? a. Perpustakaan b. Beli sendiri c. Pinjam dari rakan d. Sewa e. Bacaan dari Internet 8. Apakah faktor yang menghalang anda daripada membaca? a. Harga buku yang mahal b. Kekurangan masa c. Tidak berminat d. Tiada keperluan untuk membaca 9. Pada pendapat anda, apakah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan tabiat membaca? a. Mewajibkan pembacaan dalam kurikulum akademik b. Sokongan daripada keluarga/rakan-rakan c. Menyertai kelab membaca buku di universiti d. Pemberian baucer buku (seperti Baucer Buku 1 Malaysia)

30

Anda mungkin juga menyukai