Anda di halaman 1dari 28

DISEDIAKAN OLEH:

 RAZNIZA BT MOHAMMAD
 NURUL SUA’IDAH BINTI OTHMAN
 SITI NUR HANIS BINTI HAMIDAN

NAMA PENSYARAH:
PUAN SARIMAH BT SAAD
PEMBENTUKAN KURIKULUM BERSEPADU
SEKOLAH RENDAH(KBSR)

1982 – KBSR dilaksanakan secara percubaan di 305


buah sekolah seluruh Malaysia.
Tahun berikut – pelaksanaan penuh dikuatkuasa di
semua sekolah rendah.
Jawatankuasa kabinet telah memberi perhatian yang
serius kepada pembangunan kemanusiaan.
Tindakan untuk menterjemahkan perkara tersebut
telah menjelma dalam Kurikulum Baru Sekolah
Rendah seperti yang ternyata dalam huraian
matlamat pendidikan sekolah rendah di bawah:
“…matlamat pendidikan rendah adalah untuk memastikan
perkembangan murid secara menyeluruh. Perkembangan ini
meliputi aspek-aspek intelek, rohani,
jasmani,emosi,bakat,akhlak,nilai-nilai estetika sosial”
(Kurikulum Baru Sekolah Rendah,1991;5)
Selaras dengan matlamat tersebut, maka objektif-
objektif pendidikan di peringkat rendah juga
merangkumi aspek-aspek seperti yang dinyatakan.
Supaya murid-murid dapat:
 Menguasai bahasa Melayu selaras dengan
kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan
bahasa rasmi negara kita;
 Menguasai kemahiran asas berbahasa, iaitu bertutur,
membaca dan menulis dalam bahasa
pengantarsekolah berkenaan;
 Menguasai kemahiran asas mengira dan
menggunakannya dalam kehidupan harian;
 Menguasai kemahiran berfikir dan kemahiran
belajar;
 Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal;
 Bertutur, membaca, menulis dan memahami
Bahasa Inggeris sesuai dengan kedudukannya
sebagai bahasa kedua;
 Menimba ilmu pengetahuan dan berikhtiar untuk
meluaskannya;
 Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan
memahami pengertian ayat-ayat dalam al-Quran
bagi murid-murid Islam;
 Mengukuhkan asas keimanan, mengerjakan amal
ibadat dan mengamalkan akhlak mulia;
 Mengamalkan sikap dan perlakuan yang
berpandukan nilai murni serta menjadinkannya
asas bagi amalan hidup;
 Menjaga kesihatan dan kecergasan diri;
 Membentuk daya kepimpinan dan keyakinan diri;
 Memahami dan peka terhadap manusia dan
persekitaran;
 Mengembangkan bakat dan kretiviti;
 Memupuk semangat patrotisme;
 Menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal,
kesenian dan rekreasi dalam lingkungan
kebudayaan nasional.
PERUBAHAN DALAM KBSR

1988 – KBSR telah disemak semula bagi


mengenalpasti kelemahan dan kekuatannya.
KBSR yang dikenali pada asasnya sebagai
Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah ditukar
menjadi
Kurikulum Bersepadu sekolah Rendah.
PERUBAHAN DALAM KBSR

KURIKULUM BUDAYA SEKOLAH

Penggunaan Suasana Unsur


Kemahiran Sains
sempoa sekolah kesepaduan
Hidup

Unsur
patriotisme
Kajian Pembaharuan
Tempatan kepada Penggunaan Bahasa
Bahasa, Inggeris bagi Matematik,
Pend.Islam, Sains dan semua mata
Pend.Moral, Pelajaran teknikal bagi
Pend.Jasmani Tahun 1(mulai 2003)
 Secara ringkas, boleh dikatakan bahawa
perubahan-perubahan dalam KBSR boleh dilihat
dari dua persperktif seperti yang berikut:
Secara am
 Penerapan nilai dalam proses pengajaran dan
pembelajaran;
 Penguasaan dan penggunaan kemahiran asas
dalam aktiviti harian;
 Penyusunan semula kemahiran belajar(daripada
yang paling asas kepada yang paling
kompleks)mengikut tajuk;
 penyemakan semula sukatan pelajaran bagi
setiap mata pelajaran.
Secara khusus
 Pengintegrasian unsur penyelesaian masalah
dan arithmatic perniagaan dalam topik,
“Wang,Ukuran Panjang dan Berat”;
 Pembahagian mata pelajaran Alam dan
Manusia kepada dua mata pelajaran baru,
iaitu Sains dan Kajian Tempatan;
 Penggunaan Bahasa Inggeris bagi mata
pelajaran Matematik, Sains dan semua mata
pelajaran teknikal bagi tahun 1 sekolah
rendah mulai Januari 2003.
PROSES PELAKSANAAN KBSR

 Fokus kepada prinsip, struktur, bidang


pelajaran, penekanan, strategi
pengajaran dan pembelajaran, dan
penilaian.
Prinsip KBSR
Pembentukan dan pengubalan KBSR adalah
berlandaskan prinsip-prinsip yang sejajar
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Perkembangan individu
Pendekatan bersepadu Secara menyeluruh
PRINSIP-PRINSIP
KBSR
Pendidikan yang sama
Untuk semua murid Pendidikan seumur hidup
Prinsip 1: Pendekatan Bersepadu
 Ia merupakan satu pendekatan di mana unsur-
unsur pengetahuan, kemahiran dan nilai
digabungkan secara wujud kesepaduan dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek.Ia berlaku
melalui 4 cara, iaitu:

penyerapan
Unsur merentasi
Penggabungjalinan
Kesepaduan antara kurikulum
kemahiran
dua unsur
•Pelbagai bidang
Ilmu dalam
•Dalam satu mata mata pelajaran
•Kurikulum dan
Pelajaran &merentasi
korikulum
•Antara mata pelajaran
•Pengetahuan dan
pelajaran •Nilai dalam
amalan
mata pelajaran
Prinsip 2: perkembangan individu secara
menyuluruh
 Prinsip ini dilaksanakan melalui semua mata
pelajaran yang memainkan peranan penting bagi
memenuhi keperluanPRINSIP
jasmani,
2: emosi, rohani dan
intelek murid.PERKEMBANGAN INDIVIDU SECARA
MENYELURUH

Semua mata pelajaran

Keperluan murid
jasmani

emosi intelek
rohani

PERKEMBANGAN POTENSI INDIVIDU


 Menurut ahli psikologi, potensi individu tidak
boleh dikembangkan secara berasingan.
 Ini bermakna, setiap potensi memang mempunyai
hubungkait dengan potensi yang lain.
 Contoh: seorang murid yang berpotensi menjadi
pemain bole sepak yang handal bukan sahaja
perlu mengembangkan ilmu (cth:cara-cara
bermain yang berkesan) dan kemahira (cth:cekap
dan tangkas) mengenai permainan tersebut,
malahan murid ini juga perlu memupuk sifat
kerjasama, mematuhi peraturan, berdisiplin,
berbakti untuk sekolah dan negara, dan
sebagainya.
Prinsip 3: pendidikan seumur hidup

PRINSIP 3:
PENDIDIKAN SEUMUR HIDUP

Peranan Sekolah
(Institusi formal)

GURU

Menyampaikan Memupuk budaya


Ilmu&kemahiran mereka
 Secara am, sekolah mempunyai dua peranan:
a) Sekolah merupakan institusi formal pertama di
mana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran
asas. Sehubungan itu, maka KBSR membina asas
bagi setiap murid dari segi pengetahuan dan
kemahiran yang diperlukan untuk membolehkan
mereka menghadapi situasi dalam kehidupan
seharian.apabila tamat persekolahan nanti, proses
pendidikan tidak berhenti begitu sahaja. Di
sebaliknya, setiap individu digalakkan untuk
meneruskan proses pembelajaran masing-masing.
b) Sekolah juga boleh memupuk minat setiap murid
untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi
sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada.
Prinsip 4: pendidikan yang sama untuk semua
murid
 Semua murid pada tahap persekolahan yang
sama mengikuti kurikulum yang sama tanpa
mengambilkira jenis aliran persekolahan; yang
berbeza adalah bahasa pengantar sahaja.

PRINSIP 4 :
PENDIDIKAN YANG SAMA
UNTUK SEMUA MURID

Tahap persekolahan yang sama

Kurikulum sama
Struktur KBSR
Mata Pelajaran
Bidang komponen
Tahap 1 Tahap 2
•Komunikasi •Kemahiran asas •Bahasa Malaysia •Bahasa Malaysia
•Bahasa Inggeris •Bahasa Inggeris
•Bahasa Cina •Bahasa Cina
•Bahasa Tamil •Bahasa Tamil

•Manusia dan Alam •Kerohanian •Pendidikan Islam •Pendidikan Islam


Keliling •Nilai dan sikap •Pendidikan Moral •Pendidikan Moral
- •Sains
- •Kajian Tempatan
- •Kemahiran Hidup
•Perkembangan •Kemahiran hidup -
•Kemahiran hidup
Diri Individu •Kesenian dan •Pendidikan Muzik
•Pendidikan muzik
Kesihatan •Pendidikan Seni
•Pendidikan seni
•Kokurikulum •Pendidikan Jasmani
•Pendidikan jasmani
Dan Kesihatan
•dan kesihatan
Bidang pelajaran
•BIDANG KOMUNIKASI
Memberi tumpuan kepada tiga kemahiran asas iaitu 3M ( membaca, menulis
dan mengira)
Antara mata pelajaran dalam bidang ini ialah : Bahasa Malaysia, Bahasa
Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil Dan Matematik.

Bahasa melayu
Berfungsi sebagai bahasa ilmu pengetahuan dan alat komunikasi perpaduan
rakyat.
Ia bertujuan melahirkan murid yang berkebolehan berbahasa dan menghargai
serta menghayati bahasa tersebut sebagai bahasa rasmi negara, bahasa
perpaduan, dan bahasa ilmu selaras dengan semangat rukunnegara dan hasrat
falsafah pendidikan kebangsaan.

Bahasa inggeris
Diajar sebagai bahasa kedua
Bertujuan untuk melengkapkan murid denagn ilmu dan kemahiran asas dalam
bahasa tersebut agar mereka berupaya berkomunikasi secara lisan atau bertulis di
dalam atau di luar bilik darjah
Bahasa cina
 Berfungsi sebagai bahasa komunikasi bagi masa-masa tertentu.
 Bertujuan memberi murid-murid peluang untuk menguasai kemahiran
asas berbahasa dalam bahasa cina sama ada secara lisan atau bertulis.

Bahasa tamil
 Berfungsi sebagai bahasa komunikasi.
 Bertujuan untuk menghasilkan murid yang berupaya berkomunikasi
dalama bahasa tamil sama ada secara lisan atau bertulis.

Matematik
 Mengandungi 3 komponen pembelajaran iaitu konsep, bahasa dan
kemahiran prosedur yang merentasi 3 bidang kemahiran iaitu nombor
dan operasi, ukuran dan sukatan serta masalah bercerita.
 Bertujuan untuk membentuk dan meningkatakan kebolehan murid dari
segi konsep nombor dan kemahiran mengira.
 Kebolehan tersebut dapat membantu murid dalam penyelesaian masalah
harian secara berkesan dan berdisiplin.
 BIDANG MANUSIA DAN ALAM KELILING
 Komponen kerohanian, dan nilai dan sikap.
 Mata pelajaran dalam bidang ini ialah : pendidikan islam,
pendidikan moral, sains dan kajian tempatan.

Pendidikan islam
 Mengandungi 3 bahagian iaitu :
1) Asuhan tilawah al quran – berfokus kepada aspek mengenal,
menyebut, membaca, menulis huruf dan perkataan. Juga
menitik beratkan aspek membaca dan menghafaz serta
mengetahui pengertian ayat-ayat tertentu dalam al-quran.
2) Asas ‘ulum syar’iah – merangkumi 3 aspek :
-akidah : menegaskan aspek keimanan dan keislaman melalui
rukun iman dan rukun islam.
-ibadat : menekankan aspek ibadat dan amalan secara
berterusan.
-sirah rasulullah S.A.W.- menekankan sirah dan contoh yang
dijadikan iktibar dan contoh dalam kehidupan seharian.
3) Asas akhlak islamiah – berfokuskan kepada pembentukkan
peribadi murid agar berupaya menghayati akhlak dan tingkah
laku muslim dan mukmin.

 Bertujuan untuk membentuk dan meningkatakan bakat dan


potensi murid agar menjadi individu yang berilmu, beriman,
beramal soleh, berakhlak mulia dan bertanggungjawab.
Pendidikan moral
 Mengandungi 16 nilai yang berasaskan agama, tradisi dan adat resam
pelbagai kaum etnik di negara ini selaras dengan nilai murni sawarjagat dan
prinsip-prinsip rukun negara.
 Isi kandungan dan penekanan berbeza sejajar dengan tahap perkembangan
dan kematangan murid.
 Bertujuan untuk membentuk individu yang berbudi pekerti mulia dan
bertanggungjawab melalui pemupukan. Penghayatan dan amalan nilai
murni.

Sains
 Terdiri daripada dua perspektif iaitu :
-bidang keilmuan : membekalakan rangka konsep agar murid dapat
memahami alam sekeliling, berupaya menggabungkan fakta dan konsep
dalam kehidupan seharian dan mencari perkaitan antara ilmu baru dengan
yang sedia ada.
-Kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah : mengembangkan kemahiran
menyiasat alam sekeliling, menggalakkan sifat ingin ingin tahu, kreativiti,
berfikiran terbuka, ketahanan diri (fizikal dan mental)
 Bertujuan untuk melahirkan individu yang berilmu, berkemahiran dan
berakhlak mulia ke arah pembentukan masyarakat berbudaya sains dan
teknologi, dinamik dan progresif
Kajian tempatan
 Tunggak utama bagi menyemai semangat
patriotisme dalam kalangan murid
 Dapat memupuk kemahiran sosial,
kemahiran belajar dan kemahiran berfikir
dalam kalangan murid.
 Bertujuan untuk melahirkan murid yang
taat setia kepada negara, cintakan tanah
air, bangga menjadi rakyat dan sanggup
berkorban demi mempertahankan bangsa
dan negara.
 BIDANG PERKEMBANGAN DIRI INDIVIDU
 Komponen kemahiran hidup, kesenian dan kesihatan.
 Bertujuan untuk meningkatkan lagi kemahiran hidup dan
penghayataan kesenian dan kesihatan.
 Meliputi mata pelajaran : kemahiran hidup, pendidikan muzik,
pendidikan jasmani dan kesihatan.

Kemahiran hidup
 Berfokuskan kepada pembelajaran eksperimental, iaitu murid-
murid belajar cara menggunakan alatan, perkakas dan mesin
tertentu semasa mengikuti latiahan amali yang dikendalikan.
 Bertujuan untuk memberi murid peluang memperoleh ilmu
berasaskan teknologi, kemahiran praktis asas, keusahawanan,
dan pengurusan diri termasuk keselamatan diri, pengurusan
wang, masa dan kerja dengan berkesan.
 Dalam maat pelajaran ini dititikberatkan tajuk utama iaitu :
-merekacipta
-Mengurus diri dan kerja
-Mengusahaniaga barang
-Menyenggara dan membaiki kerosakkan kecil
IMPLIKASI KBSR TERHADAP SISTEM
PENDIDIKAN NEGARA

Pelaksanaan KBSR yang sempurna sememangnya


dapat memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ke arah penghasilan individu yang
berkembang secara menyeluruh dan seimbang
dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Proses pelaksanaan yang bermula dari Tahun 1
(Tahap 1) sehingga Tahun 6(Tahap 2) amat
komprehensif dan mengambilkira segala aspek
proses pengajaran dan pembelajaran di dalam dan
di luar bilik darjah termasuk penyampaian ilmu
dan kemahiran serta pemupukan nilai merentasi
kurikulum.
Sekiranya semua pihak yang terlibat termasuk
para pendidik, murid-murid dan ibu bapa
berganding bahu dan komited dalam usaha
pelaksanaan KBSR, sudah pasti matlamat FPK
akan tercapai dan sistem pendidikan negara
kita akan setanding dengan sistem pendidikan
negara-negara membangun yang lain di dunia
ini.