Anda di halaman 1dari 4

Usaha mohon tanah untuk semua rakyat Sarawak disokong BorneoPost...

http://www.theborneopost.com/2014/02/09/usaha-mohon-tanah-untuk-s...

RSS Like us on Facebook BPO @Twitter UB @Twitter BPO Gallery Google+ YouTube CONTACT US ADVERTISE CAREERS BOOKMARK US

Site Last Updated 10:50 am, Sunday Home News Sarawak Nation Sabah World Brunei Kalimantan Tech Lite Stories Biz BizHive CompareHero Sports Football General Tennis Badminton Utusan Borneo Berita Sarawak Berita Semenanjung Berita Iban Berita Sabah Sukan thesundaypost Columns Our Stand Letters to the Editor Other Columns seeds.theborneopost.com Home - Utusan Borneo - Berita Sarawak Usaha mohon tanah untuk semua rakyat Sarawak disokong Posted on February 9, 2014, Sunday SIBU: Usaha Kumpulan Bebas N.50 Dalat memohon tanah bagi semua rakyat Sarawak yang berusia 18 tahun dan ke atas, melangkah setapak lagi apabila usaha tersebut mendapat sokongan daripada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui pejabat masing-masing telah menghantar surat sokongan yang ditujukan kepada Setiausaha Sulit Kanan Ketua Menteri Sarawak pada 13 November 2013 dan 10 Disember 2013.

1 of 4

2/9/2014 2:41 PM

Usaha mohon tanah untuk semua rakyat Sarawak disokong BorneoPost...

http://www.theborneopost.com/2014/02/09/usaha-mohon-tanah-untuk-s...

Salinan surat itu kemudian dihantar kepada Kumpulan Bebas N.50 Dalat ini yang diketuai oleh Salleh Mahli serta diterima pada 23 Disember 2013 dan 9 Januari 2014. Surat itu antara lain menyatakan kedua-dua pemimpin negara itu tidak mempunyai halangan ke atas permohonan tersebut berdasarkan kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri. Menurut Salleh, surat sokongan daripada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri itu adalah tanda positif kepada usaha kumpulan selama ini bagi memohon tanah untuk semua rakyat Sarawak yang berumur 18 tahun dan ke atas. Selain itu katanya, beliau juga ada menerima surat daripada ibu pejabat Jabatan Tanah dan Survei Negeri Sarawak bertarikh 18 November 2013, yang meminta memaklumkan secara terperinci di mana kawasan tanah yang dipohon dengan mengemukakan pelan yang ditandakan dengan jelas bagi membolehkan pejabat memproses permohonan tersebut. Oleh itu bermula 20 Januari lepas, kami dalam proses menulis surat kepada semua penguasa Jabatan Tanah dan Survei di setiap bahagian di Sarawak untuk memohon kerjasama bagi mengenal pasti kawasan tanah kerajaan yang boleh dipohon. Ini termasuk tanah kerajaan yang belum dipohon mana-mana pihak, yang sudah dipohon oleh syarikatsyarikat dan yang dipohon oleh kumpulan kecil rakyat yang belum diluluskan kerajaan ketika ini, katanya sambil memberitahu bahawa tanah yang dipohon tidak termasuk tanah NCR. Permohonan tanah itu ujar Salleh, adalah untuk kepentingan semua rakyat Sarawak yang berumur 18 tahun ke atas, yang dianggarkan lebih kurang dua juta orang. Tanah tersebut katanya, akan dimajukan untuk pertanian komersil seperti perladangan kelapa sawit serta komoditi lain yang sesuai, yang boleh menjana pendapatan kepada rakyat pada masa depan. Dengan cara ini sahaja kerajaan ketika ini dapat membantu rakyat untuk memiliki tanah untuk keperluan generasi akan datang, sebagaimana yang dilakukan oleh FELDA di Semenanjung Malaysia, jelasnya. Dalam pada itu kata Salleh, pihaknya juga akan menulis surat kepada FELDA untuk menyokong dan membangunkan kawasan yang telah dipohon sekiranya permohonan diluluskan oleh kerajaan negeri kelak. Beliau juga memberitahu, akan terus membuat susulan dengan pihak yang berkaitan sehingga usaha kumpulan ini mencapai kejayaan demi faedah semua rakyat Sarawak. Bagi mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan, sila hubungi Salleh di talian 019-8164709.
Share this:

<< Previous Entry - Next Entry >>

To enable your comment to be published, please refrain from vulgar language, insidious, seditious or slanderous remarks. This includes vulgar user names.

2 of 4

2/9/2014 2:41 PM

Usaha mohon tanah untuk semua rakyat Sarawak disokong BorneoPost...

http://www.theborneopost.com/2014/02/09/usaha-mohon-tanah-untuk-s...

Go to the ground to deliver govts messages

No new development on return of seized Bibles

Max draws flak over opinion on Allah issue

Two SPDP leaders aye to proposed SUPP-SPDP merger

0 Comments

40

POPULAR

LATEST
TODAY WEEK MONTH ALL

Riot upset, disappointed Shock, tears when Taib explains retirement Mandate given, Taib to decide Taib given mandate to name successor Change of states top leadership in the offing?

Top Ten News Highlights 2013

Affiliates
-- Affiliates --

Supplement Downloads Perfect Wedding Supplement 2013

3 of 4

2/9/2014 2:41 PM

Usaha mohon tanah untuk semua rakyat Sarawak disokong BorneoPost...

http://www.theborneopost.com/2014/02/09/usaha-mohon-tanah-untuk-s...

Malaysia Day Supplement 2013 New Year Supplement 2014 Real Estate And Housing Supplement 2013 STIDC Supplement 2013
Member of

BPO SECTIONS Home News Business Sports Utusan Borneo thesundaypost Columns USEFUL LINKS BPO Commenting Rules & Regulations BPO News Archive Handy Contacts This service is provided on BorneoPost online standard Policies and Conditions. Copyright 2010-2013 BorneoPost Online. All Rights Reserved.

4 of 4

2/9/2014 2:41 PM

Anda mungkin juga menyukai