Anda di halaman 1dari 5

http://www.hitarek.com/clockdigitalD1.html http://www.hitarek.com/calendarnature1.html http://widgetindex.blogspot.com/ http://www.anicursor.com/webcursor.html http://24work.blogspot.com/2012/01/how-to-change-mouse-cursor-in-blogger.html http://www.hitarek.com/index.html http://cikguskskr.blogspot.com/2012/08/sahsiah-guru.html http://kesihatansemua.blogspot.com/2010/09/gaya-hidup-sihat-gaya-hidup-sihat.html http://cikguarepeace.blogspot.com/2011/10/pendidikan-kesihatan-amalan-gaya-hidup.html http://ameeroza.blogspot.com/ http://gohpoihia74.blogspot.com/ http://makan2sihat.blogspot.com/ http://bmpmrspm.blogspot.com/2009/09/amalan-gaya-hidup-sihat.html http://saiful-azhar.blogspot.com/2011/12/memahami-konsep-dan-definisi-pendidikan.html http://jaafar2026.blogspot.com/p/kesihatan.

html http://sevenofus-fikaisa.blogspot.com/2010/10/karangan-spm-2010-gaya-hidup-sihat.html http://fadilah1972.blogspot.com/ http://3ctshashi.blogspot.com/p/pengertian-diet-seimbang.html http://makan2sihat.blogspot.com/p/profil-diri.html http://makan2sihat.blogspot.com/p/6541651.html http://kekalsehat.blogspot.com/ http://pakreatif.blogspot.com/2011/03/gaya-hidup-sihat.html http://terboekpunyer.blogspot.com/2011/02/nota-kemahiran-dinamika.html

Ulasan Pemakanan Selamat

Kesihatan mempunyai komponen-komponen yang membentuk satu rangkaian untuk membina gaya kehidupan seseorang individu seterusnya dapat mempengaruhi kesihatan komuniti sesebuah negara. Kesihatan Fizikal Komponen pertama yang dapat diutarakan ialah dari segi kesihatan fizikal. Seseorang individu yang mencapai tingkat kesihatan fizikal yang mempunyai tahap ketahanan tinggi terhadap sebarang serangan penyakit yang boleh menjejaskan fungsi tubuh. Organ tubuhnya dapat berfungsi dengan baik. Seseorang individu yang memiliki tahap kesihatan fizikal yang mempunyai tahap kecergasan yang optima dan berkemampuan melakukan kegiatan seharian dengan baik dan berkesan. Deria tubuh badannya mempunyai ketajaman untuk bertindak balas dengan baik. Kesihatan Sosial Komponen ini merujuk kepada kebolehan seseorang individu untuk memenuhi interaksi interpersonal. Ia bermaksud seseorang individu dapat berinteraksi dan berhubung dengan seseorang individu yang lain, ahli keluarga dan komunitinya dalam suasan yang mesra. Di samping itu juga, seseorang individu yang mencapai tingkat kesihatan sosial berkebolehan untuk menghadapi fenomena-fenomena sosial yang ditempuhi dalam kehidupan sehariannya.

Kesihatan Mental Ia merujuk kepada tingkat keupayaan intelektual seseorang individu. Seseorang individu yang mencapai tingkat kesihatan mental yang tinggi berupaya untuk belajar dan berfikir secara rasional. Kesihatan Emosi Komponen yang merujuk kepada kebolehan dan keupayaan seseorang individu untuk mengawal emosinya. Individu yang mempunyai tingkat kesihatan emosi yang baik berkeupayaan menghalang dan menghadapi pelbagai tekanan hidup dengan tenang dan bersahaja. Kesihatan Persekitaran Komponen ini menjelaskan seseorang individu yang berjaya mencapai tahap kesihatan persekitaran mempunyai apresiasi yang baik terhadap persekitaran sekelilingnya. Individu tersebut berkeupayaan untuk memainkan peranan yang terpuji dan berkesan untuk melindungi serta memperingkatkan suasana persekitarannya. Kesihatan Rohani Komponen ini biasanya dikaitkan dengan aspek-aspek kerohanian seperti falsafah kehidupan, kepercayaan dan keyakinan diri. Seseorang individu yang mencapai tingkat kesihatan ini mempunyai kesedaran dan sentiasa mengamalkan prinsip-prinsip yang positif.

Rumusan dari kenyataan Prof Madya Dr. Zaitun Yassin & Dr. Mahenderan Appukutty dari Persatuan Pemakanan Malaysia Berikut adalah tips gaya hidup sihat yang diperolehi dari akhbar. Disini kami kongsikan bersama untuk manfaat kita semua. Tips ini penting kerana majoriti masyarakat Malaysia kini sangat sibuk dan ini merencatkan gaya hidup sihat mereka. Matlamat utama tips ini ialah mengurangkan risiko anda menghidapi penyakit moden kini. Penyakit-penyakit tersebut ialah penyakit yang tidak berjangkit tetapi hadir akibat dari pemakanan dan cara hidup yang tidak sihat. Tips 1 Mengamalkan pemakanan yang sihat Cara yang paling asas sekali ialah dengan menjaga pemakanan kerana anda makan setiap hari dan penyakit tersebut berpunca dari pemakanan anda. Anda perlu mengawalnya dan ia tidak memerlukan modal atau masa anda. Sarapan Ianya penting kerana Kajian saintifik membuktikan jika anda memulakan hari dengan sarapan yang seimbang, anda boleh fokus, meningkatkan tahap tumpuan, kepintaran dan daya ingatan. Jadi anda akan lebih bersedia untuk berkerja pada tahap yang lebih optimum. Secara tidak langsung dapat meningkatkan pencapaian kerjaya anda. Makan tengah hari Tidak kira sibuk manapunanda tidak boleh meninggalkan makan tengahari anda. Namun begitu, elakkan makan terlalu kenyang yang boleh menyebabkan anda berasa kembung, mengantuk dan tidak produktif. Makan Malam Anda perlu mengambil makanan yang seimbang, pelbagai dan tidak makan berlebihan. Pulang awal ke rumah untuk makan makanan yang dimasak di rumah dengan ahli keluarga. Tips 2 Pilih makanan anda dengan bijak Anda perlu Sentiasa memilih makanan yang disediakan dengan cara sihat seperti mengukus, membakar atau sup berbanding makanan bergoreng. Jika makan diluar pilih makanan rendah lemak, gula dan garam. Pastikan ada buah-buahan dan sayuran dalam sajian harian anda Elakkan mengambil terlalu banyak kuah, kerana ia biasanya tinggi lemak dan garam. Pilih makanan berasaskan bijirin penuh. Pilih makanan yang mengandungi kandungan serat yang tinggi. Minum banyak air kosong dan elakkan minuman manis dan bergas. Tips 3 Jadi lebih aktif dengan bersenam. Lakukan senaman paling kurang 30 minit 2 kali seminggu. Jika tidak banyakkan

berjalan kaki supaya secara tidak langsung anda melakukan senaman. Anda juga boleh meluangkan sedikit masa untuk bermain mainan kesukaan anda. Selain dari menjaga kesihatan, ia juga boleh merehatkan minda anda. Tips 4 Pantau tahap kesihatan anda Rancang jadual pemeriksaan kesihatan anda secara berkala iaitu bulanan, suku tahun atau tahunan kerana anda perlu sentiasa mengetahui kedudukan tahap kesihatan anda. Anda juga boleh melakukan pemantauan diri sendiri seperti mengukur ketinggian dan berat badan supaya sentiasa dalam keadaan normal. Diharap anda boleh mendapat sedikit sebanyak ilmu atau sekurang-kurangnya cara untuk memulakan gaya hidup yang lebih sihat. Selamat mencuba dan beramal

Tugasan - amalan-amalan gaya hidup sihat Idea melakukan aktiviti bersenam dan riadah mengamalkan amalan mengambil makanan seimbang dalam diet seharian melakukan pemeriksaan doktor secara berkala mendapat tidur dan rehat yang secukupnya menangani stres dengan berkesan tidak menghisap rokok tidak meminum minuman keras tidak melakukan seks bebas

Tugasan - kepentingan gaya hidup sihat Idea dapat menyihatkan badan dan mencerdaskan minda melalui aktiviti senaman dapat mengelakkan seseorang menghidap penyakit kronik yang boleh membawa maut

dapat mengelakkan diri daripada melakukan tindakan luar batasan akibat stres yang melampau memberi peluang untuk mencegah sebelum keadaan menjadi parah memberi peluang untuk membuat rawatan awal

badan tidak menjadi letih dan boleh fokus untuk sesuatu tugasan jika seseorang mendapat rehat dan tidur secukupnya mampu mengukuhkan ikatan kekeluargaan melalui aktiviti senaman dan riadah bersamasama keluarga pelajar boleh fokus pada pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas

Tugasan - langkah-langkah menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat Idea

ibu bapa perlu mengutamakan pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian keluarga ibu bapa perlu melakukan aktiviti bersenam dan riadah bersama-sama anak-anak ibu bapa perlu mengurus tekanan yang dialami oleh anak-anak ibu bapa perlu memastikan anak-anak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya ibu bapa perlu membelikan alat-alat senaman di rumah sekolah perlu mewajibkan pelajar-pelajar mengikuti aktiviti kokurikulum sekolah perlu merangka program yang berbentuk kecergasan kepada pelajar sekolah perlu melaksanakan dasar 1 Murid 1 Skan dengan serius sekolah perlu merancang sukan sepanjang tahun kepada pelajar

kerajaan perlu mengetatkan dasar 10 peratus penglibatan pelajar dalam kokurikulum sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi media massa perlu menguar-uarkan kepentingan gaya hidup sihat kepada masyarakat

Anda mungkin juga menyukai