Anda di halaman 1dari 5

Pemikiran Moral Naturalis, Emotivis, Intuitionis, dan Rasionalis Pemikiran Moral Naturalis, Emotivis, Intuitionis, dan Rasionalis

Pemikiran Naturalis

Definisi dan ciri-ciri :

Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu dalam keadaannya yang sebenar. Menurut Peter R.S. dalam Ethnics and Education, tabii (nature)manusia perlu diketahui sebelum memahami cara bagaimana mereka harus hidup. Ahli-ahli falsafah bersetuju bahawa manusia adalah rasional secara tabii atau semulajadi berbanding dengan haiwan yang lain. Manusia jauh berbeza dripada haiwan kerana manusia mempunyai keupayaan untuk berfikir dan bertindak secara rasional dengan menggunakan akal. Manusia juga boleh menaakul serta meletakkan batasan-batasan terhadap kehendak-kehendak mereka.

Secara tabii, manusia mempunyai kebolehan untuk membentuk dan mengekalkan hubungan peribadi, jadi mereka dapat menggalakkan pembentukan hubungan yang baik sesama sendiri atau dengan ahli-ahli yang lain. Persahabatan ini tidak terdapat di antara haiwan yang lain. Haiwan lain memang tidak dapat menghormati antara satu sama lain. Ini bermakna mereka menganggap hubungan seperti hubungan kekeluargaan sebagai hubungan yang biasa dan bermoral manakala hubungan atau kelakuan seperti hubungan seks sebagai kelakuan yang tidak bermoral.

Kecenderungan individu untuk menerima apa sahaja keadaan yang sebenar dapat dikatakan berfikiran naturalis. Pemikiran ini dikritik kerana dianggap sebagai falasi naturalistik iaitu tanggapan bahawa wanita seharusnya menjadi suri rumah sahaja dan lelaki adalah yang memberi nafkah kepada keluarga dan ini adalah tidak wajar dan masyarakat sudah berubah dari zaman kuno kepada zaman moden.

Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atauemosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, katakata, tingkah laku sama adaperasaan gembira mahupun sedih.A n t a r a c o n t o h y a n g m e n g g a m b a r k Secara logik, sesuatu tidak boleh ditentukan secara langsung dengan berdasarkan sesuatu situasi sahaja.

Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah:

Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila melihat slip keputusan peperiksaan percubaan setara yang keseluruhannya teruk. Pelajar tersebut mengeluh dan menerima keputusan itu dengan mengatakan memang dia bodoh, belajar macam mana pun begitu juga prestasinya. Dia tidak berusaha untuk mencari alasan-alasan yang menyebabkan dia mendapat markah yang rendah.

Masih ada masyarakat yang percaya dengan maksud peribahasa rezeki secupak takkan jadi segantang. Lantaran itu mereka terus menerus miskin walau pun negara telah merdeka 47 tahun yang lalu.

Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana kebanyakan penduduknya percaya bahawa pulau itu terkena Sumpahan Mahsuri iaitu tujuh keturunan menjadi padang jarak padang tekukur. Dengan kata lain mereka menerima sumpahan Mahsuri hingga menyebabkan kurang daya usaha untuk membangunkan pulau tersebut sebelum tujuh keturunan berakhir. Pemikiran Emotivis

Definisi dan ciri-ciri :

Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada perasaan gembira mahupun sedih.

Emotivis berasal dari perkataan emosi yang merujuk kepada kebangkitan perasaan. Emotivis menerangkan bahawa pertimbangan moral bukanlah mengikut pernyataan fakta seperti yang dinyatakan oleh naturalis, tetapi adalah mengikut emosi, sikap atau perasaan.

Menurut golongan emotivis,individu-individu tersebut hanya menyatakan perasaan mereka dan pada masa yang sama mungkin menimbulkan perasaaan yang sama di kalangan orang-orang yang mendengar pernyataan-pernyataan itu. Dengan kata lain, golongan emotivis berpendapat bahawa pentafsiran-pentafsiran moral tidak menyampaikan maklumat-maklumat mengenai dunia ini tetapi hanya merupakan pernyataan mengenai emosi atau perasaan orang yang membuat pentafsiran atau pernyataan-pernyataan moral.

Berdasarkan pertimbangan moral, seseorang itu mula-mula menyatakan perasaannya dan kemudian akan cuba mengajak orang lain berkongsi perasaan itu.

Menurut pandangan emotivis, pertimbangan moral adalah subjektif, dan tidak memerlukan sebarang teori asas yang istimewa atau yang boleh mendukung perlakuan moral. Pandangan emotivis memberi sumbangan dengan memperkenalkan satu dimensi yang penting yang bukan sahaja berfokus kepada pemikiran rasional, malah emosi moral. Golongan emotivis cuba menganalisis apa yang salah dari segi emosi, sikap atau perasaan yang tidak dipersetujui. Tetapi konsep tidak dipersetujui mengandaikan terlebih dahulu penanggapan salah. Pentafsiran-pentafsiran seperti ini mempunyai unsur emosi atau perasaan. Jelaslah bahawa kelemahan teori emotivis ialah ia tidak mempunyai konsep emosi yang lengkap.

Kritikan terhadap pandangan ini adalah kerana terdapat tindak balas emosi berlainan terhadap situasi yang sama. Ini memungkinkan keputusan dibuat secara sewenang-wenangnya dan tidak dikaji terlebih dahulu.

Antara contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah:

Seorang perompak telah menembak mati seorang wanita berusia 30an di tempat letak kereta Gedung Membeli Belah Giant kerana wanita tersebut enggan menyerah keretanya kepada perompak tersebut.

Melihat kecurangan isteri di depan mata menyebabkan suami tanpa berfikir panjang lalu menceraikannya, menyiksa atau membunuhnya.

Murid Tingkatan Empat menumbuk guru kelas yang menyindir keturunan murid tersebut

Bersikap seperti marahkan pijat kelambu dibakar

Bunuh diri kerana kecewa dalam percintaan

Menghalau anak dari rumah kerana anak itu telah menconteng arang di muka keluarga.

Sekumpulan lelaki merogol seorang gadis kerana abang gadis itu membunuh salah seorang daripada saudara kumpulan lelaki tersebut.

Lupin berasa marah apabila didapati tugasannya telah diberi markah yang rendah oleh pensyarahnya. Mengenai markah yang rendah itu, Lupin mungkin berkata , Pensyarah itu aneh betul! Adakah dia membaca dan meneliti tugasan saya dengan rapi? Mungkin tidak. Pemalas!

Naturalis Naturalisme ialah aliran pemikiran yang menggambarkan sesuatu itu dalam keadaannya yang sebenar. Kecenderungan individu untuk menerima sahaja keadaan yang sebenarnya dapat dikatakan berfikiran naturalis. Antaranya contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah: Seorang pelajar Tingkatan Lima mengeluh apabila melihat slip keputusan peperiksaan percubaan setara yang keseluruhannya teruk. Pelajar tersebut mengeluh dan menerima keputusan itu dengan mengatakan memang dia bodoh, belajar macam mana pun begitu juga prestasinya. Masih ada masyarakat yang percaya dengan maksud peribahasa rezeki secupak takkan jadi segantang. Lantaran itu mereka terus menerus miskin walau pun negara telah merdeka 47 tahun yang lalu. Pulau Langkawi sebelum ini tidak membangun kerana kebanyakan penduduknya percaya bahawa pulau itu terkena Sumpahan Mahsuri iaitu tujuh keturunan menjadi padang jarak padang tekukur. Dengan kata lain mereka menerima sumpahan Mahsuri hingga menyebabkan kurang daya usaha untuk membangunkan pulau tersebut sebelum tujuh keturunan berakhir.

Emotivis Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau emosi. Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada perasaan gembira mahupun sedih. Antara contoh yang menggambarkan seseorang individu atau masyarakat yang berfikiran sedemikian ialah: Seorang perompak telah menembak mati seorang wanita berusia 30an di tempat letak kereta Gedung Membeli Belah Giant kerana wanita tersebut enggan menyerah keretanya kepada perompak tersebut. Melihat kecurangan isteri di depan mata menyebabkan