Anda di halaman 1dari 18

KEMAHIRAN BERFIKIR DALAM MATEMATIK

1. Menyatakan Matlamat Masalah


Menghayati masalah yang berkenaan dan berkebolehan menyatakan matlamat masalah itu dengan jelas. Juga berkebolehan menganalisis dan menerangkan maklumat yang relevan serta menepikan data yang tidak relevan.

2. Menterjemahkan
Melibatkan kefahaman masalah itu dan menterjemahkan kepada bahasa matematik dan sebaliknya.

3. Membuat Anggaran
Dapat menyemak kerja yang telah dilakukan dan menunjukkan kesalahan dalam proses penyelesaian atau proses kiraan.

4. Menyusun Atur
Berkebolehan menyusun atur data atau maklumat mengikut suatu tertib atau sekuens yang dikehendaki.

5. Membuat Gambar Rajah


Dapat menjelas dan merumus maklumat dan mengecamkan perhubungan di antara komponen-komponen sesuatu masalah.

6. Memproses Secara Mental Atau Membuat Visual Mental


Memproses atau membuat imej sesuatu secara mental tanpa penulisan.

7. Mengintepretasi (Mentafsir)
Melibat kemahiran memeriksa maklumat dan menerangkan atau menyusun semula maklumat itu untuk memberi pola dan makna yang baru.

8. Mengelaskan
Melibatkan pengelasan data-data ke dalam kategori-kategori yang dikehendaki.

9. Mengecamkan Perhubungan
Kebolehan mengecamkan perhubungan di antara sifat-sifat satu sel maklumat dengan sifat-sifat maklumat yang lain atau denagn konsep/teorem yang telah dipelajari.

10. Menggunakan Analogi


Dapat membandingkan perhubungan dua set maklumat yang berlainan dan membuat kesimpulan.

11. Mengecamkan Pola


Berkebolehan mengecamkan elemen atau perhubungan yang berulang atau mengikut satu cara/tertib yang dapat diramalkan dan memberi sebab wujudnya pola itu.

12. Membuat Inferens


Perlu menggunakan penaakulan mantik (logik) untuk membuat kesimpulan daripada bukti yang terdapat dalam keskes khusus.

13. Membanding dan Membezakan


Mengenal pasti ciri-ciri kesamaan dan perbezaan dan membuat kesimpulan.

14. Mencari Semua Penyelesaian Yang Mungkin


Mencari berbagai jawapan atau cara penyelesaian untuk sesuatu masalah.

15. Bekerja ke Belakang dan ke Hadapan (Working Backwards and Forwards)


Bermula dengan matlamat dan menentukan syarat yang diperlukan untuk mencapai matlamat itu. Mungkin terdapat beberapa lintasan (paths) yang berlainan ke belakang daripada maklumat itu. Murid perlu mengecamkan beberapa submatlamat semasa bekerja ke belakang.

16. Mengecamkan Maklumat yang Palsu


Membolehkan murid mengecamkan kepalsuan sesuatu maklumat yang diberi atau kepalsuan dalam penaakulan supaya pembetulan dapat dibuat.

17. Cubajaya
Membuat lakaran/rajah/jadual, memeriksa akibat atau membuat operasi kiraan, membanding hasilnya dan mengubahsuaikan lakaran/rajah/jadual untuk mendapat jawapan yang hampir dengan matlamat itu. Dengan mengulang proses itu, penyelesaian mungkin terdapat.

Anda mungkin juga menyukai