Anda di halaman 1dari 2

Pengenalan kepada Photovoltaic Solar Cell dan Bagaimana Ia Berfungsi

Oleh : Raja Muhammed bin Raja Daud@ILPNT

Solar sel atau di kenali juga sebagai Photovoltaic Solar Cell berupaya menukarkan cahaya matahari terus kepada tenaga elektrik. Photovoltaic (PV) adalah dari perkataan Photon dan Voltage dimana Photon adalah cahaya dan Voltage adalah satu daya gerak elektrik. Gabungan dua perkataan tersebut membentuk perkataan Photovoltaic yang menunjukkan proses menukarkan photon dari cahaya matahari kepada tenaga elektrik. Proses ini dikenali oleh para saintis sebagai PV Effect. PV Effect ini telah dijumpai sejak tahun 1839 oleh seorang ahli Fizik Perancis yang mendapati adanya cas elektrik pada material yang didedahkan kepada cahaya matahari. Walau bagaimana pun PV sel yang praktikal yang menggunakan silikon dengan kaedah lapisan p-n hanya dapat dihasilkan pada tahun 1954 di Bell Telephone Laboratories, New Jersey USA. Silikon adalah salah satu elemen yang boleh didapati dari pasir yang menduduki elemen yang ketiga terbanyak boleh dijumpai didunia ini selepas air dan tanah.

Solar Modul pada Satelite

Selepas penemuan tersebut solar sel atau PV sel telah mula digunakan untuk memenuhi keperluan tenaga elektrik di satelit dan peralatan kecil seperti kalkulator, jam dan sebagainya. Tetapi dunia sekarang telah menggunakan PV sel ini secara meluas dimana beribu rumah, pejabat dan tempat perniagaan telah menggunakan tenaga elektrik dari PV sel ini secara berasingan dari pembekal tenaga elektrik tempatan. Ada juga pembekal tenaga elektrik yang telah menggunakan PV sel menggantikan janakuasa yang sangat tinggi kos operasi dan penyelenggaraannya. Menggunakan PV sel menggantikan janakuasa ini lebih di kenali dengan nama Solar Farm atau Solar Power Plant.

Solar Farm

PV sel digabungkan didalam satu panel atau modul yang tertutup dengan kaca dan frame yang kemas dimana saiz panel bergantung kepada berapa watt tenaga elektrik yang ingin dihasilkan oleh panel tersebut. Untuk membekal satu rumah biasa memerlukan diantara 10 ke 20 solar panel mengikut saiz keperluan tenaga elektrik di rumah tersebut.

Solar Sel Solar Modul

Kebiasaannya saiz satu solar sel adalah diantara 10x10 cm2 hingga 15x15 cm2 , tebal setiap sel adalah lebih kurang 0.3 mm dan tebal semikonduktor n adalah 0.002mm dan dengan sifat tersebut ia dapat menghasilkan antara 0.4 hingga 0.5 volt daya gerak elektrik. 100 cm2 solar sell dapat menghasilkan arus sehingga 2 Ampere pada iridasi tenaga matahari 1000 W/m2. Gabungan beberapa solar sel ini lah yang membentul solar modul seperti gambar di atas di mana kebanyakan yang ada di pasaran adalah di antara solar modul berkapasiti 10 watt peak hingga 200 watt peak setiap modul. Ada tiga jenis solar sel yang biasanya di keluarkan oleh pembuat solar sel iaitu; 1. Monocrystalline Silicon 2. Polycrystalline Silicon 3. Amorphous Silicon

Monocrystalline

Polycrystalline

Amorphous

Solar sel dari monocrystalline silicon adalah dari satu silicon tulin yang di cairkan dan dijadikan satu batang Kristal dengan diameter 30cm dan panjang sehingga 2 meter sebelum di potong nipis dalam bentuk wafer mengikut saiz satu sel solar. Ia mudah di kenali dengan sifatnya yang mempunyai satu warna sahaja. Manakala bagi polycrystalline silicon pula ia dihasilkan dari beberapa kristal cecair yang di tuangkan ke dalam blok acuan dan dibekukan dengan proses CVD chemical vapor deposition. Ia mudah di kenali dengan sifat gabungan beberapa Kristal iaitu seperti kaca pecah yang abstrak. Bagi Amorphous silicon pula ia di lapiskan pada material lain seperti kaca, plastik dan sebagainya dengan ketebalan kurang dari 1 m. Ia mudah di kenali dengan sifat yang mudah lentur mengikut material ia dilapiskan. Dari segi keberkesanan menukarkan tenaga matahari kepada tenaga elektrik, monocrystalline adalah terbaik, diikuti polycrystalline dan amorphous dengan efisiensi 14~17%, 13~15% dan 5~7%. Dari segi harga mengikut turutan paling mahal adalah monocrystalline, polycrystallaine dan amorphous.

Anda mungkin juga menyukai