Anda di halaman 1dari 10

LARI BERPAGAR

DEFINISI Acara lari berpagar adalah acara balapan yang menarik dan diminati ramai. Acara ini juga merupakan acara lari pecut tetapi menggunakan pagar sebagai halangan. Acara ini memerlukan kepantasan belari . Kelincinan (RITMA) berlari semasa berada di antara pagar-pagar yang terentang dan sewaktu melepasi pagarpagar tersebut merupakan keperluan utama. Atlet perlu mempunyai fleksibiliti yan tinngi supaya dapat mengkoordinasikan pergerakan tangan dan kaki agar dapat menghasilkan larian yang lancar.

KATEGORI ACARA LARI BERPAGAR LELAKI 110M ( 3 KAKI 6 INCI) 400M ( 3 KAKI) PEREMPUAN 100M (2 KAKI 9 INCI) 400M ( 2 KAKI 6 INCI)

Acara 100 meter dan 110 metr dijalankan di lorong lurus. Acara 400 meter dijalankan di balapan selekoh

JENIS PAGAR

1) NATIONAL ALUMINIUM HURDLE

2) POLANIK HURDLE

3) UCS INTERNATIONAL HURDLE

4) UCS ULTIMATE HURDLE

PERATURAN Pelari berlari dalam lorong masing-masing. Pembatalan boleh dikenakan kepada seseorang oelari dalam keadaan berikut: Mengheret kaki di bawah palang pagar. Melompat pagar di lorong lain atau, Menjatuhkan pagar dengan tangan atau kaki secara sengaja.

FASA ACARA LARIAN BERPAGAR Fasa permulaan Teknik permulaan acara lari berpagar adalah sama dengan acara lari pecut. Gunakan gaya dekam di blok permulaan. Letakkan kaki lonjakan di belakang blok permulaan untuk mendapatkan lapan langkah sebelum melepasi pagar atau letakkan kaki lonjakan di hadapan blok permulaan untuk mendapatkan tujuh langkah sahaja. Lari dengan larian yang konsisiten dari permulaan hingga dua langkah terakhir. Pendekkan langkah terakhir supaya pusat graviti berada dihadapan daripada kaki yang melangkah pagar.

Fasa Lonjakan Jarak lonjakan ke arah pagar bergantung kepada beberapa faktor, iaitu: o Ketinggian atlet o Kelajuan larian o Jarak jangkauan kaki hadapan o Kelajuan langkah kaki hadapan Jarak lonjakan ke pagar adalah mengikut keupayaan atlet. Lonjakan pagar juga bergantung kepada kecondongan badan yang sesuai melepasi pagar dengan meminimumkan pergerakan di udara. Kecondongan badan ke hadapan (dip) membantu keselesaan di udara dan dapat menimbangi daya tarikan graviti. Gaya lonjakan kaki yang baik: o Meninggalkan muka trek sama seperti pecut o Melonjak dengan menggunakan hujung tapak kaki o Kaki hadapan diangkat tinggi o Kepala tegak memandang ke hadapan o Pusat graviti ke hadapan sedikit dari kaki yang melonjak

Fasa layangan Angkat dengan pantas kaki hadapan melepasi pagar. Ayunkan tangan yang selari dengan kaki hadapan dengan pantas. Bengkokkan lutut kaki belakang ke sisi mengarah keluar. Ayun tangan yang selari dengan kaki belakang dengan pantas. Condongkan badan ke hadapan. Badan seolah-olah melayang ke udara.

Fasa mendarat Jatuhkan kaki hadapan tanah dengan pantas sebaik sahaja kaki belakang melepasi pagar. Berat badan di hadapan kaki. Tarik tangan yang bertentangan kaki hadapan ke belakang dengan pantas. Mendarat dengan hujung kaki hadapan (lead leg)

Fasa penamat Lari dengan pecutan maksimum sebai sahaja kaki hadapan mendarat. Ayunkan kedua belah tangan secara agresif dengan bantuan kaki belakang. Pecut hingga ke garisan penamat dengan enam langkah sahaja

LATIHAN ANSUR MAJU

Latihan 1( Berlari dan melangkah batang rotan)

Berlari dan melangkah batang rotan yang tersusun di jarak yang tertentu. Melangkah batang rotan.

Latihan 2 ( Berlari dan melangkah batang rotan)

Berlari dan melangkah batang rotan yang ditinggikan. Melangkah batang rotan yang ditinggikan.

Latihan 3 (menggerakkan kaki belakang)

Latihan ini merupakan latihan menggerakkan kaki belakang melepasi halangan. Peserta perlu berjalan dan melangkah dihujung batang rotan. Kaki hadapan peserta hendaklah melangkah keluar dari batang rotan itu dan ini diikuti dengan kaki belakang yang dibengkokkan sehingga paras tumitnya menjadi rapat dengan punggung peserta. Mulakan latihan ini dengan mencuba cara berjalan dan kemudian tukar kepada berlari anak.

Latihan 4 ( Berlari melepasi tengah-tengah batang rotan yang tersusun)

Susun batang rotan dan lompat melepasinya Tujuan latihan 3 dan 4 ialah untuk mengajar teknik pergerakan kaki belakang semasa melepasi pagar.

Latihan 5 (Halangan Di Atas Tanah)

Melangkah tali yang direntang di tanah. Berlari dan melangkah batang rotan rendah. Berlari dan melangkah halangan di tanah.

Latihan 6 (Halangan Dengan Ketinggian)

Berlari dan melangkah tali anjal yang direntang. Berlari dan melangkah kaki dan lutut. Berlari dan melangkah gulungan tilam (yang diikat). Berlari dan melangkah bangku panjang. Berlari dan melangkah bangku panjang secara berulang. Berlari dan melangkah ketinggian yang berbeza (guna tilam yang digulung untuk memberi ketinggian berbeza; rendah ke tinggi).

Latihan 7 (Melangkah bahagian tengah dua halangan)

Melangkah tengah halangan. Melangkah tengah halangan secara berulang.

Latihan 8 (Menendang ke hadapan) a) Tendangan karate

b) Tendang tembuk

c) Tendang bola yang digantung

Anda mungkin juga menyukai