Anda di halaman 1dari 4

Pembalut cincin diaplikasikan untuk patah tulang terbuka dan diperbuat dari pembalut tirus.

Cara-cara untuk menggunakan pembalut cincin ialah buat pembalut cincin untuk menstabilkan posisi tulang yang mencuat, kemudian tutup tulang dengan kasa steril dan plastik. Seterusnya ikat pembalut menggunakan ikatan v.

JENIS-JENIS LUKA Ada empat jenis luka iaitu luka terhiris, luka terkoyak, luka berdarah dan luka tembus. Luka terhiris disebabkan oleh benda tajam seperti pisau, luka terkoyak pula disebabkan oleh cakaran binatang atau dawai. Luka berdarah selalunya disebabkan oleh pukulan tepat oleh benda tumpul dan luka tembus pula seperti terkena pisau, jarum atau peluru.

1) Luka Terhiris

2) Luka terkoyak

3) Luka tertikam atau tembus

4) Luka lebam

5) Luka tembus

Tindakan yang perlu diambil sekiranya terkena luka ialah tanggal atau gunting pakaian untuk mendedahkan luka dan bersihkan kawasan luka. Kemudian, beri tekanan tepat ke atas luka dengan tapak tangan atau jari. Beri tekanan sehingga darah berhenti dalam 10 hingga 15 minit. Seterusnya angkat dan ampu anggota cedera atas dari paras jantung kawan anda dan baringkan masngsa. Akhir sekali dapatkan bantuan dan jika mempunyai pembalut, balut kawasan cedera dengan kemas dan jangan terlalu ketat.