Anda di halaman 1dari 15

PENDAHULUAN

Semiotik atau semiologi merupakan terminology yang merujuk pada ilmu yang
sama . istilah semiologi lebih banyak digunakan di Eropah. Istilah ini berasal daripada
bahasa Yunani Semeion yang bererti tanda atau sign dalam bahasa inggeris .Contohnya
,system tanda ialah bahasa ,kod ,signal dan sebagainya .Semiotik adalah sebuah disiplin
ilmu sains umum yang mengkaji system perlambangan di setiap bidang kehidupan . Ia
bukan sahaja merangkumi system bahasa tetapi juga merangkumi lukisan ,ukiran
,fotografi ,mahupun pementasan drama atau wayang gambar .Semiotik mengkaji dan
mencari tanda – tanda wacana serta menerangkan maksud daripada tanda – tanda tersebut
dan mencari hubungannya dengan ciri - ciri tanda itu untuk mendapatkan makna
signifikasinya .Ini dapat dijelaskan melalui penanda ,dan petanda. Contoh penanda ialah
buah rambutan yang berwarna merah dan petandanya ialah buah rambutan berasa manis
apabila melihat warnanya yang berwarna merah. Semiotik merupakan teori falsafah yang
berkenaan produksi tanda – tanda dan symbol – symbol bertujuan untuk berkomunikasi.
Semiotik merupakan tanda – tanda visual, deria rasa, sentuhan, penggunaan bunyi dan bau.
Semiotik juga mempelajari kemanusiaan dan kebendaan. Bahasa atau system tanda
mempunyai dua bahagian iaitu, penanda dan petanda.
Komunikasi lisan atau verbal .
Komunikasi verbal ini merupakan sarana utama untuk menyampaikan fikiran dan
idea serta secara mudah dirujuk sebagai komunikasi verbal yang menjadikan bahasa sebagai
factor utama berlakunya komunikasi ini. Walaupun, bahasa bukan penentu mutlak bagi
menjayakan sebarang komunikasi. Hakikat ini lebih ketara dalam pelaksanaan komunikasi
antara budaya kerana berlainan bahasa merupakan salah satu factor yang menpengaruhi
sesuatu proses komunikasi. Menggunakan kata – kata untuk menyampaikan dan
menyampaikan aspek reality individu . Mempunyai kebatasan bahasa seperti jumlah kata
yang tersedia untuk mewakili objek terbatas, bersifat kabur dan kontekstual, mempunyai
bias budaya dan percampuran fakta tafsiran dan penilaian. Komunikasi harus disampaikan
dengan jelas, tersusun dan lancar.
Komunikasi bukan verbal
Komunikasi bukan verbal atau bahasa badan menggunakan perilaku bukan lisan iaitu
tanpa percakapan dan bersifat demotatif tunggal, tidak bersifat sejagat, kesungguhan,
kejituan, ketepatan dan ketulenan. Kajian menunjukkan kepentingan perlakuan bukan verbal
dalam menpengaruhi bahasa dan komunikasi adalah sangat ketara sekali. Dianggarkan kira –

1
kira 60% - 70% menggunakan kaedah bukan verbal seperti melibatkan pergerakan anggota
badan, kontak mata, ekspresi muka, susuk badan, nada suara, perlakuan, pakaian,
penggunaan bunyi, ruang interaksi dan sebagainya.Komunikasi bukan verbal merupakan
bahasa diam dan berdimensi tersembunyi iaitu tersimpan dalam konteks komunikasi dan
memberi isyarat – isyarat komunikasi. Selain itu, komunikasi bukan verbal dipelajari
melalui peniruan sejak kecil dan penggunaannya ialah tanpa disedari. Oleh itu, bagi
mengelakkan sebarang masalah komunikasi timbul akibat daripada masalah komunikasi
bukan verbal, menjadi tangunggjawab semua pihak untuk memahami sebarang bentuk
komunikasi bukan verbal.

Semiotik binatang.
1. Simbol zodiac

Dalam masyarakat cina ,mereka mempunyai kelendar tahunanan sendiri.


Masyarakat cina juga mempunyai zodiac atau symbol tahunan dalam bentuk haiwan.
Haiwan – haiwan ini berbeza mengikut tahun dan mempengaruhi kehidupan masyarakat
cina setiap tahun. Mereka mempunyai tanggapan sendiri terhadap setiap tahun. Ada tahun
yang dianggap bertuah dan ada juga tahun yang dianggap tidak mendatangkan tuah dalam
sesebuah masyarakat. Antara haiwan – haiwan yang menjadi symbol dalam kelendar
masyarakat cina ialah, tikus, lembu, harimau, arnab , naga, ular, kuda, kambing, kera, ayam
jantan, anjing dan khinzir. Dikatakan pada suatu hari ,Tuhan atau dewa telah memanggil
semua haiwan – haiwan yang terpilih untuk menjadi symbol berjumpa dengannya. Pada
masa itu ,kucing dan tikus merupakan sahabat yang baik dan hidup berjiran. Apabila mereka
terdengar berita itu,kucing berkata kepada tikus”kita patut hadir awal –awal supaya kita
dapat melaporkan diri terlebih dahulu. Tetapi,saya selalu bangun lewat”. Tikus berjanji akan
mengejutkan kucing dan pergi berjumpa Tuhan bersama – sama. Namun,apabila tikus
bangun dari tidur, dia berasa tidak mahu mengejutkan kucing dan tikus terus pergi ke tempat
untuk berjumpa dengan Tuhan. Dalam perjalanan,tikus terserempak dengan harimau, lembu,
kuda, dan pelbagai haiwan – haiwan yang lain sedang berlari dengan pantasnya,dan kerana
tikus tidak mahu ketinggalan dibelakang, tikus telah memikirkan sesuatu idea. Tikus duduk
di atas lembu dengan alasan mahu menghiburkan lembu dengan nyanyiannya. Oleh
itu,lembu dan tikus sampai terlebih dahulu. Lembu berasa gembira apabila hadir dahulu
namun tikus telah berada dihadapanya dan tikus menjadi symbol tahun yang pertama.
Malang bagi sahabat tikus iaitu kucing yang lewat tiba dan pemilihan dewa symbol tahunan
telah pun berakhir. Sebab ini, tikus sangat dibenci oleh kucing dan juga haiwan – haiwan
lain kerana tikus telah menipu untuk menjadi chineses zodiac. Oleh sebab ini juga kucing
akan mengejar dan membunuh tikus apabila terserempak dengannya. Zodiac ini dicipta pada
zaman Dinasti Han(206 - 220)berdasarkan 12 tahun dalam 12 setahun. Tikus sangat aktif

2
pada 11 p.m sehingga 1 a.m untuk keluar mencari makanan. lembu pula aktif mencari
makanan dan memburu mangsa pada 1a.m sehingga 3 a.m. Harimau bebas berkeliaran untuk
memburu mangsa di kawasan hutan pada 3 a.m sehingga 5 a.m. Berdasarkan cerita
lagenda,arnab ketika bulan mengambang akan sibuk mencari herbal – herbal yang bertujuan
untuk perubatan. Pada 7 a.m sehingga 9 a.m,naga akan terbang di langit untuk memberi
manusia hujan supaya bumi tidak akan kering kontang dan berlaku kemarau. Ular akan
meninggalkan sarangnya pada 9 a.m sehingga 11 a.m. Kuda pula pada 11 a.m sehingga 1
p.m. seterusnya ialah kambing. Jika kambing memakan rumput pada waktu 1 p.m sehingga
3 p.m,rumput akan terus tumbuh dengan kuat dan suburnya. Pada waktu 3 p.m sehingga 5
p.m, kera akan bernyawa dan hidup. Seterusnya ialah ayam jantan. Pada waktu 5 p.m
sehingga 7 p.m, ayam jantan akan masuk reban apabila keadaan sudah mulai gelap dan
bertukar kepada malam. Anjing pula akan menjalankan tanggungjawab sebagai penjaga atau
guard kepada penduduk mulai pukul 7 p.m sehingga 9 p.m. pada waktu 9 p.m sehingga 11
p.m keadaan akan menjadi sunyi sepi dan hanya kedengaran bunyi dengkuran khinzir atau
babi yang sedang tidur.

Sudah lama terjalin hubungan yang erat di kalangan 12 haiwan zodiak dan manusia.
Manusia menghormati dan melihat haiwan – haiwan ini sebagai panduan hidup.
Seterusnya kita akan melihat perwatakan individu mengikut tahun – tahun dan jenis
haiwan yang menjadi symbol pada tahun berkenaan. Tahun tikus ialah tahun alertness dan
delicacy. Bagi mereka yang lahir pada tahun tikus, dianggap bijak, terus terang, berdisiplin,
sistematik, cermat, berkarisma, rajin, menawan, petah, suka bergaul, pintar dan mempunyai
kesihatan yang bagus dan mampu untuk berjaya dalam kehidupan serta mengubah
kehidupan individu atau masyarakat yang lain juga. Mereka juga jenis mempunyai sikap
yang ceria,peramah bermanipulasi, kejam, suka memerintah, tegar, mementingkan diri,
degil, kritis, bercita-cita terlalu tinggi, tidak berhati perut, tidak bertoleransi serta licik.
Selain itu,ialah tahun lembu. Dalam masyarakat,manusia selalunya menggunakan
symbol lembu untuk mendapatkan keuntungan dalam perjudian seperti nombor ekor. lembu
bersikap sedulous,simple,jujur Bertanggungjawab, boleh diharapkan, penyayang, mulia,
tegas, berfikiran terbuka, rajin, praktikal, sabar, tabah, berkuasa, berani, mahir, petah,
berbakat, yakin, kritis dan maju ke hadapan. Sesetengah masyarakat mengatakan lembu
menjengkelkan, tegar, cemburu,mudah diperdaya, degil, terlalu kritis, tidak bertoleransi,
rendah hati, paranoid, egois, dingin, kejam, ganas dan bersikap panas baran. Individu yang
lahir pada tahun ini selalunya jujur,laborious,penyabar,dan mempunyai skill komunikasi
yang terhad atau tidak pandai untuk bersosial dengan individu yang lain. Bagi wanita yang
lahir pada tahun lembu ini, apabila sudah mendirikan rumahtangga, wanita ini biasanya
mampu menjadi isteri yang baik dan memberi perhatian sepenuhnya kepada pembelajaran
anak – anak dirumah seperti membantu anak – anak melakukan kerja rumah dan

3
memastikan anak – anak mengulang kaji pelajaran. Tetapi, wanita ini mudah diperdayakan
kerana memberi kepercayaan yang sepenuhnya pada orang lain sehingga diperalatkan atau
diperbodohkan.
Harimau dianggap berani, kejam, mudah gelisah, semberono, tidak sabar, cepat
berang, degil, mementingkan diri dan suka mendesak merupakan symbol kepada kekuasaan
dan kedaulatan. Individu yang lahir pada tahun harimau mempunyai sikap yang toleransi,
staunch, valiant, sukar diduga, suka melawan, berwarna-warni, sangat berkuasa, berkobar-
kobar, berani, mengikut gerak hati, penuh bersemangat, merangsang, ikhlas, pengasih,
berperikemanusiaan, murah hati, dan menghormati orang lain. Bagi wanita yang lahir pada
tahun harimau, merupakan wanita yang berpendidikan, bijak, faithful dan virtuous.

Seterusnya ialah tahun arnab. Tahun arnab telah memberi harapan kepada
masyarakat Cina sejak dahulu lagi. Dalam lagenda cina, TUHAN BULAN, Chang’e
membela arnab sebagai haiwan peliharaan kerana Chang’e menganggap hanya arnab yang
layak dibela olehNya kerana kecantikan yang dimiliki turut dimiliki oleh arnab oleh sahaja.
Kaum wanita masyarakat Han yang sedang hamil tidak dibenarkan untuk makan hidangan
arnab kerana masyarakat Han mempunyai adat bahawa jika wanita hamil makan hidangan
arnab, anak yang dilahirkan akan mempunyai telinga seperti arnab. Bayi yang baru lahir ini
akan diberi lukisan bermotifkan arnab supaya membawa kebahagian dan kehidupan yang
menceriakan dalam kehidupan bayi itu kelak. Individu yang lahir pada tahun arnab
mempunyai perwatakan yang lemah – lembut, baik budi, baik hati, peka, ramah, berbudi
bahasa, berat mulut, berwaspada, berjiwa seni, teliti, manis, yakin pada diri sendiri, panjang
akal, belas kasihan, fleksibel, sensitive, modest, dan mempunyai daya ingatan yang kuat.
Mereka gemar untuk berkomunikasi dengan masyarakat yang mempunyai sikap yang ceria
atau humorous manner. Mereka juga mampu bersikap romantic dan menarik minat orang
lain untuk mendekatinya. Tetapi, mereka kekurangan sikap mahu berkerja dan ini penyebab
kepada kegagalan dalam berkerjaya.

Selain itu ialah tahun naga. Tahun naga mempunyai reputasi dan pengaruh yang
tinggi dalam kebudayaan cina. Oleh sebab ini, dalam setiap perayaan sambutan tahun baru
atau majis – majlis perkahwinan akan menggunakan naga sebagai symbol dalam tarian naga
dalam setiap majlis ini. Mereka menganggap naga akan memberkati setiap acara atau majlis
yang dijalankan supaya berjalan dengan lancarnya. Dalam ceritera Cina, naga akan melintasi
langit dengan pantas menggunakan kekuatannya untuk terbang. Individu yang lahir dalam
tahun naga mempunyai perwatakan seperti,aktif periang, popular, tajam akal, bertukar-tukar,
biasa dan berterus terang, perseptif, suka bercakap, lincah, cerdas, kuat daya penariknya,
cerdik, panjang akal, fleksibel, berfikiran terbuka dan fortunate. Mereka juga boleh
memimpin menuju kearah kejayaan supaya mempunyai masa depan yang cerah. Tetapi,

4
mempunyai sikap yang tidak sabar dalam melakukan sesuatu perkara dan wanita yang lahir
pada tahun ini juga mempunyai tahap kenyakinan diri yang sangat tinggi ataupun over –
confident .

Seterusnya ialah tahun ular. Di dalam zodiac Cina, ular hadir selepas naga. Ular
membawa makna malevolence, cattiness dan bersifat misteri. Di sesetengah kawasan atau
tempat, masyarakat percaya ular yang dijumpai di court mampu membawa kebahagian atau
cahaya. Sebagai contoh, ketika festival bunga masyarakat gemar dan suka menampal kertas
yang dipanggil ‘fu’ atau kebahagiaan yang mempunyai symbol ular sedang mengelilingi
arnab yang membawa makna kekayaan. Individu yang lahir dalam tahun ular, mempunyai
sifat yang sedikit baran,mahir dalam teknik atau skill berkomunikasi dan mempunyai moral
dan akhlak yang baik tetapi mudah cemburu dan berprasangka. Mereka juga perlu menerima
pandangan serta pendapat orang lain agar mereka tidak akan kehilangan kawan serta
dipinggirkan oleh masyarakat kerana terlalu percaya atau berpegang kepada pendapat
sendiri tanpa menghiraukan pendapat orang lain. Wanita yang lahir dalam tahun ular juga
mampu mengemas rumah dan memasak dengan baik. Mereka juga mungkin dapat
menikmati kebahagian pada usia tua.

Seterusnya ialah tahun kuda. Masyarakat cina beranggapan bahawa semangat kuda
mampu membantu mereka mengubah kehidupan dan diri kepada sesuatu yang lebih baik.
Selalunya bersikap aktif, periang, popular, tajam akal, bertukar-tukar, biasa dan berterus
terang, perseptif, suka bercakap, lincah, cerdas, kuat daya penariknya, cerdik, panjang akal,
fleksibel, berfikiran terbuka,bijak dan mampu menyesuaikan diri dalam sebarang situasi dan
keadaan. Individu yang lahir pada tahun kuda bersikap baik hati terhadap orang lain, aktif,
bijak, dan gemar menyertai venture career. Walaubagaimanapun, mereka hanya berminat
untuk mempelajari sesuatu separuh jalan sahaja dan jarang menghabiskan pembelajaran.
Mereka juga tidak boleh menerima kegagalan, jika gagal mereka akan terus bersikap
pessimistic.

Kambing merupakan di antara haiwan yang diminati oleh manusia kerana lemah
lembut, tidak garang atau agresif, sentiasa tenang dan sebagainya. Sejak dahulu lagi,
manusia telah belajar cara menggunakan bulu kambing untuk membuat berus gigi dan
membuat baju untuk mengelakkan daripada rasa kesejukan. Disebabkan bulu kambing
berwarna putih, manusia menggunakannya untuk membuat ‘suet jade’. Ini kerana mereka
menganggap bulu kambing yang berwarna putih sesuatu yang baik dan bagus. Individu yang
lahir pada tahun kambing mempunyai ciri – ciri seperti, sopan, menghormati orang lain,
bijak, serta baik hati. Mereka juga peka terhadap perkara – perkara seperti kecantikan,
takdir, agama, dan gemar hidup yang tenang dan aman. Wanita yang lahir dalam tahun

5
kambing sering manjaga kebajikan dan sangat mengambil berat tentang orang lain. Namun,
wanita ini harus menggelakkan daripada berfikir negative, pessimism dan hesitation.

Seterusnya ialah tahun kera. kera merupakan haiwan yang bijak dan manusia juga
selalu membandingkan kera dengan individu yang bijak. Sebagai contoh haiwan primat
yang bijak ialah cimpanzi. Mempunyai daya ingatan yang baik dan mudah mengingati
sesuatu. Terdapat juga kertas – kertas yang mempunyai symbol kera yang ditampal di
dinding dan juga di pintu rumah – rumah kediaman. Ini kerana symbol kera boleh
mendatangkan rezeki. Individu yang lahir pada tahun kera mempunyai perwatakan yang
fleksibel, pencipta, pendorong, suka mengimprovisasi, tajam akal, suka ingin tahu, fleksibel,
inovatif, penyelesai masalah, yakin pada diri sendiri, suka bergaul, sopan, menimbulkan rasa
hormat, suka bersaing, objektif, faktual, intelektual dan versatile, gemar bersukan dan
menonton rancangan sukan dan bersikap penyayang. Apabila berkomunikasi mereka tidak
suka di kongkong dan mempunyai kenyakinan yang tinggi bahawa mampu melakukan
sesuatu tanpa bantuan orang lain. Ketika bekerja,mereka menunjukkan sikap inovatif serta
kreatif tanpa perlu mengambil idea orang lain kerana mereka mampu berfikir sendiri.
Namun,jika mereka bersikap sabar dan menjaga mulut,mereka mampu untuk mencapai
kejayaan yang cemerlang dan bagus.

Tahun yang seterusnya ialah tahun ayam jantan. Ayam jantan sering dikaitkan
dengan setia pada tuannya,iaitu pembelanya dan juga sering menepati masa. Sebagai
contoh,ayam jantan akan berkokok setiap pagi menandakan pagi sudah menjelma sambil
mengejutkan tuannya daripada tidur untuk solat subuh dan mula berkerja. Selain itu ayam
jantan juga membawa symbol untuk semangat yang jahat. Ayam jantan dikatakan
berperwatakan jujur, bijak, tajam, kemas, cermat, terurus, yakin pada diri sendiri, tegas,
konservatif, kritis, mementingkan kesempurnaan, berjaga-jaga, bersemangat, praktis,
saintifik, bertanggungjawab, pandai berkata – kata, mempunyai cita – cita serta peramah.
Mereka mempunyai sikap yang ceria yang sering dipamerkan ketika berbual tentang
sesuatu,namun mereka juga boleh berubah emosi menjadi seseorang yang tidak
menunjukkan sebarang reaksi pada wajah. Mereka juga sangat menyayangi dan menjaga diri
sendiri, mempunyai wajah yang cantik atau kacak dan akan menjaga seseorang yang
disayangi dengan serius agar tidak ditimpa sebarang kecelakaan. Walaubagaimanapun, sikap
pandang rendah pada orang lain jika diubah, maka kehidupan mereka yang lahir pada tahun
ayam jantan akan lebih maju dan berjaya.

Haiwan yang seterusnya dalam kelendar cina ialah anjing. Anjing merupakan
haiwan yang sangat disayangi dan dianggap sebagai sahabat oleh manusia kerana anjing
mempunyai naluri untuk melindungi tuannya atau pembelanya daripada sebarang

6
kecelakaan dan bersikap setia pada tuannya. Sebagai contoh jika terdapat anjing terbiar atau
anjing yang sesat datang ke rumah, tuan rumah tersebut akan berasa amat senang hati untuk
menerima kedatangan anjing itu yang dianggap membawa rezeki dan mampu memberi
keluarga tersebut kebahagian. Spesis anjing ‘poddle’berbulu hitam misalnya,dianggap
mampu membawa tuah berkali ganda daripada anjing biasa. Di dalam kelendar cina pemilik
anjing yang sebenar bukan seorang manusia biasa tetapi manusia immortal yang
mempunyai keupayaan yang istimewa seperti kebal dan hidup abadi. Sebagai contoh,Tuhan
Erlang yang mempunyai keistimewaan ini membela anjing yang dikacuk dengan serigala
untuk membantunya menangkap raksasa. Individu yang lahir dalam tahun anjing ini
mempunyai perwatakan yang tegas dan berterus terang, penyayang, sangat setia pada
pasangan, bijak, penegak keadilan, menarik, ramah, tidak menunjuk-nunjuk, suka bergaul,
berfikiran terbuka, idealistik, moralistik, praktis, pengasih, gigih dan berani melakukan
sesuatu yang mengancam nyawa walaupun berasa takut untuk melakukannya serta
mempunyai hati yang baik dan sanggup membantu orang yang mengalami kesusahan.
Wanita yang lahir pada tahun anjing mempunyai keterampilan diri yang menarik dan
berupaya untuk menarik minat sesiapa sahaja untuk mendekati dirinya namun kekurangan
kestabilan atau pertimbangan diri. Jika kelemahan ini dapat diubah,maka nasib baik dan
bertuah akan sentiasa mengelilingi wanita ini.

Seterusnya ialah tahun khinzir atau babi. Khinzir tidak sebijak anjing dalam
memahami pemikiran manusia dan kemahuan manusia. Khinzir lebih gemar untuk tidur dan
makan sehingga menjadi gemuk dan berlemak. Kemudian menjadi pemalas dan sering
melakukan sesuatu tanpa berfikir terlebih dahulu. Dari segi kebaikannya pula,khinzir
mampu untuk mempengaruhi fikiran seseorang, menjaga kelakuan sendiri dan tidak
menganggu orang lain. Khinzir juga dikaitkan dengan kekayaan,sebagai contoh hidangan
daging khinzir akan dihidangkan oleh orang yang kaya dan berkemampuan sahaja.
Seseorang yang lahir dalam tahun khinzir bersikap amanah dan jujur, tenang dan
mempunyai hati yang kuat atau sabar dalam menghadapi dugaan hidup tetapi kekurangan
dari segi kesabaran serta tidak mampu untuk berdikari dan hidup sendiri. Jika
diperhatikan,sesiapa yang lahir pada tahun ini tidak gemar untuk berkomunikasi dan bergaul
dengan lebih daripada 2 atau 3 orang sehingga mereka ini dianggap tidak pandai untuk
bergaul atau bersosial. Mereka bernasib baik kerana mempunyai sikap toleransi atau boleh
bertolak ansur, sederhana, gagah berani, tegap, suka bergaul, mencintai kedamaian, sabar,
setia, rajin, mudah percaya, ikhlas, tenteram, bertimbang rasa, prihatin, berkobar-kobar,
cerdik, dan bersikap optimistic yang membolehkan mereka mempunyai sahabat handai yang
ramai. Apabila berhadapan dengan sahabat atau sesama kawan,mereka akan menunjukkan
sikap berdaya saing,mampu berfikir mengenai perkara yang benar dan menjauhi yang salah
serta setia dalam persahabatan.

7
Komunikasi bukan verbal berlaku apabila masyarakat cina menjadikan haiwan –
haiwan yang terdapat di dalam kalender Cina sebagai panduan hidup dalam menjalani
kehidupan sehari – harian. Masyarakat percaya bahawa setiap symbol haiwan – haiwan
mempunyai makna yang tersirat. Komunikasi bukan verbal juga muncul apabila masyarakat
cina melakukan sebarang aktiviti atau acara sembahyang yang dilakukan setiap tahun
berdasarkan haiwan masing – masing supaya haiwan – haiwan ini memberkati kehidupan
mereka agar lebih sempurna dan mendapat kebahagiaan dalam hidup. Komunikasi verbal
berlaku apabila mereka menurunkan ilmu amalan – amalan yang perlu dilakukan
berdasarkan haiwan – haiwan ini kepada generasi muda. Sebagai contoh,bayi yang lahir
pada tahun kambing perlu disambut kelahirannya dan mempunyai cara – cara tertentu untuk
menyambutnya.

Kelendar tahunan Cina mempunyai 12 haiwan yang menjadi symbol dan akan
bertukar setiap tahun selama 12 tahun dan akan kembali ke symbol haiwan yang pertama
selepas itu.Individu akan menyambut tahun kelahiran atau Benming Yan setiap tahun.
Dikatakan bahawa,pada sambutan hari lahir seseorang dalam masyarakat cina ,dia akan
dilawati oleh ‘Taisui’ yang bermaksud kekuatan yang mistik dan misteri yang akan
mengawal minda serta badan untuk menghalang dirinya mendapat nasib yang baik atau
bertuah. Cara yang paling bagus untuk mengelakkan kesusahan yang bakal menimpa ialah
dengan memakai pakaian,menutupi badan daripada terdedah ataupun memakai perhiasan
seperti gelang merah dan rantai seperti talisman atau objek yang mempunyai kuasa magik
atau mistik yang akan melindungi diri kita dan memberi rezeki ataupun nasib yang baik.
Jika individu yang menyambut hari lahir ini membeli perhiasan gelang serta rantai yang
berwarna merah,kuasa yang terdapat pada perhiasan tersebut akan lebih tinggi untuk
melindungi dirinya. Budaya dan kepercayaan ini mungkin muncul pada Dinasti Han . Ini
terbukti ketika majlis perkahwinan orang Han,pengantin akan dijunjung menggunakan tandu
berwarna merah,berpakaian merah serta bilik pengantin juga akan dihiasi dengan lilin,karpet
dan lampu tanah yang berwarna merah. Selain itu,apabila tentera menang dalam
peperangan ,bendera merah akan dikibarkan menandkan kemenangan.

Setiap masyarakat mempunyai budaya yang berbeza. Dalam masyarakat Han


budaya mereka amat mementingkan penggunaan warna merah untuk mengelakkan diri
daripada ditimpa bencana. Komunikasi verbal berlaku apabila,budaya ini diperturunkan dari
generasi ke generasi melalui lisan, manakala komunikasi bukan verbal berlaku apabila, ahli
– ahli keluarga mengikut budaya yang disampaikan oleh golongan tua ini. Apabila generasi
– generasi muda melihatnya,mereka juga akan mengamalkan budaya tersebut kerana ahli –

8
ahli keluarga yang lain menunjukkan perbuatan serta cara melakukan ketika berlangsung
sesuatu majlis seperti majlis perkahwinan.

2. Lembu jantan

Haiwan yang digunakan sering digunakan sebagai symbol dalam tatu ialah lembu
jantan atau bull. Ini kerana symbol lembu melambangkan kekuasaan, kekuatan, keberanian,
kejantanan atau maskulin,kesuburan bagi lelaki, kebapaan, terburu – buru serta sebagai
lambang zodiac iaitu Taurus. Kewujudan lembu jantan melambangkan kebanggaan di dalam
agama yang terdahulu apabila terdapat bukti yang mengatakan lembu jantan dan betina
merupakan di kalangan haiwan yang paling awal yang dibela oleh manusia selepas serigala
Asia menjadi belaan manusia. Lembu jantan dan betina juga menjadi symbol kekayaan dan
sumber rezeki pemiliknya kerana lembu jantan menjadi sumber pembiakan,manakala lembu
betina menghasilkan susu tenusu, daging, darah dan pelbagai lagi produk yang dapat
dihasilkan.

Lembu jantan dikaitkan dengan kesuburan lelaki, sedikit panas baran dan dianggap
sebagai ayah kerana bersikap maskulin atau kejantanan. Hampir menyerupai singa yang
menjadi raja di hutan belantara, manakala lembu jantan merupakan raja di ladang ternakan
dan tenusu. Lembu jantan juga menjadi symbol kepada syurga,api,bumi,air,malam dan
kematian. Tetapi,lembu menjadi mangsa atas beberapa alasan. Dipercayai bahawa darah
lembu mampu memberi kesuburan,lembu menjadi korban supaya darahnya boleh diambil.
Kemungkinan darahnya diminum atau dimasukan dalam masakan. Kita sedia maklum
bahawa lembu jantan adalah haiwan liar dan ganas. Oleh sebab itu di beberapa buah Negara
Barat seperti Amerika Latin yang mengadakan perlawanan lembu jantan yang sememangnya
ganas dan liar yang mampu menarik jutaan penonton untuk menyaksikan adegen – adegen
berbahaya yang mampu mengancam nyawa peserta malahan nyawa penonton juga tergugat.

Di barat, mereka memanipulasikan sifat lembu jantan yang ganas dan berbahaya ini
sebagai salah satu cara intuk menghiburkan dan mencari sumber pendapatan. Oleh itu
komunikasi verbal berlaku apabila mereka menyebarkan kepada masyarakat umum bahawa
perlawanan lembu ini akan disertai oleh lembu – lembu jantan yang ganas dan berbahaya.
Maka,komunikasi bukan verbalnya ialah,masyarakat tertarik dengan tawaran yang diberikan
serta berasa teruja untuk melihat sifat – sifat lembu yang dikatakan ganas ini.
Seterusnya,mereka akan hadir untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

9
Di Ireland,pahlawan – pahlawan di gelar ‘bull in battle’. Ini kerana pahlawan –
pahlawan ini tidak gentar untuk membunuh dan bersikap ganas serta menunjukkan kekuatan
ketika bertarung. Oleh sebab itu, lembu jantan sering dikaitkan atau mewakili ketidakadilan,
kematian, kekuatan, keras kepala, penyeksaan, kekecewaan, keganasan serta kejahatan.

Gelaran nama yang diberikan kepada pahlawan – pahlawan perang di Ireland


merupakan komunikasi verbal,manakala tafsiran rakyat daripada nama gelaran yang diberi
membawa erti komunikasi bukan verbal. Nama gelaran yang diberikan juga mengikut sikap
lembu jantan yang liar, ganas, menakutkan, kuat dan sebagainya membuatkan penduduk
mengatakan pahlawan – pahlawan ini mempunyai sikap seperti itu juga. Ini akan
menyebabkan persaing atau musuh akan berasa gentar dan takut untuk bertarung dengan
para pahlawan ini dan dapat mengelakkan berlaku peperangan di Negara ini.

Dalam agama Hindu,symbol lembu jantan memaparkan kekuatan dan fertility. Di


India lembu sangat dihormati kerana lembu betina melambangkan sumber makanan kerana
menghasilkan susu manakala lembu jantan pula memberi makna kesuburan. Mengikut Rig –
Veda ,’the heavenly bull Rudra fertilized the earth with her sperm’. Dewa api,Arni digelar
‘the mighty bull’. Dewa lembu jantan iaitu Vrishabha mempunyai tanggungjawab sebenar
mengawal pergerakan dan putaran kosmik. Terdapat juga seekor lembu putih yang bernama
Nandin yang ditunggangi oleh Dewa Pemusnah,Shiva. Selain itu, Dalam ajaran agama
Hindu, Indra adalah Dewa Cuaca dan Raja Kayangan. Para cendekiawan pada ketika itu,
telah memberi gelaran yang pelbagai kepadanya seperti dewa petir, dewa hujan, dewa
perang, raja syurga, pemimpin para dewa, dan banyak lagi sebutan yang bersesuaian dengan
karakter yang dimilikinya. Menurut mitologi Hindu, dia adalah dewa yang memimpin
angkatan Wasu, iaitu para dewa yang menguasai aspek-aspek alam. Dewa Indra terkenal di
kalangan umat Hindu dan sering disebut dalam kesusasteraan Hindu, seperti kitab-kitab
Purana (mitologi) dan Itihasa (wiracarita). Dalam kitab-kitab tersebut kuasanya lebih
menonjol sebagai raja kayangan dan memimpin para dewa menghadapi kaum raksasa. Indra
juga disebut dewa perang, karena dia dikenali sebagai dewa yang menaklukkan tiga benteng
musuhnya (Tripuramtaka). Ia memiliki senjata yang disebut Bajra, yang diciptakan oleh
Wiswakarma, dengan bahan tulang Resi Dadici. Kendaraan Beliau adalah seekor gajah
putih yang bernama Airawata. Isterinya Dewi Saci.Dewa Indra muncul dalam kitab
Mahabarata. Ia menjemput Yudistira bersama seekor anjing, yang mencapai puncak gunung
Mahameru untuk mencari Swargaloka. Kadangkala dewa Indra disamakan dengan Zeus
dalam mitologi Yunani, dewa petir sekaligus raja para dewa. Dalam agama Buddha, beliau
disamakan dengan Sakra. Seterusnya ialah, Ganesa yang merupakan salah satu dewa
terkenal dalam agama Hindu dan banyak dipuja oleh umat Hindu, yang memiliki gelar

10
sebagai Dewa pengetahuan dan kecerdasan, Dewa pelindung, Dewa penolak bala/bencana
dan Dewa kebijaksanaan. Lukisan dan patungnya banyak ditemukan di berbagai penjuru
India; termasuk Nepal, Tibet dan Asia Tenggara. Dalam relief, patung dan lukisan, ia sering
digambarkan berkepala gajah, berlengan empat dan berbadan gemuk. Ia dikenal pula
dengan nama Ganapati, Winayaka dan Pilleyar. Dalam tradisi pewayangan, ia disebut
Bhatara Gana, dan dianggap merupakan salah satu putera Bhatara Guru (Siwa). Berbagai
sekte dalam agama Hindu memujanya tanpa mempedulikan golongan. Pemujaan terhadap
Ganesa amat luas hingga menjalar ke umat Jaina, Buddha, dan di luar India. Meskipun ia
dikenal memiliki banyak atribut, kepalanya yang berbentuk gajah membuatnya mudah
untuk dikenali. Ganesa mahsyur sebagai "Pengusir segala rintangan" dan lebih dikenal
sebagai "Dewa Pekerjaan" dan "Dewa segala rintangan" (Wignesa, Wigneswara),
"Pelindung seni dan ilmu pengetahuan", dan "Dewa kecerdasan dan kebijaksanaan". Dia
juga berperanan untuk memulai suatu upacara dan dipanggil sebagai pelindung/pemantau
ketika dalam upacara. Ganesa muncul sebagai dewa tertentu dengan wujud yang khas pada
abad ke-4 sampai abad ke-5 Masehi, selama periode Gupta, meskipun ia mewarisi sifat-sifat
pelopornya pada zaman Weda dan pra-Weda.

Komunikasi verbal yang dapat dipamerkan ialah keadaan dewa yang mempunyai
kepala dan mempunyai belalai seperti gajah yang diberitahu oleh para ulama agama
hindusm ini. Oleh itu,komunikasi bukan verbalnya ialah pemahaman pengikut agama ini
yang berangapan dewa berkepala gajah ini sangat kuat dan berkuasa seperti gajah yang
sebenarnya.
Antara lembu jantan yang paling popular dalam cerita di Greek ialah Cretan bull
dan the Minotaur. Mengikut lagenda,King Minos ada menyatakan dan membuktikan
bahawa dirinya mendapat undangan atau telah ditawarkan kerusi tahta milik’the Cretan’serta
dengan bangganya mengatakan bahawa Dewa akan memakbulkan sebarang permintaannya.
Oleh itu dia memohon untuk mememilki seekor lembu jantan dengan alasan sebagai
korbanan kepada Poseidon. Serta – merta ,seekor lembu jantan yang berwarna putih serta
cantik rupanya muncul daripada dasar laut. Tetapi Minos telah menggubah fikirannya untuk
menyimpan lembu jantan tersebut dan merahsiakan kewujudan lembu jantan itu daripada
pengetahuan masyarakat sekeliling dan tidak mahu mengorbankan lembu jantan itu kepada
Poseidon. Poseidon berasa begitu mungkar dengan kelakuan dan sikap Minos yang telah
mungkir pada janjinya. Oleh Poseidon telah menyebabkan sekawanan ‘the Cretan
bull’untuk memusnahkan beberapa buah tempat dan kawasan sebagai menunjukkan
kemarahannya atas tindakan yang dilakukan oleh Minos.
Komunikasi verbal dapat dilihat pada ‘Oleh itu dia memohon untuk mememilki
seekor lembu jantan dengan alasan sebagai korbanan kepada Poseidon’. Minos telah
menggunakan komunikasi lisan untuk memohon seekor lembu jantan pada Dewa. Manakala

11
komunuiksi bukan verbal dapat dilihat pada ‘menyebabkan sekawanan ‘the Cretan
bull’untuk memusnahkan beberapa buah tempat dan kawasan sebagai menunjukkan
kemarahannya atas tindakan yang dilakukan oleh Minos’. The Cretan bull menggunakan
kelakuan yang ganas semata – mata untuk memperlihatkan kemarahan Poseidon.

3. Burung cenderawasih dan phoenix


Dalam Sahibul hikayat dalam Kitab Tajul Muluk,burung cenderawasih hanya dimiliki
oleh kerabat diraja sahaja. kebanyakan kerabat istana melayu memiliki burung ini terutama
di semenanjung Malaysia seperti di Kedah. Sebagai contoh,ramai peniaga di negeri Kedah
mengantung gambar Sultan Abdul Hamid di dinding kedai mereka kerana terdapat bulu
burung pelepah di tengkolok baginda. Dipercayai jika mengantung gambar tersebut,para
peniaga akan mendapat keuntungan berlipat – ganda. Menurut kepercayaan tahyul, burung
Cenderawasih berasal dari dari kayangan. Ia dikatakan hanya minum air embun dan apabila
ia jatuh di bumi, ia akan mati, namun badannya tidak akan reput kerana dikatakan burung ini
hanya makan embun dari syurga sahaja. Bangkainya juga tidak berbau busuk malahan
berbau wangi. Ia mempunyai cerita dan lagenda tersendiri. Kata orang burung ini membawa
tuah. Selalu juga dikaitkan sebagai berkhasiat tinggi dalam perubatan. Ia juga dikaitkan
dengan pelaris kepada sesiapa yang memilikinya.Burung cenderawasih ini juga di percayai
penjaga sejenis batu permata (zamrud hijau) yang tinggi nilainya di pada masyarakat
nusantara.
Phoenix (Phœnix) dalam mitologi Mesir adalah burung legendaris yang keramat.
Menjadi simbol yang menunjukkan matahari,kelahiran,kelahiran semula dan hidup abadi.
Burung Api ini digambarkan memiliki bulu yang sangat indah berwarna merah dan
keemasan Phoenix dikatakan dapat hidup selama 500 atau 1461 tahun. Setelah hidup selama
itu, Phoenix membakar dirinya sendiri. Setelah itu, dari abunya, munculah burung Phoenix
muda. Sejarah hidup burung Phoenix ialah, bangkit kembali setelah mati, lalu muncul
sebagai sesuatu yang baru.Phoenix merupakan simbol dari keabadian, lambang dari
kehidupan setelah mati, dan simbol dari kebangkitan tubuh setelah mati.Phoenix menjadi
simbol suci pemujaan terhadap Dewa matahari di Heliopolis, Mesir. Burung Phoenix simbol
dari "Dewa Matahari - Ra".Dalam mitologi hindu phoenix juga digambarkan sebagai garuda

Terdapat juga beberapa contoh semiotik binatang yang lain.


1. Kelawar
Merupakan lambang ‘good fortune’ di East dan kelawar ini melambangkan syaitan dan
kuasa mistik di Eropah Tengah.
2. Rama – rama

12
Di dalam agama kristian,rama – rama melambangkan kelahiran semula manusia dengan
slogan ‘when born again,we become a new creation’.
3. Naga
Haiwan mistik yang banyak dikaitkan dengan pelbagai jenis haiwan lain yang mungkin
mengalami revolusi. Sebagai contoh ialah,cicak,burung ,singa dan pelbagai jenis haiwan
lagi. Di Eropah,naga dianggap jahat,menakutkan dan berbahaya,namun di Asia,masyarakat
percaya naga mempunyai kuasa untuk menentang kuasa kejahatan yang lain. Naga digelar
kejahatan dan digelar sebagai Satan di dalam kitab Bible.
4. Katak
Merupakan simbol kesuburan dalam pelbagai budaya seperti dalam budaya Roman.
Namun,di dalam budaya Cina katak dianggap simbol kepada bulan ‘the lunar , yin
principle’yang membawa erti kemewahan dan kesihatan yang baik.
5. Cicak
Masyarakat Roman mempercayai bahawa cicak membawa maksud kematian dan kelahiran
semula.
6. Labah – labah
Labah – labah juga membawa erti kematian dalam sesetengah budaya. Selain itu turut
dikenali sebagai ‘spinner of fate’. Dalam mitos Greek,Dewa Arachne bertukar menjadi
labah – labah gara – gara dicemburui oleh persaingnya,Athena. Dalam mayarakat Cina,labah
– labah disukai kerana dikatakan labah – labah merupakan haiwan dari syurga.
7. Unicorn
Sejak sekian lama,haiwan ini bermaksud kekuasaan dan mempunyai kuasa mistik. Pada
abad ke – 4,penglipur lara daripada Greek yang bernama Cresias memberitahu bahawa
haiwan liar ini mempunyai tanduk didahinya serta mempunyai kuasa memulih dengan
menggunakan kuasa yang terdapat pada tanduknya itu. Mitos mengatakan juga,unicorn
hanya boleh ditangkap atau ditemui oleh anak gadis yang sanggup bersahabat baik
dengannya.
8. Ular
Melambangkan rebirth,pelindungan menentang kejahatan,seksualiti bagi lelaki atau
perempuan,hujan dan fertility. Dalam bible,ular membawa makna dosa,kemusnahan,dan
kejahatan.

Kesimpulannya, semiotik binatang turut memaparkan komunikasi verbal dan bukan


verbal. Ada diantara binatang yang menjadi mitos dan lagenda dan diceritakan secara verbal
iaitu dari penglipur lara untuk menjadi bahan cerita kepada kanak – kanak dengan
menggunakan pelbagai komunikasi bukan verbal seperti reaksi wajah,nada suara,pergerakan

13
badan dan gerakan mata. Mereka bercerita menggunakan komunikasi verbal bersama – sama
dengan komunikasi bukan verbal. Sebagai contoh,penanda bagi seekor naga ialah
mempunyai kulit yang kasar,badan yang tinggi dan besar dan mempunyai wajah yang
mengerikan, manakala petandanya ialah naga tersebut sangat jahat dan kejam.

BILIOGRAFI

1. www.symbol in cineses.com\Chinese Symbols Translation, Meaning of Chinese

Writing & Alphabet.htm

2. www.scibd.spiral-symbol-snake.com
3. www.scibd.the symbol of fu.com
4. www.scribd.religiuos symbol.com
5. www.scibd.chinese custom.com
6. www.scribd.origin of the Chinese zodiac
7. www.scibd.magic symbol and the star
8. www.Phoenix.com - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas_files
9. www.Lembu (zodiak).com - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.htm
10. www.Astrologi Cina.com - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.htm

14
11.www.scibd-An-Introduction-to-Chinese-Philosophy-by-Karyn-L-La.com
12.www.scribd-Origins-of-the-Chinese-Zodiac.com
13. www.ganesa.com - Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas
14. www.Indra.com - Wikipedia bahasa Indonesia, ensiklopedia bebas.htm
15.www.scribd.-pengertian-komunikasi.com
16.www.symbol in cineses.com\Symbol - Wikipedia, the free encyclopedia.htm

15

Anda mungkin juga menyukai