Anda di halaman 1dari 26

Kuliah 1 Pengenalan Ilmu Ketamadunan Dalam Pembinaan Tamadun Malaysia

OLEH :

USTAZ MOHD NASRI BIN ABDULLAH


UNIT PEMBANGUNAN INSANIAH
JABATAN HAL EHWAL PELAJAR IPG KAMPUS PEREMPUAN MELAYU HP : 019-6930372

Menerangkan konsep Tamadun. Menjelaskan definasi Tamadun menurut sarjana Islam dan barat. Menyenaraikan dan menghuraikan ciri-ciri sebuah tamadun yang unggul. Menyatakan objektif Ilmu ketamadunan.

MATLAMAT UMUM TITAS


Secara umumnya matlamat utama tamadun Islam ialah untuk mengangkat Islam sebagai al-Deen iaitu satu cara hidup yang lengkap kepada manusia. Ia juga akan memaparkan keadilan sistem pemerintahan Islam yang pernah ditegakkan pada zaman Nabi Muhammad SAW, Khulafa AR-Rashidin dan pada zaman pemerintahan Islam yang seterusnya. Keadilan sistem pemerintahan Islam pada zaman awal kebangkitan Islam dapat dibuktikan melalui fakta-fakta sejarah yang telah disepakati oleh sejarawan. Ciri-ciri ketamadunan Islam yang telah dipaparkan melalui sistem pemerintahan Islam daripada pelbagai zaman sewajarnya difahami dan dihayati oleh semua generasi umat Islam dan bukan Islam.

OBJEKTIF TITAS
Menyatupadukan rakyat Malaysia dan menerapkan nilainilai murni yang ada pada setiap tamadun di negara kita berteraskan tamadun Melayu. Meningkatkan persefahaman dan menimbulkan rasa hormat antara kaum di Malaysia. Membuka minda tentang Tamadun Dunia dan memahami aspek-aspek penting ketamadunan. Merintis jalan ke arah pemikiran global, kritis, rasional dan terbuka. Pendedahan fikiran ke arah toleransi, kasih sayang dan keamanan sejagat. Pengisian minda ke arah mencapai Wawasan 2020.

Anda mungkin juga menyukai