Anda di halaman 1dari 5

KHADIJAH HASHIM BUDI YANG TAK TERBELI Murni merupakan anak kepada Mak Jemah.

Dia seorang wanita yang berkahwin dengan Jamal, seorang perancang ekonomi. Setelah dipujuk , Mak Jemah akhirnya mengikut Murni ke bandar iaitu di rumah Murni. Di sana , Mak Jemah buntu tentang apa yang harus dikerjakan olehnya kerana sudah terbiasa melakukan kerja di kampung. Akhirnya, dia menajak rumput yang dibeli oleh Jamal untuk menghias lamannya serta menebang pokok ketapang yang ditanam oleh kerajaan untuk mengindahkan bandar. Kesannya, Jamal naik berang dengan perkara tersebut sehingga menimbulkan suasana dingin antara penghuni di rumah tersebut. Jamal juga terus-menerus memperlekehkan Mak Jemah dengan menyindirnya. Selepas beberapa lama, Mak Jemah menghantar surat kepada Murni dan menyuruhnya pulang ke kampung. Dalam keadaan tertanya-tanya ,mereka pulang ke kampung. Setibanya di kampung Mak Jemah meminta tandatangan Murni untuk menyerahkan tanah yang baru dibelinya hasil dari duit simpanannya menjual talur dan wang kiriman bulanan Murni. Jamal merasa malu dengan ibu mertuanya yang selama ini diperlekehkan kerana tidak pandai mengurus kewangan tetapi tetap mampu membeli tanah sedangkan dia hanya menyewa sahaja. Plot Permulaan-Murni mengajak ibunya ke rumahnya di bandar. Mak Jemah terima dengan berat selepas dia tidak dapat berhelah lagi kerana Timah sudah secara sukarela mahu menjaga rumahnya. Perkembangan-Mak Jemah mati akal duduk di rumah Murni kerana tiada kerja yang boleh dilakukannya. Dia terjumpa tajak lalu menajak rumput di sekeliling rumah Murni. Klimaks-Jamal naik berang dengan tindakan Mak Jemah. Dia memerli Mak Jemah dan membuatkan suasana di rumahnya jadi dingin. Peleraian-Mak Jemah menghantar surat kepada Murni dan menyuruhnya pulang ke kampung. Murni pulang ke kampung bersama Jamal. Penutup- Mak Jemah meminta tandatangan murni untuk menyerahkan tanah yang dibelinya kepada Murni. Jamal malu akan sikapnya terhadap Mak Jemah. Persoalan -tanggungjawab anak dalam membalas jasa ibu bapa. -sikap panas baran -kasih sayang ibu terhadap anak -perbezaan pemikiran dua generasi yang berbeza -sikap berkira dalam kalangan ahli keluarga Perwatakan Mak Jemah-Penyayang, penyabar, rajin, tidak putus asa, rendah diri Murni-Penyayang, bertimbang rasa, tidak berkira

KHADIJAH HASHIM

Jamal-Panas baran, tidak bertimbang rasa, bongkak, kedekut, tidak berfikir panjang Latar masa- pagi ,tengah hari petang, malam Latar tempat- Rumah Mak Jemah, Rumah Murni Latar masyarakat-masyarakat yang saling menyayangi, masyarakat yang mementingkan diri, masyarakat kampung,masyarakat bandar,masyarakat yang bantu-membantu Nilai Kesabaran, kasih sayang, hormat menghormati, bertimbang rasa Pengajaran -kita hendaklah sabar sebelum membuat sesuatu keputusan -kita hendaklah berkasih sayang antara ahli keluarga -kita perlulah menghormati orang yang lagi tua daripada kita -kita haruslah bertimbang rasa antara ahli keluarga dan tidak berkira Gaya Bahasa Sinisme(orang rajin! Tapi sayang rajin tak bertempat sindir Jamal) Ironi(nampaknya lama mak di sini penuhlah keliling rumah kita ni dengan sayur mayor, keladi keledek. Tak payah ke pasar lagi.,sindir Jamal lagi) Teknik plot Dialog, monolog(tentu Murni besar hati dapat makan bersama. Satu peluang yang jarang-jarang dijumpainya sejak Murni berumahtangga) ORKIDNYA SUDAH MENJADI Jamal dan isterinya merupakan penggemar orkid yang tegar .Mereka meletakkan komitmen yang tinggi dalam membuat pondok orkid mereka. Ini membuatkan banyak masa dan wang ringgit mereka diluangkan untuk pondok orkid mereka. Namun mereka tidak menjaga anak-anak seperti mana orkid dijaga. Banyak keperluan pelajaran anak-anak diabai serta apa yang anak-anak mereka lakukan tidak diambil peduli. Hasilnya walaupun orkid mereka telah menjadi, namun Jamal kecewa dan berang dengan keputusan akademik anak-anaknya. Akhirnya , Jamal menyesali apa yang telah dilakukan olehnya. Plot Permulaan Jamal pulang dari kerja sambil membawa orkid yang baru dibelinya. Namun dia terlupa untuk membelikan buku pelajaran oleh anaknya. Perkembangan Jamal meluangkan masa sehingga lewat senja di pondok orkidnya. Malam itu , dia bercerita dengan isterinya sambil didengari oleh anak mereka.

KHADIJAH HASHIM

Klimaks- Jamal menyuruh anaknya belajar dengan nada tegas. Apabila anaknya memohon untuk dia mengajar, dia tidak mengendahkan walaupun tahu salahnya yang tidak membeli buku anaknya. Jamal naik berang apabilaada kumbang di pokok orkidnya. Saat dia dan isterinya di pondok orkid, anak mereka yang tidak diawasi leka menonton televisyen. Peleraian- Anak Jamal menunjukkan kad laporan pelajaran mereka dan keputusan mereka semua membuatkan Jamal naik berang kerana sangat teruk. Penutup- Jamal terbayang keputusan akademik anak-anaknya . Isterinya kemudian menunjukkan salah satu orkidnya yang sudah keluar kuntum. Namun Jamal berpendapat apa gunanya orkid menjadi sekiranya anak-anak mereka sendiri tidak menjadi. Persoalan -sikap obses dengan sesuatu perkara -pengabaian terhadap anak-anak -sikap panas baran dan tidak bersabar Latar masa-Petang, malam,pagi Latar tempat-Rumah Jamal, pondok orkid Latar Masyarakat-masyarakat yang terlalu obses dengan orkid,mengabaikan anak,dan suka berdalih Perwatakan Jamal panas baran, terlalu obses dengan orkid, tidak bertanggungjawab,tidak bersabar Asiah rajin, sukakan orkid Nilai dan Pengajaran Kesabaran- Kita perlulah bersabar dan jangan mudah melenting Bertimbang rasa- kita perlulah bertimbang rasa dalam membuat sesuatu keputusan Gaya Bahasa Kontradiksi-(dia mengeruk-ngeruk kepalanya yang tidak gatal lagi) Simile-(malah ikut sama berbuai-buai seperti pasu-pasuyang tergantung di situ bila ditiup angin malam) Sarkasme-(banyak merah.tak lulus Bahasa Melayu? Apa nak jadi ni? Bodoh. Banyak main saja?) Teknik Plot Dialog, monolog dalaman,imbas kembali

KHADIJAH HASHIM

HUTANG SIAPA Pak Sabtu ingin memohon bantuan untuk menenam koko di tanah kebun kelapanya yang sluas 3 ekar. Dia ,isterinya(Rahmah), serta anak-anaknya(kamariah dan Tumin) bertungkus lumus membersihkan kebun kelapanya selepas permohonannya tidak lulus gara-gara kebunnya kelihatan tidak terurus. Namun usahanya masih belum cukup untuk meluluskan permohonannya kerana dia pelu menebang pokok kelapanya yang sudah berbuah. Ini membuatkan Pak Sabtu berang dengan Encik Anuar,pegawai tanam semula. Oleh kerana tidak mahu peristiwa dahulu berulang kembali di mana dia menebang pokok getahnya yang kemudiannya harga getah naik, Pak Sabtu bertegas tidak mahu menebang pokoknya kerana itulah sumber pendapatannya. Tumin mempertikaikan tindakan ayahnya dan menyindirnya. Kesannya Pak Sabtu menyindir dan merendah-rendahkan Tumin yang hanya seorang buruh. Apabila Anuar datang lagi, selepas melihat kedaifan keluarga Pak Sabtu, dia meluluskan juga permohonannya. Kerana bersyukur, Rahmah menyedekahkan wang kepada Anuar. Apabila Pak Sabtu mengetahui hal ini, dia naik angin dan mahu menuntut kembali duit itu daripada Rahmah. Plot Permulaan-Pak Sabtu dan keluarganya membersihkan kebunnya yang ditolak oleh Anuar kerana tidak terurus Perkembangan-Sekali lagi, permohonan Pak Sabtu ditolak kerana pokok kelapanya ditanam terlalu rapat. Dia dikehendaki untuk menebang sebahagian pokok kelapanya yang sudah berbuah Klimaks- Pak Sabtu naik berang dengan arahan Anuar . Berlaku konflik antara dia dan anaknya yang mempertikaikan keputusan Pak Sabtu . Peleraian-Anuar datang lagi dan bertanya mengapa Pak Sabtu tidak mengikut arahannya. Oleh kerana kesian dengan keadaan keluarga pak Sabtu, Anuar akhirnya meluluskan permohonan Pak Sabtu. Penutup- Rahmah memberikan sedekah kepada Anuar sebagai tanda bersyukur. Apabila diketahui Pak Sabtu , dia mahu menuntut wang iitu daripada Rahmah. Persoalan -sikap berkerjasama antara ahli keluarga -kesusahan hidup petani di kampung -berfikir sebelum membuat sesuatu keputusan -menghormati pendapat orang lain -prihatin dengan kesusahan orang lain Perwatakan Pak Sabtu- rajin, bersungguh-sungguh, panas baran, keras kepala, berpendirian teguh Rahmah-pemurah, taat pada suami,rajin Anuar-komitmen terhadap kerja, prihatin, belas kasihan Latar masa- siang

KHADIJAH HASHIM

Latar tempat- Kebun kelapa Pak Sabtu, Rumah Pak Sabtu Latar masyarakat-kampung, petani Nilai dan Pengajaran Kerjasama-kita hendaklah berkerjasama dan bersatu antara ahli keluarga dalam sesuatu kerja Ketekunan- kita perlu tekun dalam membuat sesuatu perkerjaan Hormat-kita harus menghormati setiap pandangan orang lain walaupun dia lebih muda dari kita Gaya Bahasa Metafora-(pokok kelapa yang lintang-pukang itu) Ironi-(kau yang banyak duit kenapa tak membeli daging lembu) Sarkasme-(hei! Apa punya bodoh kau ni, Mah!) Hiperbola-(matanya merah mencerlang,marah memberang0 Teknik Plot -imbas kembali,monolog dalaman,dialog

KHADIJAH HASHIM