Anda di halaman 1dari 5

JURNAL MINGGU KEDUA Minggu kedua merupakan sesi praktikum yang agak pendek memandangkan pada hari ahad

adalah cuti umum sempena Tahun Baru Cina. Jadual pula mula berkuatkuasa pada hari selasa. Jadi, sesi minggu ini agak terhad. Saya hanya sempat menjalani 2 sesi subjek major dan 2 sesi subjek minor. Walaupun hanya tiga hari sahaja sempat berlakunya proses pdp, penilaian, refleksi permasalahan tetap dilakukan dan saya dapat mengenalpasti kelemahan serta masalah yang saya alami dalam tempoh yang singkat tersebut. I. Masalah Antara masalah yang agak ketara saya hadapi pada minggu ini adalah masalah murid yang pelbagai ragam semasa pdp berjalan. Murid cepat bertukar mud serta kelakuan bergantung pada aktiviti yang saya jalankan. Semasa saya menjalankan pengajaran yang bersifat didik hibur, nyanyian, bergerak, bercerita murid dilihat memberikan tumpuan sepenuhnya. Namun begitu, agak mengecewakan apabila saya cuba memberikan penerangan tentang sesuatu aspek atau memberikan arahan. Murid dilihat hilang tumpuan dan mula melakukan perkara-perkara lain berbuat bising dan suka bermain. Hal ini menyebabkan kawalan kelas tidak teratur. Hal ini menyebabkan murid lain tidak dapat menumpukan perhatian terhadap pelajaran dan termasuklah saya juga terganggu kerana hendak mengawal keadaan di samping mengajar. Pada awalnya saya agak tertekan dengan sikap murid begini. Namun setelah direnung kembali bukan salah mereka apabila mereka tidak dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran sebaiknya. Jadi, yang perlu melakukan perubahan adalah diri saya sendiri dari segi strategi pengajaran dan pembelajaran, kaaedah dan sebagainya. Tambahan pula, mereka adalah murid tahun 2 yang secara fitrahnya suka akan keseronokan dan bermain.

II.

Analisis Masalah Murid-murid datang dari pelbagai latar belakang menjadikan kecenderungan

mereka terhadap pelajaran juga berbeza. Tambahan pula, kanak-kanak lebih cenderung kepada keseronokan dan permainan. Saya juga melihat antara faktor-faktor yang turut mengundang masalah ini adalah kerana beberapa sebab iaitu: 1. kebosanan (boredoom) kegagalan dalam menyampaikan aktiviti bilik darjah yang menarik; menetapi masa; mencabar dan relevan 2. keupayaan menjalankan tugasan yang diberikan guru - yang disebabkan kerana mungkin ianya terlalu sukar; dinyatakan dalam bahasa yang tidak sesuai atau tidak jelas arahan yang diberikan 3. usaha yang terlalu panjang yang sukar dikekalkan dalam sesuatu masa yang panjang 4. organisasi guru yang lemah - alat visual tidak berfungsi atau terlalu banyak gangguan ketika perjalan pengajaran 5. kekeliruan terhadap kemahuan guru - guru gagal memaklumkan dengan jelas mengenai perlakuan yang diinginkan 6. interaksi sosial atau rakan - perbualan atau sikap berlebihan yang membawa sehingga luar bilik darjah, tempat permainana atau luar sekolah 7. tahap akademik yang rendah - kurang keyakinan terhadap diri sendiri kerana pernah menghadapi kegagalan iii. Cadangan 1. Menyediakan P&P dan permainan yang lebih menarik yang mengandungi elemen yang boleh mereka lihat, dengar, sentuh, rasa dan bergerak.

2. Bahasa yang digunakan dalam arahan mestilah mudah, jelas dan terang supaya ianya mudah difahami 3. PdP dan permainan tidak menekan murid, tidak menggunakan masa yang panjang hingga membosankan mereka. 4. Perlu adanya kalah menang dan kesudahan yang realiti selepas sesuatu permainan. 5. Membuat persediaan yang awal dari segi peralatan yang mahu digunakan sewaktu PdP dan permainan bagi mengelakkan sebarang gangguan dan memastikan proses pembelajaran berjalan dengan lancar. 6. Melayan seketika apa yang murid mahu katakan dan memastikan ianya tidak terkeluar dari topik pembelajaran. 7. Mendampingi mereka secara individu bagi mengenalpasti dan memperbaiki kelemahan secara berperingkat. III. TEMPOH PENYELESAIAN

Saya meletakkan tempoh sepanjang saya menjalani praktikum di sini, kerana seluruh tindakan perlu dilakukan setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran.

IV.

TINDAKAN SUSULAN Keterangan Tindakan ABM perlu diperbaiki, gambar perlu sesuai, masukkan elemen audio, adakan latihan interaktif berkomputer, libatkan semua dalam setiap aktiviti. Bahasa perlu lebih jelas, tidak bercakap dengan cepat, perlu ada eyecontact Kena tepati masa seperti yang dirancangkan Cari idea untuk menjalankan permainan dari rancangan TV, internet, guru-guru berpengalaman dan rakan-rakan Persediaan diri, ABM dan peralatan seperti LCD, sound dan cable. Perlukan interaksi 2 hala sewaktu P&P, kaitkan dengan pengalaman dan pengetahuan murid Perlu bercakap dengan murid, ketahui masalah mereka, cari apa yang mereka minat Tempoh Berterusan

Perkara P&P yang menarik

Bahasa Masa Permainan yang berkesan Persediaan Interaksi

Berterusan Berterusan Berterusan

Berterusan Berterusan

Mendampingi

Berterusan

Tandatangan Guru Pelatih,

Tandatangan Pensyarah Pembimbing,

_____________________________ (NURUL FATEKAH BINTI ABDULLAH)

_______________________________ (EN BAHTIAR BIN OMAR)