Anda di halaman 1dari 2

JURNAL MINGGU PERTAMA Alhamdulillah, minggu pertama sesi praktikum yang bermula pada 26 Januari hingga 30 Januari 2014

tempoh lalu berjalan dengan lancar. Saya bersyukur dipermudahkan segala urusan. Namun begitu, hari pertama sesi praktikum saya dan rakan-rakan belum menerima jadual serta dimaklum tentan peperiksaan take of value yang akan diadakan bermula pada keesokan harinya selama tiga hari. Malah, kami juga dimaklumkan tentang kejohanan merentas desa yang akan diadakan pada hari khamis. Jadi, minggu pertama persekolahan saya belum memulakan sesi pdp dan hanya bertugas mengawas kelas semasa peperiksaan berjalan. I. Masalah

Sepanjang minggu pertama sesi praktikum, saya tidak mempunyai masalah masalah dalam pdp kerana tidak menjalankan pengajaran. Namun, agak merisaukan saya untuk penyediaan proposal kajian tindakan kerana terlewat dalam mengesan kes atau melihat permasalahan yang wujud dalam kalangan murid. Malah, jadual yang lambat diperoleh menyebabkan saya tidak dapat membuat persediaan untuk pengajaran dan pembelajaran. Masalah yang ketara minggu ini juga ialah masalah mengawal disiplin murid sewaktu peperiksaan dijalankan. II. Analisis Masalah

Daripada permasalahan yang saya hadapi ini, apa yang dapat disimpulkan adalah berpunca daripada murid yang tidak membawa kelengkapan peperiksaan dan kemudian murid-murid tersebut mengganggu rakan mereka dengan alasan untuk meminjam alat tulis daripada rakan mereka yang lain. Selain itu di antara faktor lain adalah berpunca daripada pelajar yang tidak mempunyai pengalaman dan pendedahan dalam menghadapi situasi peperiksaan. Oleh itu, murid-murid menjawab soalan peperiksaan seperti membuat latihan sewaktu pdp biasa. Selain itu, murid yang telah

selesai menjawab soalan peperiksaan lebih awal juga akan mengganggu rakan murid yang lain dan ini akan mengganggu kelancaran peperiksaan. III. Cadangan

Dalam mengawal disiplin murid sewaktu peperiksaan dijalankan saya mengambil keputusan dengan menyediakan alat kelengkapan tambahan bagi mengatasi masalah murid yang tidak membawa kelengkapan peperiksaan dengan meminjamkan kepada mereka sewaktu peperiksaan dijalankan. Manakala bagi murid yang siap menjawab soalan di awal waktu saya akan mengarahkan murid untuk menyemak semula jawapan mereka kemudian setelah selesai saya memberi kertas lukisan untuk dilukis dan diwarna murid bagi mengelakkan mereka mengganggu rakan murid yang lain IV. TEMPOH PENYELESAIAN 27-29 Januari 2014 (Minggu peperiksaan) V. TINDAKAN SUSULAN

Sepanjang minggu pertama, saya menyedari bahawa saya perlu lebih bijak dalam menangani segala masalah yang berlaku supaya peperiksaan berjalan lancar. Saya perlumemberi penerangan kepada murid tahun 1 dari masa ke semasa tentang cara menjaga disiplin ketika menghadapi peperiksaan.

Tanda Tangan Guru Pelatih, ______________________________ (NURUL FATEKAH BINTI ABDULLAH)

Tanda Tangan Pensyarah Pembimbing, _______________________________ (EN BAHTIAR BIN OMAR)