Anda di halaman 1dari 11

TAMADUN ISLAM

Presented by: Wee Lee Theen

Chang Kwang Linn

HEGEMONI BARAT DAN GLOBALISASI

HEGEMONI BARAT TERHADAP POLITIK

Masyarakat yang dikatakan merdeka masih tertakluk kepada telunjuk

kuasa barat.

Politik antarabangsa hari ini didominasi sepenuhnya oleh beberapa kuasa besar . Negara Amerika Syarikat adalah negara terkuat di kalangannya yang mendominasikan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan kuasa vetonya bersama-sama dengan negara Rusia, United Kingdom, Perancis dan China.

Amerika Syarikat menggunakan Majlis Keselamatan PBB untuk


mencapai objekti-objektif tertentu yang berkaitan dengan polisinya.

Pada masa-masa lain mereka akan bertindak secara bersendirian membelakangkan Majlis Keselamatan PBB seperti dalam peristiwa pengeboman Sudan dan Afghanistan pada

tahun 1998, dengan helah untuk memusnahkan tempattempat yang dikatakan sebagai sarang-sarang pengganas.

Kedudukan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa politik

global disebabkan terutamanya olah kekuatan ketenteraan


atau militari.

Setelah perang dingin berakhir dan pepecahan Soviet Union, maka Amerika Syarikat telah muncul sebagai satu-satunya kuasa besar dunia yang tidak boleh ditandingi.

HEGEMONI BARAT TERHADAP EKONOMI

Syarikat-syarikat multinasional dari Barat seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan negara-negara Eropah yang lain termasuk Jepun telah menguasai kegiatan perdagangan antarabangsa. Syarikat-syarikat berkenaan telah mendominasikan penggunaan sumber-sumber semula jadi, pengeluaran hasil-hasil perindustrian dan perkembangan Sains dan Teknologi (S&T) sesebuah negara. Sistem kewangan antarabangsa dikawak oleh sejumlah kecil

syarikat-syarikat kewangan gergasi, sekumpulan bank, pedagangpedagang mata wang dan juga pengurus dana pelaburan spekulatif antarabangsa.

Pola dominasi ekonomi yang sedemikian disokong oleh institusi-institusi global seperti International Monetary Fund (IMF), Bank Dunia serta World Trade Organisation

(WTO) bersama-sama dengan kumpulan G8.Mereka


bertindak mencorakkan bentuk ekonomi global .

Masyarakat manusia di negara-negara membangun dan

mundur tidak lebih sekadar memenuhi keperluan sumber


tenaga manusia untuk mencapai kepentingan mereka dan masa yang sama sumber-sumber semula jadi di negara-negara tersebut dimonopoli secara tidak disedari.

HEGEMONI BARAT TERHADAP MEDIA

Dunia Barat melalui potensi yang ada dalam teknologi

komunikasi dan maklumat telah mendominasikan


penyebaran berita antarabangsa.

Mutakhir ini, media cetak dan elektronik yang semakin berpengaruh dikuasai oleh sekumpulan syarikat-syarikat gergasi yang berpusat di dunia Barat. Peristiwa yang berlaku dalam negara di luar dunia Barat sering dicampur dan ditafsirkan untuk penerimaan negaranegara jirannya oleh agensi Barat bagi memperolehi kepentingan-kepentingan tertentu.

HEGEMONI BARAT TERHADAP BUDAYA

Dunia Barat terutama Amerika Syarikat telah membanjiri dunia dengan pengeksportan budayanya. Pengaruh yang paling berkesan atau signifikan ialah hiburan. Filem, muzik, nyanyian, kartun dan komik dari Amerika Syarikat telah tersebar dengan meluasnya di seluruh dunia sehingga mempengaruhi cara hidup remaja di seluruh dunia.

Budaya hidup Barat yang ditonjolkan melalui jenamajenama seperti Cocacola, Mc Donalds, Levis dan lain-lain telah menjadi sebahagian daripada budaya global.

HEGEMONI BARAT TERHADAP SOSIAL


Peniruan gaya hidup Barat semakin nyata.

Hiburan (muzik, nyayian, filem, lakonan, kartun dan lain-lain).


Irama (rock, blues, heavy, pop dan lain-lain) Mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia termasuk di negara-negara membangun.

Jenis dan budaya makanan.


KFC, McD, Coca Cola, Pepsi sangat sangat popular. Pakaian berjenama (Levis, Lee, Adidas, Versace, Bonia, Avon, Maybeline, Christion Dior dll) sangat sangat digilai oleh anakanak muda. Merasa bangga, bergaya, ada kelas dan lain-lain.

HEGEMONI BARAT TERHADAP HAK ASASI MANUSIA

Konvensyen Geneva telah menggariskan hak-hak yang perlu

dinikmati oleh semua manusia tanpa mengira bangsa


mahupun agama, merdeka mahupun tawanan. Deklarasi ini diterima oleh seluruh masyarakat dunia yang inginkan keadilan dan kesejahteraan. Adakah piagam ini dipatuhi oleh kuasa-kuasa Barat?

KESIMPULAN

Melalui hegemoni yang begitu kuat sama ada media,

ekonomi, politik, sosial dan budaya, kita melihat Barat


seolah-olah telah berjaya menguasai dunia tanpa sempadan. Melalui perkembangan teknologi yang begitu hebat, penjajahan ini tetap akan berlaku walaupun tanpa kehadiran mereka di kalangan negara-negara yang dijajah. Arus globalisasi yang kita hadapi hanya membenarkan satu budaya dan satu gaya hidup. Orang

yang tidak menerimanya dianggap ketinggalan zaman.


Hanya yang mempunyai kekuatan dan jati diri mampu bertahan daripada arus ini.