Anda di halaman 1dari 3

TAJUK: KISAH TELADAN! Pencerita: Nyamannya suasana rimba di pagi hari.

Mergastua bergembira menikmati keindahan alam semula jadi. Di alam inilah tinggalnya sang kancil yang bijaksana dengan sahabat karibnya kura-kura. Mereka hidup rukun damai, bebas bergembira, tolong-menolong dan bekerjasama di taman peliharaan mereka. Kelihatan seekor monyet berdekatan kawasan taman peliharaan sang kancil dan kura-kura. Sungguh lincah si monyet, bergayutan ke sana ke mari. Megah dengan kebolehannya. Awas, monyet! jangan ganggu ketenteraman penghuni yang lain. Tiba-tiba monyet berhenti bergayut dan memerhatikan sesuatu, apa pula yang dilihatnya? Monyet: Ranumnya buah-buahan di sini. siapa punya agaknya? . Oh, rupanya sang kancil dan kura-kura. Pencerita: Lantas itu, monyet bergerak ke arah sang kancil dan kura-kura sambil memegang perutnya. eh, ini mesti ada apa-apakan monyet? Monyet: Tolong, tolong! dah empat hari aku tak makan. Tolonglah, berikan aku sedikit makanan. kasihanlah aku.

Kancil: kesiannya, empat hari tak makan. Baiklah monyet. Ambil sajalah apa yang engkau nak dari taman kami. Makanlah sepuas hati engkau monyet. Kura-Kura: kami tidak akan meminta sebarang bayaran daripada kau, monyet. Monyet: Terima kasih kancil, terima kasih kura-kura. Aku nak itu, aku nak itu! Kura-Kura: Eh, tak boleh monyet. kita tak boleh makan buah tu. Monyet: Aku tak peduli, aku tak peduli, aku nak juga. Pencerita: Monyet yang tamak dan degil itu masih berkeras mahu mengambil cili itu untuk dimakannya. Kancil: Jangan monyet, jangan! Pencerita: belum pun sempat kancil menghabiskan ayatnya, monyet telah mengambil cili itu lalu memakannya beberapa batang sekali gus. Apa lagi, terasa berapi dan merah muka monyet akibat kepedasan yang melampau. Kura-Kura: Ha, rasakan engkau monyet. Beginilah jadinya mereka yang tidak menerima nasihat orang. Pencerita: Selang beberapa hari kemudian, sang kancil dan kura-kura bersiar-siar di taman peliharaan mereka. Kancil: Apa khabar pula dengan si monyet? Kura-Kura: Kasihan, ingat-ingat monyet. jangan diulang lagi." Monyet: Baiklah Kancil, Kura-kura. Aku telah menyesal dengan perbuatan aku.

Senaraikan kata kerja yang menerima imbuhan awalan ber- yang terdapat dalam petikan. Kemudian bina ayat berdasarkan kata kerja tersebut.

Kata Kerja

Ayat

1.

2.

3.

4.

5.