Anda di halaman 1dari 8

Cara nak buat duit free dengan ASB Loan

Dah banyak kali aku buat kira-kira mengenai perkara ini. Mulanya aku tak percaya kita boleh buat duit free dengan ASB loan ni, tapi bila aku memikirkan nya banyak kali dan buat kira-kira, memang kita kan dapat duit free. Mudah saja caranya. Sebagai contoh: Untuk maksimumkan duit free ini atau dengan kata lain, buat loan ASB sebanyak RM200k, mula-mula kita kena ada reserve duit gaji (atau mampu bayar installment ASB loan ini setiap bulan) sebanyak rm1,068 pada setiap bulan untuk tahun pertama sahaja (loan ASB selama 30 tahun). Untuk tahun kedua, kita akan dapat dividen ASB tadi (~8% atau ~RM16k), maka gunakan duit dividen ini untuk bayar installment pada tahun kedua. Untuk tahun ketiga, guna dividen tahun kedua untuk bayar installment dan begitu lah seterusnya sehingga loan habis dibayar. Lepas 30 tahun, nah, kita akan dapat sekelepuk RM200k tadi. Duit free kat sini ialah bersamaan RM200k13k (modal tahun pertama) = 187k. Duit free ini secara purata, kalau kita bahagikan selama 30tahun, maka ianya bersamaan ~RM520 sebulan, dan yang penting, duit ini FREE. Siapa nak bagi beb? Cepat-cepat lah buat benda ini dan jangan tangguh-tangguh. Kita akan fikir, bank akan untung kalau kita buat loan ASB ini. Tapi kita juga kena ingat, kita juga tak akan untung kalau kita tak buat loan ini. Makakeuntungan bank tak perlu dipertikaikan. Sepatutnya kita yang perlu berterima kasih kepada pihak bank kerana membuka peluang ini kepada kita.

Lagi satu, loan ASB ini bertindak sebagai insurans dimana ianya di lindungi skim insurans. Sekiranya berlaku apa-apa terhadap kita contohnya ialah cacat kekal atau kematian, duit berkenaan akan dibiaya oleh syarikat insurans dan pewaris kita akan mendapat duit berkenaan dengan penuh tanpa perlu membayar baki yang tinggal. Even insurans kesihatan kita pun tidak dapat menandingi dan memberikan jumlah yang sebanyak ini sekiranya kita meninggal. Sefaham aku, hanya tahu ada 3 bank di Malaysia yang memberikan loan ASB ini, iaitu Maybank, CIMB dan RHB bank. Juga maklumat baru yang aku perolehi, sebenarnya kuota unit ASB bagi setiap individu akan ditambah pada setiap tahun sebanyak ~RM20k. No wonder ada orang boleh simpan duit dalam ASB sebanyak RM400k. Tak perlu risau mengenai kelulusan kerana loan ini, pihak bank senang meluluskan kerana mereka ada jaminan dimana sekiranya kita tidak mampu membayar loan ini, mereka akan menjualkan unit kita ini. Bank akan mengambil hak mereka dan bakinya akan diserahkan kepada kita. Maka, jangan risau mengenai ini. Juga, kita jangan lah guna duit dividen tu untuk berjoli. heheh..kena ada disiplin..

p/s: kuat aku promote ASB loan ni.. macam bank ada bginsentive je utk aku..heheh
Posted by mat utie at 5:57 PM Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook Labels: ASB, loan ASB, Saham

17 comments:
1. eira eixora9:48 PM salam. nk tanya. kalau kita buat loan asb. contohnya 100k ada effect tak untuk loan lulus kalau nak beli rumah. Reply Replies

1.
mat utie9:52 PM wslm. saya tak tahu kes org lain.. tapi kes ini terjadi kat saya sendiri. Baru-baru ini loan kereta saya hampir tak lulus, bila bank tahu saya ada buat loan ASB, bank kira loan ASB sebagai pendapatan tambahan. Ini banker yang beritahu saya dan alhamdulillah loan kereta saya lepas. Reply 2. Sharinginfoz8:36 PM masih sangsi lagi dengan pelaburan ASB Reply Replies

1.
mat utie6:16 PM elok kalau boleh kongsi part mana yang sangsi tu... :) Reply 3. Anonymous6:12 AM salam bro , nak tanya CIMB loan utk ASB nie konvensional ker atau islamic. Macam maybank tue saya tahu dah ia islamic , cimb plak mcm mane? dan mana bagus rate nye , cimb ker atau maybank. Reply Replies

1.
mat utie2:01 AM

Salam.. tak pasti pasal islamic.. kena check.. rate cimb lagi murah dari maybank. Reply 4. Anonymous1:20 AM Salam, Saya ada tanya pihak PNB dan pelaburan maksimum adalah Rm200K.Tiada tambahan RM20K setiap tahun seperti yang Mat Utie tulis. Yang boleh simpan sampai 4ooK ialah dividend yang tidak dikeluarkan menjadikan jumlah simpanan sentiasa bertambah. Just my 2 cents :) Reply Replies

1.
mat utie1:57 AM Salam, betul tu.. saya setuju.. mungkin saya ada silap penjelasan.. penambahan kuota memang ada untuk reserve duit dividen pada setiap tahun..cuma nak simpan melebihi 200k memang tak boleh. Saya dapat tahu benda ini bila pihak bank beritahu bahawa saya layak buat loan ASB melebihi 200k sekarang ini..buat secara berperingkat.. Reply 5. Anonymous8:43 AM knp mule2 bank xnak luluskan loan kereta awak? n da bpe lama awak amek asb ni ? Reply Replies

1.
mat utie10:27 PM Saya tak kerja, saya masih student. Slip gaji tak ada. Ada slip scholarship sahaja.. sebab buat loan kecil, saya tak lampirkan bukti income lain. Tak sangka susah lulus loan pulak. 2. mat utie10:28 PM dah 3 tahun lebih amik ASB loan.. Reply 6. Anonymous12:31 AM Bgus la,muda2 lg dah pndai cri duit..kalo nk buat loan asb bg yg msh study lg,bleh ke?cmne yer?

Reply Replies

1.
mat utie2:08 AM loan ASB bagi yg masih stadi ni macam payah sikit.. kena tengok level of study, kalau master n phD biasanya ada elaun/scholarship.. boleh gunakan benda ni sebagai income.. kalau PTPTN tu macam sikit sangat nanti nak bayar yuran semua susah.. Reply 7. Anonymous5:07 AM klu student yg nak m0h0n... cre nak m0h0n mcm mne? n klu xde slip gaji xpe ker?? Reply 8. anna yusuff12:32 AM salam sy Personal Financial Consultant CIMB memang betul ape yg sedara cakap..sgt rugi sbeagai org bumuputra x buat asb loan ni sesiapa yg berminat boleh la contact sy di 0146441609-hana utk area klang,shah alam,subang,nilai,banting,dengkil,puchong dll.. Reply 9. anna yusuff12:33 AM utk mereka yg maih study kalau dia ada buat freelance atau dalam bank ada transaksi duit keluar masuk sebagai bukti pembayran boleh Reply 10. Anonymous5:43 PM salam..demo ore kelate kow Reply

Pinjaman Bank Untuk Mereka Yang Bekerja Sendiri!


Posted on January 9, 2010

Hmm... saya rasa anda baru sahaja menjumpai blog ini! Apakata anda subscribe RSS feed blog ini? Barulah anda tidak akan terlepas post-post yang menarik!. Mungkin ini menjadi salah satu tanda tanya kepada mereka yang bekerja sendiri. Maklumlah, berkeja sendiri nie.. manalah ada slip gaji untuk dijadikan bukti pendapatan? Saya pun pernah menghadapi delima ini, nak beli kereta, nak beli rumah takkan nak beli cash kot? Rugi rasanya, baik gunakan duit tu untuk benda lain yang lebih bermanfaat seperti mengembangkan perniagan ke? buat pelaburan-pelaburan yang sah dan menguntungkan ke? Itu lebih baik rasanya.. Jadi, bagaimana yer? Bila baca kat website bank. Mereka kata, mereka perlukan slip penyata gaji! Kalau bagi individu yang bekerja sendiri, perlu kemukakan penyata akaun bank selama 3 @ 6 bulan sebagai bukti pendapatan! Nasib baiklah saya ada membuat pendaftaran syarikat & juga membuka akaun khas untuk syarikat. (So, bagi anda yang menjalankan SOHO tetapi belum daftar syarikat & belum buka akaun syarikat tu, better anda lakukan segara, nanti kalau nak beli rumah ke kereta ke, senang lah sikit.. )

Satu persoalan yang timbul di fikiran saya, apakah yang pihak bank pandang pada penyata akaun bank tersebut? ? Apakah yang menjadi ukuran? Adakah dari jumlah wang yang terkumpul? Adakah dari baki semasa? Adakah dari jumlah wang masuk? Adakah dari bilangan transaksi? atau dari status perkahwinan pemiliknya? Oh! Jadi, untuk mendapatkan jawapan kepada semua persoalan serta memuaskan hati. maka, saya telah pergi ke bank dan berjumpa terus dengan pegawai di bahagian pinjaman mereka hasil dari perjumpaan tersebut, barulah saya mendapat gambaran yang sebenar. Sementara gambaran tersebut masih jelas~~ maka saya ingin kongsikan info tersebut kepada semua pembaca blog ini.. Jadi.. bersedia..

Jika anda ingin tahu, adakah anda layak atau tidak untuk membuat pinjaman, sama ada untuk membeli rumah atau kereta, dan berapakah jumlah wang yang layak anda pinjam? Penyata akaun bank bagi perniagaan anda memainkan peranan penting.. Apa yang perlu anda lakukan, dapatkan 6 bulan atau 3 bulan penyata bank anda. Lihat pada jumlah kredit (wang masuk) pada setiap bulan.. abaikan baki semasa dan juga jumlah wang keluar. Contohnya. Bulan 1 : RM30,000 jumlah wang masuk Bulan 2 : RM25,000 jumlah wang masuk Bulan 3 : RM35,000 jumlah wang masuk Jadi, purata pendapatan anda ialah : (RM30,000 + RM25,000 + RM35,000) / 3 bulan = RM30,000 (kalau 6 bulan penyata bank, maka bagi 6 lah yer!) Setelah dapat purata pendapatan, darab pula dengan 20% . Contoh.. RM30,000 X 20% = RM6,000 Jadi, itulah gaji bulanan anda! Ya.. itulah anggapan bank tentang wang gaji anda sebagai seorang yang bekerja sendiri.. RM6,000 sebulan Dari Rm6,000 itu pula, bank akan mengangap, hanya 60% sahaja yang boleh digunakan oleh anda untuk membayar segala hutang-piutang dalam hidup anda. Tak kiralah hutang rumah ke? hutang kereta ke? ataupun hutang kredit kad? Jadi, 60% dari RM6,000 , ialah = RM3600. Ini bermaksud, jika anda tidak mempunyai sebarang hutang lagi, maka anda layak untuk membuat pinjaman, dimana, bayaran bulanan bagi pinjaman tersebut ialah RM3600. (Iaitu pinjaman sekitar RM700,000 bagi pinjaman rumah) Tetapi, jika anda sudah sedia ada hutang rumah, kereta, kad kredit, personal loan seperti contoh di bawah.. Bayaran bulanan bagi hutang.. 1. Kereta = RM1,000

2. Rumah = RM1,000 3. Kad Kredit = RM600 4. Personal Laon = RM500 Total : RM3,100 Maka, untuk membuat hutang baru, pihak bank perlu pastikan, bayaran bulanan bagi pinjaman yang anda ingin mohon itu, mestilah tidak melebihi RM500 ( RM3,600 (60% dari pendapatan) RM3,100(jumlah bayaran bulanan hutang sedia ada) ). Kalau pinjaman rumah, boleh beli rumah yang berharga sekitar RM100,000. Itulah serba sedikit info berkenaan kelayakan pinjaman bank bagi individu yang bekerja sendiri kalau anda ada info tambahan lain, atau jika ingin membetulkan info saya ini (manalah tahu kalau salah ke), harap sudi-sudikanlah untuk berkongsi di ruangan komen blog ini, terutama sekali bagi mereka yang bekerja di bank..

Saya dari Easy Rhb menawarkan pinjaman peribadi kepada pemohon yang berkelayakan seperti di bawah;

1) berumur 21thn & ke atas 2) bekerja lebih dari 1 thn 3) mempunyai potongan EPF atau Payslip. Syarat bagi memudahkan kelulusan pinjaman anda adalah seperti dibawah: *untuk pinjaman melebihi RM6K, anda haruslah memiliki sekurang2 nya 1 commitment dgn mana2 bank (rumah/kereta/personal loan & lain2 spt pelaburan ASB) *anda juga perlu bersih dari CCRIS @ Ctos. *paling penting i/c boleh dibaca oleh sistem EPF/KWSP* *cetakan EPF adalah sensitif, oleh itu, sila print EPF anda di Kiosk kami shj untuk memudahkan proses pinjaman. Sebarang pertanyaan sila hubungi saya di no: 014-5064337 (Zaim @ RHB Easy Pendamar Indah Klang) Pertanyaan anda akan segera dijawab. terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai