Anda di halaman 1dari 12

TUTORIAL 4: Dalam bentuk forum kecil, buat perbincangan tentang faktor-faktor yang menyebabkan ketaksamaan peluang pendidikan dari

segi jantina pada peringkat pengajian tinggi dan implikasinya terhadap individu, keluarga, masyarakat dan negara. Pengerusi Forum : Alicia Tong Panel 1 Panel 2 Panel 3 : Wong Li Yoong (Kaunselor Universiti Malaya) : See Wee San ( Guru Gemerlang SMK Temenggong Ibrahim) :Go See Yee (Pengarah Pentadbiran Kementerian

Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) Panel 4 : Liow Wen Jie (Pengarah Institut Pendidikan Guru Malaysia

Kampus Temenggong Ibrahim) ....................................................................................................................................... Selamat pagi , salam sejahtera dan salam satu Malaysia diucapkan kepada seluruh penonton-penonton rancangan Suara Kampus baik yang berada di studio satu mahupun yang menyaksikan dari kaca tv pada malam ini. Baiklah, seperti biasa Suara Kampus pada pagi ini akan membawakan satu topik yang cukup hangat dan cukup menarik untuk sama-sama kita kupas pada malam ini. Topik yang akan kita bincangkan pada malam ini, tidak lain dan tidak bukan semestinya berkaitan dengan isu gender yang menjadi tajuk perbualan hangat di dada-dada akhbar mahupun di media massa baru-baru ini. Para penonton sekalian, Saya sebenarnya tertarik dengan satu artikel yang dikeluarkan oleh Berita Harian pada minggu lalu mengenai Mengapa pelajar perempuan lebih ramai di IPT berbanding pelajar lelaki. Menurut artikel yang dikeluarkan oleh pihak Bernama memetik, hampir 60% pelajar wanita menguasai dan menduduki tempat di IPT. Menurut Pengerusi Biro Pendidikan Pemuda UMNO, Ahmad Ikmal Ismail menyatakan bahawa ketidakseimbangan ini sebenarnya boleh menjejaskan sosioekonomi negara.

Jadi bagi membincangkan topik yang cukup hangat pada malam ini, bersamasama saya, tidak lain dan tidak bukan panel-panel yang cukup arif dan berpengalaman dalam memberi idea dan komentar berkenaan isu ini. MEMPERKENALKAN TETAMU JEMPUTAN Baiklah, di sebelah kanan saya, seorang yang tidak asing bagi kita iaitu Puan Wong Li Yoong. Beliau merupakan seorang kaunselor yang berpengalaman luas dalam bidang kaunseling dan psikologi. Telah pun berkhidmat sebagai kaunselor selama hampir 25 tahun dan kini berkhidmat sebagai kaunselor di Universiti Malaya. Selamat datang diucapkan. Seterusnya, di sebelah kiri saya pula, Tuan See Wee San. Beliau merupakan seorang guru cemerlang di Sekolah Menengah Temenggong Ibrahim Johor Bahru. Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang pendidikan selama hampir 30 tahun dan mendapat anugerah Guru Cemerlang pada tahun lalu. Tahniah diucapkan tuan! Seterusnya, tetamu yang tidak asing lagi pada kita semua. Beliau ialah Puan Go See Yee yang merupakan Pengarah Pentadbiran di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Tetamu kita yang terakhir ini, merupakan Pengarah di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggong Ibrahim Johor. Beliau ialah Tuan Liow Wen Jie. Selamat datang sekali lagi diucapkan kepada semua ahli-ahli panel.

FAKTOR KETAKSAMAAN JANTINA DI UNIVERSITI Berbalik kepada artikel yang dikeluarkan oleh pihak Bernama baru-baru ini, artikel tersebut menyatakan bahawa faktor ketidakseimbangan jantina di universitiuniversiti tempatan dikaitkan juga dengan bilangan populasi wanita yang lebih ramai di negara ini berbanding lelaki. SOALAN 1: (Panel 1)

Adakah

faktor

ini

boleh

menjadi

punca

kepada

permasalahan

ketidakseimbangan ini, ataupun persepsi masyarakat itu sendiri yang menjadi punca kepada ketidakseimbangan peluang pendidikan di universiti-universiti tempatan masa kini? Salam sejahtera dan selamat pagi saya tujukan kepada saudari pengerusi majlis, ahli-ahli panel dan tidak lupa juga kepada penonton sama ada di studio atau di rumah. Berdasarkan soalan yang diajukan saudari pengerusi kita tadi, saya berpendapat bahawa persepsi masyarakat terutama terhadap kebolehan lelaki dan perempuan di peringkat pengajian tinggi sangat memberi impak apabila kita menyentuh tentang faktor yang menyumbang tehadap ketaksamaan peluang pendidikan terutama di pusat-pusat pengajian tinggi. Seperti yang kita semua sedia maklum, persepsi seperti ini memang wujud dari dahulukala lagi di mana wujudnya terma seksisme yang merujuk kepada perbezaan kepercayaaan atau sikap bahawa sesuatu jantina ini adalah lebih tinggi atau lebih rendah dari jantina yang lain (dalam kes ini merujuk kepada jantina lelaki dan perempuan). Jadi bagaimana yang boleh dikatakan bahawa faktor persepsi masyarakat ini mempengaruhi ketaksamaan peluang pendidikan di peringkat pengajian tinggi? Pertama-tamanya, saya percaya bahawa persepsi yang berbaur diskriminasi terhadap kebolehan lelaki dan perempuan terhadap bidang yang ingin diceburi boleh menjejaskan peluang pendidikan seseorang. Contoh yang dapat saya berikan di sini adalah sesuatu yang sudah saban kali kita dengar iaitu golongan lelaki sesuai untuk menceburi bidang teknologi, pembuatan, pemasangan dan bidang-bidang ini pula tidak begitu memerlukan pencapaian akedemik yang tinggi. Manakala bagi golongan perempuan pula, setinggi mana pun pelajaran yang diperoleh akhirnya masih ke dapur juga. Seterusnya saya sangat tertarik untuk memetik satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Dr. Sia Mei Lee dari Universiti Sains Malaysia yang mana terdapat tanggapan masyarakat yang mengatakan bahawa pelajar lelaki adalah kurang bersifat akademik serta kurang menerima sokongan sosial dan bimbingan yang

sewajarnya untuk menjadi pelajara cemerlang akademik dan ini dapat kita lihat menjejaskan peluang pendidikan pelajar lelaki tersebut. Selain itu, ketaksamaaan peluang pendidikan dari segi jantina di peringkat pengajian tinggi juga boleh berlaku atas persepsi masyarakat bahawa

keseimbangan jantina menjadi aspek utama pemilihan kemasukan pelajar ke institut pengajian tinggi dan bukannya kelayakan akademik yang dicapai. Pesepsi seperti ini sangat dapat menjejaskan peluang pendidikan yang mana pelajar berputus asa sebelum mencuba terutama bagi golongan wanita. Jadi saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa faktor persepsi masyarakat sememangnya menyumbang kepada ketaksamaan peluang pendidikan dari segi jantina terutama di institut pengajian tinggi. SOALAN 2: (Panel 4) Bercakap tentang isu gender dan peluang pendidikan di Malaysia pada masa kini, masyarakat umum mungkin menyedari bahawa pendidikan sangat penting sebagai jaminan masa hadapan. Tetapi bagaimana pula dengan pihak keluarga? Adakah faktor keluarga dan latar belakang seseorang individu itu memainkan peranan dalam isu ini atau mungkin juga bagi sesetengah keluarga anak perempuan tidak seharusnya mendapat pendidikan yang tinggi dengan alasan alih-alih ke dapur juga. Jadi apa pandangan Tuan Liow Wen Jie berkenaan isu ini? Terima kasih Saudari Pengerusi atas soalan yang saya kira cukup menarik jika nak dikupaskan. Berbalik kepada soalan saudari Pengerusi sebentar tadi, faktor keluarga sesungguhnya memainkan peranan yang sangat besar dalam isu ini. Mengapa saya katakan begitu adalah kerana keluarga mencorak cara pemikiran dan cara hidup seseorang individu itu. Seperti kata pepa tah Arab anakanak seperti kain putih, ibubapalah yang mencorakkannya. Jadi dalam konteks ini, anak-anak itu sendiri merujuk kepada siswa siswi pada masa kini manakala ibubapa semestinya merujuk kepada keluarga itu sendiri. Jadi bagaimana ibubapa atau keluarga itu mencorakkan pemikiran anak-anak, maka begitulah yang akan berlaku kepada tindak balas perlakuan yang mana keluarga menjadi cerminan kepada cara fikir dan tingkah laku anak-anak itu tadi.

Tidak dapat saya nafikan, dalam dunia teknologi yang serba canggih ini, anak-anak kita pada masa kini tidak lagi terikat dengan mentaliti keluarga kerana anak-anak pada masa kini lebih terbuka dan terdedah kepada kepentingan ilmu dalam kehidupan. Jadi di sini tidak timbul isu keluarga mempengaruhi keinginan anak-anak untuk belajar. Seperti kata pengerusi sebentar tadi, anak perempuan selalu dinafikan hak mereka dalam mendapat peluang pendidikan. Namun, dalam dunia serba maju hari ini, saya kira anak perempuan dan anak lelaki mendapat layanan yang sama rata. Persepsi bahawa anak perempuan tidak berupaya mencapai pencapaian yang cemerlang dan hanya layak duduk diceruk dapur merupakan andaian lapuk dan tidak dapat diterima akal. Buktinya, banyak kejayaan-kejayaan pelajar di peringkat peperiksaan nasional dimonopoli oleh pelajar perempuan. Jadi disini ingin saya tekankan bahawa keluarga boleh memainkan peranan dalam mempengaruhi peluang anak-anak mendapat pendidikan, namun, anak-anak juga harus diberi peluang dalam mendapat pendidikan yang sewajarnya. Sekian terima kasih. PENGERUSI FORUM: Terima kasih diucapkan kepada Tuan Liow Wen Jie atas pandangan yang saya kira cukup bernas dan jitu sebentar tadi. Seterusnya, saya ingin tujukan soalan berikut kepada Tuan See Wee San SOALAN 3: (Panel 2) Tuan, jika kita lihat fenomena yang berlaku dewasa ini, pelajar perempuan ternyata memonopoli tempat di IPT berbanding pelajar lelaki. Dengan keputusan akademik yang cemerlang, tidak hairanlah pelajar perempuan boleh menguasai tempat di IPT. Jadi, adakah faktor pencapaian akademik pelajar perempuan yang cemerlang tadi menyumbang kepada lambakan pelajar perempuan di IPT dan bagaimana pula dengan kedudukan pelajar lelaki di Institusi Pengajian Tinggi sekarang?

Terima kasih saya ucapkan kepada saudari pengerusi majlis, pertama sekali sekali, Selamat sejahtera saya ucapkan kepada penonton yang berada di studia dan juga di rumah. Merujuk kepada isu yang kita bincangkan ini iaitu faktor yang mendorong kepada ketaksamaan peluang pendidikan jantina bagi kemasukan ke IPTA, jika kita lihat kepada situasi Negara kita sekarang yang aman serta makmur ini, seharusnya isu ketaksamaan peluang pendidikan bagi jantina seharusnya tidak berlaku dan tidak seharusnya wujud kerana wanita dan lelaki pada zaman sekarang, sudah duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi. Malangnya perkara ini masih juga berlaku, pada pendapat saya ini mungkin disebabkan oleh pencapaian akademik itu sendiri yang mendorong kepada situasi di mana peluang untuk kemasukan ke universitiuniversiti yang ada ini memihak kepada jantina tertentu sahaja. Jika kita imbas kembali rekod Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2013 contohnya, statistik menunjukkan yang hanya kira-kira 30 peratus sahaja pelajar lelaki yang diterima masuk melalui Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) memperoleh CGPA 3.0 dan ke atas, manakala bagi pelajar wanita pula hampir 70 peratus. Daripada data ini dapatlah kita bandingkan bahawa tahap akademik wanita dan lelaki perbezaannya agak jauh dan perkara ini membuatkan universiti-universiti ini mengambil langkah dengan bersikap lebih terbuka kepada kaum lelaki dengan menutup sebelah mata kepada kemasukan pelajar lelaki ke kursus-kursus yang memerlukan banyak tenaga lelaki seperti kejuruteraan, manakala untuk kemasukan pelajar wanita pula terpaksa diketatkan. Walaupun perkara ini dilihat tidak adil, serta ketara berat sebelah, namun ianya masih perlu dilakukan untuk menyeimbangkan populasi satu-satu kursus itu. Hal ini menyebabkan wanita pada zaman kini lebih kompetitif dan berusaha dengan lebih keras untuk memasuki kursus yang diingini, manakala kaum adam ini pula akan kurang berusaha serta tidak menggunakan potensi diri dengan semaksimum mungkin. PENGERUSI FORUM: Terima kasih diucapkan kepada Tuan See. SOALAN 4: (Panel 3)

Sebenarnya, ketidakseimbangan gender di IPT boleh juga dikaitkan dengan kursus-kursus yand ditawarkan. Kalau dilihat secara kasar, bidang pendidikan banyak diceburi oleh wanita manakala bidang kejuruteraan dan teknikal banyak dimonopoli oleh kaum lelaki. Persoalannnya, adakah kursus-kursus yang ditawarkan di IPT sekarang boleh dijadikan faktor gender bias ini ataukah keupayaan pelajar yang menjadi ukuran? Bagaimana pula halnya dengan pasaran kerja? Dipersilakan Puan Go See Yee untuk memperkatakan isu ini. Pada pandangan saya , yang menjadi masalah atau punca ketaksamaan peluang pendidikan dari segi jantina yang berlaku di Institut Pendidikan Tinggi(IPT) sekarang ada hubung kaitnya dengan kos atau kursus yang ditawarkan di IPT itu sendiri.

Jika kita lihat sekarang atau pun suatu masa dahulu, majoriti atau kebanyakan penuntut yang memenuhi IPT adalah dari golongan wanita, dan golongan lelaki hanyalah segelintir sahaja. Keadaan ini berpunca dengan kursus yang diambil. Sebagai contoh, banyak kursus yang lebih mengutamakan wanita, seperti undang-undang, rekaan fesyen, pendidikan, perubatan, jahitan, dan sebagainya. Sedangkan kursus untuk golongan lelaki hanyalah sedikit, dan yang paling popular adalah kejuruteraan dan dan IT.

Kemasukan pelajar ke IPT adalah tidak seimbang dari sudut kursus serta kekosongannya. Saya berasakan tindakan ini agak berat sebelah. Manakala bidang masakan pula kebanyakkannya adalah dari golongan wanita. Jika kita lihat sekarang, bidang yang dimonopoli oleh kaum lelaki iaitu kejuruteraan, walaupun ada segelintirnya adalah wanita, namun begitu pemilihan dan kepercayaan dari segi peluang telah diberi kepada kaum adam. Dari sini kita dapat lihat bahawa ketaksamaan peluang pendidikan di IPT memang wujud sejak dulu lagi dan pada saya pemikiran sebegini harus diubah.

PENGERUSI FORUM: Terima kasih diucapkan kepada Puan Go atas penerangan yang diberikan.

Para penonton sekalian,

IMPLIKASI SOALAN 1: (Panel 1) Tadi kita telah melihat faktor-faktor yang menyumbang kepada ketaksamaan peluang pendidikan dari aspek jantina. Ada yang mengatakakan faktor keluarga, pencapaian akademik pelajar yang cemerlang dan persepsi masyarakat yang menjadi punca kepada permasalahan ini. Jadi sekarang kita hendaklah melihat sejauh mana ketidaksamaan jantina di universiti-universiti tempatan memberi kesan terhadap diri individu itu sendiri. Jadi Puan Wong, sebagai seorang kaunselor yang semestinya banyak terlibat dalam

permasalahan pelajar, bagaimanakah isu gender ini boleh mempengaruhi pencapaian dan prestasi seseorang individu itu? Apabila kita melihat implikasi isu ini kepada individu itu sendiri,menurut pengalaman saya, ketaksamaan peluang pendidikan ini secara tidak langsung dapat menjejaskan peluang pelajar untuk meningkatkan pengetahuan, taraf hidup dan sebagainya. Namun, apa yang saya ingin sentuh berdasarkan kepada implikasi terhadap individu ini, saya sebenarnya lebih melihat kesan tersebut dari aspek motivasi individu untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik yang mana iai mungkin berkurangan dan mungkin juga bertambah bergantung kepada bagaimana individu tersebut menerima isu ini. Implikasi ini ingin saya tegaskan para hadirin sekalian, boleh dilihat dari kedua-dua sudut positif dan negatif. Sebagai contoh, jika dilihat dari sudut yang negatif, golongan lelaki akan mudah berasa rendah diri dengan kelayakan atau pencapaian akademik yang mereka peroleh manakala golongan wanita pula mudah berputus asa dengan peluang yang tidak setimpal dengan usaha yang mereka lakukan. Ini berbeza pula jika dilihat dari sudut yang positif yang mana golongan lelaki mungkin akan merasa tercabar dan berusaha dengan lebih gigih untuk memajukan diri manakala golongan wanita pula akan cuba untuk meningkat usaha mereka dalam bersaing untuk menempatkan diri dalam bidang yang ingin mereka ceburi.

SOALAN 2: (Panel 2) Sebentar tadi Puan Wong ada mengatakan bahawa faktor keluarga sedikit sebanyak memberi kesan terhadap masalah ini. Jadi, pandangan Tuan See sendiri bagaimana? Bagaimanakah isu ketidaksamaan jantina ini boleh memberi kesan terhadap sesebuah keluarga dan institusi masyarakat itu sendiri? Dipersilakan. Terima kasih atas soalan tadi, pada pendapat saya, implikasi atau impak terbesar yang mungkin berlaku sekiranya perkara ini berterusan terjadi dari aspek keluarga dapat kita kupas dari dua aspek iaiti negatif serta positif. Keburukannya, atau dari aspek negatifnya adalah keluarga mungkin akan mendesak supaya anak-anak perempuan mereka supaya tidak meneruskan pengajian di peringkat IPT kerana saingan yang terlalu tinggi serta dan mereka akan memberi keutamaan yang lebih kepada kaum lelaki shaja untuk meneruskan pengajian ke Universiti. Alasannya di sini adalah, dengan keputusan yang minima sahaja, pelajar lelaki dapat menempatkan diri di Pusat-pusat pengajian tinggi ini, berbanding pelajar wanita yang lebih demand. Perkara ini berkemungkinan besar berlaku terutamanya di kawasan-kawasan pedalaman yang mana kepentingan pendidikan itu tidak diterapkan secara serius, serta kekecewaan yang di alami jikalau anak perempuan mereka yang memperoleh keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan tidak diterima masuk ke manamana universiti lebuh mendalam. Hal ini akan menyebabkan peluang bagi anakanak yang lain untuk mendapatkan peluang pendidikan yang sama akan turut terjejas, terutama bagi anak perempuan. Manakala jika kita tinjau dari aspek positifnya pula adalah, keluarga akan menumpukan lebih perhatian kepada anak-anak perempuan mereka dengan memberikan motivasi serta sering mengingatkan anak-anak perempuan ini supaya berusaha dengan lebih keras jika mahu memasuki ke kursus yang diminati atas dasar saingan yang lebih sengit dan akan menghalakan anak-anak perempuan ini untuk mereka untuk berusaha ke arah itu. SOALAN 3: (Panel 3)

Jika kita lihat dari sudut realitinya, relatif gaji wanita dikebanyakan sektor pekerjaan dilihat lebih tinggi berbanding lelaki. Pernah suatu ketika dahulu, timbul isu di mana lelaki hari ini takut untuk meminang wanita dengan alasan segala-galanya yang tinggi. Gaji yang tinggi, hantaran nya tinggi, lulusannya juga tinggi. Jadi bagaimana Puan Go menilai isu ini serta kesannya terhadap masyarakat? Kebanyakan masyarakat zaman dahulu sangat menitikberatkan soal jodoh anak mereka, dari segi kelulusan, pangkat, harta dan seganainya. Keadaan ini amat berbeza dengan masyarakat kita sekarang, di mana ibi bapa lebih gemar memberi peluang anak-anak mereka memilih sendiri pasangan hidup. Namun begitu pemikiran sebegini ada baik buruknya. Berbalik kepada soalan pengerusi majlis sebentar tadi, ramai jejaka atau kaum lelaki takut hendak meminang atau menyunting perempuan yang lebih berharta atau lebih bekerjaya, kerana takut hantaran tinggi dan sebagainya. Pada saya itu tidak menjadi masalah. Saya suka menegaskan dan menasihati anak-anak sekarang, bahawa sebagai lelaki, mereka yang bakal memikul tanggungjawab sebagai ketua, seharusnya mereka lebih yakin dan berani. Tidak seharusnya ada dalam kamus hidup mereka takut untuk menyunting wanita yang jauh lebih berharta. Ini kerana setiap ciptaan Tuhan itu adalah sama, Cuma yang membezakan anta mereka adalah amalan-amalan mereka. Jadi tidak wujud persaan sebegini. Jadi di sini saya ada tips untuk para pria di luar sana supaya tampil lebih berani. Pertama sekali sebagai seorang lelaki, mereka perlu ada keyakinan yang tinggi. Sikap ini saya rasakan mesti ada pada setiap orang orang dan kepada kaum lelaki, mereka perlu ada keyakinan diri yang tinggi dalam mempersenbahkan diri mereka terutama sekali dalam memikat dan mengambil hati wanita. Sekalipun mereka hanyalah pekerja biasa yang tidak berkedudukan dan hanya meraih gaji yang sedikit, itu tidak menjadi masalah asalkan mereka mampu meyakinkan pasangan yang mereka mampu membahagiakan pasangan dan ada jaminannya, itu sudah mencukupi. Jadi begitulah pandangan saya dan saya rasa sudah menjawab soalan pengerusi majlis dan berharap apa yang saya sampaikan sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang di luar sana.

SOALAN 4: (Panel 4)

Isu kuota di IPT-IPT tempatan dilihat seolah-olah tidak mengiktiraf pencapaian wanita. Ada wanita yang mempunyai pencapaian akademik yang tinggi tetapi dinafikan haknya dengan alasan untuk memenuhi kuota. Bagi lelaki pula mereka seolah-olah tidak diberi peluang oleh pihak majikan untuk

membuktikan keupayaan diri dalam bidang pekerjaan dengan alasan tiada pencapaian akademik yang tinggi. Jadi bagaimana isu ini boleh memberi impak kepada perkembangan ekonomi khasnya untuk kesa jangka panjang. Terima kasih diucapkan sekali lagi kepada Tuan Pengerusi, ahli-ahli panel dan juga para penonton sekalian. Isu gender bias ini jika dibincangkan pasti tidak akan habishabis kerana manusia pada asasnya dijadikan tidak sempurna, punya kekurangan dan kelemahan. Seperti mana siang dan malam, bulan dan bintang, Tuhan menjadikan semua manusia itu berpasang-pasang serta saling melengkapi antara satu sama lain. Begitu juga dalam hal-hal pendidikan. Sepertimana yang telah di jelaskan oleh panel-panel hakim kita tentang sektor-sektor pekerjaan misalnya, ada sektor yang dimonopoli oleh kaum wanita dan ada pula sektor-sektor tertentu dimonopolikan oleh kaum lelaki. Secara fitrahnya, manusia ini saling melengkapi dan tidak boleh dan tidak mampu seseorang individu itu hidup dengan sendirinya. Jadi berbalik kepada isu yang sedang kita bincang ini, bagaimana isu ketaksamaan gender ini boleh memberi kesan terhadap ketidakseimbangan ekonomi. Saya melihat isu ini dari dua sudut. Yang pertama, dengan bertambahnya bilangan wanita di IPT tempatan, maka bilangan wanita cerdik pandai semakin bertambah di negara ini. Dengan bertambahnya bilangan wanita yang cerdik pandai maka harga diri dan nilai wanita itu sendiri semakin tinggi. Tambahan lagi, tenaga kerja manusia di negara ini turut meningkat dan ini secara tidak langsung memberi kesan terhadap sistem dan perkembangan ekonomi negara. Namun, tidak dapat dinafikan disebalik kejayaan-kejayaan ini, ada pula golongan yang semakin ketinggalan kebelakang iaitu lelaki. Siswa-siswa hari ini dilihat kurang berdaya saing serta mudah goyah dalam menghadapi cabaran semasa. Akibat daripada kekurangan tenaga guna manusia daripada pihak lelaki, maka negara akan menjadi kurang produktif dan hasilnya sistem ekonomi negara turut terjejas.

Dalam hal ini saya kira, lelaki mahupun wanita haruslah meletakkan usaha pada tahap tertinggi agar modal insan negara menjadi semakin bertambah dan bermutu. Sekian, terima kasih. PENGERUSI FORUM: Terima kasih diucapkan kepada semua panel-panel yang telah memberi idea-idea dan kupasan yang bernas berkenaan isu kita pada hari ini. Baiklah, nampaknya masa amat mencemburui kita. Apa pun, Suara Kampus akan terus bersiaran pada hari yang sama, waktu yang sama minggu hadapan. Salam hormat daripada saya. Jumpa lagi!

Anda mungkin juga menyukai