Anda di halaman 1dari 11

Pemerhatian anda Lisan merupakan satu daripada kemahiran yang penting dalam menjadi asas dalam pengajaran dan

pembelajaran bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam lisan terdapat dua aspek kemahiran kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur. Kanak-kanak mula menguasai bahasa dari apa yang didengar dan dialaminya. Dia akan cuba meniru serta menuturkannya berulang-ulang. Apabila seseorang bertutur, ia bukan hanya melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi juga melibatkan kemahiran mendengar. Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu mendengar dan bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorang itu perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini. Sebagai contoh, kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran akan mengalami masalah pertuturan juga. Malah bagi kes masalah pendengaran yang teruk (pekak), kanak-kanak tersebut tidak dapat bertutur langsung atau dikatakan sebagai bisu. Terdapat beberapa kemahiran yang tergolong dalam kemahiran lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan suara ), jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang dinamakan suprapenggalan ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan melibatkan perbezaan maksud atau makna. Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran. Manusia mencipta lambang-lambang pertuturan sebelum mencipta lambang-lambang tulisan. Dengan ini kita harus mengutamakan gerak kerja lisan sebelum mengajar kanak-kanak membaca dan menulis. Perkembangan bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak mula mendengar, mengajuk dan seterusnya bercakap. Apabila mereka sudah biasa dengan bahasa itu barulah diperkenalkan lambang-lambang tulisan supaya mudah mereka menginterpretasikan lambang-lambang pertuturan.

Kanak-kanak yang telah menguasai bahasa lisan akan mudah melahirkan perasaan dan mengeluarkan pendapat atau buah fikiran. Dengan itu mereka akan lebih berani, sikap dan rajin bergaul dengan kanak-kanak lain. Pengajaran lisan kepada kanak-kanak bukanlah perkara yang mudah dan boleh dianggap remeh. Walaupun kemahiran lisan adalah kemahiran yang paling awal dikuasai kanak-kanak, namun mereka tetap memerlukan pembelajaran lisan yang tersusun dan terancang supaya kemahiran lisan yang sedia ada itu dapat dikembangkan dan dimantapkan lagi. Seseorang itu mungkin petah berkata-kata tetapi gagal menggunakan kemahiran itu pada situasi tertentu dengan baik. Seorang guru yang hendak mengajar kemahiran lisan kepada muridnya perlumempunyai strategi pengajaran yang jelas . Guru perlu jelas apakah pendekatan yang hendak diambilnya, apakah kaedah yang sesuai digunakan untuk tajuk dan pada situasi tertentu, dan akhirnya apakah teknik pengajaran yang sesuai dengan pendekatan dan kaedah yang telah dipilih. Dari situlah dipilih aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan muridnya. Dalam bidang pedagogi bahasa, pendekatan bersifat abstrak, dan falsafah yang berkaitan dengan pendekatan itu bersifat teoritis. Kekuatan sesuatu pendekatan itu hanya dapat dinilai setelah dilaksanakan, misalnya di dalam bilik darjah (Abd. Aziz Talib, 2000).Terdapat pelbagai kaedah bagi memeprkembangkan kemahiran lisan ini.

Kaedah Pengajaran Kaedah adalah cara yang digunakan dalam sesuatu proses pengajaran. Kaedah merujuk kepada cara mengajar yang disusun dan dilaksanakan untuk mengajar sesuatu kemahiran bahasa kepada pelajar di dalam bilik darjah. Kaedah yang digunakan adalah untuk menyokong pendekatan pengajaran yang dipilih oleh guru (Abd. Aziz Abd.Talib, 2000). Terdapat berbagai-bagai kaedah pengajaran bahasa yang dapat diaplikasikan untuk pengajaran lisan. Modul ini hanya membicarakan tentang kaedah secara sepintas lalu dan tidak akan membicarakan setiap kaedah secara terperinci.

Antara kaedah yang sesuai digunakan dalam mengajar bahasa adalah seperti Kaedah tatabahasa terjemahan, Kaedah Terus, Kaedah askar/tentera, Kaedah nahu terjemahan, dan sebagainya.

Kaedah Terus Kaedah ini dikemukakan oleh Berlitz. Murid mendengar,meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengarisehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman

dalamberbahasa. Langkah-langkah pengajaran adalah seperti berikut iaitu guru memainkan rakaman perbualan mudah harian seperti perbualan membeli-belah. Murid dilatih untuk berbual dengan dialog perbualan yangdiberi. Teknik latih tubi digunakan untuk memastikan murid dapat menguasai sebutan dan intonasi dalam perbualan tersebut.

Kaedah Fonetik Kaedah fonetik ini serupa dengan kaedah terus kerana mementingkan penggunaan bahasa dalam konteksnya daripada keperluan menghafaz rumus-rumus bahasa ataupun menghuraikan ayat-ayat secara pencilan. Sehubungan dengannya, guru terlebih dahulu, perlu memastikan penggunaan latih tubi unsur-unsur bahasa dalam aktiviti bertutur itu dikuasai sebaik-baiknya oleh murid sebelum mereka dibenarkan membaca bahan dalam konteks bahasa yang dipelajari itu. Bahanbahan yang digunakan dalam pengajaran dipilih dan disusun mengikut prinsip-prinsip yang terdapat dalam ilmu linguistik. Justeru, ketika memilih perkataan, kaedah ini mendahulukan perkataan yang hampir-hampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa yang dibandingkan itu: coffee kopi school - sekolah radio - radio bicycle - basikal biscuit - biskut Manakala pemilihan ayat-ayat pula dilakukan berdasarkan bentuk yang sama juga. Subjek ,Kata kerja,Objek

Dengan demikian murid boleh memahami dan bertutur dalam bahasa sasaran dengan menggunakan sebutan yang baik. Guru bolehlah merancang pengajarannya seperti berikut: (a) Guru menyebut bunyi perkataan-perkataan dalam bahasa sasaran; (b) Murid dilatih tubi menyebut bunyi-bunyi tersebut; (c) Guru memberi contoh-contoh struktur ayat atau unsur-unsur tatabahasa; dan (d) Murid membuat kesimpulan berdasarkan contoh-contoh yang diberi oleh guru.

Kaedah Audio-Lingual Kaedah ini diperkenalkan oleh Mohd Yasin (1980) yang mengutamakan dialog sebagai alat menerangkan sesuatu bahasa dan memberi penekanan kepada teknik ulangan agar menjadi suatu habit. Kaedah ini juga menerapkan penggunaan peralatan mengajar seperti benda-benda maujud, gambar dansebagainya. Langkah-langkah pengajaran Kaedah Audio-Lingual:i. Murid

mendengar rakaman dialogii. Murid meniru dan menghafal dialog tersebut. Kaedah oral-aural atau kaedah dengar tutur ini menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Kaedah ini bermula dengan sebutan lisan.Dialog dianggap realistik dan ia dilatih tubi secara berulang kali. Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistik dengan memberi perhatian kepada intonasinya yang betul. Perkara yang menjadi objektif bagi kaedah ini ialah sebutan penutur jati bahasa itu. Bahan pita rakaman boleh digunakan sepenuhnya ,lebih lebih lagi jika gurunya bukan penutur jati bahasa yang diajar itu. Alat pandang dengar digunakan dengan luasnya. Latih tubi semuanya dibentuk dalam situasi yang realistik, disertai dengan bahan pandang dengar yang lengkap. Latihan menyebut dan membaca bahan dikawal oleh bahan yang telah sisusun rapi.Sistem tatabahasa yang diberi kepada pelajar diperkenalkan secara induktif dan dengan pemeringkatan yang teratur. Perbendaharaan kata misalnya diberi sedikit demi sedikit pada awalnya dan selalunya dalam konteks yang bermakna. Kata-kata yang diberi itu aalah berdasarkan bukan sahaja frekuensi tetapi juga kepada gunanya.

Setelah pelajar menguasai bacaan, latihan diteruskan pula kepada aktiviti menulis. Mula-mula latihan menulis ini dikawal oleh bahan-bahan yang telah dipelajari , dan hanya selepas itu baharulah latihan menulis bebas dibenarkan. Objektif pengajaran bahasa mengikut kaedah ini adalah untuk membolehkan pelajar

memperkembangkan keempat-empat kemahiran bahasa , iaiitu : mendengar , bertutur,membaca dan menulis. Tetapi dalam hal ini , mendengar dan bertutur diberi keutamaan. Kemahirankemahiran ini kemudiannya dijadikan asas untuk pembelajaran bacaan dan tulisan. Kaedah ini juga membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa. Kaedah Komunikatif merupakan kaedah dalam kemahiran lisan. Kaedah ini berasaskan teori interaksi .Penganjur kaedah ini berpegang kepada beberapa prinsip penajaran bahasa pertama, pengajaran bahasa mestilah berpandukan proses perolehan bahasa kanak-kanak.Oleh sebab proses pemerolehan bahasa kanak kanak melibatkan proses kognitif dan proses interaksi

bahasa,maka pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa ( tatabahasa ) serta kecekapan komunikatif ( ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaan ) Dalam pengajaran kemahiran lisan, matlamat akhir yang ingin dicapai oleh pelajar ialah supaya mereka boleh menggunakan bahasa untuk berkomunikasi. Dengan kata lain pelajar-pelajar boleh menggunakan bahasa untuk berhubung dengan pihak lain dalam berbagai-bagai situasi. Pendekatan komunikatif tidak mementingkan penguasaan bahasa secara pencilan tetapi pendekatan ini menitikberatkan penguasaan pelajar dalam kecekapan berkomunikasi iaitu cekap menyuarakan isi hati dan fikiran sendiri dengan menggunakan kecekapan nahu (tatabahasa), sosiobudaya dan kognitif pelajar itu sendiri. Munby (dlm Juriah Long:1980), menyatakan bahawa kecekapan nahu ialah cekap dalam menggunakan bentuk-bentuk bahasa seperti penggunaaan kosa kata, bentuk kata, ayat, semantik dan fonologi. Kecekapan komunikasi melibatkan kecekapan sosiobudaya iaitu pengetahuan dan kemahiran bahasa yang berkait rapat dengan latar dan persekitaran sosial pertuturan itu dilakukan. Tegasnya, kecekapan nahu dan kecekapan sosiobudaya berkait rapat dan tidak boleh dipinggirkan. Individu yang berkomunikasi tanpa pengetahuan sosiobudaya dan latar budaya dianggap tidak berbudaya (kurang adab) dan tidak tahu berbahasa.

Kaedah penilaian Kemahiran lisan boleh dinilai melalui aktiviti seperti yang bacaan kuat , syarahan , perbahasan , bercerita , perbincangan , hafazan , temu bual , soal jawab, nyanyian , deklamasi sajak, mendengar dan memberi respon secara lisan. Mengesan kemajuan dan pencapaian murid dalam kemahiran mendengar dan bertutur secara gramatis. Tujuan penilaian dijalan adalah untuk mendapat maklumat serta-merta tentang pengetahuan dan kefahaman murid. ,mengesan kebolehan murid dalam kemahiran membaca dan menghafaz., mengesan kelancaran dalam sebutan. dan mengesan amalan dan sikap murid secara serta merta.

TEMUBUAL Soalan : Guru A: Apa yang anda faam maksud kemahiran Lisanatau Kemahiran Bertutur Lisan adalah pertuturan atau percakapan. Apabila seseorang bertutur, ia bukanhanya melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi juga melibatkan kemahiranmendengar. Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu mendengar dan bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorang itu perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini. Guru B Kemahiran lisan terdiri daripada dua aspek penting iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan, kanak-kanak perlulah menguasai kedua-dua aspek ini dengan baik terlebih dahulu. Kanak-kanak yang mahir dalam bahasa lisan akan dapat melahirkan perasaan dan pendapat dengan baik, dan akan lebih yakin untuk berinteraksi dengan orang lain dalam apa jua situasi. Guru C: Bertutur merupakan satu cara berkomunikasi yang kompleks dan melibatkan proses mental yang menggerakkan alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna. Di samping penghasilan bunyi bahasa, seseorang itu akan menggunakan unsur-unsur prosodi dan cara paralinguistik semasa bertutur bagi menguatkan maksud pertuturan. Unsur prosodi ialah intonasi, nada, tekanan, sebutan dan jeda. Manakala unsur para linguistik ialah bahasa isyarat dan pergerakan badan.

Soalan

Kemahiran Lisan memerlukan kaedah-kaedah tertentu untuk diajar. Biasanya kaedah manakah yang Cikgu gunakan?

Cikgu B:

Banyak kaedah dalam mengajar kkemahiran lisan ini Salah sattunya adalah Kaedah Pandang dan Sebut. Kaedah seluruh perkataan. Ianya diimulakan dengan memperkenalkan perkataan dan bukannya huruf atau suku kata . Aktiviti utama memandang dan menyebut. Murid aakan melihat gambar objek yang terdapat pada bahan bantu belajar kemudian menyebut perkataan pada bahan yang

ditunjukkan. Kaedah ini mementingkan dua perkara; i) Membunyikan perkataan atau rangkai kata berdasarkan pengalaman melalui gambar ii) Cikgu C: Membunyikan ayat melalui gambar yang mempunyai cerita.

Saya lebih suka kepada kaedah Kaedah terus beranggapan bahawa murid-murid dapat mempelajari bahasa dengan cara mendengar pelbagai perbualan dalam bahasa sasaran dan kemudian melibatkan diri dalam perbualan tersebut. Hal ini berlaku sebagaimana kanak-kanak belajar bahasa ibunda mereka, iaitu dengan cara mendengar, meniru dan mengulangi perlakuan bahasa yang mereka dengari sehinggalah mereka dapat membentuk satu kelaziman dalam berbahasa. murid digalakkan memahami perkataan dan frasa yang sukar berdasarkan konteks penggunaan bahasa tersebut. Sekiranya murid gagal juga memahami perkataan dan frasa tersebut, guru akan menghuraikan makna dengan menggunakan bahasa sasaran, lukisan, lakaran, lakonan, gerak laku dan lain-lain. Aspek tatabahasa diajar melalui tunjuk cara dan contoh-contoh yang sesuai. Murid dilatih membuat kesimpulan terhadap bentuk-bentuk struktur yang dipelajari secara induktif.

Soalan:

Bagaimana pula dengan teknik yang digunakan dalam pengajaran kemahiran lisan ini.

Cikgu A:

Tekknik menyanyi merupaka teknik yang berkesan dalam pengajaran lisan. Sifat semula jadi kanak-kanak sangat suka mendengar nyanyian dan juga menyanyi. Bagi kanak-kanak, menyanyi dianggap sebagai satu bentuk aktiviti yang merehatkan dan menyeronokkan. Guru menggunakan teknik menyanyi ini untuk menarik minat murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas. Guru perlulah bijak memilih lagu yang hendak dinyanyikan oleh murid-murid iaitu lagu yang betul tatabahasa, dan perbendaharaan katanya. Selain itu guru boleh memilih rentak lagu yang diminati oleh murid-murid dan mencipta lirik baru dengan memasukkan perkataan-perkataan yang perlu murid kuasai sebutannya.

Cikgu C:

Teknik simulasi atau main peranan sesuai digunakan pada murid tahun 5 dan 6. Dalam teknik main peranan, murid melakonkan watak yang dipilih berdasarkan cerita atau situasi yang ditetapkan. Murid perlu faham akan peranan watak itu dan menghayatinya lalu melakonkan aksi dan percakapan watak itu. Contoh situasi yang diberi boleh seperti berikut: Seorang murid telah terjumpa syiling dua puluh sen. Dia pergi berjumpa gurunya dan menyerahkan syiing itu kepada gurunya sambil memberitahu di mana amanah itu.

dia menjumpai syiling itu. Guru memuji sikapnya yang Soalan:

Bagaimanakah cikgu dapat mengetahui bahawa muird cikgu telah menguasai kemahiran lisan.

Cikgu B:

Penilaian kemahiran ini salah satunya melalui bacaan kuat Melalaui kaedah ini dapat dilihat kesalah murid dalam intonasi nada dan sebutan yang salah dalam bacaan. Secara tak langsung kesalahan-kesalahan ini dapat diperbetulkan dan kita boleh dapati sama ada seseorang murid itu menguasai kemahiran lisan dengan baik. Sekoalh ini terletak di luar Bandar, secara tidak langsung dialek kampong banyak mengusai diri murid dalam percakapan seharian. Melalui kemahiran bacaan ini dapat diperbetulkan.

Soalan: Cikgu A:

Soalan terakahir apakah faktor-faktor yang mempengaruhi bertutur? Terdapat banyak factor yang mempengaruhi kemahiran bertutur atau lisan. Faktor Kecerdasan Ini berkaitan dengan kecerdasan otak yang dihubungkan dengan kemampuan menghasilkan bahasa. Faktor Kesihatan seseorang kanak-kanak itu mendapat sakit berlanjutan di masa kecil, penguasaan bahasa mereka akan terganggu. Biasanya kanak-kanak yang lemah dan sakit tidak mempunyai kekuatan untuk berfikir dan bercakap.

Cikgu B:

Faktor Fizikal juga mempengaruhi pertuturan biasanya terhasil daripada organorgan vokal manusia. Jika secara fizikalnya didapati organ-organ ini rosak atau tidak lagi berfungsi maka sudah pasti kanak-kanak itu tidakboleh bertutur dengan baikdan yang terakhir faktor Alam Sekeliling yang biasanya faktor taraf sosioekonomi dan perhubungan keluarga boleh mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak.

Rujukan Asmah Haji Omar (2007), Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan Media, Dewan Bahasa dan Pustaka: K. Lumpur

Juriah Long et.al (1990), Perkaedahan Pengajaran Bahasa Malaysia, Fajar Bakti: P.Jaya Selangor

Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan Tiga(2007), Kementerian Pelajaran Malaysia (DBP)K.Lumpur

_______________(2003) Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Tiga, PusatPerkembangan Kurikulum: K.Lumpur

Mohd Azhar et.al (2006), Permainan Kreatif, PTS Profesional, Selangor Dicatat oleh MBI di 6:11 PG

Anda mungkin juga menyukai