Anda di halaman 1dari 4

Kekuatan dan Kelemahan Taksonomi Bloom Versi Baru. Taksonomi Bloom versi baru mempunyai beberapa kekuatan.

Ia memperbaiki beberapa kelemahan dalam Taksonomi Bloom versi lama. Antaranya ialah Taksonomi Bloom versi baru membezakan antara "tahu tentang sesuatu (knowing what), isi dari pemikirannya itu sendiri, dan "tahu tentang bagaimana melakukannya" (knowing how), sebagaimana prosedur yang digunakan dalam menyelesaikan masalah. Menurut taksonomi tersebut dimensi pengetahuan adalah "tahu tentang sesuatu", yang memiliki empat kategori, iaitu: faktual, konseptual, prosedural dan metakognitif. Pengetahuan yang bersifat faktual melibatkan bahagian-bahagian terkecil yang terpisah-pisah dari informasi, sebagaimana definisi kosakata dan pengetahuan tentang hal-hal khusus yang terperinci. Pengetahuan yang bersifat konseptual pula terdiri dari berbagai sistem informasi, seperti bermacam-macam klasifikasi dan kategori. Pengetahuan yang bersifat prosedural pula termasuk algoritma, heuristics atau aturan baku, teknik dan metode, sebagaimana pengetahuan tentang bagaimana kita harus menggunakan berbagai prosedur tersebut. Pengetahuan yang bersifat metakognitif pula menggerakkan kepada pengetahuan atas proses-proses berfikir dan informasi tentang bagaimana memanipulasi proses-proses tersebut secara efektif. Dalam Taksonom Bloom versi baru, Dimensi Proses Kognitif yang telah diperbaiki daripada Taksonomi Bloom versi lama mempunyai enam proses iaitu dari yang paling sederhana hingga yang paling rumit iaitu Mengingat, Memahami, Menerapkan, Menganalisis, Mengevaluasi dan Menciptakan. Proses mengingat (remembering) adalah mengingati kembali (recall) informasi yang sesuai dari ingatan jangka panjang. Proses memahami (understanding) pula adalah kemampuan untuk memahami secara mendalam dari bahan pendidikan, seperti bahan bacaan dan penjelasan guru. Kecekapan turunan (subskill) dari proses ini melibatkan kemahiran memahami, mencontohkan, membuat klasfikasi, meringkas, menyimpulkan, membandingkan, dan menjelaskan. Proses ketiga iaitu menerapkan (applying), melibatkan kepada penggunaan sebuah prosedur yang telah dipelajari baik dalam situasi yang telah dikenal mahupun pada situasi yang baru. Proses berikutnya adalah menganalisis (analyzing), terdiri dari memecah pengetahuan menjadi bahagian-bahagian kecil dan memikirkan bagaimana bahagian-bahagian tersebut berhubungan dengan struktur keseluruhan. Menciptakan ialah proses yang tidak terdapat dalam Taksonomi Bloom versi lama. Proses ini adalah komponen tertinggi dalam Taksonomi Bloom versi baru ini. Kecekapan ini melibatkan usaha untuk meletakkan berbagai perkara secara bersama untuk menghasilkan suatu pengetahuan baru. Sesuai dengan taksonomi ini, setiap tingkat dari pengetahuan dapat berhubungan dengan setiap tingkat dari proses kognitif sehingga seorang pelajar dapat mengingat pengetahuan yang bersifat faktual atau prosedural, memahami pengetahuan yang bersifat konseptual atau metakognitif, atau menganalisis pengetahuan metakognitif atau faktual. Kesimpulannya, jelas di sini bahawa Taksonomi Bloom versi baru wujud kerana keinginan untuk memperbaiki beberapa kelemahan yang terdapat dalam Taksonomi Bloom versi lama. Tiada kelemahan yang dapat dilihat dalam Taksonomi Bloom versi baru ini untuk dikritik berbanding dengan Taksonomi Bloom versi lama kerana kewujudannya juga adalah kerana ingin memperbaiki kelemahan dalam Taksonomi Bloom versi lama. Taksonomi Bloom versi baru tersebut wujud sejajar dengan transformasi yang berlaku dalam pendidikan abad ke-21 ini.

Perbandingan Taksonomi Bloom dengan Taksonomi SOLO Terdapat beberapa perbezaan di antara Taksonomi Bloom dengan Taksonomi SOLO berdasarkan kesesuaian penggunaannya semasa membina item. Aspek pertama ialah Taksonomi Bloom terdiri daripada enam peringkat iaitu: i. Pengetahuan: Murid mengingat kembali perkara khusus dan universal, mengingat semula kaedah dan proses atau mengingat semula sesuatu corak struktur atau latar belakang. ii. Kefahaman: Murid menggunakan bahan yang dikomunikasikan tanpa perlu menghubungkannya dengann bahan lain. iii. Aplikasi. Murid menggunakan apa yang telah dipelajari dalam satu situasi baru yang khusus dan konkrit. iv. Analisis: Pemecahan sesuatu perkara kepada bahagian-bahagian kecil agar persamaan dan perbezaan dapat menghuraikan dengan memberikan penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. v. Sintesis. Murid untuk menggabungkan unsur atau bahan supaya membentuk satu keseluruhan atau kesimpulan. Dengan ini satu pola atau struktur akan terbentuk akibat daripada unsur atau bahan yang digabungkan. vi. Penilaian: Murid akan menggunakan pertimbangan kualitatif dan kuantitatif mengenai nilai bahan dan kaedah spesifik untuk sesuatu kriteria yang telah ditetapkan. Taksonomi SOLO pula terdiri daripada lima peringkat iaitu: i. Prestructural: Murid menguasai sedikit maklumat tetapi tidak dapat menghubungkan maklumat-maklumat itu antara satu sama lain. Mereka tidak dapat mengorganisasi maklumat-maklumat itu sebagai satu maklumat yang bermakna. Pada peringkat ini kita tidak mengharapkan mereka berbuat demikian. Oleh itu kita tidak perlu menyoal lebih lanjut. ii. Unisructural: Murid boleh membuat pertalian mudah dan jelas antara beberapa maklumat yang diketahui (pertalian satu-satu) iii. Multistructural: Beberapa pertalian dapat dilakukan tetapi bukan yang berbentuk meta-pertalian antara maklumat-maklumat itu. iv. Relational: Murid dapat melihat beberapa maklumat yang berkaitan antara satu sama lain sehingga membentuk satu idea yang bermakna. v. Extended abstract: Murid boleh membuat pertalian antara beberapa maklumat sehingga membentuk idea lain di luar lingkungan maklumat, permasalahan dan persoalan yang dikuasai atau diterima. Mereka dapat merumus dan memindahkan hasil pembelajaran kepada satu situasi baru dalam bentuk meta-pertalian.

Soalan 1 : Taksonomi Bloom yang mula diperkenalkan kepada dunia pendidikan adalah dalam usaha untuk membantu para guru untuk mentadbir urus pembianaan item soalan. Prinsip pembinaapaian objektif item soalan ini dikelaskan atas prinsip iaitu ingin melihat pencapaian seseorang murid dalam memahami apa yang diajarkan oleh gurunya di dalam kelas (Abdullah, 1989). Berteraskan atas prinsip tekal dan logik dengan mengambil kira matlamat sebenar yang ingin dicapai sebaik sahaja sesuatu pengajaran itu selesai diajarkan. Bertitik tolak daripada prinsip mengenalkan daripada maujud kepada abstrak; senang kepada susah; akhirnya Bloom telah hadirkan enam elemen tata tingkat iaitu pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Atas prinsip inilah, para guru mula membina item soalan pengujian dengan mengambil kira domain kognitf murid-murid sebagai tunjang utama.Selain itu, domain afektif serta psikomotor juga adalah merupakan antara elemen yang membantu unsur-unsur pembinaan sesebuah item ujian. Dalam usaha untuk memjana kumpulan generasi yang sentiasa berfikiran tinggi dan berfikir di luar kotak, maka suatu ubah suai telah dilakukan oleh Lorin Anderson dan David Krathwol; maka wujudlah istilah mengingat, memahami. mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Kalau dulu tata tingkat teratas ialah penilaian tetapi buat masa ini pendidikan ingin melahirkan suatu generasi yang boleh mencipta dan bukan hanya sekadar sebagai pengguna sahaja. Pada pendapat saya, usaha yang dibuat oleh anak didik Bloom haruslah dipuji dengan memberi nafas baru kepada dapatan gurunya sejajar dengan kita para pendidik yang sekaran sedang berhadapan dengan Generasi Y. Sebagai mana yang kita sedia maklum, dalam kita menggubal kurikulum baru tempohari, perkara sebegini telah dijelmakan dalam Huraian Sukatan Pelajaran. Meletakkan tata tingkat Aras ! - 3 itu sebenarnya ingin menjelaskan kepada para pendidik bahawa hala tuju pengajaran kita bukanlah sekadar di luaran tetapi dalam usaha menyediakan suatu generasi yang boleh menggunakan ilmu yang didapati dan mencipta suatu yang baru., Melahirkan suatu kumpulan anak murid yang boleh mengekstrak pengetahuan yang diterima walaupun disimpan lama dalam minda. Membina suatu yang baru daripada yang dibaca, dilihat serta didengar dan dijelmakan dalam bentuk tulisan serta pelakuan.Kita sebenarnya telah mendedahkan murid-murid dengan pelbagai prosedur terutama muridmurid di sekolah menengah apabila kebanyakan acara di sekolah telah diswastakan oleh guru kepada mereka. Memenuhi kehendak prosedur dalam melaksanakan sesuatu program sebenarnya adalah salah satu strategi PdP yang kadang kala kita terapkan kepada murid-murid tanpa mereka sedari. Selain itu, ada pelbagai cara, teknik dan strategi PdP yang dilaksanakan oleh para guru yang menyediakan mereka kepada menjadi kumpulan pencipta terutama dalam bidang Sains. Kelahiran idea PBS itu sebenarnya adalah salah suatu usaha pihak KPM untuk melihat generasi lepasan sekolah kita adalah kumpulan yang berfikiran 'High Order Thinking Group' ; yang boleh mencipta kerja daripada mengharapkan kerja. Malangnya, kelemahan yang kita dapat daripada pengwujudan Taksonomi Bloom baru ini lebih bersifat sikap para guru kita terhadap suatu yang baru. Kita sering tertanya; adakah kita benar-benar bersedia dalam menjadikan 'nafas baru' ini sebagai realiti jika saban hari di dalam bilik guru kita lebih suka mencari keburukan suatu penemuan daripada berfikir bagaimana ingin menjadikan ia satu kenyataan. Soalan 2: Apabila kita ingin membanding bezakan antara Taksonomi Bloom dengan Taksonomi SOLO, kita mesti melihat apakah definisi Taksonomi SOLO itu sendiri. Kalau Taksonomi Bloom melihat objektif yang ingin dicapai, SOLO pula lebih kepada usaha untuk melahirkan item-item ujian yang berkualiti tinggi yang berteraskan hasil pembelajaran. Guru ingin melihat dan menguji murid-murid berdasarkan hasil pembelajaran anak muridnya.

Kita mahu melihat satu budaya daripada pertanyaan soalan yang bersifat kemahiran rendah kepada suatu taksonomi yang yang benar-benar berhirarki, dengan bersandarkan tahap kognitif murid yang berbeza-beza dalam sesebuah kelas. SOLO juga akan mencabar guru atau anak murid untuk bertanyakan soalan yang lebih mendalam sejajar dengan kognitif serta pengalaman sedia ada mereka. Daripada 6 peringkat yang diperkenalkan oleh Bloom, dalam Taksonomi SOLO; kita dapat melihat 5 peringkat iaitu : Prestructural (ada maklumat tetapi sedikit dan tidak dapat menghubungkan maklumat yang ada dalam diri mereka), Unistructural (boleh membuat pertalian antara maklumat tetapi setakat yang asas) Multistructural (keupayaan untuk menggabungkan pertalian maklumat semakin berkembang dan murid telah dapat menguasai beberapa perkara asas yang menjadi teras maklumat) Relational (murid telah menguasai dan boleh menggunakan pengetahuan sedia ada mereka dan dapat membina maklumat baru yang mempunyai makna dan memuaskan hati orang Extended abstract (tahap tertinggi yang memperlihatkan seseorang murid itu dapat menghasilkan idea yang lebih baik dan boleh dianggap sebagai pencipta daripada hasil mereka merumus serta memindahakan ilmu yang yang diperolehi daripada para guru).

Anda mungkin juga menyukai