Anda di halaman 1dari 3

1.1.

5 TeoriKonstruktivisme

Teori Konstruktivisime sebagai satu proses pembelajaran menerangkan bagaimana pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, IPG dan universiti.

Mengikut kefahaman konstruktivisme, ilmu pengetahuan di sekolah tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada murid dalam bentuk yang serba sempurna. Murid perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha murid itu sendiri dan guru tidak boleh belajar bagi pihak murid. Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan di sekolah ialah satu skema aktiviti mental yang digunakan oleh murid sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan pengabstrakan. Fikiran murid tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing dalam persekitaran. Realiti yang diketahui murid adalah realiti yang dia bina sendiri. Murid sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk struktur kognitif terhadap persekitaran mereka sendiri. Untuk membantu murid membina konsep atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada mereka. Apabila maklumat baru telah disesuai dan diserapkan menjadi sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah sesuatu bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. Proses ini dinamakan konstruktivisme. Beberapa ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada murid.

1.1 MENGAPLIKASI TEORI KONSTRUKTIVISME KE DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI.

Dalam Pendidikan Seni Visual, pelajar sememangnya digalakkan sentiasa mengembangkan idea utama kepada percambahan idea-idea baru agar dapat menghasilkan karya yang lebih kreatif, estetika dan berkualiti misalnya melalui kemahiran asas teori warna pelajar dapat melontarkan idea mereka dengan mengadun warna asas dengan warna sekunder bagi menghasilkan warna-warna baharu bertujuan diaplikasikan di dalam karya seni visual mereka.

Dalam pembelajaran pendidikan seni visual, guru boleh menjelaskan dan memperkenalkan warna dan pasangan warna iaitu warna yang bertindak positif dan negative. Dalam warna terdapat warna yang boleh mewujudkan suasana yang harmoni, kontra, sejuk, panas dan sebagainya.

Pelajar akan memperolehi maklumat, pembentukan konsep-konsep melalui pembelajaran konstruktif dan mereka juga mampu mengelas dan membandingkan warna-warna yang pelbagai misalnya, kombinasi warna hijau untuk latar dan putih untuk tulisan sesuai pada papan tanda tetapi kombinasi warna hijau dan merah tidak sesuai untuk papan tanda kerana ia bertindak negatif.

Apabila sudah menguasai pemahaman dan konsep asas ini pelajar akan dapat menghasilkan grafik atau lukisan dengan membuat kombinasi warna mengikut kesesuaian bagi menghidupkan suasana yang diperlukan iaitu suasana sejuk, harmoni, ceria, panas, sedih, dan sebagainya.

KONSTRUKTIVISME Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa pelajar membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman yang sedia ada. Dalam proses ini, pelajar akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan yang sedia ada untuk membina pengetahuan yang baru.Pengetahuan seni dibina secara beransuransur mengikut masa oleh pelajar sendiri dalam konteks social melalui interaksi idea-idea apabila maklumat baru disepadukan dengan idea yang sedia ada, dan hasilnya kesedaran atas apa yang dipelajari. KONTRUKTIVISME DALAM PENDIDIKAN SENI VISUAL Setiap orang mempunyai konsep seninya sendiri . Berdasarkan pengetahuan sedia ada, pelajar terus membina pemahaman sendiri terhadap alam sekitar Pembelajaran berlaku apabila pelajar menghubungkaitkan idea baru dengan idea sedia ada. Pengstrukturan semula idea dapat ditingkatkan semula melalui strategi berfikir dan refleksi yang dirangsang oleh pengalaman. Pendekatan Kontruktivisme menjadikan pembelajaran Seni Visual bermakna dan menyeronokkan. APLIKASI KONTRUKTIVISME

Pencetusan idea oleh pelajar sendiri sebelum memulakan tajuk penting. Pelajar berpeluang mencatat pengetahuan sedia ada sebelum dijalankan aktiviti melukis. Pelajar menjalankan eksperimen tidak terbimbing untuk menguji sesuatu sebagai usaha untuk membina pengetahuan baru berdasarkan pengetahuan sedia ada Melalui projek pelajar mengadakan penyiasatan untuk menguji idea seni secara membina pengetahuan dan secara beransur-ansur membina insiatif sendiri.

Anda mungkin juga menyukai