Anda di halaman 1dari 10

TEORI KONSTRUKTIVISME

Konstruktivisme adalah satu fahaman bahawa murid membina sendiri pengetahuan atau konsep secara aktif berdasarkan pengetahuan dan pengalaman sedia ada. Dalam proses ini, murid akan menyesuaikan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan baru

Jika kanak-kanak tidak dapat belajar dengan cara kita mengajar, kita harus mengajar dengan cara mereka belajar.

Interaksi dengan objek atau idea

Sintesis pengalaman & bentuk peraturan melalui refleksi

Bermakna/tidak
pengetahuan baru

Pengalaman/ pengetahuan sedia ada

Menginterpretasi sesuai dengan peraturan

MENURUT JOHN DEWEY

Pendidik yang cekap harus melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan murid di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

MENURUT BRUNER
Bruner telah menggariskan tiga prinsip utama di dalam konteks pembelajaran menggunakan pendekatan konstruktivis. Pengajaran perlu menitikberatkan pengalaman pelajar serta mengikut konteks kesanggupan pelajar untuk belajar (kesediaan).

Pengajaran perlu mengikut struktur atau urutan yang mampu difahami oleh pelajar dengan mudah (organisasi).

Pengajaran perlu dirangka untuk memudah cara penghasilan ilmu (melangkaui maklumat yang dibekalkan guru).

RUMUSAN

Ilmu dibina oleh pelajar

Bermula daripada persekitaran

Pengetahuan sedia ada pelajar akan memberi kesan yang samada positif atau negatif

Pembinaan struktur ilmu tak berlaku secara tak sengaja Mesti ada perancangan dan penyediaan aktiviti yang sesuai dan yang berpatutan.

Guru berperanan sebagai fasilitator yang membantu murid membina pengetahuan dan menyelesaikan masalah

Pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan murid

IMPLIKASI KONSTRUKTIVISME

Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada aktiviti yang dilakukan oleh murid tersebut dan bukan pengajaran yang diterima secara pasif

Guru berperanan sebagai pereka bentuk bahan pengajaran yang menyediakan peluang kepada murid untuk membina pengetahuan baru

Guru akan mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid dan merancang kaedah pengajarannya dengan sifat asas pengetahuan tersebut

MENGAPLIKASI TEORI KONSTRUKTIVISME KE DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI

Dalam PSV, pelajar sememangnya digalakkan sentiasa mengembangkan idea utama kepada percambahan idea-idea baru agar dapat menghasilkan karya yang lebih kreatif, estetika dan berkualiti kemahiran asas teori warna Pelajar dapat melontarkan idea dengan mengadun warna asas dengan warna sekunder bagi menghasilkan warna-warna baharu bertujuan diaplikasikan di dalam karya seni visual mereka.

Dalam pembelajaran PSV, guru boleh menjelaskan dan memperkenalkan warna dan pasangan warna iaitu warna yang bertindak positif dan negatif

Dalam warna terdapat warna yang boleh mewujudkan suasana yang harmoni, kontra, sejuk, panas dan sebagainya

Pelajar akan memperolehi maklumat, pembentukan konsep-konsep melalui pembelajaran konstruktif dan mereka juga mampu mengelas dan membandingkan warnawarna yang pelbagai - kombinasi warna hijau untuk latar dan putih untuk tulisan sesuai pada papan tanda tetapi kombinasi warna hijau dan merah tidak sesuai untuk papan tanda kerana ia bertindak negatif

Apabila sudah menguasai pemahaman dan konsep asas ini pelajar akan dapat menghasilkan grafik atau lukisan dengan membuat kombinasi warna mengikut kesesuaian bagi menghidupkan suasana yang diperlukan iaitu suasana sejuk, harmoni, ceria, panas, sedih, dan sebagainya

Anda mungkin juga menyukai