Anda di halaman 1dari 8

Pembuangan bayi

Punca- punca pembuangan bayi


Pada abad ke-21 ini , Malaysia merupakan sebuah negara yang pesat membangun dan bersedia menongkah arus pemodenan dalam dunia global ini. Kini, Malaysia begitu terkenal di mata dunia . Namun begitu,di sebalik kegemilangan ini , masyarakat Malaysia masih dihantui satu penyakit sosial yang sudah lama bersarang dalam kalangan masyarakat , iaitu masalah pembuangan bayi .Isu pembuangan bayi yang tidak pernah berkesudahan ini boleh dianggap sebagai satu wabak atau bencana kepada negara . Pembuangan bayi , semakin hari semakin banyak dilaporkan di dada-dada akhbar dan yang paling menyayat hati adalah apabila terdapat bayi yang tidak berdosa dibuang seperti sampah tanpa ada sifat perikemanusiaan.Tidak dapat dinafikan pelbagai usaha telah diambil bagi membendung penyakit sosial ini. Namun begitu , apakah punca kepada kegagalan tersebut? Antara punca kepada masalah pembuangan bayi yang kian berleluasa ini adalah kurangnya didikan agama dalam kalangan remaja.Kekurangan didikan agama yang merupakan panduan dan pedoman hidup telah menyebabkan mereka hilang arah dalam kehidupan dan terlibat dalam gejala-gejala negatif seperti pergaulan bebas .Remaja yang melibatkan diri dalam gejala pergaulan bebas akan terdorong untuk menjalinkan hubungan bertentangan dengan hukum agama.Kesannya,remaja perempuan akan mengandung tanpa ikatan yang sah.Dalam situasi tersebut , remaja yang lemah pegangan agama tidak akan teragak-agak untuk membuang atau membunuh zuriat yang dilahirkan kerana malu dan tidak mahu bertanggungjawab atas zuriat tersebut.Hal ini menunjukkan peranan agama dalam kehidupan adalah amat penting untuk membentuk pegangan hidup yang teguh dan bukannya menurut hawa nafsu semata-mata .Malah, ayat al-Quran, surah Sad,ayat 26 juga menyatakan bahawa ,janganlah kamu menurut hawa nafsu kerana yang demikian itu akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.Hal ini membuktikan bahawa pegangan agama yang teguh akan menjadi benteng yang kukuh bagi menangkis segala anasir-anasir yang negatif dalam kehidupan. Di samping itu, sikap ingin tahu remaja juga antara punca kepada masalah ini.Remaja kini sangat cenderung untuk mencuba sesuatu yang baharu . Sikap ingin tahu tentang sesuatu sememangnya wujud dalam diri remaja.Setiap perkara yang dilarang itulah yang ingin diterokai oleh mereka.Remaja beranggapan bahawa mereka menjadi lebih matang dan hebat dengan mencuba sesuatu yang jarang dilakukan oleh orang lain. Lebih-lebih lagi perlakuan seks rambang .Hakikatnya remaja yang matang seharusnya berfikiran positif dan rasional dalam membuat keputusan dan bukannya dengan cara yang ditegah oleh agama .Persis kata peribahasa Melayu,sesal dahulu pendapatan , sesal kemudian tidak berguna, menjelaskan kepada kita betapa pentingnya kita membuat keputusan dengan bijak agar tidak menyesal di kemudian hari.Tambahan pula,remaja pada masa sekarang boleh dikatakan lebih rapat dan banyak menghabiskan masa bersama rakan berbanding dengan ibu bapa mereka. Maka,boleh dikatakan pengaruh rakan sebaya yang negatif juga menjadi antara punca kepada masalah ini. Isu pembuangan bayi dalam kalangan remaja ini telah memberikan impak yang begitu besar dalam kalangan masyarakat,negara mahupun diri remaja sendiri.Antara kesan permasalahan ini kepada remaja pada masa kini adalah masa depan remaja

musnah begitu sahaja akibat kelalaian mereka menuruti hawa nafsu tanpa memikirkan kesannya.Isu ini akan turut memberi impak kepada negara. Antara kesan isu ini kepada negara pula adalah Perkembangan ekonomi negara akan merosot dan seterusnya menjejaskan pendapatan negara. Hal ini demikian kerana, remaja merupakan aset penting negara pada masa hadapan dan memainkan peranan yang amat penting dalam pembangunan negara.Masa depan negara terletak ditangan generasi muda yakni remaja itu sendiri .Hal ini kerana , pemuda harapan bangsa , pemudi tiang negara.Namun begitu , jika perilaku negatif remaja berterusan.Siapakah yang akan membela nasib negara kita pada masa akan datang? Selain itu,zuriat yang dilahirkan juga mengalami kesan yang mendalam..Zuriat merupakan anugerah tuhan yang tidak ternilai.Namun,kepada mereka yang terlanjur, zuriat yang dilahirkan dianggap beban atau masalah dan bukti keterlanjuran atau kesalahan yang mereka lakukan.Hal ini mendorong mereka untuk membunuh atau membuang zuriat tersebut .Namun, wajarkah bayi yang tidak berdosa itu dihukum akibat kesalahan yang dilakukan oleh ibu bapanya?.Lebih menyedihkan lagi bayi yang ditinggalkan bukan sahaja dibunuh malah kadang-kala menjadi habuan binatang buas.Bagi bayi yang masih bernyawa pula kesannya lebih mendalam kerana mereka terpaksa menjalani kehidupan dengan memegang gelaran anak luar nikah .Selain itu,bayi tersebut juga tidak dapat mengenali dan mendapat kasih sayang ibu bapa kandung mereka. Masa depan mereka akan turut terjejas. Kita tidak wajar akur dengan arus songsang ini.Antara langkah yang boleh diambil bagi mengatasi kemelut ini adalah dengan memberi perhatian dan didikan agama yang cukup kepada remaja sejak kecil lagi .Hal ini kerana,melentur buluh biarlah dari rebungnya .Memberi didikan dan perhatian kepada anak-anak merupakan tanggungjawab atau peranan setiap ibu bapa.Jika ibu bapa sendiri lalai daripada melaksanakan tugas mereka akibat rakus mengejar kemewahan duniawi.Bagaimana pula dengan nasib anak-anak mereka yang kurang didikan dan kasih sayang?.Lebih-lebih lagi, pada usia yang mencabar inilah remaja memerlukan sokongan dan kasih sayang daripada ibu bapa.Namun,kebanyakan ibu bapa mengabaikan tanggungjawab mereka.Dalam situasi ini, sudah tentu remaja lebih cenderung untuk memilih jalan yang negatif bagi mereka berkongsi kasih dan mendapatkan perhatian akibat kurangnya didikan agama.Oleh itu,masalah ini dapat diatasi jika ibu bapa melaksanakan tanggungjawab mereka dengan baik.
Selain itu, Pihak berkuasa terutama pihak polis hendaklah membanteras pengedaran bahan-bahan lucah daripada tatapan anggota masyarakat terutama golongan remaja. Pihak berkuasa juga hendaklah mengenakan hukuman yang setimpal dan lebih berat iaitu penjara seumur hidup kepada mereka yang didapati bersalah. Hal Ini harus dilakukan agar remaja berasa takut dan serik untuk melakukan atau terlibat dengan gejala pembuangan bayi yang kian berleluasa ini. Mereka juga akan berhati-hati semasa bergaul dan mengelakkan hubungan yang melampaui batasan agama. Penekanan pendidikan juga amat penting bagi menyedarkan masyarakat terutama remaja supaya mereka tidak terjebak dalam masalah sosial yang membabitkan jenayah ini.

Akhirulkalam,masalah pembuangan bayi ini dapat diatasi di negara kita sekiranya wujud kesedaran dan rasa tanggungjawab dalam diri setiap individu yang bergelar rakyat Malaysia.Justeru itu, setiap warga masyarakat tanpa mengira kaum haruslah bersatu padu menggembleng tenaga mencegah dan membanteras penyakit sosial ini agar tidak menular dengan lebih serius dan menjejaskan pembangunan dan matlamat

negara kita untuk mencapai wawasan 2020.Hal ini kerana,gejala ini melibatkan bakal pemimpin-pemimpin negara kita yakni remaja.Oleh itu,marilah kita bersama-sama berganding bahu membanteras gejala ini.Bak kata pepatah hendak seribu dalih , tak hendak seribu daya.

Langkahlangkah mengatasi masalah pembuangan bayi


Seperti yang kita sedia maklum, remaja merupakan pelapis dan penentu jatuh bangunnya sesebuah Negara pada masa depan. Namun gejala sosial yang menghantui remaja pada masa kini amat menggerunkan kita. Antaranya adalah gejala pembuangan bayi yang dari hari ke hari semakin membimbangkan. Saban hari kes pembungan bayi terpampar di dada-dada akhbar dan di kaca-kaca televisyen. Hal ini mestilah dibendung dengan kadar segera sebelum ianya menjadi lebih serius. Kejadian buang bayi ini seharusnya sudah lebih dari cukup untuk membuka mata masyarakat bahawa salah laku seksual semakin merebak. Persoalan utama sekarang bukanlah untuk menunding jari kepada siapa yang paling bersalah dalam hal ini tetapi bagaimana ianya boleh diatasi. Antara langkah yang harus diambil untuk mengatasi gejala pembungan bayi ialah melalui peranan pihak berkuasa dan media massa, ibu bapa dan badan-badan NGO dan masyarakat. Dalam mengejar arus pemodenan, kemelut pembungan bayi tidak harus dipandang sepi, pihak berkuasa dan media massa haruslah memainkan peranan untuk mengatasi masalah ini. Pihak media massa hendaklah menyekat program-program hiburan yang boleh merosakkan akhlak remaja seperti filem-filem yang mengandungi adegan-adegan lucah yang boleh menyebabkan kadar gejala sosial semakin meningkat seterusnya meningkatkan lagi kadar pembuangan bayi Langkah pencegahan daripada pihak berkuasa pula adalah dengan menguatkuasakan undang-undang dengan mengenakan hukuman maksimum ke atas pasangan yang berzina seperti mengenakan hukuman sebat. Hukuman yang setimpal harus dilaksanakan supaya dapat memberi pengajaran kepada remaja yang terlibat dan juga kepada remaja- remaja yang lain. Secara tidak langsung mungkin ini dapat mengurangkan kes pembungan bayi dan masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja. Selain itu, pihak berkuasa juga mestilah mengadakan kempen-kempen kesedaran untuk membangkitkan kesedaran remaja terhadap isu ini dan seterusnya dapat menangani masalah ini. Justeru itu, peranan media massa dan media cetak amatlah penting bagi menjayakan kempen-kempen yang dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Peranan media ini penting dalam menghebahkan dan membuat liputan secara besar-besaran tentang kempen yang dilaksanakan..

Dalam menangani masalah ini, ibu bapa amat memainkan peranan yang penting dalam mencorak dan mendidik anak-anak mereka. Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkan mereka. Memandangkan ibu bapa merupakan orang yang paling hampir dengan anak-anak, setiap perlakuan mereka akan mempengaruhi anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa mestilah memberi didikan agama yang sempurna kepada anak-anak seawal mungkin demi memandu mereka ke arah kebaikan. Selain itu, Ibu bapa juga hendaklah sentiasa mengawasi pergaulan anak-anak mereka. Hal ini demikian untuk mengelakkan mereka dari terjebak dengan pergaulan bebas yang seterusnya boleh membawa kepada penzinaan. Ibu bapa juga haruslah bertindak sebagai kawan kepada anak-anak mereka. Hubungan ibu bapa dengan anak-anak yang erat secara tidak langsung akan memudahkan ibu bapa mengawasi mereka. Selain itu, ibu bapa juga mestilah menerapkan nilai-nilai yang murni, memberi sepenuh perhatian, kasih sayang dan meluangkan lebih banyak masa bersama-sama. Apabila perhatian dan kasih sayang ini diterapkan, maka anak-anak akan merasa mereka dihargai dan disayangai. Ini secara tidak langsung akan mengelakkan mereka tertekan dan seterusnya mengelak daripada aktiviti pergaulan bebas diantara mereka (remaja). Oleh itu, pergaulan boleh dibataskan dan seterusnya gelaja sosial seperti pembungan anak boleh diatasi. Selain itu, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat turut memainkan peranan dalam membantu pihak berkuasa untuk menangani gejala buang bayi yang semakin membimbangkan kebelakangan ini. Badan-badan NGO boleh dijadikan tempat rujukan bagi mereka yang mengandung anak luar nikah disamping untuk mendapat bimbingan dan perlindungan, contohnya seperti Asrama Puteri KEWAJA. Hal ini demikian kerana mereka masih perlu dibela dan memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan kehidupan. Badan-badan NGO juga hendaklah menyediakan dan menubuhkan pusat jagaan bayi bagi membela nasib mereka yang tidak bersalah, contohnya seperti Pusat Perlindungan PERNIM. Ianya juga dapat memberi peluang kepada ibu bapa mengambil balik hak mereka dan bertanggungjawab ke atas mereka. Selain itu, persepsi masyarakat mestilah diubah dengan tidak terus menghukum mereka yang hamil anak luar nikah tetapi sebaliknya berusaha membantu mereka agar mereka mendapat perlindungan dan menyesali perbuatan mereka. Masyarakat juga mestilah bersifat sensitif dengan apa yang berlaku disekeliling agar gejala ini dapat dibanteras. Masyarakat perlulah peka dengan suasana disekeliling mereka supaya mayarakat dapat bersama- sama mencegah aktiviti yang tidak bermoral ini terus berlaku.

Dengan ini dapat disimpulkan bahawa semua pihak terlibat dalam menangani masalah pembuangan bayi ini. Justeru itu, semua pihak harus melihat gejala pembuangan bayi secara rasional dan tidak seharusnya memandang sepi tentang masalah ini. Oleh itu, bersamasamalah kita berganding bahu, bekerjasama bagi mengatasi gejala pembungan bayi sebelum ianya menjadi lebih serius.

Statistik Pembuangan Bayi di Malaysia

Dipaparkan bahawa statistik pembuangan bayi antara tahun 2000 sehingga 2006 melaporkan sebanyak 580 orang bayi telah dibuang, majoriti 532(92%) adalah bayi baru lahir, sementara 48(8%) adalah janin ( Sumber PDRM). Sementara itu, menurut laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia pula, terdapat peningkatan ketara dalam kes pembuangan bayi yang dilaporkan (Rujuk Jadual 1). Jadual 1 : Bilangan Kes Pembuangan Bayi 2006 2007 2008 2009 (sehingga Mei) 53 76 102 33

Tahun

Jumlah Kes

Anda mungkin juga menyukai