Anda di halaman 1dari 2

Kesan-kesan berlakunya perlumbaan haram di kalangan pelajar politeknik

Gejala rempit ini banyak membawa kemudaratan kepada masyarakat, bangsa dan negara terutamanya golongan yang terlibat itu sendiri. Rempit memberi impak yang besar terhadap perkembangan sosial, ekonomi serta politik negara.Golongan mat rempit ini tidak takut atau seram untuk menunjukkan kebolehanmereka di jalan raya malah mereka berbangga dapat menonjolkan aksi-aksi ngeriyang berbahaya dan boleh membawa maut itu di khalayak ramai. Merupakan kepuasan bagi mereka apabila dapat beraksi dengan memecut laju di atas jalan raya dengan deruman enjin yang sangat kuat serta pelbagai aksi berbahaya seperti willy dan wikang yang selalu kita lihat. Aksi-aksi yang ditonjolkan bukan sahajamembahayakan nyawa mereka malah membahayakan nyawa pengguna-pengguna jalan raya yang lain. Oleh yang demikian, kita selalu melihat penunggang motosikalmenyumbang paling banyak angka dalam statistik kemalangan jalan raya setiaptahun tidak kira kemalangan maut atau pun tidak. Malah, terdapat juga kes langgar lari yang berpunca daripada gejala lumba haram ini.Pembangunan sosial semakin terencat kerana kegiatan rempit inimengancam ketenteraman dan ketenangan suasana malam. Banyak juga rungutanyang dapat kita dengar dari penghuni-penghuni rumah taman tentang bunyi enjinmotosikal yang kuat dan mengganggu mereka beristirehat. Malah golongan ini juga sering dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah ataupun digelar juga sebagai matgian. Kesan daripada kedua-dua gejala ini membawa kepada keskes lain seperti mencuri, ragut, pecah rumah dan lain-lain. Namun, apa yang paling membimbangkan adalah konsep pertaruhan anak anak gadis sebagai hadiah dalam perlawanan haram tersebut.Anakanak gadis ini sanggup menggadaikan maruah untuk menjadipembonceng kepada teman lelaki mereka yang merupakan ahli kumpulan mat rempit. Gadis- gadis inilah yang menjadi pertukaran dengan pihak yang memenangi perlumbaan tersebut. Justeru, langkah yang drastik dan efektif harus difikir dandilaksanakan segera agar kisah pembuangan bayi, anak luar nikah dan pelbagaipenyakit pembunuh seperti AIDS dapat dielakkan.Manakala dari sudut ekonomi pula, mak rempit mensia-siakan waktu mudamereka yang sepatutnya digunakan untuk membangunkan potensi diri masing-masing. Tetapi peluang kemakmuran dan kemajuan negara dimanfaatkan oleh rakyat

asing lantaran kerana anak negeri sendiri tidak berminat untuk berusahabersungguh-sungguh bagi membangunkan negara. Apa yang membimbangkanadalah sekiranya perkembangan yang tidak sihat ini semakin menjadi-jadi dan tidak terkawal, ini kerana rata-rata mat rempit adalah mereka yang masih dalam usiaremaja. Bahkan sebahagiannya masih dibangku sekolah menengah. Mereka masih bergantung kepada kewangan ibu bapa masing-masing. Untuk menyertai lumba haram ini mereka memerlukan wang yang banyak khususnya untuk pengubah suaian dan membeli alat ganti motosikal, kos petrol seta wang pertaruhan. Bagi sesetengahremaja yang terlibat dengan dadah memerlukan wang yang lebih lagi. Oleh sebab itu,apabila mereka terdesak untuk mendapatkan duit mereka mula memeras ugut,meragut dan mencuri yang pastinya akan merugikan ekonomi negara kita.Dari segi politik, generasi masa muda sekarang adalah merupakan tunggakpucuk pimpinan pada masa hadapan. Namun apabila berlakunya gejala seperti inisecara berleluasa masih adakah golongan yang masih mampu memimpin negara kitayang tercinta ini pada masa hadapan? Hal ini menjadi persoalan masyarakat kitasekarang. Kita perlukan anak pemuda yang berani. Tetapi keberanian itu perlu diletakkan pada tempatnya. Kita tidak mahu mereka yang berani mempertaruhkannyawa diatas jalan raya yang akhirnya memberikan kerugian kepada bangsa,agamadan negara kita sendiri. Lantas bilangan masyarakat yang berkarisama danberkepimpinan semakin berkurangan. Tenaga kerja dan sumber manusia jugasemakin sedikit. Dan akhirnya mereka ini akan menjadi kaum yang terpinggir dalam urusan kemodenan dan kemajuan di tanah air sendiri.

Anda mungkin juga menyukai