Anda di halaman 1dari 1

Pendaftaran dan Makanan Sebelum majlis Kekuatan 1. Merapatkan ukhuwah antara ahli kelas 2.

Kupon makanan dan kupon cabutan bertuah yang disediakan berbeza dan menarik berbanding tahun lepas. Kelemahan 1. Kesilapan arahan dari segi pemotongan kupon cabutan bertuah daripada ketua ajk pendaftaran menyebabkan kerja bertambah sebagai inisiatif lain untuk menyelesaikan masalah ini. Peluang 1. Belajar sesuatu yang baru untuk menguruskan segala-galanya berkaitan dengan pendaftaran dan persiapan dalam mengatur kelancaran proses menghidangkan makanan. Ancaman 1. Cuaca yang tidak menentu menyebabkan pergerakan ke prasekolah menjadi sedikit sulit. Semasa majlis Kekuatan 1. Proses menghidangkan makanan kepada ibu bapa berjalan lancar tanpa sebarang komen negatif atau rungutan. 2. Ibu bapa berpeluang untuk menceduk nasinya sendiri mengikut kepuasan hati. 3. Kebijaksanaan ketua ajk makanan menyelesaikan masalah kehabisan air harus dipuji. Beliau mengambil inisiatif menggunakan air yang disimpan dalam jug dan menggunakan air tersebut dengan memberi perkhidmatan menambah air ibu bapa dari meja ke meja bagi sementara menunggu pihak kafe datang. 4. Kepantasan pihak kafe menyelesaikan masalah kekurangan air minuman harus dipuji. Kelemahan 1. Kekurangan ahli yang menghidangkan makanan menyebabkan terpaksa meminjam ajk lain untuk menolong menyediakan makanan. 2. Air yang disediakan habis awal menyebabkan pihak ajk terpaksa menghubungi pihak kafe semula. Peluang 1. Belajar cara untuk menyediakan makanan untuk VIP 2. Dapat beramah mesra dengan ibu bapa pelajar yang menjadi lambang hubungan pelajar IPG dengan masyarakat komuniti Ancaman 1. Air untuk membasuh tangan tidak dapat disediakan menyebabkan ramai yang mengambil inisiatif membasuh tangan di tandas yang jauh.

Anda mungkin juga menyukai