Anda di halaman 1dari 2

Orang Mukmin Menghadapi Mati Roh Nabi Musa dikeluarkan dari jasad, dibawa ke hadrat Allah, Allah berfirman,

, "Wahai Musa, bagaimana rasanya semasa roh keluar dari jasadmu?" - Rasanya seperti burung yang ditangkap hidup-hidup kemudian terus dimasukkan ke dalam kuali panas atau seperti kijang yang ditangkap hidup-hidup dan disiat-siat kulitnya. Sabda Rasulullah, "Rasa mati itu lebih sakit daripada tetakan 300 mata pedang serentak. Lebih sakit dari di gergaji dengan gergaji yang lebih dahsyat dari digunting-gunting dengan gunting." Ketika roh masuk dulu, jasad berupa seketul daging lembik, ketika tua, roh telah benar-benar sebati dalam badan yang berdaging oejal dan bertulang keras. Sabda Rasulullah, "Rasa sakityang paling sakit di antara sakit-sakit ialah sakit mati (bila roh dikeluarkan dari jasad). Orang yang benar - benar beriman dan bertaqwa, masih gembira ketika malaikat datang ingin mencabut nyawa kerana telah mendapat khabar balasan Syurga yang penuh nikmat dan keistimewaan luar biasa. Yunus: 64 'Abasa: 38-39 Roh orang beriman, diwangikan dengan bauan Syurga, dibungkus dengan kain sutera halus, dipercik bauan dan haruman dari Syurga. Roh kemudian dibawa ke langit dan dibawa bersiarsiar di dalam Syurga sehingga selesai jasad yang terbujur dimandikan dan dikafankan

Orang Mungkar Menghadapi Mati

Umpama alami tikaman lembing yang beracun dan dijurus air panas beracun Malaikat berkata, "Keluar kamu wahai nafsu yang jahat dari diri yang jahat dalam keadaan cerca, kutuk dan laknat dari Allah. Tunggulah masa untuk kamu minum air yang sangat panas dan air danur yang sangat busuk dan makan makanan yang berduri dan amat panas serta terlalu pahit." Roh dibawa ke langit namun penjaga pintu berkata, "Tidak selamat nafsu yang jahat. Kembalilah ke dunia dalam keadaan kena cerca, maki dan laknat." Lalu roh ditarik kembali ke bumi. Malaikat Azab - hitam mukanya, biru dua matanya, memakai pakaian azab. Malaikat Maut datang rentap nyawa dengan keras dan kasar. Roh diserahkan kepada Malaikat Azab untuk diseksa. "Wahai orang derhaka, tidak malukah kau dengan dosa-dosa di dunia. Tidak henti berbuat maksiat dan kemungkaran. Tidak mahu bezakan halal dan haram. Engkau sangka akan kekal di dunia. Sekarang rasalah seksa demi seksa sebelum engkau terima seksa yang dahsyatnya kekal abadi di Neraka kelak." Roh keluar dari jasad seperti keluarnya duri kait-kait daripada bulu yang basah dan laknat pula kepada roh itu tiap-tiap sesuatu yang ada di anatara langit dan bumi. suara laknat dapat didengar oleh tiap-tiap sesuatu melainkan jin dan manusia.

Tekak terasa sangat dahaga ketika nazak. Andai didatangkan air lautan tak akan hilang rasa haus walau ditambah 3 kali ganda. Syaitan datang dari arah kepala dengan bejana berisi air yang menyegarkan lalu menggoyanggoyangkan benjana. Yang sedang nazak tidak tahu itu syaitan. Lantas syaitan berkata, "Katakanlah tiada Tuhan menjadikan alam ini, maka aku boleh beri air kepadamu." Jika orang itu beriman, dia tidak akan perkenankan permintaan Syaitan. Datang lagi syaitan di kakinya dan di minta air oleh si nazak, lalu berkata syaitan, "Katakanlah Rasulullah itu orang yang dusta bukan sebenarnya rasul, maka aku akan beri air." Jika lemah iman, tentu si nazak akan perkenankan permintaan Syaitan. Jika iman kuat, pasti sempat berfikir. 5 keadaan orang yang hampir mati: Harta ditinggalkan untuk warisnya Roh untuk Malaikat Maut yang mencabutnya Daging untuk ulat-ulat dan cacing-cacing tanah. Tulang-tulang dibaham tanah. Amal kebajikan berpindah kepada orang yang dikasihi Syaitan-syaitan berusaha tinggalkan iman dari jiwanya Oleh itu, takuti sungguh-sungguh tentang kematian, banyakkan menangis waktu sunyi, keraplah berjaga malam untuk Qiyamullail, banyakkan bertaubat dan beristighfar

Anda mungkin juga menyukai