Anda di halaman 1dari 19

1.

Pengenalan kepada Masalah dan Isu Moral

Masalah dan isu moral terjadi kerana terdapat percanggahan pendapat, nilai dan sistem pemerintahan baik pada peringkat mikro mahupun makro, setempat dan global. Masalah dan isu moral boleh dianalisa dan dikaji dari pelbagai perspektif. Tidak ada penyelesaian muktamad untuk isu-isu moral yang timbul. Setakat ini pelbagai teori etika, nilai-nilai berasaskan agama dan pemahaman moral dan etika telah dipelajari dalam subjeck pendidikan moral. Untuk lebih memahami isu moral, kita harus mempunyai pandangan yang lebih terbuka. Penulisan ini akan membincangkan dua isu moral global yang penting iaitu pelarian dan sumbang mahram (inses). Pelarian merupakan isu semasa yang mendapat perhatian dunia. Sebagai contoh, penindasan yang dihadapi etnik Rohingya bukannya sesuatu yang baru dan telah diketahui dunia sejak sekian lama, termasuk di Malaysia yang telah menerima berpuluh ribu pelarian Myanmar sejak beberapa dekad lalu. Etnik Rohingya yang memohon suaka politik di Malaysia jauh lebih bernasib baik berbanding saudara mereka di Myanmar yang masih diserang dan dihalau dari tempat tinggal mereka tanpa sebarang pembelaan. Walaupun masyarakat Rohingya telah hidup sebagai pelarian selama beberapa generasi di negara ini dan beberapa negara anggota ASEAN lain, hak kerakyatan etnik minoriti itu masih disekat kerajaan Myanmar kerana dikatakan tidak termasuk dalam 130 etnik asal. Sekitar 750,000 warga Rohingya yang tinggal di kawasan barat negeri Rakhine diklasifikasikan kerajaan Myanmar sebagai masyarakat Islam Bengali yang masuk dari Bangladesh tetapi tiada negara sendiri. (Utusan Malaysia, 10 Ogos 2012) Manakala sumbang mahram merupakan satu gejala yang semakin serius dan

mendapat perhatian masyarakat dan pihak kerajaan pada masa kini. Masyarakat juga melabelkan kejadian ini sebagai Haruan Makan Anak. Kejadian sumbang mahram ini sebenarnya menunjukkan tanda-tanda kepincangan institusi kekeluargaan dalam

masyarakat dan negara sedang mengalami kemelut gejala sosial yang meruncing. Senario ini hebat diperbincangkan sama ada di media elektronik dan media cetak. Perlakuan sumbang mahram ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor dan ia telah memberi kesan kepada individu, keluarga dan masyarakat. Usaha-usaha untuk membebaskan persekitaran masyarakat dari jenayah sumbang mahram memerlukan pembabitan dan sokongan semua pihak seperti badan kerajaan, pihak swasta, ahli keluarga dan masyarakat setempat. Apa yang pasti jika permasalahan ini tidak ditangani dengan sewajarnya, ia mampu meruntuh institusi kekeluargaan dan masyarakat keseluruhannya. Oleh yang demikian, penulisan ini akan mengupas satu persatu punca, kesan serta langkah yang diambil bagi membendunng kedua-dua permasalahan ini.
1

2.0 Pelarian 2.1 Definisi dan Konsep Pelarian ialah orang yang melarikan diri. Mengikut pengertian daripada Kamus Dewan Edisi Keempat, pelarian bermaksud individu tyang melarikan diri untuk mendapatkan perlindungan daripada tekanan poltik atau kezaliman yang diberikan oleh sesebuahn negara. (Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003) Menurut definisi Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR), pelarian ialah orang yang mempunyai ketakutan yang berasas akan ditindas atas sebab pendapat politik, etnik, agama atau keahlian dalam sesebuah kumpulan tertentu. (Bernama, 12 Julai 2012) Konvensyen 1951 mendefinasikan pelarian sebagai, individu/kumpulan/sesiapa sahaja yang terpaksa meninggalkan negara asal mereka disebabkan ketakutan akan diseksa atas faktor nasional, agama, kewarganegaraan, penglibatan dan pandangan politik serta tidak mendapat sebarang sebarang perlindungan daripada negara tersebut (negara asal mereka). Konvensyen 1951 ialah sebuah perjanjian yang pada mulanya ditandatangani oleh 26 negara seperti Amerika Syarikat, Israel dan Iraq di Swiss City, Geneva pada 28 Julai 1951 bagi melindungi hak pelarian. Kini, seramai 142 buah negara telah menyertai konvensyen ini. (SUARAM, 2011) 2.2 Punca Pelarian merupakan kumpulan manusia yang terpaksa melarikan diri dari tempat tinggal mereka akibat ketakutan diseksa di atas sebab bangsa, kewarganegaraan, agama, keahlian kumpulan sosial atau pendapat politik dan melarikan diri ke negara lain untuk memohon perlindungan negara tersebut. Menurut Norwegian Refugee Council konflik bersenjata, keganasan umum dan pencabulan hak asasi secara terancang dan paksaan penempatan oleh pemberontak ataupun kerajaan adalah sebab-sebab utama perpindahan perlarian. Antara faktor-faktor lain termasuklah serangan ganas yang tidak membezakan antara orang awam dan pejuang, pembunuhan besar-besaran, penyeksaan dan layanan tidak

berperikemanusiaan. Manakala menurut Malender dan Oberg (2008) menyatakan bahawa peperangan dan kekejaman merupakan dua faktor yang memaksa manusia untuk berpindah. Mereka juga menerangkan geografi konflik memainkan peranan penting bagi menyebabkan belakunya perpindahan secara paksa ini berbanding dengan tahap konflik tersebut. Kumpulan manusia yang tinggal lebih dekat dengan tempat di mana konflik belaku lebih terdorong untuk melarikan diri dari tempat tinggal mereka berbanding dengan tahap konflik tersebut.

Setelah tamatnya Perang Dingin, konflik antara kumpulan komuniti, etnik, agama dan sosioekonomi menjadi semakin rumit. Terdapat juga kumpulan yang mahukan kemerdekaan atau mahukan kuasa memerintah autonomi, kawalan ke atas kawasan tertentu ataupun ke atas sumber semula jadi. Ini telah menyumbang kepada terjadinya perang sivil atau perang saudara. Dalam keadaan negara yang tidak stabil, rakyat terutamanya golongan wanita dan kanak-kanak sering terdedah kepada bahaya ketika menyelamatkan diri, mereka

terdorong menjadi mangsa seksaan, rogol beramai-ramai, keganasan atau pelbagai pencabulan hak asasi manusia yang lain. Contohnya, kanak-knak sering menjadi mangsa kerana keadaan mereka yang senang dieksploitasi. Kanak-kanak ditangkap dan kerap dijadikan askar oleh pihak yang bertelagah, samada melalui arahan, paksaan ataupun sukarela. Walaupun secara sukarela, mereka sebenarnya tidak diberi pilihan kerana persetujuan yang diberikan adalah untuk mengelakkan keluarga mereka daripada dihukum atau kadangkala untuk menuntut bela di atas kematian ahli keluarga yang lain. Mereka selalu dipisahkan daripada keluarga dan dibawa ke perkhemahan ketenteraan atau medan pertempuran. Dalam hal ini, nasib mereka bergantung sepenuhnya kepada kerajaan negara mereka bagi melindungi mereka daripada faktor-faktor yang menyebabkan perlarian mereka. Malangnya, dalam kebanyakkan kes, kerajaan negara tidak mampu untuk berbuat sedemikian atau tidak mahu memikul tanggungjawab tersebut. Ini menyebabkan kebajikan dan perlindungan kumpulan perlarian dalam negara berada dalam bahaya kerana tiada pihak yang mampu berfungsi dengan baik bagi membantu mereka. Oleh sebsb itu mereka diberikan perlindungan oleh negara asing di atas prinsip nonrefoulement, iaitu satu prinsip yang melarang negara penerima menghantar pulang pelarian tersebut ke negara asal atau ke kawasan yang mengancam nyawa dan kebebasanya. Mereka perlu diberikan perlindungan yang sepatutnya seperti yang disarankan dalam Perjanjian Geneva 1951. 2.3 Kesan Kebanyakkan orang berpendapat bahawa masalah perpindahan perlarian ini merupakan masalah sementara yang akan hilang apabila mereka yang terlibat ini dihantar pulang ke negara masing-masing. Tetapi, pada hakikatnya, masalah ini merupakan masalah jangka panjang yang memberi kesan kepada kehidupan bukan sahaja individu atau keluarga yang terlibat tetapi kepada seluruh kumuniti atau masyarakat yang ada. Perpindahan pelarian ini juga memberikan kesan-kesan yang positif dan negatif kepada negara terlibat dalam memberi bantuan perlindungan.

(a) Implikasi Perpindahan Pelarian Secara Besar-Besaran (i) Kesan Keselamatan dan Psikologi Pelarian selalunya menjadi mangsa dalam konflik samada antara kerajaan dan pemberontak di dalam negara itu, atau sesama kumpulan pemberontak tersebut. Pelarian selalu terdedak kepada bahaya samada ketika mereka melarikan diri untuk menyelamatkan nyawa mereka dan keluarga mereka atau ketika berada di khemahkhemah pelarian. Mereka sering menjadi mangsa pencabulan hak asasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Menurut satu kajian oleh Norwegian Refugee Council, pelarian sering menjadi mangsa yang dihukum atau dibunuh melalui sistem yang tidak berlandaskan undang-undang, penderaan, rogol, serangan seksual, penculikan dan buruh paksa. Pencabulan hak asasi ini kebanyakkannya dilakukan oleh pihak kerajaan serta pemberontak. Kaum wanita dan kanak-kanak merupakan golongan yang paling terdedah kepada bahaya samada ketika berada di khemah-khemah perlarian atau tidak. Mereka sering menjadi mangsa rogol, serangan seksual dan menjadi buruh paksa. Anatara negara yang sering menggunakan pelarian anak-kanak untuk dijadikan buruh paksa adalah Sierra Leone, Angola, Sudan, Uganda, Burundi, Afghanistan, Colombia, Burma dan Iraq. Mangsa-mangsa perpindahan pelarian ini selalu tertekan psikologinya selain daripada keadaan kehidupan yang tidak selamat. (ii) Kesan Alam Sekitar Menurut Cohen & Deng (2008) bagi mereka yang ditinggalkan pelarian, mereka terpaksa menjalani kehidupan yang penuh kekosongan. Kawasan yang ditinggalkan itu akan menjadi padang jarak padang terkukur seperti yang belaku di di Mozambigue dan Aizerbaijan. Selalunya golongan muda serta keluarga akan meninggalkan penempatan mereka, meninggalkan golongan tua atau kanak-kanak kecil yang tidak berpenjaga. Kesan yang timbul disini, kawasan pertanian dan sistem saliran tidak dikerjakan dengan baik kerana tenaga kerja yang berkurangan. Tambahan pula, tanaman-tanaman memerlukan perhatian berterusan, tidak dapat dikerjakan dengan sempurna. Ini menyebabkan bekalan makanan atau aktiviti ekonomi tidak dapat dijalankan dengan baik. Bagi mereka yang terpaksa meninggalkan kampung halaman, mereka juga akan menerima impak yang lain seperti menyesuaikan diri dengan populasi yang sedia ada. Kadangkala keadaan ini memberi impak positif jika masyarakat menerima populasi pelarian, tetapi keadaan akan bertukar menjadi masalah apabila populasi tersebut dalam jumlah yang sangat besar sehinggakan mengancam keperluan mereka atau alam sekitar di situ. Oleh itu, perpindahan perlarian bukan sahaja memberi kesan pelarian itu sendiri tetapi memberi kesan kepada seluruh masyarakat yang ada.

(iii) Kesan Harta Benda Impak yang lain yang berlaku ialah masalah apabila pelarian dalam negara yang telah hilang dari penempatan mereka selama lebih setahun ataupun dua akan mendapati perubahan yang ketara di penempatan yang telah mereka tinggalkan, terutamanya di kawasan yang lemah penguatkuasaan undang-undangnya lemah. Perubahan belaku dalam sistem pemerintahan menyebabkan pertukaran hak milik ke atas harta benda. Mereka akan mendapati harta benda mereka telah bertukar milik. Mereka akan mendapati harta benda mereka telah bertukar milik ataupun dirampas dan ini akan menyebabkan konflik akan belaku dan keadaan demikian akan menyebabkan perpindahan pelarian semula jika keadaan menjadi lebih seius. (Cohen & Deng, 2008)

(b) Implikasi Kepada Negara Yang Memberi Perlindungan (i) Kesan Dari Segi Sosial Kedatangan pelarian mewujudkan masyarakat yang berbilang bangsa, kaum serta agama. Hal ini telah menyebabkan pertembungan budaya dan perkara ini kadangkala menimbulkan rasa tidak senang hati dalam kalangan masyarakat tempatan kerana terdapat perbezaan ataupun bertentangan dengan budaya setempat. Hal ini boleh mengundang konflik antara pelarian dan masyarakat. Selain itu, pelarian juga sering dipandang rendah kerana status mereka sebagai pelarian. 2.4 Langkah Mengatasi (a) Kerjasama Serantau Kerjasama serantau adalah konsep politik antarabangsa yang melibatkan kerjasama ataupun alignment antara negara yang berkedudukan geografi yang dekat antara satu sama lain. Selain itu, kerjasama serantau tidak melibatkan kerjasama dalam bidang keketenteraan sebaliknya kerjasama yang lebih berfokus kepada aspek sosio-budaya, ekonomi dan politik antarabangsa iaitu mengekalkan keamanan dan kemakmuran sesebuah rantau. Selepas berakhirnya Konfrontasi, Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) telah ditubuhkan semasa Deklarasi Bangkok 1967 yang telah membuka lembaran baru dalam kerjasama serantau di Asia Tenggara. Pertubuhan ini disertai oleh negara-negara rantau Asia Tenggara dan Matlamat penubuhannya adalah untuk mempercepatkan pertumbuhan ekonomi, sosial dan perkembangan budaya serantau. Dengan demikian, dapat dikatakan bahawa, ASEAN merupakan negara kerjasama serantau yang berjaya dan berkesan dalam mewujudkan hubungan baik antara negara anggota sehinggakan rantau Asia Tenggara menjadi aman damai dan stabil. Kejayaan ini disebabkan oleh ASEAN mengamalkan dasar hidup bersama secara aman yakni setiap negara di rantau
5

ini mestilah menghormati kedaulatan dan keutuhan sesebuah negara dan tidak boleh mencampuri urusan negara ASEAN yang lain. (Sejarah Tingkatan Lima, 2003) Penyelesaian isu Kampuchea telah membuktikan kejayaan dalam kerjasama serantau yang mampu membentuk suasana aman damai di Asia Tenggara. Isu Kampuchea bermula dengan serangan Vietnam ke atas Kampuchea pada tahun 1978. Dalam serangan tersebut, Vietnam berjaya mengulingkan pemerintahan Kampuchea yang dikuasai oleh Khmer Rouge atau Demokratik Kampuchea (DK). Kerajaan Vietnam telah mendirikan kerajaan boneka di Phnom Penh iaitu Rejim Heng Samrin pada Januari 1979 bagi menggantikan kerajaan Khmer Rouge. Walaubagaimanapun, isu Kampuchea bertambah serius apabila berlaku perang saudara antara Rejim Khmer Rouge dengan Rejim Heng Samrin di Phnom Penh bagi merampas semula tampuk pemerintahan Kampuchea. Perang saudara ini menyebabkan ramai rakyat Kampuchea menjadi pelarian perang. Namun, negara ASEAN telah bertindak dengan segera dalam memainkan peranan penting bagi mengatasi konflik Kampuchea yang telah menganggu kestabilan dan keamanan rantau Asia Tenggara. ASEAN telah mengutuk serangan Vietnam ke atas Kampuchea kerana serangan tersebut bertentangan dengan prinsip yang didokong oleh ASEAN iaitu konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Mengikut konsep ini seluruh kawasan Asia Tenggara merupakan kawasan aman, bebas dan berkecuali dan mana-mana negara Asia Tenggara tidak boleh menyerang atau mencampuri urusan negara Asia Tenggara. Bagi mengatasi masalah ini, ASEAN telah membawa Konflik Kampuchea ke Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN di Bangkok pada Januari 1979. Dalam mesyuarat ini, ASEAN juga bersetuju untuk meminta bantuan dari PBB bagi mengatasi konflik Kampuchea yang menganggu keamanan dan kestabilan rantau Asia Tenggara. Akhirnya konflik Kampuchea berjaya diselesaikan secara aman pada tahun 1982 melalui penubuhan kerajaan campuran di Kampuchea. Kemampuan ASEAN menyelesaikan konflik Kampuchea dengan cara perbincangan dan tekanan serta menggelakkan menggunakan ketenteraan menyebabkan rantau Asia Tenggara kembali menjadi aman damai semula. (b) Peranan Pemimpin Negara Dalam konteks isu pelarian ini, pemimpin sesebuah negara memainkan peranan yang penting bagi mengurangkan mahupun mengelak daripada tercetusnya masalah ini. Para pemimpin negara dan semua pihak harus mencari jalan dan langkah penyelesaian bagi menangani krisis kemanusiaan yang belaku. Konflik yang belaku di dalam mahupun luar sesebuah negara harus diselesaikan secara aman bagi mengelakkan sebarang pertumpahan darah. Persidangan meja bulat melibatkan semua pemimpin dalam
6

sesebuah negara

berkaitan sesuatu isu yang boleh mengancam dan menggugat

kestabilan politik, ekonomi dan sosial merupakan salah satu contoh yang terbaik dalam menangani sesuatu permasalahan. Persepakatan dan persetujuan yang dicapai hendaklah dihormati oleh semua pihak dan dilaksanakan dengan segera sebagai langkah berjaga-jaga. Hal ini hendaklah disertai dengan perancangan yang teliti dengan

mengambil kira pandangan pandangan rakyat supaya tidak belakunya revolusi rakyat bangun menentang kerajaan. Campur tangan kuasa luar hendaklah dielakkan sama sekali kerana sudah terbukti bahawa negara yang melibatkan kuasa asing dalam usaha menyelesaikan konflik negara akan dilanda masalah yang berterusan. Sebaliknya, masalah akan dapat diselesaikan jika rakyat dan kerajaan sedar akan peranan masingmasing. Pemimpin juga harus bersikap adil terhadap rakyat tanpa mengira latar belakang, pangkat, darjat, agama dan warna kulit. Setiap perkara yang dilaksanakan kerajaan hendaklah berpandukan perlembagaan dan undang-undang negara yang sedia ada. Semua orang berhak diadili dengan adil dan saksama. Hakikatnya, setiap keputusan yang diambil oleh pemimpin memberi impak besar kepada rakyat dan masyarakat amya kerana masa depan negara terletak pada bahu pemimpin. (iii) Peranan Masyarakat Rakyat merupakan tunjang utama bagi sesebuah negara. Sesebuah kerajaan tidak akan dapat diwujudkan tanpa sokongan daripada rakyat. Maka, rakyat harus sedar akan kepentingan mereka dalam negara kerana mereka adalah orang yang memberi sumbangan paling banyak kepada negara terutamanya sumbangan modal insan dalam sektor-sektor ekonomi yang menyumbang kepada pembangunan negara. Pemimpin yang bijaksana juga lahir dalam kalangan rakyat. Isu pemberontakan rakyat seharusnya tidak terjadi sekiranya rakyat diberikan hak untuk bersuara. Akan tetapi, harus diingatkan bahawa setiap pandangan mesti melalui saluran yang betul. Pemberontakan bukanlah jalan mudah bagi menunjukkan rasa tidak puas hati terhadapan sesetengah pihak kerana secara jika dilihat secara, pemberontakkan sememangnya melibatkan keganasan dan akan ada pihak yang menjadi mangsa. 3.0 Sumbang Mahram / Inses 3.1 Definisi dan Konsep Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, sumbang mahram membawa maksud perlakuan zina yang berlaku antara dua orang anggota terdekat dalam sesebuah keluarga, misalannya antara abang dengan adik perempuan atau ayah dengan anak perempuannya. (Dewan bahasa dan Pustaka, 2003)

Sumbang mahram juga boleh didefinisikan sebagai pencabulan seks yang berlaku di kalangan anggota keluarga di mana perkahwinan sesama sendiri ditegah atau dari konteks Islam disebut muhrim atau muhram. Pencabulan seks ini bermaksud sebarang kegiatan seks yang tidak difahami dan tidak direla oleh mangsa perlakuan seks atau perlakuan seks yang melanggar norma sosial. Ia termasuklah mulut-kemaluan (oralgenital), dubur-kemaluan (anal-genital) iaitu liwat, kemaluan-kemaluan (genital-genital) antara orang dewasa dan kanak-kanak, onani bersama, mendedahkan kemaluan (exhibitionism) dan menggunakan kanak-kanak untuk pornografi. (Utusan Malaysia, 1995) Mengikut undang-undang sivil Malaysia, inses didefinisikan sebagai apabila seseorang lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan dengan orang lain di mana hubungan lelaki dan perempuan itu tidak dibenarkan di bawah undang-undang hukum agama, adat atau kebiasaan yang berkait bagi lelaki dan perempuan tersebut, untuk berkahwin dengan orang itu (Akta 574, Seksyen 376A, 2006). Di bawah undang-undang syariah pula, inses ditakrifkan sebagai perbuatan atau siri perbuatan yang dianggap bertentangan dengan hukum syarak di antara seorang lelaki dan perempuan yang ditegah berkahwin (Akta Kesalahan Jenayah Syariah WilayahWilayah Persekutuan, Seksyen 2, 1997). 3.2 Punca i) Pakaian anak perempuan Anak perempuan tidak ditegur dari segi penampilan pakaian sama ada sesuai atau tidak dengan usia mereka oleh masyarakat merupakan punca kepada sumbang mahram. Orang lelaki, walaupun dia tahu anaknya sendiri, tetapi jika berpakaian seksi, ditambah jika pegangan agama tidak kuat dan keperluan seks yang tinggi serta tidak mendapat layanan seks daripada isteri, maka ia akan beralih pada tempat lain. Lelaki mempunyai sembilan akal dan satu nafsu. Jika akal tidak digunakan dengan baik, maka nafsu boleh mengatasi akal. Oleh itu, tanggungjawab lelaki ialah mengawal akal anda, manakala tanggungjawab perempuan ialah menjaga pakaian anda.

ii) Keperluan fisiologi dan psikologi Menurut Dr. Mariani, pensyarah di Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Universiti Malaya, salah satu keperluan manusia adalah naluri seks, dan keperluan psikologi iaitu kasih sayang, penghargaan, keselamatan dan lain-lain.Keperluan fisiologi ialahkeperluan makan, minum, tidur rehat dan seks. Jika keperluan fisiologi tidak dipenuhi, maka ia akan menggugat keperluan psikologi iaitu cara pemikiran, berkasih sayang sudah beralih kepada yang tidak sepatutnya.
8

Ini tidak bermakna bukan keperluan seks sahaja yang perlu diberi perhatian tetapi keperluan yang lain juga perlu diberi perhatian. Jika keperluan yang lain diberi perhatian oleh pembantu rumah atau anak, sedangkan keperluan seks tidak diperoleh daripada isteri, maka anak kecil boleh menjadi mangsa semasa isteri keluar bekerja atau out station. Malah yang lagi melampau ialah semasa naluri seks memuncak, kadang-kala isteri keluar bekerja atau membeli-belah sekejap sahaja, suami juga boleh meluahkan kehendak seks mereka pada anaknya. iii) Sikap isteri Sebagai seorang isteri dan ibu, dia tidak boleh terlalu leka dengan keperluan anak sama ada kecil atau remaja dan suami. Dia haruslah selalu berkomunikasi dan berinteraksi secara baik dengan suami dan anak-anak. Jika interaksi dan komunikasi hambar, ia boleh menjadi salah satu punca mendorong ke arah gejala tidak sihat. Contohnya wanita yang bekerja pada syif malam akan menyebabkan kurang pergaulannya dengan suami dan anak-anak. Malahan siisteri turut mengabaikan

keperluan seks suaminya. Sebenarnya, lelaki tidak mendapat kepuasan seks daripada anak kecil yang baru berusia lima atau enam tahun, dia sekadar ingin melepaskan perasaan yang tinggi meluap pada kehendak seks. iv) Pergaulan anak dan bapa Hubungan anak perempuan dengan bapanya hanya setakat mana yang boleh. Dia tidak boleh tidur dengan bapanya. Kalau cium setakat dahi. Sentuhan tangan juga setakat yang boleh. Jikalau seorang ibu tidak mendidik anak-anak tentang batas-batas pergaulan dengan bapa dan tidak memberitahu suami jika kelihatan bapa terlalu rapat dengan anak perempuannya akan menyebabkan gejala yang tidak sihat. Sumbang mahram boleh berpunca daripada anak dan juga bapa, tambahan pula tanpa ajaran, nasihat, panduan atau tunjuk ajar daripada ibunya. Anak dalam usia lima atau enam tahun tidak ada perasaan berahi, tetapi dia takut dengan bapanya. Dia menganggap bapanya sebagai orang yang patut dipatuhi. Dengan itu, apabila bapa menyuruh melakukan sesuatu, ia menganggap arahan tersebut mesti dipatuhi kerana dia baru berusia lima tahun.

v) Pengaruh media massa Penjualan dan pengedaran VCD lucah dan hiburan kini telah sampai ke tahap membimbangkan, sehinggakan VCD lucah dijual secara terbuka terutamanya di pasarpasar malam serta kompleks membeli-belah. Tambahan pula, harga VCD lucah adalah murah iaitu dalam lingkungan RM5 hingga RM10 sahaja malah mudah didapati. VCD
9

lucah ini akan meningkatkan naluri seks penonton dan menyebabkan sumbang mahram. VCD lucah telah mehancurkan jati diri dan akhlak pemuda-pemudi negara. Menurut seorang pakar psikologi di Barat pada tahun 1984, di Amerika Syarikat sejuta rakyatnya dirogol adalah disebabkan oleh perogol dipengaruhi oleh faktor bahan lucah.

vi) Aspek Sosioekonomi Pada tahun 1992, 467 daripada 711 mangsa telah dirogol di rumah dan telah meningkat kepada 579 kejadian pada tahun 1993. Kebanyakan kes-kes sumbang mahram yang dilaporkan melibatkan keluarga yang mempunyai tahap ekonomi yang rendah. Keadaan rumah yang sempit seperti rumah murah di bandar, pinggir bandar dan estet di mana kekurangan bilik tidur. Kehampiran juga menjadi alasan perlakuan sumbang mahram antara adik dan abang. Kedudukan rumah yang terpencil dari masyarakat sekeliling tanpa gangguan jiran atau pihak berkuasa akan memudahkan lagi berlakunya sumbang mahram di dalam sesuatu keluarga. Walau bagaimanapun sumbang mahram juga berlaku di kalangan penduduk kelas atasan cuma mereka kurang melaporkan kes-kes ini ke pengetahuan pihak berkuasa. vii) Kurangnya Iman Dalam Diri Seseorang Tidak dinafikan banyak faktor yang menyumbang kepada terjadinya gejala ini, antaranya, faktor persekitaran. Namun akar umbi menyebabkan berlakunya kes haruan makan anak adalah kerana tiadanya iman dan didikan agama dalam diri. Memang tidak dinafikan bukan mudah untuk kita mendidik nafsu. Oleh sebab itulah nafsu dikatakan musuh utama manusia dalam mangabdikan diri kepada Tuhan. Ini adalah kerana manusia sememangnya dijadikan sedemikan rupa. Apabila dia menyerang, kita dapat melihat dengan mata dan kita dapat menghindari serangan agar tidak terkena. Tetapi hawa nafsu bersifat abstrak tidak dapat dirasa dengan tangan dan tidak dapat dilihat dengan mata tetapi tindakannya lebih kejam daripada senjata api. 3.3 Kesan Kajian-kajian klinikal dan empirikal membuktikan bahawa penderaan seksual ke atas kanak-kanak sememangnya memberi kesan buruk terhadap mangsanya (Steel, Sanna, Hammond, Whipple & Cross, 2004; Noll, Trickett, Susman & Putnam, 2005; Leitenberg, Gibson & Novy, 2004; Chen, Dunne & Han, 2004; Meston, Rellini & Heiman, 2006). Inses khususnya, memberikan impak yang lebih serius ke atas mangsa kerana ia turut menjejaskan sokongan utama kanak-kanak iaitu keluarganya sendiri. Kanak-kanak yang menjadi mangsa seksual ahli keluarga sendiri sering tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada ahli keluarga berbanding keganasan seksual bentuk lain (Tsun,
10

1999; Roesler & Wind, 1994; Lorentzen, Nilsen & Traeen, 2008). Inses bukan saja menjejaskan kestabilan psikologi mangsa malah ia turut memusnahkan rasa

kepercayaan terhadap individu yang sepatutnya melindungi mereka (Phelan, 1995). Mangsa turut berasa dikhianati oleh ahli keluarga lain yang tidak mengambil tindakan sewajarnya untuk menghentikan penderaan seksual yang dialami mereka. Sebilangan besar mangsa mengalami kesan negatif yang serius sehingga memerlukan terapi apabila mereka meningkat dewasa. Antara kesan-kesan negatif ini adalah hilang kepercayaan pada orang lain, takutkan hubungan intim, murung, rasa ingin bunuh diri, tingkah laku yang merosakkan diri sendiri, keyakinan diri yang rendah, rasa bersalah dan marah, rasa terasing dari masyarakat / keluarga, penyalahgunaan dadah, masalah pemakanan dan masalah personaliti. Pengalaman yang buruk atau traumatic yang tanpa rawatan sewajarnya boleh menyebabkan Post Stress Traumatic Disorder (PSTD) dan menjejaskankesihatan mental survivor. Ramai mangsa sumbang mahram tidak melaporkan perbuatan ini atau tidak memberitahu ibu kerana khuatir ayah/saudara mereka mendapat kesusahan, contohnya dipenjarakan. Kadangkala terdapat juga ibu-ibu yang tidak menyokong anak mereka jika pesalah adalah orang yang menyara keluarga. Kesan negatif yang serius biasanya terjadi jika mangsa tidak meminta bantuan, tidak mendapatkan sokongan dan kaunseling dan dianiaya dalam jangka masa yang lama. 3.4 Langkah Mengatasi a. Melaporkan Kejadian Sumbang Mahram

Mangsa perlu melaporkan kejadian inses atau sumbang mahram ini. Ini kerana jika ia tidak dilaporkan, ia tidak akan diketahui, tindakan tidak dapat diambil ke atas penceroboh dan ia mungkin mengulangi perbuatan itu. Namun, ramai mangsa tidak melaporkan kerana diancam oleh penceroboh, rasa malu kerana masyarakat memandang hina terhadap hubungan jantina di luar nikah walaupun dirogol dan mereka tidak tahu bagaimana dan kepada siapa pula mereka harus melaporkan kejadian itu. Tingkah laku sumbang mahram ini juga dapat ditangani jika adanya pengawalan dan pencegahan dibuat secara berterusan. Antaranya mengurangkan kecenderungan seseorang dengan memberi kesedaran bahawa sumbang mahram dilarang agama dan ia juga merupakan penganiayaan terhadap orang yang dibawah tanggungjawab kita. Pencegahan juga harus dibuat dengan memberi kesedaran pentingnya kejadian ini dilapor seterusnya peruntukan hukuman yang lebih berat agar penceroboh akan menyedari akibat dan kesan perbuatan mereka tersebut. Seterusnya mereka akan lebih takut untuk mendekatinya serta mengulangi perbuatan tersebut. Pencegahan juga dapat dilaksanakan dengan menggalakkan mangsa melapor dengan mempercayai laporan
11

(bukan ditertawakan), tidak dipersalahkan dan dilindungi dari penceroboh. Pengawalan dapat dibuat dengan cara memberi pendidikan kesedaran kepada semua, terutama kanak-kanak yang merupakan bakal mangsa. Di Malaysia, terdapat agensi dan kumpulan Ngo's yang boleh memberi bantuan dan sokongan kepada mangsa. Antaranya ialah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),

Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), Polis Diraja Malaysia, Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga. Manakala untuk penempatan dan perlindungan, terdapat Pusat Perlindungan Wanita di bawah pengurusan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), JKM dan dibawah persendirian atau pertubuhan. Di bawah Majlis Agama Islam Selangor sebuah Pusat Perlindungan Wanita telah diwujudkan iaitu Baitul Ehsan, lokasinya di Sabak Bernam Selangor. Permohonan untuk memasuki pusat berkenaan boleh dipohon secara sukarela atau atas perintah Mahkamah. Selain itu, di Jabatan Agama Islam Selangor terdapat satu unit khusus yang dikenali sebagai Unit Khidmat Nasihat dan rundingcara keluarga yang boleh boleh di akses secara hadir sendiri ke mana-mana Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) dan berurusan di unit Rundingcara Keluarga, melalui talian telefon, surat atau memfailkan aduan dan boleh juga melalui e-mail: ict@jais.gov.my atau melayari laman webnya:

http://www.jais.gov.my. Mangsa yang perlu pengukuhan emosi dan bantuan peringkat awalan boleh berhubung untuk diberi panduan dan bimbingan sebelum mengorak langkah ke arah tindakan susulan yang menepati mana-mana peruntukan UndangUndang yang terpakai dalam negeri Selangor. Pihak persendirian dan Ngo's juga boleh dirujuk antaranya seperti Pertubuhan Darul Islah Selangor (PERKID), International Muslim Women's Union (IMWU), Badan

Kebajikan Wanita Selangor (BAKAWANIS), Unit Mubalighat JAIS, Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Selangor (LKPIS), Persatuan Sahabat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Sahabat Hospital TAR, Pertubuhan Mawwaddah cawangan Selangor dan sebagainya. b. Peranan Media Peranan media dan juga kempen dari pihak yang bertanggungjawab adalah penting. Media harus memainkan peranan agar mangsa akan mengetahui cara-cara yang terbaik atau tempat-tempat yang sepatutnya mangsa mendapat pembelaan. Perlu didedahkan bahawa kejadian tersebut bukan kesalahan mangsa dan mereka harus

bertanggungjawab untuk melaporkan kejadian tersebut. Mangsa harus tahu bahawa ia tidak pernah menjadi satu perkara yang terlewat untuk didedahkan walaupun ia adalah

12

perkara yang telah lama berlaku, mangsa masih boleh mendapatkan pertolongan. Adalah penting bagi mangsa sumbang mahram mendapat sokongan dan perlindungan. c. Hukuman Kaedah yang seterusnya adalah berkaitan dengan hukuman. Hukuman yang lebih berat perlu diberikan agar jenayah seksual dapat dibendung sewajarnya. Kajian yang telah dibuat oleh Dr Abdul hadi Zakaria (1998), mengatakan hukuman-hukumanyang diberikan kepada pesalah dan beliau melihat aspek-aspek seperti darjah paksaan yang digunakan oleh pesalah kali pertama inses dilakukan, ulangan perbuatan dan pengakuan pesalah di mahkamah yang dijangkakan dapat memberatkan hukuman. Namun apa yang beliau dapati ialah faktor-faktor tadi tidak memainkan peranan dalam memberatkan hukuman. Didapati bahawa mahkamah banyak bergantung kepada faktor-faktor perundangan untuk menentukan keberatan hukuman. Ini mungkin kerana mahkamah terikat oleh undang-undang untuk melihat inses yang melibatkan rogol sebagai kes rogol biasa. Walaubagaimanapun, menurut beliau, melihat inses seperti ini kurang tepat. Rogol muhrim adalah satu jenayah yang jauh lebih serius daripada rogol biasa kerana ia dilakukan oleh seorang lelaki yang telah dipertanggungjawabkan oleh masyarakat dan keluarga untuk menjaga, memimpin dan memberi teladan yang baik kepada gadis yang dinodai melalui inses. Oleh yang demikian adalah wajar hukuman yang berat perlu diberikan agar kejadian inses ini dapat ditangani. Kaedah seterusnya dengan mewujudkan undang-undang atau mengkaji semula undang-undang yang

memperuntukkan bahawa sesiapa yang mengetahui satu kes inses atau sumbang mahram ini wajib melaporkannya sama ada ianya telah berlaku atau sedang berlaku. Buat masa ini, Malaysia tidak mempunyai undang-undang yang khusus untuk kesalahan Sumbang Mahram. Ia termasuk dalam kanun keseksaan Seksyen 375 and 376 iaitu kesalahan merogol.Rogol ialah hubungan seks antara seorang lelaki dan seorang wanita yang bukan isterinya dan tanpa kebenaran wanita tersebut, manakala "statutory rape" ialah hubungan seks dengan seorang perempuan di bawah umur 16 tahun, walaupun dengan kebenaran perempuan tersebut. d. Pengawalan dan Sekatan Bahan-bahan Bacaan Sekat bahan-bahan dan tontonan yang tidak berfaedah. Bahan bacaan dan tontonan dari media cetak dan elektronik perlu dikawal. Beri kepada anak-anak buku, majalah atau suratkhabar yang tidak merangsang kepada berlakunya sumbang mahram. Elakkan dari bahan-bahan lucah dan gambar yang mengghairahkan dan tidak menutup aurat. Media elektronik seperti komputer, televisyen dan radio hendaklah dikawal supaya anak-anak

13

tidak melihat, menonton dan mendengar rancangan dan bahan yang tidak elok dan lucah. e. Batasi Pergaulan Pergaulan ahli keluarga mesti dibatasi. Sesetengah orang mengambil ringan hal ini hanya kerana hubungan adalah anata anak-anak dengan ayah atau dengan ibu dan di antara adik beradik. Namun begitu, pergaulan dengan anak-anak juga ada batas syariat. Anak perempuan hanya boleh dimanjakan sehingga umur tujuh tahun. Ini supaya anak itu ada perasaan malu untuk bergaul bebas. Sifat malu itu penting untuk menghalang dia dari terjerumus ke lembah dosa. Dikhuatiri pergaulan dan gurau senda yang tiada had akan menyebabkan mereka hilang rasa malu dan merangsang untuk melakukan lebih dari hubungan adik beradik. Mesra jangan sampai anak gadis dan ayah berpeluk dan berciuman sehingga menaikkan nafsu. f. Peranan Masyarakat Ahli masyarakat merupakan salah satu faktor terpenting dalan menangani tingkah lakusumbang mahram ini. Hubungan jiran yang rapuh menyebabkan kes sumbang mahram sukar dibendung. Masyarakat sewajarnya prihatin dengan keadaan jiranjiran dan seandainya mereka dapat mengesan perbuatan yang menjurus kepada sumbang mahram, sepatutnya perkara itu, dihalang atau dinasihat dan jika tidak berkesan dilaporkan kepada pihak berkuasa.Hubungan antara masyarakat perlu kembali dirapatkan seperti dahulu iaitu jiran dianggap seperti keluarga sendiri. Apabila hubungan jiran rapat seperti keluarga sendiri, amalan menegur kesalahan anak jiran seperti anak sendiri tidak akan disalah anggap atau menimbulkan kemarahan jiran sekaligus dapat mengurangkan jenayah. Oleh kerana kejadian ini juga boleh berlaku di luar rumah, maka ahli masyarakat perlu membuka mata untuk mengelak kejadian seumpama ini dari terus berlaku dengan mewajibkan mereka untuk melaporkan kes-kes tersebut. g. Galakkan Perkahwinan Ibu, ayah atau datuk nenek yang kematian pasangan eloklah dicarikan pasangan lain untuk mengelakkan mereka dari melepaskan nafsu syahwat kepada ahli keluarga sendiri. Rasulullah SAW memang menggalakkan perkahwinan untuk menyelesaikan sebahagian dari urusan agama. Perkahwinan dapat mengelakkan daripada berlakunya jenayah seksual ini. h. Jaga Aurat di Kalangan Ahli Keluarga dan Menitikberatkan Didikan Agama Ibu bapa disarankan agar mengajar ahli keluarga agar menjaga batasbatas aurat di dalam rumah di kalangan ahli keluarga yang berlainan jantina. Walaupun ahli keluarga
14

bolehmembuka aurat(kecuali antara pusat dan lutut) dikalangan ahli keluarga yang berlainan jantina, namun ada batas-batas kesopanan dan tatasusila yang perlu diikut. Pakaian tidak boleh didedahkan bahagian-bahagian yang menaikkan nafsu syahwat dan tidak boleh nipis, ketat dan seksi. Walaupun di rumah, tidak wajar anak gadis hanya berkemban sahaja. Oleh itu aurat ini perlu dijaga sama ada ahli keluarga itu lelaki atau perempuan. Ahli-ahli keluarga juga perlu didedahkan tentang beratnya berbuat dosa besar dan melanggar hukum Tuhan jika perzinaan dilakukan dikalangan ahli keluarga. Anak-anak yang terdidik dengan didikan agama yang sempurna akan dapat menutup jalan-jalan ke arah gejala sosial yang kian teruk ini, kerana mereka mempunyai ilmu agama yang cukup untuk membimbing mereka ke jalan yang benar mengikut landasan agama. i. Susun Infrastruktur Rumah Mengikut Syariat Dari sudut infrastruktur rumah dalam sesebuah keluarga pula, dalam menangani masalah inses ini dapat dibuat dengan menyediakan bilik untuk anak gadis dan diasingkan bilik anak lelaki terutama apabila mereka telah akil baligh. Syariat amat menggalakkan pengasingan bilik tidur untuk ibu ayah, anakanak lelaki dan anak-anak perempuan. Ini untuk mengelakkan dari pergaulan yang tanpa batas antara ahli keluarga itu. Sekurang-kurangnya sebuah rumah itu mesti mempunyai tiga buah bilik atau lebih untuk menyusun ahli keluarga mengikut syariat sebenar. j. Kukuhkan Taraf Ekonomi Keluarga Kemiskinan tegar adalah salah satu punca gejala sosial ini. Oleh itu, ketua keluarga hendaklah mencari sumber pencarian tetap sama ada makan gaji atau bekerja sendiri.Kebanyakkan kes-kessumbang mahram yang berlaku adalah disebabkan ibu keluar mencari nafkah, sedang para suaminya tidak bekerja dan tinggal di rumah menjaga anak-anak perempuan. Harapkan pagar, pagar makan padi. Maka haruan makan anak sewaktu ketiadaan ibu di rumah.

15

4.0

Rumusan Perterlingkahan dan persengketeaan antara dua pihak atau lebih telah

memperlihatkan kepada dunia sebagai satu peristiwa yang sering diakhiri dengan keganasan dan penindasan sesama manusia dan alam seluruhnya. Golongan tua, wanita dan kanak-kanak selalu menjadi mangsa kepada perbalahan yang tiada penghujungnya ini.. Insan tidak berdosa ini bahkan turut menjadi mangsa penindasan seperti pembunuhan kejam, mangsa seksual, buruh paksa dan pelbagai lagi bentuk perbuatan yang menekspoitasi kebebasan individu dan bertentangan dengan hak asasi manusia. Akhirnya mereka terpaksa menjadi pelarian di negara sendiri ataupun terpaksa berhijrah ke negara lain bagi mendapatkan perlindungan. Perpindahan pelarian sesungguhnya memberi impak besar kepada individu yang terlibat. Negara yang terlibat pada masa yang sama turut menerima kesan yang negatif. Oleh itu, dalam soal ini, pemimpin harus memainkan peranan dan tanggungjawab bagi mencari jalan menyelesaikan konflik dengan bijak tanpa mengangkat senjata dan pertumpahan darah kerana hal ini melibatkan masyarakat sejagat. Peningkatan kes sumbang mahram pula serupakan satu jenayah yang serius yang perlu ditangani dengan segera. Hampir semua budaya tidak bertoleransi dengan jenayah seksual sumbang mahram ini, kecuali beberapa budaya lama yang mengecualikannya untuk kepentingan-kepentingan tertentu, seperti politik atau kemurnian kaum. Semua agama besar dunia juga melarang hubungan sumbang mahram. Seseorang itu tidak sepatutnya menjalin hubungan percintaan atau perkawinan dengan ibu bapa, datuk atau nenek, saudara kandung, saudara tiri (bukan saudara angkat), saudara dari ibu bapa, anak saudara, serta cucu. Masalah sumbang mahram ini, disamping mengenakan hukuman kepada penceroboh, penekanan betapa pentingnya pencegahan dan pengawalan harus diambil kira. Bagi menjamin kesejahteraan komuniti dalam sesebuah negara, tindakan-tindakan yang sewajarnya harus dibuat secara berterusan agar dapat melahirkan masyarakat yang berilmu, bertatasusila serta bertamadun. Kesimpulannya, semua pihak perlu menyedari dan memainkan peranan masingmasing. Semua pihak harus berganding bahu menggembeleng tanaga dan menyuarakan buah fikiran bagi menangani kedua-dua isu global ini. Seterusnya perlu ada pelbagai perseptif untuk memahami dan mencadangkan cara penyelesaian isu moral tersebut. Perspektif diri dan masyarakat setempat serta global perlu diambil kira dalam menangani isu moral baik di luar atau dalam negara. Kita patut mengambil iktibar dari apa yang telah berlaku.

16

5.0

Refleksi

Sebagai salah seorang pelajar kelas Pendidikan Moral, saya telah diarahkan untuk menjalankan satu Kerja Kursus Pendek (KKP) yang perlu dijalankan secara individu. Tugasan yang diberikan ini perlu disiapkan dalam masa dua minggu. Saya telah ditugaskan untuk mencari maklumat tentang tiga topic berkaitan dengan isu semasa tempatan untuk dibincangkan dalam bentuk penulisan. Saya telah mengumpulkan maklumat dari sumber-sumber seperti buku, jurnal, surat khabar, internet dan majalah. Maklumat yang telah diperoleh kemudian dianalisis dan digunakan sebagai initipati penulisan saya. Pada mulanya saya tidak mengendahkan maklumat yang diperoleh sehinggalah tarikh untuk menghantar KKP tersebut semakin singkat. Saya telah bertungkus-lumus menyediakan menyiapkan supaya kerja kursus ini dapat dihantar tepat pada masanya. KKP ini telah menyedarkan saya bertapa pentingnya tidak melengah-lengahkan tugasan yang telah diberikan. Sesungguhnya masa itu sangat berharga sebab itu masa diibaratkan sebagai emas. Saya sepatutnya memanfaatkan masa itu dengan sebaik mungkin iaitu melaksanakan kerja kursus ini secara berperingkat bukannya di saat-saat yang terakhir. Di sini, saya telah mempelajari betapanya sistem pengurusan masa yang baik dalam proses menyiapkan setiap kerja kursus agar menghasilkan kerja yang berkualiti. Kesimpulannya, saya mendapat banyak pengalaman dan pengajaran baru sepanjang menjalankan KKP ini. Walaupun topik yang saya telah pilih ini agak susah, namun saya tetap seronok melakukan. Pengalaman dan pengajaran yang saya perolehi sepanjang menjalankan KKP ini akan saya jadikan dorongan untuk melakukan tugasan yang lebih baik pada masa akan datang.

17

6.0

Bibliografi

Kamus Dewan(4th ed.).(2003). Kuala Lumpur, Malaysia: Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Kini Masa Untuk Malaysia! (2011). Sempena 60 Konvensyen 1951 berkaitan Status Perlarian . Petaling Jaya, Selangor, Malaysia: SUARAM. Ariff, M. M. (2010, Julai 12). Pelarian: Isu Sejagat Dan Kemanusiaan. Retrieved September 29, 2013, from Bernama.com: http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=512815 Chong, G. T. (2010, Julai 15). Karangan: Isu Orang Pelarian. Dipetik pada September 29, 2013, daripada goaypastpm.wordpress.com: http://goaypastpm.wordpress.com/2010/07/15/karangan-isu-orang-pelarian/ Kertas Kerja Seminar Kaunseling Keluarga 2008 - Mengenal pasti punca-punca dan kaedah menangani tingkah laku sumbang Mahram oleh Fizwani bt. M. Sarkawi, Suhana bt. Samadan, Mohammed Sharif Bin Mustafa, Sulaiman Shakib Bin Mohd. Noor, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. AsSyeikh Ali B. Abd Rahman. (2005). AlJauwahar AlMauhub- Permata Pemberian Yang Indah dan Menjaga Segala Hati yang Lalai, AlHidayah Publication. Akta 559. Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayahwilayah Persekutuan). (1997). Bahagian IV. http://www2.esyariah.gov.my Buletin Pas Bukit Bendera (2008). Kes Sumbang Mahram Tertinggi. http://www.pasbukitbendera.com Cara Menangani Sumbang Mahram (2007). Laman Rabu - Wadah Wanita Islam. http://wwwwadahwanita.blogspot.com Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman. Sumbang Mahram : Memutus Hubungan & Di Hukum Bunuh? http://www.zaharuddin.net Imam Habib Abdullah AlHadad.(1997). Nasihat Agama dan Wasiat Iman. Pustaka Nasional Private Limited, Singapore. Jabatan Penerangan Malaysia. Kenali Inses / Sumbang Mahram. http://www.pmr.penerangan.gov.my Menangani Isu Sosial. http://www.activeboard.com/forum.spark
18

MyHEALTH Portal - Sumbang Mahram. http://www.myhealth.gov.my Rogol dan Sumbang Mahram. http://www.newarrivals.nlb.gov.sg Ruangan Soal Jawab Kemusykilan Agama. http://www.baheis.islam.gov.my

19