Anda di halaman 1dari 16

PERMAINAN TRADISIONAL

SEPAK RAGA
AHLI KUMPULAN :

ZULFADLI HARUN NORHAZWANIE ZULKIFLI SITI AISYAH ZAHIDAH KAMARUDDIN

PENGENALAN
Permainan sepak raga wujud sejak 600 tahun lalu. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, selain dimainkan oleh golongan bangsawan, rakyat jelata juga menggemari permainan ini. Dalam sejarah Melayu menceritakan tentang Raja Muhammad, putera Sultan Mansor Shah Muhammad tertanggal tanjaknya akibat terkena bola raga tendangan Tun Besar. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh. Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

CARA BERMAIN
Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

MENIMANG BOLA
Permainan ini memerlukan ketangkasan dan kecekapan fizikal serta ketajaman mata untuk mengukur pergerakan. Matlamat setiap pemain ialah memantapkan kemahiran menerima hantaran bola raga dan menimangnya dengan selesa selama yang mungkin. Jangka masa permainan tidak ditentukan kecuali dalam pertandingan yang lazimnya dianjurkan sebagai acara berpasukan. Pasukan yang berjaya membuat timangan paling banyak dalam suatu tempoh yang ditetapkan, dikira menang.

Pada masa ini sepak raga tiada lagi dimainkan, ianya telah ditukar dengan nama kepada sepak takraw. Sepak takraw mengadukan dua pasukan yang dipisahkan oleh jaring, seperti dalam permainan badminton. Pasukan sepak takraw terdiri daripada tiga pemain. Tekong melakukan sepak mula dan mengawal bahagian belakang gelanggang. Apit kiri dan apit kanan mengawal bahagian hadapan gelanggang dan memikul tugas utama mematikan bola di gelanggang lawan.

UNDANG-UNDANG PERMAINAN SEPAK RAGA BULATAN


GELANGGANG
Dibina di mana-mana kawasan lapang dan rata. Berbentuk bulatan bergaris pusat 6m ( dinamakan Bulatan 6m ) dan hendaklah sekurang-kurangnya 3m jauh dari sebarang halangan. Dalam Bulatan 6m ini dibina satu bulatan kecil bergaris pusat 2m ( dinamakan Bulatan 2m ) dan hendaklah sama dengan pusat Bulatan 2m. Semua garisan hendaklah mempunyai kelebaran tidak lebih dari 40mm. Garisan bulatan 6m hendaklah dibina diluar garis pusatnya manakala garisan bulatan 2m dibina di dalam garis pusatnya.

BOLA
Berbentuk bulat. Beratnya hendaklah antara 170gm ke 180gm dan garis lilitnya diantara 0.42m ke 0.44m.

PEMAIN-PEMAIN
Dimainkan oleh 6 orang pemain dengan 2 orang pemain gantian. Gantian pemain hanya boleh dibuat sebelum permainan bagi sesuatu pusingan bermula.

PAKAIAN PEMAIN
Semua pemain hendaklah memakai Jersi / T-Shirt, berseluar pendek dan berkasut getah. Setiap Jersi / T-Shirt hendaklah bernombor dari 1 hingga 8 (No. 7 dan 8 dikhaskan untuk pemain gentian). Tinggi dan lebar nombor tersebut hendaklah diantara 10cm ke 15cm. Nombor-nombor ini hendaklah dilekatkan dihadapan dan belakang Jersi / T-Shirt.

KEDUDUKAN PEMAIN
Sebelum membuat lambungan untuk memulakan permainan bagi setiap pusingan, semua pemain hendaklah berdiri di dalam kawasan bulatan 6m mengarah ke pusat bulatan 2m. Susunan pemain dari yang bernombor 1 hingga 6 hendaklah mengikut arah pusingan jam. Kedudukan yang sama hendaklah dikekalkan semasa pemainnan sedang berjalan. Pemain gantian hendaklah mengambil tempat pemain yang diganti.

Semua anggota badan kecuali tangan atau lengan boleh digunakan semasa pemain menerima atau menghantar bola. Permainan dimulakan dengan lambungan bola tinggi melebihi paras kepala oleh pemain No. 1 kepada pemain No. 3, No. 4 atau No. 5 dengan melalui dan melintasi kawasan bulatan 2m. Pemain yang menerima bola tersebut hendaklah menyepak kepada pemain lain kecuali pemain No. 1. Setiap pemain hanya dibenarkan mengawal bola tidak melebihi daripada 3 sentuhan berturut-turut dan pada sentuhan ketiga, bola tersebut hendaklah dihantar kepada pemain yang lain. Pindahan atau hantaran bola daripada seorang pemain kepada pemain yang lain hendaklah melebihi paras kepala dengan melaui dan melintasi bulatan 2m. Permainan diberhentikan apabila berlaku perkara-perkara batal atau tempoh masa bagi sesuatu pusingan mencukupi.

PUSINGAN
Setiap pasukan akan bermain dalam 3 pusingan dan satu lontaran/lambongan sahaja dibenarkan bagi setiap pusingan.

MASA
Masa bermain untuk setiap pusingan ialah 10 minit. Untuk menentukan masa bagi satu pusingan, wisel akan dibunyikan: Bunyi pertama menandakan permainan bermula. Bunyi kedua menandakan permainan tamat.

Jika permainan diberhentikan disebabkan berlaku perkara-perkara batal, maka masa yang diperolehi akan direkodkan.

MATA
Setiap satu sepakan atau sentuhan akan dikira 1 mata. Mana-mana pasukan yang memperolehi mata paling tinggi hasil dari 3 pusingan akan dikira menang. Jika mata kemenangan diperolehi sama, maka pasukan yang jumlah masa bermainnya lebih lama akan dikira sebagai pemenang. Jika kaedah 9.3 masih sama, maka pasukanpasukan berkenaan akan diberi peluang bermain masing-masing dengan 1 pusingan 5 minit.

PERKARA-PERKARA BATAL
Tidak menyepak bola yang dilambung oleh pemain No. 1 sewaktu memulakan permainan. Pindahan atau hantaran bola tidak melalui dan melintasi kawasan Bulatan 2m. Menyepak atau menyntuh bola lebih dari 3 sentuhan berturut-turut. Menerima bola yang baru dipindahkan. Sebarang anggota badan menyentuh lantai diluar dari kawasan bulatan 6m atau didalam kawasan bulatan 2m. Bola jatuh ke atas lantai. Mengepit atau mematikan bola. Bola melurut di sebarang anggota badan. Salah seorang pemain tidak menyepak atau menyentuh bola pada setiap 20 mata.

PEGAWAI-PEGAWAI
Permainan akan dikendalikan oleh: Seorang Pengadil Rasmi yang duduk pada jarak 6m dari gelanggang. Tugasnya ialah memulakan atau memberhentikan permainan. Jam randik, wisel, mesin mengira dan borang-borang teknikal hendaklah sentiasa berada bersamanya. Dua orang pengadil yang berdiri di luar gelanggang bertentangan (di sebelah kiri dan kanan) dengan Pengadil Rasmi. Bertugas mengawal semua perkara-perkara batal yang dilakukan oleh pemain dengan menggunakan wisel. Seorang pengadil mengawal 3 orang pemain sahaja. Dua orang penghitung mata yang berdiri bertentangan dengan Pengadil Rasmi. Bertugas menghitung dan mencatat mata. Semua keputusan yang dibuat oleh Pengadil Rasmi atau Pengadil adalah muktamad.

UNDIAN
Sebelum permainan dimulakan, pasukan-pasukan yang mengambil bahagian akan mengundi untuk menentukan giliran masing-masing.

PEMAIN GANTIAN
Mana-mana pemain boleh digantikan dengan pemain gantian pada bila-bila masa sahaja dalam mana-mana pusingan setelah tamat satu-satu pusingan.

SELAMAT BERMAIN

Anda mungkin juga menyukai