Anda di halaman 1dari 4

PENYELIDIKAN

KEBERKESANAN DAN HUBUNGAN KAEDAH PENGAJARAN PEMBELAJARAN LATIH TUBI SUBJEK KHB PK TERHADAP KEYAKINAN DAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR DALAM PEPERIKSAAN PMR 2010 SMK PETRA JAYA KUCHING.

OLEH THEN JOON LEONG, M.Ed (Ed Mgmt), B.IT (Hons). SMK Petra Jaya Kuching. 2010

Abstrak Kajian ini bertujuan menyelidik hubungan dan keberkesanan kaedah pengajaran pembelajaran latih tubi subjek KHB PK terhadap keyakinan dan pencapaian akademik pelajar dalam peperiksaan PMR 2010 SMK Petra Jaya Kuching. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti keyakinan pelajar terhadap kaedah pengajaran pembelajaran latih tubi dalam menduduki peperiksaan. Kajian ini juga untuk mengenalpasti keberkesanan pengajaran latih tubi dengan menggunakan modul latih tubi dan kesan pencapaian pelajar dalam peperiksaan PMR 2010. Seramai 49 orang pelajar tingkatan 3A dan 3B terlibat dalam kajian ini. Data-data dikumpul dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan SPSS versi 15 untuk menguji keyakinan, dan hubungan keyakinan menduduki peperiksaan dengan keberkesanan penggunaan kaedah pengajaran pembelajaran latih tubi. keberkesanan kaedah pengajaran latih tubi diuji dengan menggunakan keputusan peperiksaan semester 1 peringkat sekolah sebelum pelaksaan modul latih tubi dan selepas pelaksaan latih tubi, keputusan peperiksaan PMR tahun 2010 dibandingkan dengan keputusan peperiksaan semester 1 untuk melihat keberkesanan kaedah latih tubi. Hasil kajian mendapati terdapat keyakinan yang tinggi kaedah pengajaran pembelajaran latih tubi di kalangan pelajar. Persepsi pelajar yang tinggi terhadap keberkesanan penggunaan modul latih tubi dalam pembelajaran. Ujian kolerasi juga menunjukkan terdapat hubungan yang positif di antara keberkesanan pengajaran secara latih tubi dengan keyakinan pelajar dalam menduduki peperiksaan.

7.0 Dapatan Kajian. Kajian tindakan ini adalah untuk menyiasat hubungan dan keberkesanan kaedah pengajaran

pembelajaran secara latih tubi subjek KHB terhadap keyakinan dan pencapaian akademik pelajar dalam peperiksaan PMR 2010. Dapatan kajian digunakan untuk menjawab persoalanpersoalan kajian yang dikemukakan. 7.1 Keyakinan dalam menduduki peperikksaan.

Persoalan kajian pertama adalah untuk melihat keyakinan pelajar dalam menduduki peperiksaan setelah melalui pengajaran pembelajaran secara latih tubi. Jadual 1 menunjukkan item soalan yang dikemukakan tentang keyakinan pelajar dalam menduduki peperiksaan setelah melalui pengajaran pembelajaran secara latih tubi. Daripada analisis didapati 3 orang(6.1%) responden tidak setuju keyakinan lebih tinggi untuk menduduki peperiksaan setelah membuat banyak latihan, 46 orang(93.9%) responden bersetuju dengan pernyataan keyakinan lebih tinggi untuk menduduki peperiksaan setelah membuat banyak latihan yang diberikan oleh guru. Jadua l Frekuensi Item Soalan Keyakinan

Saya mempunyai keyakinan yang lebih tinggi untuk menduduki peperiksaan setelah membuat banyak latihan yang diberikan oleh guru Pernyataan Tidak setuju Setuju Sangat setuju Jumlah Frekuensi 3 21 25 49 Peratus 6.1 42.9 51.0 100.0

Jadual 2 menunjukkan min keyakinan menduduki peperiksaan yang amat tinggi sebanyak 15.59 dengan sisihan piawai 1.59

Jadual 2 Min, Sisihan Piawai Keyakinan Menduduki Peperiksaan

Keyakinan

N 49

Minimum 12.00

Maksimum 19.00

Min 15.59

Sisihan Piawai 1.59

7.2 Persepsi Pelajar Terhadap Keberkesanan Latih Tubi

Persoalan kajian kedua adalah untuk melihat persepsi pelajar terhadap keberkesanan latih tubi dalam pencapaian akademik subjek KHB PK. Jadual 1 menunjukkan item soalan yang dikemukakan tentang persepsi pelajar terhadap keberkesanan teknik pengajaran pembelajaran secara latih tubi dalam pencapaian akademik. Daripada analisis, didapati 2 orang (4%) responden tidak setuju dengan membuat latihan yang banyak berkesan dalam membantu mereka menjawab soalan-soalan dalam peperiksaan, 47

orang(96%) responden bersetuju dengan pernyataan membuat latihan yang banyak berkesan dalam pencapaian akademik. Jadual 3 Frekuensi Item Soalan Keberkesanan

Membuat latihan yang banyak sangat berkesan dalam membantu saya menjawab soalan-soalan peperiksaan. Pernyataan Tidak setuju Setuju Sangat setuju Jumlah Frekuensi 2 16 31 49 Peratus 4.1 32.7 63.3 100.0

Jadual 4 menunjukkan min keberkesanan pencapaian akademik yang tinggi sebanyak 16.86 dengan sisihan piawai 1.86 Jadual 4 Min, Sisihan Piawai Keberkesanan Pencapaian Akademik

Keberkesanan

N 49

Minimum 13.00

Maksimum 23.00

Min 16.86

Sisihan Piawai 1.86

7.3 Hubungan Antara Keberkesanan Pengajaran Secara Latih Tubi Dengan Keyakinan Pelajar Dalam Menduduki Peperiksaan. Memandangkan data yang digunakan dalam kajian ini adalah merupakan data ordinal, alat statistik kolerasi Spearmans rho digunakan untuk melihat darjah hubungan antara keberkesanan latih tubi dengan keyakinan dalam menduduki peperiksaan. Hasil analisis didapati terdapat hubungan yang positif (.305) antara keberkesanan latih tubi dengan keyakinan dalam menduduki peperiksaan. Kolerasi antara kedua pemboleh ubah dapat dilihat dalam jadual 5, signifikan( p) diabaikan dalam kajian ini, sebab ia hanya relevan dalam kajian inferensi. Jadual 5 Kolerasi Antara Keberkesanan Latih Tubi Dengan Keyakinan Menduduki Peperiksaan

Keyakinan Spearmans rho Keyakinan Correlation Coefficient Sig. (2-tailed) N Correlation 1.000 . 49 .305(*)

Keberkesanan .305(*) .033 49 1.000

Keberkesanan

Coefficient Sig. (2-tailed) N

.033 49

. 49

Kolerasi signifikan pada 0.05(2-tailed) 7.4 Keberkesanan Pengajaran Secara Latih Tubi Dengan Pencapaian Gred Akademik Pelajar Dalam PMR 2010 Subjek KHBPK Persoalan kajian keempat adalah untuk menyiasat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran latih tubi dengan pencapaian gred akademik pelajar dalam PMR 2010 subjek KHBPK. Untuk menjawab persoalan kajian ini, berbandingan gred subjek KHB PK peperiksaan satu bulan Mei dengan keputusan peperiksaan PMR 2010. Jadual 6 menunjukkan keputusan peperiksaan satu bulan Mei, bilangan pelajar yang mendapat gred A seramai 4 orang ( 8.2%), gred B seramai 4 orang ( 8.2%), gred C seramai 27orang ( 35.1%) dan gred D seramai 14 orang ( 28.5%). Terdapat peningkatan yang ketara dalam peperiksaan PMR selepas pelajar membuat Modul Latih Tubi, pelajar yang mendapat gred A seramai 9 orang ( 18.4%), gred B seramai 39 orang ( 79.6%%), gred C seramai 1 orang ( 2%) manakala gred D dan E adalah 0%. Jadual 6 Keberkesanan Pengajaran Secara Latih Tubi Dengan Pencapaian Gred Akademik Pelajar Dalam PMR 2010 Subjek KHBPK

Gred A B C D E

Peperiksaan 1 2010 Bilangan 4 4 27 14 0

Peratus 8.2% 8.2% 35.1% 28.5% 0%

PMR 2010 Bilangan Peratus 9 18.4% 39 79.6% 1 2% 0 0% 0 0%

http://virtualeducatordotmy.blogspot.com/p/penyelidikan.html

Anda mungkin juga menyukai