Anda di halaman 1dari 1

1.

0 PENGENALAN

Program Kembara Sains ini adalah satu program yang akan diikuti oleh pelajar PISMP Sains Semester 6 yang melibatkan seramai 22 orang pelajar. Program ini akan diadakan di Sekolah Kebangsaan pada 7 Oktober 2013. Program ini menampilkan kreaviti guru-guru pelatih untuk merancang dan melaksanakan aktiviti-aktiviti sains yang diharapkan akan dapat merangsang minat murid-murid dalam mempelajari sains.

2.0 RASIONAL

Program Kembara Sains ini adalah satu usaha yang diharapkan dapat menyumbang ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial berdasarkan hasrat falsafah pendidikan kebangsaan iaitu mengembangkan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmoni dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Usaha ini adalah bagi melahirkan guru pelatih yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk menyampaikan ilmu dengan baik.

3.0 OBJEKTIF

3.1 Untuk memberi pendedahan kepada murid-murid terhadap pengetahuan Sains. 3.2 Menyedarkan murid-murid akan kegunaan sains dalam kehidupan seharian. 3.3 Menanam minat murid-murid terhadap Sains yang sering dianggap sebagai mata pelajaran kritikal di sekolah. 3.4 Mendedahkan guru-guru pelatih terhadap suasana persekolahan yang sebenar. 3.5 Memberi peluang kepada guru pelatih untuk menggunakan kemahiran mengajar yang dipelajari secara teori sebelum ini untuk diuji secara praktikal. 3.6 Meransang kreativiti guru pelatih untuk merancang aktiviti bagi menggalakkan minat murid-murid kepada mata pelajaran Sains.

Anda mungkin juga menyukai