Anda di halaman 1dari 5

Mata Pelajaran & Kelas: Tema /Topik: Masa: Standard Kandungan : Standard Pembelajaran:

DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI / SAINS KELAS: 2 DELIMA

Sains Hayat / Manusia 60 minit 1.3 Mengaplikasi pengetahuan tentang tumbesaran manusia. Di akhir pelajaran murid dapat: 1.3.1 Mengenal pasti perubahan yang berlaku pada diri mereka sejak dilahirkan iaitu membesar dari segi pertambahan saiz, tinggi dan berat.

Aktiviti P&P:

1) Guru menunjukkan beberapa keping gambar individu sama yang berlainan umur menggunakan MS Powerpoint. 2) Guru bersoal jawab dengan murid-murid mengenai perbezaan yang dapat diperhatikan pada gambargambar tersebut. 3) Murid menunjukkan gambar mereka sejak lahir hingga sekarang kepada kelas. 4) Murid menceritakan tentang perubahan dari segi saiz mereka. 5) Guru meminta murid meramalkan apakah perubahan yang mereka alami selain dari pertambahan saiz. 6) Guru menunjukkan kasut bayi, kasut kanak-kanak dan kasut orang dewasa.

7) Guru meminta murid menyatakan peringkat yang sesuai (bayi / kanak-kanak/dewasa) untuk memakai kasut tersebut. 8) Guru meminta murid menyatakan apakah perubahan yang mereka alami berdasarkan kasutkasut yang ditunjukkan. 9) Berdasarkan langkah 3 hingga 8, murid menjelaskan perubahan yang berlaku pada diri mereka sejak dilahirkan hingga sekarang. EMK: Bahasa, Bersyukur dengan ciptaan Tuhan, TMK KBKK Membanding, membeza dan meramalkan Bahan Bantu Belajar: -Beberapa keping gambar individu sama yang berlainan umur.

-Gambar murid dari lahir sehingga sekarang.

-Kasut yang mengikut peringkat umur. - Persembahan MS PowerPoint Penilaian P&P: Lembaran Kerja 1 Lembaran Kerja 2 Refleksi: i) Seramai 33 orang murid boleh mengenalpasti

perubahan yang berlaku pada diri mereka sejak dilahirkan iaitu membesar dari segi pertambahan tinggi dan saiz. ii) Seramai 3 orang murid boleh mengenalpasti

perubahan yang berlaku pada diri mereka sejak dilahirkan iaitu membesar dari segi pertambahan tinggi dan saiz tetapi dengan bimbingan guru.