Anda di halaman 1dari 24

PENDAHULUAN

METODOLOGI KAJIAN

DAPATAN KAJIAN & ANALISIS DATA

LATAR BELAKANG KAJIAN

SOROTAN LITERATURE

IMPLIKASI DAN CADANGAN

PERMASALAHAN KAJIAN

BATASAN KAJIAN

PENUTUP

OBJEKTIF KAJIAN

KEPENTINGAN KAJIAN

Tujuan

- untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong pelajar Universiti Malaya bekerja dan meneliti kesan pekerjaan terhadap pembelajaran dan prestasi mereka. Borang kaji selidik - seramai 50 orang mahasiswa Sarjana Muda Syariah di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur dipilih sebagai responden kajian. Analisis data - menggunakan statistik deskriptif seperti kekerapan, peratus dan min. Hasil akhir - 70% responden sangat bersetuju bahawa kos hidup yang tinggi dan yuran pengajian yang mahal menjadi faktor utama mendorong mahasiswa untuk bekerja, majoriti responden menyatakan bahawa kerja sambilan tidak mengganggu masa belajar dan prestasi pembelajaran mereka.

Kamus Dewan Edisi ke-4;-

kerja sambilan - kerja yang dibuat disamping kerja biasa atau kerja tetap yang lain. ii) mahasiswa - merujuk kepada pelajar atau penuntut di universiti.
i)

PRO & KONTRA KERJA SAMBILAN

PRO (POSITIF) Dapat menambah pendapatan (income), sedikit sebanyak mereka dapat membeli segala peralatan yang diperlukan sama ada barangan keperluan ataupun untuk memenuhi kehendak diri mereka sendiri. Tambah pengalaman, belajar berdikari, dll.. KONTRA (NEGATIF) Kekangan masa Kekangan tenaga Mempengaruhi pembelajaran dan prestasi akademik Lain-lain

Pelbagai persepsi dilontarkan tentang kerja sambilan. Ada

persepsi menyatakan bahawa apabila mahasiswa mula bekerja, mahasiswa akan kurang ataupun jarang melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak universiti. Begitu juga kehadiran mereka ke kuliah tidak penuh serta tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan pensyarah pada masa yang sepatutnya. Kerja sambilan juga dikatakan turut mempengaruhi pencapaian pelajar serta memberi kesan kepada keputusan peperiksaan.
Justeru, penyelidik terpanggil untuk mengkaji sejauh

manakah kebenaran pernyataan di atas.

i.

Mengenalpasti faktor-faktor yang mendorong mahasiswa untuk melakukan kerja sambilan.

ii.

Meninjau kesan kerja sambilan terhadap proses pembelajaran dan pencapaian akademik mahasiswa.

iii. Menganalisis persepsi mahasiswa tentang kerja

sambilan semasa tempoh pengajian.

Hasil kajian dapat membantu dalam mengenalpasti faktor-

faktor yang mendorong mahasiswa untuk melakukan kerja sambilan semasa tempoh pengajian dan mengetahui sejauh manakah kerja sambilan mempengaruhi ataupun memberikan kesan kepada proses pembelajaran dan prestasi akademik mahasiswa.
Melalui analisis yang dilakukan terhadap hasil kajian juga

akan dapat membantu mahasiswa untuk menilai adakah kerja sambilan merupakan suatu yang hanya memberikan kesan negatif kepada pengajian atau sebenarnya ia terletak pada kemahiran individu masing-masing dalam mengurus masa dan kehidupan.

Hanya dilakukan terhadap mahasiswa Sarjana Muda

Syariah di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Kuala Lumpur.


Terbatas kepada 50 orang responden yang telah

dipilih secara rawak tanpa mengira tahun pengajian (Tahun 1- 4).

Kajian Norazia Ali, Pola Bekerja Sambilan Kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Daerah Melaka Tengah dan Implikasinya Terhadap Prestasi Pembelajaran di Sekolah. Kajian mendapati sebahagian besar responden bekerja selepas habis sekolah, cuti hujung minggu dan cuti sekolah. Dengan bekerja mereka berhadapan dengan kekangan masa dan fizikal untuk melakukan aktiviti pembelajaran diluar masa sekolah seperti mengulangkaji, menyiapkan kerja sekolah, ko-kurikulum dan lain-lain.

Walaubagaimanapun, pendapatan yang diperolehi pelajar daripada kerja sambilan didapati membantu ekonomi keluarga, memenuhi keperluan kendiri dan menimbulkan rasa keyakinan kepada mereka.
Kajian mendapati, dua faktor yang mendorong pelajar untuk melakukan kerja sambilan ialah faktor persekitaran seperti kawasan bandar yang pesat membangun, kewangan dan faktor kendiri.

Kajian Mohd Yusoff bin Ishak, Guru Bekerja Sambilan

Kajian ini menyatakan bahawa kerja sambilan memberi kesan yang besar kepada diri seorang guru yang selalunya melibatkan tentang penampilan guru sama ada dari segi kebersihan diri, etika berpakaian dan juga berkomunikasi dengan murid, ibu bapa dan rakan sejawat. Guru yang bekerja sambilan selalunya tidak dapat memberi tumpuan yang baik terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta lemah dalam pengurusan masa terutama dalam kegiatan kokurikulum.

Kajian Mohd Mahyuddin bin Ismail tentang Persepsi Mahasiswa Terhadap Pengurusan Kewangan: Kajian Kes di Kalangan Mahasiswa Tahun 3 dan 4 Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) Universiti Teknologi Malaysia. Hasil kajian menunjukkan bahawa mahasiswa mempunyai persepsi yang positif terhadap pengurusan kewangan dan menyedari akan kepentingannya. Kajian ini juga menunjukkan bahawa tahap pengurusan kewangan mahasiswa masih ditahap sederhana dan perlu dipertingkatkan lagi. Namun begitu, terbukti bahawa pelajaran merupakan aspek yang paling diutamakan oleh mahasiswa dalam perbelanjaaan mereka. Justeru, dalam kajian ini Mohd Mahyuddin mencadangkan agar semua pihak memainkan peranan untuk memastikan tahap pengurusan kewangan mahasiswa yang lebih baik.

Kajian Mohd Yusoff bin Ishak, Guru Bekerja Sambilan

Kajian ini menyatakan bahawa kerja sambilan memberi kesan yang besar kepada diri seorang guru yang selalunya melibatkan tentang penampilan guru sama ada dari segi kebersihan diri, etika berpakaian dan juga berkomunikasi dengan murid, ibu bapa dan rakan sejawat. Guru yang bekerja sambilan selalunya tidak dapat memberi tumpuan yang baik terutama dalam proses pengajaran dan pembelajaran serta lemah dalam pengurusan masa terutama dalam kegiatan kokurikulum.

Metode Pengumpulan Data

Metode Analisis Data

Kaedah Kuantitatif Borang Soal Selidik

- program The Statistical Package for The Social Sciences (SPSS)

Rujukan Perpustakaan
- Buku, artikel, jurnal, kajian-kajian lepas

Secara kesimpulannya, terdapat banyak aspek yang

dipersetujui oleh responden dan ada juga aspek yang tidak dipersetujui. Antara aspek yang dipersetujui ialah pelajar bekerja untuk menampung kos hidup yang tinggi dan membantu mengurangkan beban keluarga. Selain itu, bekerja membantu pelajar meningkatkan pengalaman dan kemahiran dan boleh mengelakkan pelajar terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat. Dapatan kajian juga menunjukkan kerja sambil belajar tidak mengganggu masa belajar dan prestasi akademik pelajar asalkan pelajar bijak untuk membahagikan masa belajar dan bekerja supaya mempunyai masa rehat yang cukup dan tidak mengganggu tugas-tugas belajar di kelas.

Sokongan dan galakan daripada pihak universiti- program

pembangunan kemahiran siswa (PPKS), usaha untuk membantu mahasiswa memperoleh kemahiran dalam bidang pengkhususan pengajian mereka di samping memberi pendedahan dan pengalaman praktikal mengenai pengurusan pejabat dan dinamika dunia pekerjaan.

Kajian lanjut- sampel kajian yang lebih besar. Mungkin kajian

boleh dilakukan mengikut satu jantina sahaja contohnya pelajar perempuan terutama di kawasan bandar. Dari segi kaedah juga boleh diubah, seperti menggunakan kaedah temubual dengan mahasiswa untuk mendapatkan lebih maklumat mengenai faktor yang mendorong pelajar bekerja. Penyelidik juga boleh menemubual ibubapa mahasiswa untuk mengetahui apakah faktor yang mendorong mereka untuk mengizinkan anak mereka bekerja sambil belajar. Kaedah demikian lebih mendalam dan lebih terperinci. Kita dapat mengetahui keadaan dan kedudukan yang sebenar masalah yang dihadapi oleh pelajar.

Secara keseluruhannya, bekerja sambil belajar tidak menggangu

prestasi akademik mahasiswa.

Mahasiswa-mahasiswi yang bekerja harus bijak menguruskan

masa bekerja dan belajar mereka agar mereka tidak leka dengan pekerjaan dan mengabaikan pengajian. kerja yang berat atau meletihkan sehingga boleh memberi kesan terhadap pencapaian akademik. gagal mencapai kerjaya yang lebih baik. Banyak tokoh-tokoh yang telah berjaya pernah bekerja sambil belajar, sama ada di negara sendiri atau di negara orang.

Kebanyakan jenis pekerjaan yang diceburi juga bukanlah jenis

Bekerja sambilan bukannya bererti mengabaikan pelajaran dan

Awang Said (2003), Pelajar Bekerja Sambilan: Tinjauan dibeberapa Sekolah Menengah di Kuala Lumpur. Latihan Ilmiah Universiti Malaya (tidak diterbitkan). Awab Said, Sufean Hussin (2006). Pelajar Sekolah Menengah Yang Bekerja Separuh Masa: Satu Tinjauan Di Kuala Lumpur. Jurnal Pendidikan. Fauziah Abdul Ghani (2003), Penglibatan Pelajar dalam Kerja Sambilan di Sekolah Menengah Kuala Lumpur. Latihan Ilmiah Universiti Malaya (tidak diterbitkan). Hajah Noresah (2010), Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Mohd Mahyuddin bin Ismail (2004), Persepsi Mahasiswa Terhadap Pengurusan Kewangan: Kajian Kes di Kalangan Mahasiswa Tahun 3 dan 4 Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Pengajian Islam) Universiti Teknologi Malaysia. Latihan Ilmiah Universiti Teknologi Malaysia (tidak diterbitkan). Mohd Yusoff bin Ishak bertajuk Guru Bekerja Sambilan. Kertas Kerja Tidak diterbitkan. Noor Azman Hassan (2005), Hubungan Kerja Sambilan dengan Prestasi Akademik dan Penglibatan Aktiviti Sekolah dikalangan Pelajar Sekolah Menengah di Daerah Tangkak, Johor. Latihan Ilmiah Universiti Kebangsaan Malaysia (tidak diterbitkan). Norazia Ali (2008), Pola Bekerja Sambilan Kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Daerah Melaka Tengah dan Implikasinya Terhadap Prestasi Pembelajaran di Sekolah. Jurnal E-Bangi, Volume 3, Bil. 1, 12, 2008. Othman Talib (2012), Tulis Tesis Cepat, MPWS Rich Resources.