Anda di halaman 1dari 27

6.

2 Cabaran Dari Aspek Sosial Pemisahan penempatan Dasar "pecah dan perintah" menyebabkan wujudnya perbezaan antara penduduk Menimbulkan prasangka, stereotaip dlm kalangan ahli sesuatu golongan etnik terhadap etnik yg lain. Sistem pendidikan yang berasingan Sebelum Penyata Razak 1956, wujud 4 aliran iaitu Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kurikulum yg berlainan Setiap aliran mempunyai falsafah dan matlamat yg berbeza Perbezaan Agama, Bahasa dan Kebudayaan Setiap etnik mempertahankan adat resam dan kebudayaan sendiri & tidak mengetahui adat resam etnik lain . Kontrak sosial 6.3 Cabaran Dari Aspek Ekonomi Penguasaan ekonomi Akibat drpd pekerjaan yg beza, wujud jurang pendapatan antara setiap etnik. Mewujudkan ketidakseimbangan dan persaingan berlaku dlm masyarakat menyebabkan setiap kaum saling mencemburui satu sama lain. Perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi Cina (sektor perlombongan dan perdagangan) India (sektor perladangan) Melayu (sektor pertanian) Perbezaan dlm bidang ekonomi telah menimbulkan persaingan dan ketidakpuasan dlm kalangan etnik tertentu. Menghalang interaksi antara kaum. Cetus semangat perkauman Ketidakseimbangan pendapatan di antara sektor Membawa ketidakstabilan 6.4 Cabaran Dari Aspek Politik Politik perkauman timbulkan rasa tidak senang hati

Kewujudan parti politik yang pelbagai mencetuskan konflik antara satu sama lain Menyuarakan kepentingan etnik tertentu tanpa ambil kira kepentingan etnik-etnik lain Memperalatkan isu perkauman untuk tujuan politik Extremism = ekstrem melaksanakan sesuatu Chauvinism = taksub dgn menganggap kumpulannya saja yg betul Fanaticism = membabi buta dlm melakukan sesuatu perkara tanpa mempedulikan pandangan orang lain 6.5 Cabaran Globalisasi Globalisasi bawa idea keunggulan Barat Aspek negatif: hedonisme, ekploitasi sumber manusia dan bahan mentah Globalisasi adalah penjajahan era baru- penjajahan budaya Menghalang pembinaan jati diri Malaysia http://panggeyakubeb.blogspot.com/2013/05/cabaran-hubungan-etnik.html

Konflik etnik dan ras ini tidak akan menguntungkan sesebuah negara itu mahupun rakyatnya. Ramai rakyat yang tidak berdosa telah terkorban dan banyak harta yang musnah. Malah ia membawa kerugian dan pengalaman pahit kepada rakyat di negara yang berlakunya masalah konflik etnik dan ras. Konflik etnik dan ras di sesebuah negara boleh di atasi dengan beberapa langkah dan strategi untuk mempastikan peristiwa yang sedemikian rupa tidak akan terjadi. Di antara langkah-langkah penting yang perlu dilakukan dengan membasmi kemiskinan tanpa mengira perbezaan etnik dan ras. Sesebuah masyarakat perlu dibuat penyusunan semula untuk memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi di antara kumpulan etnik dan menghapuskan pengenalan etnik dengan kegiatan ekonomi dan kawasan tempat tinggal. Dalam masyarakat tersebut kepentingan umum akan lebih diutamakan daripada kepentingan kaum atau kumpulankumpulan yang tertentu. Kebebasan dan hak-hak asasi individu dalam sesebuah negara akan dijamin dalam perlembagaannya. Dengan ini satu masyarakat adil dapat dilahirkan, semua rakyatnya mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kemakmuran negara mereka, kekayaan negara pula akan diagihkan secara saksama dan tidak akan dibenarkan berlaku pemerasan manusia oleh manusia. Organisasi politik yang berasaskan kepada kepentingan etnik perlu dihapuskan dan mewujudkan percampuran di antara etnik-etnik untuk mewujudkan sebuah organisasi yang sependapat. Sistem pendidikan juga boleh memainkan peranan yang berkesan untuk menjamin keamanan sesebuah negara yang mempunyai pelbagai

golongan etnik dan ras. sistem pendidikan ini boleh menjadi agen sosialisasi bagi memupuk keperibadian dan kesedaran bersama di kalangan rakyat negara-negara yang terlibat. Melalui pendidikan jugalah sesebuah negara itu dapat melahirkan perpaduan dan persefahaman antara golongan etnik dan ras. Sikap dan pemikiran perkauman di kalangan pelajar-pelajarnya dapat dikikis dan dihapuskan dengan pendidikan yang berkesan . Sebilangan besar parti-parti politik yang berasaskan kepada perjuangan kepentingan kumpulan etnik masing-masing perlu dibawa bersama ke dalam satu ikatan politik yang lebih besar. Pembentukan politik campuran ini menyenangkan sesebuah kerajaan dalam proses pembentukan bangsa yang bersatu. Setiap permasalah yang timbul dalam kumpulan-kumpulan etnik boleh dibawa berbincang. Politik campuran ini boleh mencari jalan penyelesaian dalam keadaan berlakunya konflik. Walaupun semua rakyat inginkan perpaduan tetapi masing-masing mempunyai tanggapan dan cara yang berlainan. Oleh itu, perbezaan pendapat tentang cara dan pendekatan untuk mencapai perpaduan itu sentiasa wujud. Perbezaan pandangan ini timbul kerana dipengaruhi oleh keadaan realiti politik dan masyarakat itu sendiri. Pendekatan konsep 1Malaysia DS Najib adalah penyelesaian jangka panjang bagi membina perpaduan yang jitu di Malaysia. Walaupun DAP dan Perkasa memandang sinis konsep 1Malaysia, mungkin pelaksanaan awal tidak menampakkan hasil tetapi dari segi jangka panjang mana-mana kerajaan yang memerintah Putrajaya perlu mengakui konsep 1Malaysia sangat relevan bagi mengatasi konflik etnik dan ras. Konflik etnik dan ras adalah masalah yang kompleks. Masalah ini muncul dari keadaan sejarah masyarakat dan berkait rapat dengan aspek politik, ekonomi dan sosial masyarakat. Dari segi politik, masalah ras tidak dapat dipisahkan dari keadaan majoriti dan minoriti. Bagi ekonomi pula, apabila keadaan ekonomi tidak seimbang akan memperhebatkan masalah ras atau perkauman. Perbezaan kebudayaan, bahasa, agama dan nilai juga boleh merumitkan lagi masalah ras. Walaupun semua manusia inginkan perpaduan tetapi masing-masing mempunyai tanggapan dan cara yang berlainan. Oleh itu, perbezaan pendapat tentang cara dan pendekatan untuk mencapai perpaduan itu sentiasa wujud. Perbezaan pandangan ini timbul kerana dipengaruhi oleh keadaan realiti politik dan masyarakat itu sendiri. Sejarah telah banyak membuktikan kepada kita bahawa konflik etnik dan ras cuma akan membawa lebih banyak kesan-kesan negatifnya sahaja. Terpulanglah kepada rakyat di sesebuah negara untuk membuat pilihan yang bijak agar peristiwa yang tidak diingini tidak berlaku.

Oleh kerana itu faktor-faktor yang bertanggungjawab bagi menyuburkan perasaan perkauman itu mestilah dibendung dan dikawal demi menjamin keamanan sesebuah negara itu .
http://wzwh.blogspot.com/2010/08/langkah-langkah-mengatasi-konflik-etnik.html PERANAN KERAJAAN KE ARAH PEMUPUKAN HUBUNGAN ETNIK DAN CABARAN CABARAN YANG DIHADAPI Antara program yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi memastikan keharmonian hubungan etnik di Malaysia ialah pertama menubuhkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969, telah membuka mata pelbagai pihak tentang pentingnya usaha-usaha yang lebih serius diberikan tumpuan dalam mengurus perbezaan serta sensitiviti yang terdapat dalam sebuah masyarakat majmuk seperti di Malaysia. Seperti yang kita sedia maklum, rusuhan kaum 1969 adalah terjadi kerana perjalanan kempen pilihanraya yang dipenuhi dengan isuisu perkauman dan sensitiviti seperti bahasa, agama dan kedudukan istimewa orang melayu. Selain itu, ia juga berpunca daripada kecemburuan sosiekonomi yang berlaku antara tiga kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India. Orang melayu masih ditakuk lama iaitu hanya mengusahakan pertanian, orang Cina di bandar menguruskan perniagaan manakala orang India masih di estet menjalankan aktiviti perladangan. Ini menimbulkan ketidakpuasan hati dikalangan orang Melayu kerana mereka merasa seolah-olah dianaktirikan di negeri sendiri. Berikutan perisiwa tersebut, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan. Pada I Julai 1969, Jabatan Perpaduan Negara di bawah perintah MAGERAN telah diwujudkan bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan masyarakat di negara kita pada waktu itu. ( JPNIN, 2006 ). Selepas pembubaran MAGERAN, Majlis Penasihat Perpaduan Negara telah ditubuhkan iaitu pada 23 Februari 1971 yang bertanggungjawab bagi memupuk dan memelihara perpaduan antara kaum di negara ini dan diletakkan di bawah tanggungjawab Jabatan Perpaduan Negara. JPNIN melalui Pelan Tindakan Perpaduan dan Integrasi Nasional 2005-2010 telah merancang pelbagai strategi untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional. Antaranya ialah melalui Strategi Politik, Strategi Ekonomi, Strategi Pendidikan, Strategi Penggunaan Bahasa Kebangsaan, Strategi Pembangunan Kawasan, Strategi Penggunaan Tenaga Manusia, Strategi Media Massa, Strategi Kesukanan, Strategi Pemasyarakatan Perpaduan, Strategi Pertubuhan Sukarela, Strategi Penyelidikan dan Penerbitan Bahan Bacaan, Strategi Pemantauan Isu-Isu Semasa dan Konflik, Strategi Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara ( PANEL ) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan Peringkat Negeri ( JKPPN ), Strategi Program dan Aktiviti Perpaduan dan strategi-strategi lain yang dicadangkan boleh membantu memantapkan proses perpaduan ialah mewujudkan latihan dalam bidang komunikasi antara budaya, mewujudkan pengauditan dasardasar kerajaan, menghasilkan satu etika mengenai hak dan tanggungjawab kemanusiaan untuk rakyat Malaysia dan penerbitan bahan bacaan secara meluas mengenai kaum-kaum di Malaysia. Melaksanakan kesemua strategi-strategi tersebut dengan secara menyeluruh dan berkesan merupakan cabaran utama yang dihadapi kerajaan. Cabaran seterusnya pula semasa kerajaan melaksanakan strategi-strategi ini ialah masih terdapat suara-suara minoriti yang sumbang kedengaran. Mereka ini masih tidak mempercayai sepenuhnya usaha-usaha yang dilakukan kerajaan atas sebab masih menyimpan dendam daripada peristiwa 13 Mei 1969, bersikap prejudis dan mengamalkan etnosentrisme. Tidak dinafikan juga hal ini berpunca daripada hasutan pengkhianat-pengkhianat negara yang mempunyai agenda-agenda tersendiri. Selain cabaran diatas, cabaran lain dihadapi kerjaan ialah menunggu untuk mendapatkan keputusan. Untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum memerlukan masa yang sangat lama, apatah lagi apabila dengan peristiwa hitam yang pernah berlaku di negara ini. Justeru, kerajaan terpaksa

menunggu supaya semua strategi yang dirancang berjaya dengan menyemaikan semangat patriotism kepada negara dan nilai bersatu padu secara progresif. Selain mewujudkan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, kerajaan juga berperanan untuk menjalankan satu program iaitu Memperkasakan Sekolah Kebangsaan. Sistem pendidikan pelbagai aliran telah menyebabkan tidak ada acuan khusus yang boleh digunakan untuk membentuk masyarakat yang bersatu padu. Sistem pendidikan pelbagai aliran yang wujud sekarang telah mengakibatkan ibu bapa pelajar memilih aliran mengikut kaum masing-masing. Usaha memupuk perpaduan haruslah dimulakan sejak awal lagi dengan membabitkan murid sekolah rendah dalam acuan yang sama. Dengan itu, sekolah kebangsaan perlu diperkasakan bagi menerapkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar pelbagai etnik. Para pelajar juga haruslah dilatih untuk hidup saling bekerjasama dan mempunyai semangat patriotisme serta berakomodatif yang tinggi. Memperkasakan dan memantapkan lagi sekolah kebangsaan merupakan agenda penting negara dan merupakan cabaran kepada kerajaan bagi menjaga dan meningkatkan hubungan etnik di Malaysia. Oleh itu, pelbagai usaha diambil untuk memperkasakan sekolah kebangsaan dalam sistem pendidikan negara bagi meletakkan landasan yang lebih kukuh ke arah menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara ini. Antaranya ialah tidak mengetepikan terus sekolah rendah jenis kebangsaan. Ini telah dipersetujui oleh semua golongan etnik di bawah kontrak sosial. Setiap ibu bapa, diberi kebebasan menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan. Jika mereka memilih sekolah jenis kebangsaan Cina atau Tamil, maka tidak ada sesiapa yang boleh menghalang mereka. Namun, Sekolah Kebangsaan merupakan institusi pendidikan utama bagi anak-anak Malaysia untuk memenuhi aspirasi dan memiliki jati diri nasional. Sekolah Kebangsaan bukan sahaja berkemampuan untuk mendidik pelajar tetapi membantu menanam nilai-nilai perpaduan dalam kalangan pelajar yang terdiri daripada pelbagai kaum. Sekolah Kebangsaan merupakan aliran utama pendidikan untuk semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum. Dalam Rancangan Malaysia Kesembilan, bagi menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan, kualiti pengajaran di sekolah kebangsaan akan dipertingkat dengan 100 peratus guru di sekolah menengah dan 25 peratus guru di sekolah rendah akan mempunyai kelayakan ijazah pertama menjelang tahun 2010. Pihak kerajaan hampir berjaya merealisasikan impian mereka kerana kini telah wujud beberapa program khas untuk lepasan-lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) iaitu program yang mengiktiraf pelajar untuk menjadi seorang guru yang berijazah. Cabaran utama yang dihadapi untuk memperkasakan sekolah kebangsaan ialah untuk menarik minat orang bukan Melayu untuk memasuki sekolah ini. Ini kerana ramai ibu bapa dari golongan bukan melayu merasakan mereka lebih suka sistem pendidikan menggunakan bahasa pengantar mengikut bahasa ibunda mereka. Mereka merasakan melalui pendidikan di sekolah rendah jenis kebangsaan samada tamil atau cina, anak mereka akan lebih berjaya. Cabaran seterusnya ialah usaha untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan pelajar. Tanggungjawab ini bukan hanya diletakkan kepada pihak sekolah semata-mata tetapi juga institusi pendidikan tinggi. Oleh itu, antara langkah dijalankan untuk mengatasi cabaran ini ialah tidak mengetepikan proses penguasaan bahasa ibunda masing-masing dengan memperkenalkan pengajaran bahasa Mandarin dan Tamil. Selain itu, peranan sebagai seorang guru juga perlu, dengan memberikan kesedaran kepada pelajar tentang kepentingan interaksi antara golongan etnik. Seterusnya, guru juga boleh mengadakan lebih banyak aktiviti antara golongan etnik dan mengadakan program interaksi antara sekolah dan memasukkan unsur-unsur interaksi etnik dalam kurikulum serta meningkatkan kemahiran berinteraksi dengan golongan etnik lain.

Melalui usaha-usaha kerajaan dalam aspek pendidikan, selain daripada memperkasakan sekolah kebangsaan kerajaan juga telah memperkenalkan Konsep Sekolah Wawasan. Langkah ini adalah sebagai salah satu pendekatan alternatif untuk memupuk nilai perpaduan kaum dan integrasi nasional dengan membina dua atau tiga jenis sekolah rendah baharu yang berlainan bahasa pengantar dan pentadbiran dalam kawasan yang sama dan berkongsi kemudahan asas seperti padang permainan, dewan dan sebagainya. Konsep sekolah wawasan ini merupakan salah satu daripada peranan kerajaan dalam usaha pemupukan hubungan etnik. Pelaksanaan Sekolah Wawasan juga, bertujuan mewujudkan persekitaran yang memberi peluang yang luas kepada para pelajar pelbagai kaum untuk bergaul dan berinteraksi dalam pelbagai aktiviti tanpa menjejaskan status dan perkembangan Sekolah Jenis Kebangsaan yang sedia ada. Akan tetapi, pelaksanaan sekolah wawasan juga mempunyai masalahnya yang tersendiri. Walaupun pihak pentadbiran sekolah menggalakkan supaya melakukan pergaulan sesame murid yang berlainan kaum namun ia tidak menerima respons yang dikehendaki mereka. Walaupun berkongsi satu kawasan tetapi murid-murid ini masih duduk sesama kaum masing-masing, bercakap meggnuakan bahasa ibunda masing-masing yang mana ini menyebabkan usaha kerajaan tidak seratus peratus tercapai.

Seterusnya, kerajaan telah memperkenalkan Program Latihan Khidmat Negara. Program ini ialah sebuah program yang mula dilaksanakan pada tahun 2004 dan ia merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan secara berkhemah dan berasrama bagi remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia. Ia dilaksanakan berteraskan Rukun Negara dan mempunyai kurikulum pelbagai disiplin yang merangkumi empat modul iaitu Modul Fizikal, Modul kenegaraan, Modul Pembinaan Karakter dan Modul Khidmat Komuniti. Modul Fizikal merangkumi aktiviti kawad, merempuh halangan merentas desa dan kembara hutan. Modul Kenegaraan pula melibatkan pengetahuan tentang pembinaan negara. Modul Pembinaan Karakter adalah untuk memperlihatkan tentang penerokaan diri sendiri dan hubungan interpersonal manakala Modul Khidmat Komuniti merangkumi aktiviti gotong-royong seperti membersih, mengindah dan menceriakan kawasan persekitaran yang dipilih. PLKN tidak bersifat kerahan tenaga dan tidak mengikut gaya hidup yang diamalkan oleh negara lain. PLKN sememangnya menyumbang terhadap usaha memupuk perpaduan kaum, terutamanya dalam kalangan golongan remaja kerana semua aktiiti yang dijalankan menekankan semangat muhibah dan saling bertolak ansur antara peserta tanpa mengira kaum dan agama. Modul Kenegaraan dapat menyemai semangat cinta akan tanah air disamping membolehkan para peserta mempelajari adat dan budaya pelbagai kaum. Antara cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan program ini adalah untuk meningkatkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum dan integrasi nasional, membentuk perwatakan positif melalui pemupukan nilai-nilai murni, menyemarakkan semangat kesukarelaan dan melahirkan generasi muda yang lebih cergas, cerdas dan penuh keyakinan. Cabaran kedua ialah bagi menyatukan remaja berbilang kaum di bawah satu bumbung. Pihak pengendali Program Latihan Khidmat Negara perlu bijak dalam mengendalikan program agar semua peserta diberikan layanan adil dan tidak berat sebelah. Ketidakelancaran program ini akan menambahkan jurang antara etnik dan juga sikap prejudis dan stereotaip terhadap etnik lain dalam diri para peserta. Apabila ini berlaku maka tidak wujudlah rasa cintakan negara dalam diri peserta, maka perpaduan dan kerjasama antara kaum di Malaysia tidak dapat diwujudkan kerana masingmasing tidak mempunyai satu matlamat yang sama iaitu untuk melihat Malaysia sebagai negara yang aman dan harmonis. Hal ini akhirnya dapat tidak dapat melahirkan remaja yang sanggup berkorban demi perpaduan bangsa.

Dasar Ekonomi Baru ialah satu bentuk perancangan yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua yang bertujuan untuk membetulkan ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di Negara ini. Matlamat utamanya ialah perpaduan negara. Menyedari hakikat bahawa matlamat untuk mewujudkan sebuah negara yang mempunyai rakyat yang bersatu padu hanya boleh dicapai sekiranya penduduknya menikmati pengagihan ekonomi yang seimbang, DEB telah dirancang dengan mengambil kira kemiskinan serta ketidakupayaan sesetengah kaum untuk bersaing dengan kaum yang lain. Wujudnya kemiskinan dengan sendirinya telah menimbulkan ketegangan antara golongan yang berharta dan yang tidak berharta. Sewaktu tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969, masalah kemiskinan di Malaysia sebenarnya bukan merupakan masalah orang Melayu sahaja tetapi juga masalah kaum-kaum yang lain. Apa yang memburukkan lagi keadaan ialah orang Melayu lebih banyak menghadapi kemiskinan berbanding kaum-kaum yang lain. W alaupun Malaysia mengalami pertumbuhan ekonomi yang baik, tetapi yang jelas ialah orang Melayu masih jauh ketinggalan dan kurang mampu bersaing dengan kaum-kaum lain. DEB dirancang sebagai satu program jangka panjang yang akan berjalan selama 20 tahun, bermula dari tahun 1970 hingga tahun 1990. Rancangan-rancangan pembangunan di bawah Dasar Ekonomi Baru dijalankan menerusi strategi serampang dua mata iaitu seperti yang dijelaskan diatas iaitu, pertama; pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan keduanya; penyusunan semula masyarakat dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Antara cabaran utama yang dihadapi dalam melaksanakan dasar ini ialah untuk menghapuskan kemiskinan di kawasan luar bandar dan kawasan bandar. Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati bahawa kira-kira 49.3% daripada semua keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di bawah garis kemiskinan (pendapatan garis kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-kira 86% daripada jumlah itu berada di kawasan luar bandar. Bagi mencapai matlamat dan mengatasi masalah tersebut, kerajaan telah melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan awam melalui kemudahan pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik. Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada golongan miskin untuk mendapatkan bantuan seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa pelajaran dan buku teks, makanan tambahan kepada kanak-kanak serta program rumah murah. Menjelang tarikh akhir pelaksanaan DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan telah tercapai. Cabaran kedua pula adalah untuk menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-fungsi ekonomi. Berasaskan pada ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program seperti perindustrian, perdagangan, perlombongan, pembinaan, pengangkutan dan pertanian. Bagi menjayakan matlamat yang kedua dalam DEB ini juga, beberapa strategi telah dirancang, antaranya ialah dengan meninggikan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin di luar bandar, mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai kaum dalam sektor utama akan mencerminkan kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum menjelang tahun 1990, menambah dengan cepat bahagian rakyat Malaysia dalam pemilikan sektor produktif. Perhatian khusus akan ditumpukan kepada kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum-kaum lain dan akhir sekali ialah dengan mempastikan pembentukan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi. Cabaran ketiga pula adalah menyusun semula guna tenaga kerana matlamat yang ditetapkan tidak tercapai sepenuhnya. Bagi memastikan matlamat ini tercapai, kerajaan telah membentuk Dasar Pembangunan Nasional yang merupakan kesinambungan pelaksanaan DEB. Melalui Dasar

Pembangunan Negara, kerajaan menggalakkan penyertaan bumiputera yang lebih meluas terutamanya dalam sector-sektor moden seperti pembuatan dan perkhidmatan. http://kejesookasooki.blogspot.com/2010/11/pismp-3-het-en-zahir-b-mohd-darus.html

Perpaduan dan perdamaian etnik


Oleh: PROF. MADYA KAMARULZAMAN ASKANDAR

Negara yang dianggap paling maju sekalipun, harus berusaha melakukan penyelidikan dan inovasi untuk terus menjadi lebih maju. Begitu juga negara yang dianggap paling aman juga harus terus berusaha mengekalkan keamanan. Malaysia bukanlah negara yang paling maju mahupun yang paling aman. Kita mempunyai wawasan yang tertentu untuk menjadi negara maju dan banyak tanda menunjukkan bahawa kita akan dapat mencapai sasaran kita tepat pada waktu yang ditetapkan. Kita juga terus berusaha dan cuba mencari jalan bukan saja untuk mengekalkan keamanan yang sedia ada, tetapi mencari penyelesaian kepada isu-isu yang boleh memantapkan keamanan dalam masyarakat Malaysia. Salah satu isu fokus yang sering memberikan cabaran kepada kita ialah isu hubungan etnik. Hubungan etnik adalah antara isu yang paling penting dalam sejarah pembentukan negara-bangsa Malaysia. Dalam sebuah negara multi-etnik, dengan sistem politik yang berpaksikan etnik, dengan banyak parti politik yang ditubuhkan untuk mewakili kepentingan kumpulan etnik mereka yang tersendiri, etnisiti sering dipolitikkan untuk mendapat undi, kuasa, dan kekuasaan. Etnisiti dalam konteks ini bukan sahaja merupakan simbol yang mencerminkan, menggambarkan, atau mewakili sesuatu kumpulan, tetapi ianya juga boleh dan sering digunakan sebagai alat mendapatkan sesuatu kepentingan. Etnisiti, kalau dilihat secara kasar, mempunyai kedua-dua konotasi positif dan negatif, tergantung kepada bagaimana ianya diterima dan digunakan. Manusia, sebagai individu, maupun sebagai sebahagian dari kelompok yang lebih besar, tidak boleh lari dari isu-isu, simbol, dan label etnisiti. Kita juga tidak tidak boleh lari dari terlibat dengan aksi tolak-tarik dan perdebatan positifnegatif etnisiti. Yang penting ialah kita mengakui dan menerima bahawa wujudnya senario ini dan berusaha supaya cara penyelesaian yang terbaik dapat ditimbulkan. Perkara-perkara dan nilai-nilai yang boleh dianggap sebagai positif haruslah ditonjol dan difokuskan. Perkara yang negatif dikurangkan, sementara usaha-usaha yang berterusan dijalankan untuk mencari penyelesaian yang sesuai kepada masalah tersebut. Tidak dilupakan atau diketepikan, tetapi dikurangkan untuk sementara waktu, dan dihadapi bila senario berubah menjadi lebih baik dan masyarakat lebih bersedia untuk menghadapinya. Isu hubungan etnik dan masalah yang timbul dari hubungan ini bukanlah perkara yang baru dalam konteks Malaysia. Masalah tinggalan era penjajah ini kerap timbul dari masa ke semasa walaupun pelbagai usaha dilakukan untuk mengurus dan menyelesaikannya. Dalam beberapa tahun ini sahaja, kita berhadapan dengan insiden-insiden yang mencabar keutuhan hubungan etnik di negara ini dan memberi tanda tanya tentang keberkesanan program-program yang telah diperkenalkan untuk mewujudkan perdamaian dan perhubungan etnik yang positif. Antara insiden besar termasuk kes-kes Kampung Rawa pada tahun 1998 dan Kampung Medan pada tahun 2001. Di samping itu, data-data yang dikumpulkan oleh Jabatan Perpaduan mengenai insiden konflik sosial dari tahun 1998 hingga 2004 menunjukkan bahawa walaupun insiden konflik kerana isu etnik atau perkauman adalah sedikit (cuma 1 peratus dari semua jenis isu konflik), insiden-insiden lain yang melibatkan isu-isu seperti sosial, agama, keselamatan, politik, dan ekonomi, banyak melibatkan aktor atau pelaku dari kumpulan etnik yang berbeza. Ini boleh dibaca dengan dua cara. Satu, kita tidak perlu bimbang dengan isu etnik kerana ianya bukan isu utama yang menimbulkan konflik di negara ini. Kedua, kita harus meneruskan usaha memperbaiki hubungan etnik kerana majoriti insiden konflik sosial yang berlaku melibatkan pihak atau aktor dari kumpulan etnik yang berbeza. Bahayanya jika insiden-insiden ini tidak ditangani dengan baik, mereka mungkin akan meningkat menjadi konflik etnik. Bahayanya juga jika hubungan

etnik ahli masyarakat Malaysia tidak baik, trend ini akan berterusan dan kesemua insiden yang berlaku akan ditafsirkan oleh pihak-pihak tertentu sebagai konflik etnik, kerana aktor-aktornya adalah daripada kumpulan etnik yang berbeza. Selain insiden-insiden konflik sosial yang tercatat ini, indikator lain perhubungan etnik adalah tanggapan masyarakat sendiri terhadap status dan tahap perhubungan antara etnik yang dibuat secara pemerhatian kasar dan analisa oleh ahli masyarakat. Saban hari kita sering mendengar keluhan-keluhan tentang status dan tahap hubungan etnik. Ini selalunya dilakukan oleh beberapa kelompok. Pertama, golongan yang pernah melalui era perpaduan dalam masyarakat. Yang membesar, bermain, belajar, dan berkongsi sejarah dalam masyarakat majmuk dengan kepelbagaian etnik, budaya, dan agama. Golongan ini sering membuat perbandingan antara masyarakat sekarang dengan masyarakat dulu, dan melihat masyarakat sekarang sebagai sudah hilang perpaduan, dan hubungan etnik sekarang tidak lagi semurni dulu kerana telah dikotori oleh politik ahli politik dan kepentingan politik. Kedua, golongan yang melihat hubungan etnik sebagai sesuatu yang tidak relevan. Yang melihat kepentingan sendiri, sama ada individu ataupun kelompok, ekonomi atau politik, sekarang atau masa depan, sebagai sesuatu yang lebih penting. Usaha mencapai perpaduan yang dijalankan dilihat sebagai boleh melemahkan (secara sengaja atau tidak) kepentingan dan kedudukan mereka yang selalunya sangat fokus, kepada etnisiti, bahasa, budaya, ekonomi, serta politik. Keluhan-keluhan ini harus ditanggapi sebagai cabaran pembangunan negara. Menghadapi cabaran yang ditimbulkan oleh hubungan etnik bukannya mudah. Pelbagai usaha dijalankan termasuk penubuhan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional pada awal tahun tujuhpuluhan yang memperkenalkan program-program memupuk perpaduan dalam masyarakat. Antara program-program yang telah diperkenalkan oleh negara untuk menangani masalah ini termasuklah Rukun Tetangga hinggalah kepada Pelan Integrasi Nasional; penubuhan Sekolah Wawasan; Program Latihan Khidmat Negara di samping banyak lagi program yang memfokuskan kepada kelompok belia ini; program "Kongsi-Raya" dan lain-lain yang berusaha mempromosi perpaduan dan kefahaman tentang budaya yang berbeza melalui cara meraikan hari kebesaran semua kelompok secara bersama. Di peringkat pengajian tinggi pula, fokus diberikan kepada pembelajaran dan pemahaman budaya yang berbeza dengan harapan akan timbul apresiasi di kalangan mahasiswa terhadap budaya-budaya tersebut. Pengenalan kursus-kursus ini selalunya bersesuaian dan bertindan dengan cabaran-cabaran terkini yang dihadapi oleh negara. Contohnya, bila Islam sedang dilihat oleh sebahagian kelompok sebagai agama yang sering dikaitkan dengan keganasan dan penggunaan kekerasan, kursus Tamadun Islam dan Tamadun Asia Tenggara diperkenalkan. Ini diteruskan di peringkat nasional dengan memperkenalkan konsep Islam Hadhari supaya Islam dapat dikaitkan kembali dengan fokusnya yang sebenar iaitu pembangunan insan, pembangunan masyarakat, dan perdamaian. Pengenalan kursus hubungan etnik di institusi pengajian tinggi negara yang begitu hangat diperdebatkan pada masa ini pula adalah sebagai salah satu usaha untuk menangani masalah hubungan etnik yang sering menjadi isu dalam proses pembangunan negara. Ianya tidak bersifat reaktif, kerana ini bukanlah masalah yang baru, tetapi lebih kepada meneruskan kesinambungan dalam usaha kita mencari jalan penyelesaian kepada isu ini. Huraian di atas yang berdasarkan kajian dan sejarah menunjukkan bahawa ianya adalah sesuatu yang sangat perlu. Fokusnya kepada golongan mahasiswa di institusi pengajian tinggi adalah sesuai, dan usaha-usaha Kementerian Pengajian Tinggi haruslah disokong dan dibantu. Pengenalan kursus seumpama ini adalah yang terbaik kepada golongan ini kerana di samping didedahkan kepada konsep-konsep hubungan etnik, mereka juga diberi peluang untuk melakukan aktiviti secara bersama yang bukan sahaja dapat menambah ilmu tentang isu yang difokuskan, tetapi lebih penting lagi dapat menggalakkan interaksi antara mereka. Contohnya, di Universiti Sains Malaysia (USM), di samping mengikuti kuliah tentang hubungan etnik di negara ini, mahasiswa juga diletakkan di dalam kumpulan-kumpulan kecil untuk menjalankan praktikum atau kerja luar dengan menfokuskan kepada isu-isu berkenaan masyarakat Malaysia sebagai bahan kajian. Isu-isu ini merujuk kepada kepelbagaian etknik di Malaysia dengan harapan akan timbul dan berkembang apresiasi mahasiswa terhadap kekayaan budaya, adat resam, dan cara hidup yang berbeza di negara ini. Tajuk-tajuk yang dipilih oleh mahasiswa sebagai tajuk praktikum ini pada semester yang lalu termasuk kajian terhadap alat muzik, tarian, atau pakaian tradisional; kepercayaan-kepercayaan dan hari-hari perayaan yang utama; tokoh dan karyawan dalam sejarah pembentukan dan pembangunan negara; serta amalan-amalan seharian termasuk apa yang dimakan,

dijadikan sebagai permainan, dan lain-lain lagi. Penekanan diberikan khususnya kepada mempelajari dan memahami apa yang menjadi amalan kumpulan etnik yang lain. Interaksi dalam kumpulan yang berbilang kaum serta interaksi dengan responden untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tajuk yang dipilih dapat memberi ruang dan peluang mengeratkan lagi hubungan etnik antara mahasiswa di institusi pengajian tinggi, serta antara mereka dengan ahli masyarakat. Ini semua dilakukan dalam keadaan kita sedar bahawa usaha perpaduan dan memantapkan hubungan etnik bukanlah sesuatu yang hanya boleh diajarkan kepada masyarakat, terutamanya golongan muda. Ianya adalah sesuatu yang seharusnya dirasai, dinikmati, dan dilalui bersama. Ia seharusnya dimulakan pada peringkat yang paling awal kerana pada waktu itulah kanak-kanak mempelajari pelajaran-pelajaran yang paling berguna dalam hidup mereka dan yang akan menjadi pegangan hidup mereka nanti. Pada waktu itu juga mereka secara umumnya belum diwarnai dengan warna-warna kehidupan dengan efeknya yang pelbagai, positif maupun yang negatif. Kita juga tahu bahawa pengaruh kepada mereka yang paling utama pada ketika itu ialah ibu bapa, ahli keluarga, dan guru. Inilah golongan-golongan yang seharusnya menjadi sasaran kita kerana di sinilah semuanya bermula. Kembali kepada hubungan etnik di IPT, pendekatannya boleh dimantapkan lagi. Memantapkan program ini memerlukan kita melihat isu hubungan etnik di negara ini dari kaca mata perpaduan dan perdamaian. Memantapkannya juga memerlukan kita memberi ruang yang lebih luas kepada golongan akademik, terutama pensyarah dan mahasiswa, untuk berbincang secara jujur dan ikhlas tentang isu-isu yang mungkin dianggap sensitif. Tafsiran, asumsi, dan andaian mereka mungkin berbeza-beza bila membincangkan konsep-konsep hubungan etnik. Begitu juga dengan pendapat mereka tentang sejarah pembentukan negara dan pelajaran masa silam, tetapi kepelbagaian pendapat seperti ini tidak dapat dielakkan dalam negara yang mempunyai kepelbagaian budaya dan yang kaya dengan kepelbagaian ini. Kepelbagaian pendapat ini harus dipertahankan jika kita ingin menjadi negara yang matang. Jika golongan akademik mentafsirkan konsep dan sejarah sedemikian rupa, peranan masyarakat bukanlah untuk menyekat tafsiran ini, tetapi membincangkannya, dan memberikan ruang untuk ianya dibincangkan. Perbincangan ini juga seharusnya berlaku dalam senario yang tidak melibatkan golongan politik dengan kepentingan politik yang kadang-kadang agak sempit. Memantapkannya juga memerlukan kita kembali menekankan perhubungan antara hubungan etnik dengan perpaduan dan dengan perdamaian. Hubungan etnik adalah sinonim dengan perpaduan. Perpaduan adalah kedua-dua matlamat akhir dan juga proses yang dapat membantu kita mencapai objektif bersatu-padu. Perpaduan sebagai matlamat akhir adalah satu keadaan di mana masyarakat yang berbilang etnik dapat hidup dalam satu masyarakat sebagai sebuah komuniti masyarakat Malaysia. Perbezaan, yang jelas dan tidak jelas, masih tetap wujud dalam komuniti ini kerana setiap kumpulan membawa keistimewaan mereka yang tersendiri, dengan ciri-ciri agama, bahasa ibunda, makanan, pakaian, budaya, dan adat resam yang telah dipengaruhi oleh sejarah perkembangan kumpulan mereka. Perbezaan-perbezaan ini, walaubagaimanapun tidak mengganggu (atau tidak seharusnya mengganggu) proses perpaduan dan pembentukan komuniti ini. Sejarah telah membawa terwujudnya komuniti ini dan kepada terbentuknya sejarah yang dikongsi bersama, sejak zaman sebelum merdeka sehinggalah sekarang ini. Perpaduan sebagai satu proses juga mengajak kita menggunakan kaedah dan pendekatan yang inklusif (inclusive) dan bukannya eksklusif (exclusive). Matlamat negara haruslah dicapai dengan melibatkan semua kelompok masyarakat dan bukan hanya segelintir ahlinya sahaja. Proses ini memerlukan penglibatan semua golongan dan lapisan, bergerak bersama untuk mencapai matlamat yang dikongsi bersama. Perpaduan seterusnya adalah sinonim dengan perdamaian, yang juga merupakan matlamat akhir yang diimpikan, di samping proses yang boleh membawa kita ke matlamat tersebut. Jika cara yang digunakan dalam proses untuk mendapatkan perdamaian bukanlah dengan cara yang damai, hasilnya iaitu perdamaian dalam erti kata yang sebenar tidak akan tercapai. Perdamaian boleh dilihat dari dua perspektif yang berbeza. Perspektif yang pertama melihat perdamaian dalam masyarakat apabila tidak berlakunya keganasan, penggunaan kekerasan, dan peperangan dalam masyarakat tersebut. Pertumpahan darah tidak berlaku, walaupun terdapat isu-isu yang mungkin ingin dibangkitkan oleh ahli masyarakat. Dan peperangan tidak berlaku, walaupun terdapat konflik dalam masyarakat tersebut. Keadaan ini lebih dikenali sebagai perdamaian negatif.

Negatif kerana situasi masyarakat ini sebenarnya adalah rapuh dengan banyak isu yang mungkin satu hari nanti menjadi tidak terkawal atau tidak dapat dikawal. Kawalan yang ketat berupa undangundang dan peraturan serta sistem pemantauan dan implementasi yang terperinci dan keras, memastikan situasi terkawal dan luahan aspirasi yang berlebihan pada masa kini dapat dikawal dan dicegah. Bak gunung berapi yang masak, ianya akan pasti meletup satu hari kelak. Apabila ini berlaku, masyarakat akan huru-hara dan sistem ini akan melalui proses perubahan yang mungkin akan membawa pembaharuan, sama ada baik atau lebih buruk, kepada masyarakat tersebut. Perdamaian yang positif pula membawa maksud bahawa wujud semua perkara yang disebut di atas tentang perdamaian negatif - iaitu masyarakat yang tiada keganasan, kekerasan, dan peperangan. Bezanya ialah dalam perdamaian positif, undang-undang dan peraturan yang ada dalam masyarakat bukanlah untuk menekan rakyat tetapi adalah berdasarkan keadilan dan bertujuan mewujudkan keadilan sosial, ekonomi, dan politik dalam masyarakat tersebut. Ianya tidak bertujuan menindas luahan aspirasi ataupun mengetepikan mana-mana kelompok masyarakat. Terdapat pula saluransaluran dan mekanisme yang sah untuk memastikan luahan ini dapat disalurkan dan konflik yang ada, dan bakal timbul, dalam masyarakat dapat diurus dan diselesaikan dengan baik. Perdamaian yang positif juga tiada keganasan struktural - iaitu struktur masyarakat yang menindas sebahagian ahlinya sendiri; dan tidak mempunyai budaya keganasan - iaitu kebiasaan menggunakan kekerasan dan keganasan dalam menyelesaikan masalah. Apa yang ada adalah budaya perdamaian. Untuk menanam budaya perdamaian ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Salah satu daripada cara yang paling penting adalah melalui pendidikan. Di sini pentingnya kursus-kursus seperti hubungan etnik ini yang menekankan perdamaian sebagai cara hidup kita. Kesimpulannya, dalam konteks Malaysia, perdamaian adalah sinonim dengan perpaduan dan perpaduan pula sinonim dengan hubungan etnik yang baik. Jika kita menyokong perdamaian, maka kita haruslah menyokong perpaduan dan usaha-usaha untuk meningkatkan kualiti hubungan etnik di negara ini. Program-program yang diperkenalkan untuk meningkatkan usaha-usaha seperti ini, termasuk program seperti hubungan etnik di institusi pengajian tinggi, akan dapat memberi kesan yang positif jika ianya dilakukan dengan niat yang betul dan sokongan masyarakat yang komited kepada perpaduan dan perdamaian. Alternatifnya boleh kita perhatikan dalam masyarakat lain yang bergelumang dengan isu dan konflik etnik yang tidak terkawal dan merosakkan, dan seharusnya dicegah dari berkembang di bumi Malaysia. - Profesor Madya Kamarulzaman Askandar ialah Unit Penyelidikan dan Pendidikan untuk Perdamaian Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2006&dt=0820&sec=Rencana&pg=re_05.ht m#ixzz2s3kPVLBn Utusan Melayu (M) Bhd

HUBUNGAN ETNIK ANTARA KAUM

PENGENALAN Malaysia adalah sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa, keturunan dan agama. Mengikut Jabatan Perangkaan Negara (2006), komposisi jumlah penduduk di Malaysia adalah seramai 26.46 juta orang. Daripada jumlah tersebut 24.8 juta orang merupakan warga negara Malaysia manakala bakinya 1.84 juta merupakan bukan warganegara Malaysia. Kaum melayu mewakili 54% daripada populasi penduduk iaitu seramai 13.48 juta orang. Kaum bumiputera selain Melayu seramai 2.39 juta orang yang mewakili 11.8%. Oleh itu kaum bumiputera mewakili 65.8% daripada jumlah keseluruhan warganegara Malaysia. Kira-kira 25% daripada penduduk Malaysia ialah kaum Cina iaitu seramai 6.22 juta orang. 7.5% terdiri daripada kaum India seramai 1.86 juta orang, manakala kaum lain pula mewakili 1.7% iaitu seramai 318.9 ribu orang.

Masyarakat yang pelbagai etnik ini hidup dengan aman dan mengamalkan kepercayaan dan budaya masing-masing secara bebas dan saling menghormati antara satu sama lain. Menurut Faridah (2008) hubungan etnik yang merujuk kepada interaksi antara etnik yang berbeza (intraetnik) atau interaksi dalam kumpulan etnik yang sama (intraetnik), kepelbagaian kelompok etnik di Malaysia telah diterima oleh semua rakyat dan ini merupakan sumber kekuatan perpaduan di Malaysia. Dari segi sejarah, kerjasama dan ikatan perpaduan pelbagai bangsa dan kaum di Malaysia bermula dengan apa yang dinamakan sebagai kontrak sosial antara etnik terbesar di Malaysia. Kontrak sosial adalah satu persetujuan dalam kalangan masyarakat berbilang kaum melalui proses muafakat dan musyawarah ke arah peralihan kuasa pemerintahan sendiri daripada pihak Inggeris dan dimanifestasikan melalui kemenangan Perikatan dalam pilihan raya 1955. Semangat kontrak sosial ini berasaskan semangat kerjasama dan setia kawan serta perkongsian kuasa yang kemudiaannya terjelma dalam perjuangan menunutut kemerdekaan dan penggubalan Perlembagaan Persekutuan. (Anuar dan Nur Atiqah, 2008). PENGERTIAN PERPADUAN Menurut Mohd Sohaimi Isa (2011) perpaduan merujuk sebagai satu proses yang menyatupadukan seluruh masyarakat dan negara supaya setiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan tanah air. Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara jujur dan ikhlas. Dalam kata lain perpaduan adalah proses menyatupadukan seluruh masyarakat untuk membentuk satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta dan banggakan negara. http://www.scribd.com/doc/19412497/masalah-perpaduan-di-malaysia

Mengikut laman web http://bahasamelayuupsrpmr.blogspot.com/2009/07/ringkasan-perpaduankaum.html Perpaduan merujuk kepada satu bentuk penyatuan pelbagai kelompok yang mempunyai latar belakang sosial, agama, budaya dan bahasa yang berbeza di bawah satu bentuk identiti nasional yang lebih khusus yang dapat diterima oleh majoriti golongan etnik di negara ini. Perpaduan rakyat menjadi satu cabaran utama yang dihadapi oleh kerajaan Malaysia. Isu perpaduan adalah perkara utama dari sembilan cabaran utama untuk mencapai matlamat Wawasan 2020 yang berbunyi Mewujudkan bangsa Malaysia yang bersatu padu yang mempunyai matlamat yang serupa dan boleh dikongsi bersama, berintegrasi diperingkat wilayah dan antara kaum, berasaskan persamaan hak dan keadilan. http://www.scribd.com/doc/19412497/masalah-perpaduan-di-malaysia Isu perkauman memang tidak dapat dielakkan apabila terdapat golongan atau kumpulan manusia yang mempunyai beberapa ciri kesamaan seperti biologi atau budaya cuba mempertahankan golongan masing-masing dan pada masa yang sama menindas kaum lain. Banyak organisasi politik dan sosial di negara kita dibentuk berasaskan kepada garis perkauman atau etnik. http://zanas.wordpress.com/isu-perpaduan-kaum-di-malaysia/

Sebagaimana yang semua telah ketahui tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh keramat kemerdekaan negara. Sambutan Hari Kebangsaan sesungguhnya membuka satu lagi jalan dalam usaha memupuk perpaduan di Malaysia. Pada kebiasaannya, pelbagai kaum akan menyertai upacara sambutan tersebut pada setiap tahun. Melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan nescaya dapat menambahkan ukhwah dan permuafakatan antara masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Di samping itu, penghayatan tema sambutan Hari Kebangsaan, misalnya Keranamu Malaysia diharap

dapat menanam semangat cinta akan negara sekali gus mengukuhkan amalan peribahasa di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Sesungguhnya, semua kaum di Malaysia perlu memahami bahawa kemerdekaan yang digapai pada hari ini perlu dijaga kerana Malaysia hanya satu, dan tidak ada duanya. Peribahasa hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baiklah di negeri sendiri perlu direnungi oleh setiap warganegara Malaysia agar perpaduan bukanlah menjadi duri dalam daging dalam usaha negara mencapai Wawasan 2020. Semua pihak perlu sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga perpaduan masyarakat di negara kita. Sesungguhnya, sekali kita leka dan lalai serta memandang enteng akan perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal untuk selama-lamanya kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan tindakan buruk padahnya. Kini, kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu. Walaupun terdapat beberapa cabaran, tetapi dengan adanya perancangan yang teliti, usaha yang gigih dan strategi yang lebih berkesan dan dilaksanakan pula dengan penuh tanggungjawab dan bersifat proaktif oleh semua pihak sudah pasti keharmonian, perpaduan kaum dan integrasi nasional akan tercapai dengan restu dan perkenan Tuhan Yang Maha Berkuasa.

ASPEK-ASPEK PERPADUAN ANTARA KAUM Dasar Penjajahan British Salah satu cabaran hubungan etnik ialah kesan daripada dasar penjajahan British iaitu pemisahan fizikal. Pemisahan fizikal ini wujud kesan daripada dasar pecah dan perintah' yang diamalkan oleh penjajah British pada masa dahulu. Pemisahan fizikal ini menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang untuk berinteraksi dengan lebih kerap kerana tinggal di wilayah yang berbeza. Hal ini merenggangkan perhubungan dan interaksi serta memperkuatkan lagi perasaan kekitaan dan etnosentrisme dalam kalangan anggota setiap etnik. Keadaan ini seterusnya akan menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan dalam kalangan ahli sesuatu golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain. Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri dan masih menggunakan sukatan pelajaran yang diamalkan di negara asal mereka. Pelajar Melayu belajar di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa Melayu. Orang India pula bersekolah di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Manakala bagi pelajar Cina, mereka bersekolah di sekolah Cina dan menggunakan bahasa Mandarin. Keadaan ini menyebabkan interaksi sesama mereka hanya berkisar dalam kalangan etnik yang sama. Selain itu, kontrak sosial juga juga kerap dibangkitkan oleh sesetengah pihak. Kontrak sosial merupakan persetujuan yang dicapai semasa kemerdekaan dalam merangka perlembagaan. Antara isu yang sering ditimbulkan ialah kedudukan istimewa orang Melayu, kedudukan agama Islam, bahasa Melayu, dan sebagainya. Sebarang isu atau kontrak sosial yang dibangkitkan boleh membawa kepada kerenggangan hubungn etnik di Malaysia. Aspek Ekonomi Dalam sektor ekonomi, terdapat jurang yang luas dari segi penguasaan ekonomi. Setiap etnik menjalankan aktiviti ekonomi yang tertentu dan mendiami kawasan yang berlainan. Keadaan ini mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang dan menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan etnik yang berbeza jenis dan ras serta mengakibatkan perpaduan teramcam. Kebanyakan orang Melayu menguasai sektor pertanian yang agak mundur. Orang Cina umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan dan perdagangan. Manakala orang India pula

menguasai sektor ekonomi yang berasaskan ladang. Kesannya, wujud jurang pendapatan yang berbeza antara etnik. Dasar British yang meletakan kaum berdasarkan kepada pekerjaan menyebabkan etnik tertentu mendominasi dalam satu-satu bidang pekerjaan. Orang Melayu kebanyakannya terlibat dalam sektor pertanian, nelayan dan berkhidmat sebagai penjawat awam. Kebanyakan orang Cina pula terlibat dalam sektor perniagaan dan perlombongan. Manakala sebahagian besar orang India pula merupakan buruh di estet. Perbezaan ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik tertentu. Secara tidak langsung, perkara ini memperkukuhkan lagi semangat perkauman. Aspek Politik Di negara ini terdapat pelbagai parti politik yang berasaskan kumpulan etnik dan setiap parti politik akan memperjuangkan kepentingan kumpulan etnik yang diwakilinya. Politik perkauman ini boleh menimbulkan perasaan tidak senang hati dan mengukuhkan semangat perkauman jika penyuaraan kepentingan etnik tertentu dibuat tanpa mengambil kira kepentingan semua pihak. Jika isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan dan ekonomi dibangkitkan, maka tindakan ini tidak akan menyumbang kea rah masyarakat yang bersatu padu. Aspek Nilai Antara Etnik Malaysia merupakan negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk. Oleh itu, terdapat pelbagai perbezaan dari segi agama, bahasa dan kebudayaan dalam masyarakat di Malaysia. Setiap kumpulan etnik mempertahankan kebudayaan dan adat resam mereka, mengutamakan etnik mereka dan mungkin juga menganggap kebudayaan mereka sahaja yang terbaik. Hal ini menyebabkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang sama dalam memilih sahabat, mendapatkan pekerjaan dan natijah akhirnya akan mewujudkan polarisasi antara etnik. Selain daripada itu kewujudan akhbar yang pelbagai bahasa dengan mengutamakan kelompok etnik mereka akan memperkukuhkan lagi perasaan kumpulan etnik masing-masing. Cabaran dari segi kepentingan nilai ini akan mewujudkan masalah yang lebih besar jika fahaman etnosentrisme itu dijadikan pegangan dalam masyarakat. Aspek Globalisasi Globalisasi merujuk kepada dunia tanpa sempadan dimana perhubungan menjadi semakin pantas dan cepat. Kita boleh mengetahui keadaan dunia luar dengan pantas dan cepat dan segala maklumat boleh disalurkan tanpa ada sekatan. Globalisasi membawa masuk pengaruh dari Barat dari segi ideologi, budaya hedonism dan nilai negatif, ekonomi bebas, sains dan teknologi yang memusnahkan dan sistem politik yang dianggap terbaik bagi semua manusia. Melalui globalisasi, kuasa Barat mengeksport segala macam keburukan yang merosakkan negara dan alam sekitar, budaya hiburan dan pengeksplotasian sumber manusia dan bahan mentah. Gejala ini mengakibatkan lenyapnya nilai luhur dan pemikiran barat diterima secara senang ke dalam masyarakat. Kejayaan mereka ini dibantu oleh masyarakat tempatan yang menganggap segala yang datang dari barat adalah baik dan moden. Keadaan ini akan memberi kesan kepada hubungan etnik, intergrasi, perpaduan, mudah terjadinya konflik dan lebih parah lagi mengundang rusuhan kaum. Secara tidak langsung, keadaan ini akan memburukan lagi hubungan etnik di Malaysia. LANGKAH MENANGANI MASALAH PERPADUAN Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak kerajaan mahupun NGO untuk menangani masalah perpaduan kaum di Malaysia. Banyak usaha-usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memupuk perpaduan kaum yang berbilang bangsa di Malaysia. 1. Peranan Kerajaan Antara usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dalam membentuk perpaduan antara rakyat berbagai kaum ialah

Penubuhan Jabatan Perpaduan Negara bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan masyarakat di negara kita. Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 telah membuka mata banyak pihak tentang pentingnya usaha-usaha yang lebih serius diberikan tumpuan dalam menguruskan perbezaan serta sensitiviti yang terdapat dalam sesebuah masyarakat majmuk seperti Malaysia. Berikutan peristiwa tersebut, Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) telah ditubuhkan. Pada 1 Julai 1969 Jabatan Perpaduan Negara dibawah perintah MAGERAN telah diwujudkan bagi menangani isu-isu berhubung pembinaan semula perpaduan masyarakat di negara kita. Penerimaan budaya orang lain samada dari segi pakaian, makanan atau tempat tinggal di tamantaman perumahan yang sama. Keadaan ini akan menggalakkan lagi hubungan etnik dalam kalangan rakyat melalui aktiviti setempat. Memperkasakan sekolah Wawasan. Sistem pendidikan pelbagai aliran menyebabkan ramai ibubapa menghantar anak-anak ke sekolah mengikut kaum masing-masing. Usaha untuk memupuk perpaduan hendaklah dimulai dari awal dengan membabitkan murid sekolah rendah dalam acuan yang sama. Maka usaha-usaha perlu diambil untuk memperkasakan sekolah kebangsaan dalam sistem pendidikan negara bagi meletakkan landasan yang lebih kukuh ke arah menyatu padukan rakyat berbilang kaum dinegara ini. Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Ia mula dilaksanakan pada tahun 2004 dan merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan secara berkhemah dan berasrama bagi remaja lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). PKLN dilaksanakan berteraskan Rukun Negara. Ia bertujuan untuk meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional. 2. Peranan Ngo Pertubuhan-pertubuhan yang diasaskan oleh golongan etnik sama ada pada peringkat negara atau persatuan seperti Pertubuhan Belia Malaysia, Dewan Peniagaan dan Perusahaan Malaysia, Pergerakan Belia 4B, Persatuan Belia Tamil, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dan sebagainya perlulah dianggotai oleh pelbagai kaum untuk mempercepatkan lagi proses perpaduan antara kaum. 3. Peranan Masyarakat Skim Rukun Tetangga telah diperkenalkan pada tahun 1975 berikutan dengan kuat kuasanya Peraturan-Peraturan Perlu ( Rukun Tetangga 1975 ). Pada peringkat awal tujuan rukun tetangga adalah untuk mengawal keselamatan di kawasan kediaman masing-masing. Mulai 1 Januari 1983 kerajaan telah memperkenalkan satu pembaharuan dengan memberi penekanan pada konsep kejiranan yang bertujuan untuk memupuk serta mengukuhkan lagi semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat setempat. Pada tahun 2000, pendekatan Rukun Tetangga telah dipinda sekali lagi dengan memberi mandat yang lebih luas iaitu pembangunan masyarakat secara meluruh ke arah mewujudkan perpaduan nasional. Rumah terbuka akan diadakan oleh setiap rakyat Malaysia apabila tiba musim perayaan. Setiap golongan etnik di Malaysia akan sering kunjung mengunjungi ke rumah jiran tetangga walaupun berlainan etnik. Sebagai contoh, semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri, etnik Cina, India, Kadazan, Iban dan pelbagai lagi akan mengunjungi ke rumah orang Melayu dan begitulah sebaliknya bagi etnik lain. Etnik Cina misalnya akan berusaha menyediakan makanan yang halal kepada etnik Melayu apabila menjemput etnik Melayu datang ke rumah sewaktu Tahun Baru Cina. Hal ini menunjukan etnik Cina begitu mengambil berat dan memahami budaya etnik Melayu. Begitu juga dengan etnik Melayu tidak akan menyajikan daging lembu kepada etnik India apabila mereka datang ke rumah semasa Hari Raya Aidilfitri. Pertimbangan ini memperlihatkan keharmonian hubungan etnik sentiasa terjalin kukuh dalam kalangan rakyat dan memahami dan menghormati budaya masing-masing 4 Peranan Guru Dalam Menangani Masalah Perpaduan

Banyak sekolah di negara ini mempunyai pelajar berbilang kaum, yang menjadi tempat mulanya perkenalan kanak-kanak dan remaja dengan rakan-rakan dan remaja pelbagai kaum. Awalnya disekolah jugalah mereka belajar dan mula tahu mengenai adat resam, budaya dan agama rakanrakan daripada kaum lain. Namun persahabatan terjalin mesra dalam pergaulan mereka tanpa berasa harus ada pengasingan atau peminggiran atas dasar kelainan itu. Pengalaman berkawan dengan rakan daripada kaum lain di alam persekolahan ini membina perspektif unit dalam diri kanak-kanak dan remaja sehinggalah dewasa apabila mereka mudah menerima serta mesra dalam pergaulan dengan rakan-rakan dari kaum yang lain. Sekolah merupakan satu pusat integrasi antara pelajar pelbagai kaum. Ia bukan sahaja tempat untuk menimba ilmu malah ia juga menjadi alat memupuk perpaduan di kalangan pelajar. Untuk itu, pihak sekolah perlu mengambil pelbagai langkah agar perpaduan serta integrasi dapat dipupuk sejak dari bangku sekolah kepada pemimpin masa hadapan. Antara langkah-langkah yang boleh diambil ialah

Aktiviti kurikulum yang seragam Kurikulum yang dibina bukan sahaja bertujuan untuk memberikan ilmu pengetahuan dan maklumat berbentuk akademik sahaja, bahkan memupuk semangat perpaduan. Kurikulum ini berorientasiakan suasana Malaysia dan dilaksanakan melalui Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) mulai tahun 1983. Mata pelajaran Pendidikan Islam, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah serta Pendidikan Moral yang diperkenalkan dapat mengukuhkan pegangan agama, menanam sifat-sifat mulia seperti tolongmenolong, bekerjasama dan berfikiran optimis serta membentuk tingkah laku yang bersopan santun dan saling menghormati sesama manusia. Mahukah rakyat negara kita bersikap seperti kacang hantu? Yang hanya menambahkan lagi masalah di negara kita secara tidak langsung mencemarkan nama baik negara. Janganlah kita semua memandang enteng terhadap peranan pendidikan dalam mewujudkan semangat perpaduan kerana pendidikan merupakan benteng utama insan daripada ditipu oleh musuh-musuh negara yang berhajat untuk menghancurkan perpaduan kaum di negara kita. Mahukah perkara ini berlaku kepada kita dan generasi akan datang? Fikirkanlah, sesungguhnya melalui pendidikan sahaja yang dapat menjamin keutuhan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hanya sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam pemupukan semangat perpaduan agar negara terpelihara daripada tipu helah pihak musuh. Perpaduan di peringkat sekolah dapat dicapai melalui mengadakan kurikulum yang seragam untuk semua sekolah. Kurikulum boleh dikatakan sebagai bidang pelajaran di sekolah. Menurut Mok Soon Sang, kurikulum merangkumi pengalaman kehidupan nyata dan tidak nyata yang diplih, diorganisasi dan disusun oleh sarjana pendidikan dan pakar kurikulum dengan secara teliti dan profesional, demi menjadikan pelbagai jenis aktiviti pembelajaran nyata dan tidak nyata seperti yang dijalankan dalam dan luar bilik darjah, untuk semua peringkat persekolahan. Aktiviti kokurikulum. Menurut http://suhaizlah.wordpress.com/2011/06/14/ antara-langkah-langkah ke--menwujudkanperpaduan-di-kalangan-pelajar/ Kokurikulum merupakan satu saluran pembelajaran yang berasaskan gerak kerja yang terancang. Kepentingan pelaksanaan aktiviti ini setara dengan kepentingan pelaksanaan aktiviti di dalam bilik darjah kerana peranannya juga turut menjadi penyumbang dan pelengkap kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah keseluruhannya. Aktiviti-aktiviti kokurikulum membantu pelajar untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai yang telah dipelajari di dalam bilik darjah. Peranan utama kokurikulum ialah untuk memupuk dan mengeratkan hubungan di kalangan pelajar dan juga antara sekolah dengan masyarakat. Dengan ini perpaduan mula berpucuk di kalangan pelajar dan secara langsung menuju ke arah integrasi nasional.

Aktiviti kokurikulum juga menekankan pemupukan dan perkembangan diri individu melalui psikomotor, kognitif dan efektif. Justeru, aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan seperti program sukan, kelab, persatuan, pameran, ceramah dan pelbagai lagi haruslah dipergiat dan dipertingkat lagi dalam kalangan pelajar pelbagai kaum. Di luar sistem akademik, para pelajar harus dilibatkan dalam aktiviti pelbagai kaum seperti keluarga angkat, persatuan dan badan beruniform. Hal ini akan memberi pengalaman yang sangat berharga dalam memahami bagaimana kehidupan rakyat Malaysia.

Aktiviti sukan Sukan juga menjadi salah satu daripada alat perpaduan di peringkat sekolah. Sukan dijalankan bukan semata-mata untuk kesihatan tetapi juga untuk perpaduan di kalangan masyarakat. Matlamat utama hari sukan ialah mewujudkan persefahaman, semangat kekitaan dan perpaduan diantara pelajarpelajar sekolah. Pada hari sukan, semua pelajar akan terlibat dalam sesuatu aktiviti permainan, perarakan dan perhiasan khemah dengan bersatupadu tanpa mengira apa-apa jua tetapi sebagai satu kumpulan yang majmuk. Ini menuju ke arah perpaduan di antara palajar-pelajar. Program Anak Angkat Program anak angkat merupakan satu rancangan pertukaran pelajar untuk sesuatu aktiviti demi kebaikan pelajar. Selalunya ia berfokuskan kepada pembinaan perhubungan yang tidak mengira agama, bangsa dan negara atau dengan kata lain menuju perpaduan. Program anak angkat dijalankan oleh pihak sekolah contohnya ke Sabah, Sarawak atau Brunei agar seseorang pelajar dapat mengenali ciri-ciri kehidupan dan kebudayaan sesuatu tempat. Dengan ini, wujudlah persefahaman dan perpaduan di antara pelajar dan penduduk sesuatu tempat. Ia juga menjurus kepada tercapainya integrasi nasional. Program integrasi di sekolah. Mantan Perdana Menteri malaysia yang kelima Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi pada masa pemerintahannya mahukan program integrasi di sekolah diteruskan bagi membolehkan perpaduan dan kerjasama antara pelajar pelbagai kaum ditingkatkan. Beliau berkata langkah ini perlu kerana melalui program tersebut akan membawa kebaikan kerana wujudnya perasaan saling hormatmenghormati antara kaum dapat dipereratkan. Antara kata-kata beliau semasa sidang akhbar selepas menghadiri majlis perjumpaan dengan Pemimpin Persatuan Guru dan Sekolah (PIBG) Parlimen Kepala Batas di Penang Golf Resort Kita nak kebaikan supaya setiap kemajuan negara dapat dinikmati semua kaum dan ia setiap kaum sama-sama menyumbang kepada negara dan menguntungkan semua pihak. Kalau kita tidak berusaha untuk memberi kesempatan kepada pelajar untuk melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum seperti sukan, debat, kegiatan alam sekitar dan landskap, hubungan antara mereka akan terpisahdan bersendirian menjadikan intergrasi sukar untuk dilaksanakan. http://www.moe.gov.my/bpk/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=207%3Aperluprogram-intergrasi-di-sekolah&lang=en Penubuhan Kelab Rukun Negara di Sekolah. Prinsip Rukun Negara hendaklah terus menjadi agenda dalam pembangunan modal insan dari generasi ke generasi bagi memastikan prinsip itu kekal diterima dan menjadi teras perpaduan masyarakat di negara ini. Hal demikian kerana ideologi yang terkandung di dalam Rukun Negara amat holistik dan mencakupi nilai-nilai bersama yang diamalkan oleh masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. "Oleh itu, penerapan prinsip ini dalam diri generasi muda amat penting sekali untuk pembangunan sahsiah golongan tersebut.

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika berucap dalam Majlis Tokoh Negara: Kolokium Sekretariat Rukun Negara anjuran Taylors Universiti berkata Oleh itu, penerapan prinsip ini dalam diri generasi muda amat penting sekali untuk pembangunan sahsiah golongan tersebut http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20121217/dn_03/Rukun-Negara-perlu-kekaljadi-teras-perpaduan-rakyat-pelbagai-kaum Semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka, Yang Amat Berhormat Dato Seri Abdullah Bin Haj Ahmad Badawi selaku Timbalan Perdana Menteri pada ketika itu, telah menyarankan supaya Kelab Rukun Negara ditubuhkan di sekolah. Sebelum itu, dalam perasmian Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 1999 di Pahang, beliau menyeru seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa berpegang teguh kepada prinsip-prinsip Rukun Negara untuk menjamin perpaduan dan kemakmuran negara agar terus berkekalan. Dengan tertubuhnya Kelab Rukun Negara di sekolah melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 17/2000 yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia berkaitan Penubuhan Kelab Rukun Negara di Sekolah, maka pengetahuan, pemahaman, penghayatan warga sekolah terutamanya golongan pelajar terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara ke arah menjana semangat perpaduan yang lebih jitu dapat dipertingkat dan diperkukuhkan.. http://www.scribd.com/doc/19412497/masalah-perpaduan-di-malaysia Sekolah Penyayang Satu program yang dilaksanakan di sekolah dengan menekankan konsep Sekolahku Syurgaku dan Yang Tua Dihormati, Yang Muda Disayangi dengan penyertaan bersama ibubapa pelajar melalui Persatuan Ibubapa dan Guru. Amalan ini dapat mewujudkan golongan pelajar yang cinta kepada sekolah, membentuk peribadi pelajar yang suka menolong dan menghormati orang lain, berbudi pekerti mulia, serta menimbulkan perasaan kasih sayang dan hubungan mesra antara warga sekolah dan sesama ibubapa para pelajar. Pelaksanaan Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) sejak tahun 1986. Program ini pada awalnya telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah dan kini diperluaskan ke semua sekolah rendah dan menengah pada tahun 2005. KPM memandang berat akan pentingnya dijalin hubungan yang rapat antara murid pelbagai kaum di sekolah supaya wujud kesefahaman dan perpaduan antara mereka. Dengan adanya persefahaman dan berbaik sangka maka akan timbul suasana hormat-menghormati terhadap agama, budaya dan adapt resam sesuatu kaum dengan kaum yang lain. KPM menyediakan peluang kepada murid pelbagai kaum untuk bergaul mesra secara sedar dan terancang. Proses perpaduan ini dapat dipupuk dan dibina agar semangat tersebut dapat diamalkan dalam masyarakat. Usaha ini dijana semula ke arah merealisasikan hasrat kerajaan untuk menjadikan rakyat Malaysia hidup bersatu padu dan harmoni. RIMUP diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi semasa beliau menjadi Menteri Pelajaran. Ia merupakan program yang menggalakkan penglibatan murid, guru dan masyarakat setempat dalam pelbagai aktiviti yang dirancang di sekolah. Program memberi penekanan kepada bidang kokurikulum, sukan dan khidmat masyarakat. Ia bermatlamat melahirkan generasi Malaysia yang berilmu, memiliki jiwa dan peribadi unggul, bersemangat muhibbah serta mampu menghadapi cabaran secara kolektif dan bersepadu. Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran, Hj. Mohd Anuar Abdul Hamid berkata, menerusi RIMUP, progran yang berkonsepkan perpaduan dan amalan nilai-nilai murni didedahkan kepada peserta. http://www.rtm.gov.my/berita/index.php?option=com_content&view=article&id=578:rancanganintegrasi-murid-untuk-perpaduan&catid=47:fokus

Antara contoh aktiviti yang boleh dianjurkan ialah Program Perkhemahan Padu Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan 1 Malaysia, Program Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan 1 Malaysia. Setiap aktiviti yang dijalankan adalah bertujuan untuk mewujudkan sikap kerjasama, tolong-menolong dan mewujudkan suasana muhibbah secara sedar dan terancang. Ia juga bagi melahirkan persefahaman dan toleransi antara murid pelbagai kaum di sekolah. Sambutan Bulan Patriotisme dan Kemerdekaan Setiap tahun sekolah mengadakan pelbagai program sempena memperingati hari ulangtahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat sekolah ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan Sejarah dan Persatuan-persatuan pelajar. Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG, Alumni, tokohtokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotik, pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran Jalur Gemilang, hiasan bilik darjah dan asrama, pidato, forum, penulisan esei, derma darah, pameran, melukis potret tokoh negara, perbarisan dan perarakan serta sambutan detik kemerdekaan. Pelajar juga terlibat dengan program sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan program ini dapat membina keyakinan semua warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan bertanggungjawab, bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan kehidupan bersatupadu dan kestabilan negara. Lawatan dan ziarah di peringkat sekolah Sekolah menggalakan para pelajar membuat program lawatan ke tempat-tempat bersejarah, Parlimen, Putrajaya, Bandaraya Melaka, Memorial, Tugu Negara, Muzium Negara, Rumah-rumah kebajikan, asrama anak-anak Yatim dan miskin, Penjara, Rumah perlindungan kanak-kanak, asrama orang kurang upaya, sekolah, universiti dan sebagainya. Pelbagai acara diadakan semasa lawatan dan ziarah tersebut diadakan seperti perbincangan, gotong royong, persembahan kesenian dan kebudayaan, pertukaran maklumat dan sebagainya. Kesan dari program lawatan dan ziarah ini sangat bermakna dan memberi kesedaran kepada pelajar peri pentingnya berbudi bahasa, mengamalkan toleransi dan perhubungan baik sesama rakyat berbilang kaum dan keturunan. Perkhemahan Bina Insan bagi pelajar sekolah Perkhemahan merupakan satu aktiviti yang dijalankan oleh badan-badan beruniform seperti pengakap, pandu puteri, bulan sabit merah dan sebagainya. Tujuan utama aktiviti-aktiviti perkhemahan ini dianjurkan adalah untuk memupuk perpaduan dan membentuk integrasi di kalangan peserta-peserta perkhemahan. Semangat kekitaan akan mula wujud apabila menjalankan aktiviti-aktiviti secara kumpulan dan berkerjasama untuk mengharungi segala cabaran semasa aktiviti. Kerjasama antara satu sama lain dan tolong-menolong akan membentuk sikap bersatupadu. Dengan ini wujudlah perpaduan di antara peserta-peserta perkhemahan yang datang dari sekolah yang berbeza, latar belakang yang berbeza dan kebudayaan berbeza. Program ini melibatkan semua pelajar dan guru-guru serta sebahagian kakitangan sokongan sekolah. Kerjasama diperolehi dari pelbagai pihak seperti Kerajaan Negeri, Bomba, Polis dan sebagainya. Acara-acara yang dijalankan ialah seperti ceramah motivasi, pembinaan jati diri, kerohanian, kembara, ikhtiar hidup, kewarganegaraan dan riadah. Suasana perkhemahan yang dijalankan di luar kawasan sekolah sangat menyeronokkan para pelajar. Selain dari mendapat maklumat dan kemahiran baru, mereka dapat merasai keindahan alam Malaysia, nikmat kehidupan dalam sebuah negara yang aman dan damai. Penekanan kepada mata pelajaran Sejarah

Matlamat pendidikan Sejarah bagi peringkat menengah rendah dan menengah atas ialah memupuk semangat taat setia kepada bangsa dan negara serta berbangga menjadi warganegara Malaysia. Kandungan kurikulum yang disediakan, memberikan fokus kepada pemahaman yang menyeluruh tentang sejarah negara yang merangkumi jangka masa lima ratus tahun dan dibuat secara kronologis iaitu mengikut susunan tahun. Pengajaran dan pembelajaran Sejarah seharusnya memberi tumpuan kepada pemerolehan pengetahuan, perkembangan kemahiran dan pemupukan nilai-nilai. Kurikulum ini bertujuan untuk memberi pemahaman menyeluruh dan satu gambaran yang lengkap tentang sejarah negara. Dalam rentetan peristiwa ini dimasukkan pula sejarah negara luar yang mempunyai kaitan dengan sejarah negara. Sejarah negara luar ini merupakan asas bagi pelajar untuk mengetahui dan memahami hubungan dan kaitannya dengan Sejarah Malaysia (PPK 2002). Pendidikan Sejarah dilihat dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman antara bangsa (PPK 2002) kerana tujuan pendidikan Sejarah itu adalah untuk memupuk semangat setia negara dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia melalui pengetahuan dan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. Persekitaran pendidikan Menurut Zaidi Ahmad (2010) persekitaran pendidikan di malaysia menyediakan ruang fizikal untuk pelajar pelbagai etnik berinteraksi. Di semua pusat pendidikan, penyertaan pelajar pelbagai etnik dalam semua aktiviti adalah tinggi. Aktiviti yang berstruktur yang diamalkan disemua institusi pendidikan di Malaysia akan melibatkan pelajar secara menyeluruh dan berkenalan. Guru atau tenaga pengajar akan menjadi pusat tumpuan dan menggerakkan aktiviti dan tugasan yang perlu dilaksanakan. Polo interaksi sosial begini akan melibatkan interaksi dan pelajar akan memilih sahabat walaupun daripada kumpulan etnik yang berbeza. Semasa melaksanakan aktiviti seseorang pelajar, dapat mengenalpasti kriteria pelajar lain dan situasi ini dapat membantunya memilih seorang sahabat. Dalam situasi ini, pola interaksi sosial dalam kalangan pelajar dalam kumpulan etnik yang berlainan dapat diadakan jika murid ini ditempatkan dalam satu persekitaran yang multietnik, jadi persekitaran pembelajaran di Malaysia menepati kriteria ini. Teori polo interaksi sosial dapat diaplikasikan dalam keadaan ini yang mana peluang disediakan untuk berinteraksi sosial. Pelajar mengenali antara satu sama lain walaupun daripada etnik yang berlainan. Apabila berinteraksi, minat dan sifat dapat dikenalpasti yang selanjutnya membuka ruang untuk perkongsian merentasi etnik. KESIMPULAN Hubungan etnik merupakan perkara yang sangat penting bagi masyarakat Malaysia yang bersifat majmuk. Hubungan etnik ini akan melahirkan masyarakat Malaysia yang harmonis, saling bekerjasama dan bersefahaman dan sentiasa menghayati perjanjian sosial yang telah dipersetujui sejak awal kemerdekaan lagi. Usaha-usaha perlu diambil secara berterusan bagi memastikan hubungn etnik di Malaysia sentiasa berada dalam keadaan yang baik. Usaha-usaha ini adalah melibatkan peranan kerajaan, masyarakat dan pertubuhan bukan kerajaan. Apa yang penting dalam memastikan hubungan etnik sentiasa dalam keadaan baik, segala usaha ini perlu disahut oleh setiap lapisan masyarakat. Kepelbagaian budaya dalam negara Malaysia seharusnya tidak menimbulkan masalah perkauman. Setiap kaum ataupun etnik perlu tahu dan memainkn peranan mereka dalam memastikan konflik perkauman seperti peristiwa 13 Mei berulang semula. Perpaduan kaum ini amatlah penting bagi menyumbang ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara maju menjelang 2020. Sehubungan dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju, selamat dan makmur. Oleh itu, segala kerjasama semua pihak seperti kerajaan, masyarakat dan pertubuhan badan bukan kerajaan amatlah diperlukan untuk meningkatkan hubungan etnik di nagara Malaysia http://ainulshahman.blogspot.com/2013/05/hubungan-etnik-antara-kaum.html

Definisi etnik, etnisiti dan etnosentrisme


Persoalan : wajarkah perasaan etnosentrisme dihapuskan demi mencapai perpaduan dalam sesebuah negara? Assalamualaikumsebelum menghuraikan dengan lebih lanjut, seharusnya kita mengetahui apa itu maksud etnik dan etnosentrisme : Etnik boleh didefinisikan sebagai sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam, termasuk adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik mempunyai erti yang berkaitan rapat dengan konsep-konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat-sifat biologi (keturunan dan pertalian darah yang sama) antara sesama manusia. Dalam konteks masyarakat majmuk Malaysia, terdapt pelbagai kelompok etnik yang hidup berlainan, tetapi dibawah sistem politik yang sama. Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, pakaian, pandanganmengenai kecantikan, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan hiburan. Di Malaysia, orang melayu, india, cina, kadazan dusun, melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnik pada dasarnya bersifat etnosentrik, iaitu mengangap ciri-ciri budayanya sebagai wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun berada pada tahap rendah atau tidak bermoral. Konsep etnik membentuk konsep etnisiti dan etnosentrisme. Etnisiti merujuk kepada rasa kekitaan sesuatu kumpulan etnik tertentu. Hal ini bererti wujudnya satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas yang menyatukan anggotanya dengan satu sejarah, nilai, sikap dan tingkah laku yang sama. Etnosentrisme pula merujuk kepada kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat daripada kelompok lain.Etnosentrisme juga membawa makna suatu perspektif yang melihat kelompok etnik lain menerusi lensa dan kaca mata etnik sendiri. Etnosentrisme cenderung memandang rendah orang-orang yang dianggap asing, etnosentrisme memandang dan mengukur budaya asing dengan budayanya sendiri. ( The Random House Dictionary ). Ada satu suku Eskimo yang menyebut diri mereka suku Inuit yang berarti penduduk sejati [Herbert, 1973, hal.2]. Sumner menyebutkan pandangan ini sebagai etnosentrisme, yang secara formal didefinisikan sebagai pandangan bahwa kelompoknya sendiri adalah pusat segalanya dan semua kelompok lain dibandingkan dan dinilai sesuai dengan standar kelompok tadi [Sumner, 1906, hal.13]. Secara kurang formal etnosentrisme adalah kebiasaan setiap kelompok untuk menganggap kebudayaan kelompoknya sebagai kebudayaan yang paling baik. Etnosentrisme terjadi jika masing-masing budaya menolak bercampur dengan kebudayaan lain. Porter dan Samovar mendefinisikan etnosentrisme dengan menuturkan, Sumber utama pertelingkahan budaya dalam sikap adalah etnosentrisme, yaitu kecenderungan memandang orang lain secara tidak sedar dengan menggunakan kelompok kita sendiri dan kebiasaan kita sendiri sebagai kriteria untuk penilaian.

Kecenderungan etnosentrisme berkait rapat dengan kemampuan belajar dan berprestasi. Dalam buku The Authoritarian Personality, Adorno (1950) menemukan bahwa orangorang etnosentrisme cenderung kurang terpelajar, kurang bergaul, dan pemeluk agama yang fanatik. Dalam pendekatan ini, etnosentrisme didefinisikan terutama sebagai kesetiaan yang kuat

dan tanpa kritik pada kelompok etnik atau bangsa sendiri disertai prasangka terhadap kelompok etnik dan bangsa lain. Yang ertinya orang yangetnosentrisme susah berasimilasi dengan bangsa lain, bahkan dalam proses belajar-mengajar. http://mindaremaja-al-amin.blogspot.com/

Etnosentrime Etnosentrisme cenderung memandang rendah orang-orang yang dianggap asing, etnosentrisme memandang dan mengukur budaya asing dengan budayanya sendiri. ( The Random House Dictionary ). Ada satu suku Eskimo yang menyebut diri mereka suku Inuit yang berarti penduduk sejati [Herbert, 1973, hal.2]. Sumner menyebutkan pandangan ini sebagai etnosentrisme, yang secara formal didefinisikan sebagai pandangan bahwa kelompoknya sendiri adalah pusat segalanya dan semua kelompok lain dibandingkan dan dinilai sesuai dengan standar kelompok tadi [Sumner, 1906, hal.13]. Secara kurang formal etnosentrisme adalah kebiasaan setiap kelompok untuk menganggap kebudayaan kelompoknya sebagai kebudayaan yang paling baik. Etnosentrisme terjadi jika masing-masing budaya bersikukuh dengan identitasnya, menolak bercampur dengan kebudayaan lain. Porter dan Samovar mendefinisikan etnosentrisme seraya menuturkan, Sumber utama perbedaan budaya dalam sikap adalah etnosentrisme, yaitu kecenderungan memandang orang lain secara tidak sadar dengan menggunakan kelompok kita sendiri dan kebiasaan kita sendiri sebagai kriteria untuk penilaian. Makin besar kesamaan kita dengan mereka, makin dekat mereka dengan kita; makin besar ketidaksamaan, makin jauh mereka dari kita. Kita cenderung melihat kelompok kita, negeri kita, budaya kita sendiri, sebagai yang paling baik, sebagai yang paling bermoral. Etnosentrisme membuat kebudayaan kita sebagai patokan untuk mengukur baik-buruknya kebudayaan lain dalam proporsi kemiripannya dengan budaya kita. Ini dinyatakaan dalam ungkapan : orang-orang terpilih, progresif, ras yang unggul, dan sebagainya. Biasanya kita cepat mengenali sifat etnosentris pada orang lain dan lambat mengenalinya pada diri sendiri. Sebagian besar, meskipun tidak semuanya, kelompok dalam suatu masyarakat bersifat etnosentrisme. Semua kelompok merangsang

pertumbuhan etnosentrisme, tetapi tidak semua anggota kelompok sama etnosentris. Sebagian dari kita adalah sangat etnosentris untuk mengimbangi kekurangan-kekurangan kita sendiri. Kadang-kadang dipercaya bahwa ilmu sosial telah membentuk kaitan erat antara pola kepribadian dan etnosentrisme. Kecenderungan etnosentrisme berkaitan erat dengan kemampuan belajar dan berprestasi. Dalam buku The Authoritarian Personality, Adorno (1950) menemukan bahwa orang-orang etnosentris cenderung kurang terpelajar, kurang bergaul, dan pemeluk agama yang fanatik. Dalam pendekatan ini, etnosentrisme didefinisikan terutama sebagai kesetiaan yang kuat dan tanpa kritik pada kelompok etnis atau bangsa sendiri disertai prasangka terhadap kelompok etnis dan bangsa lain. Yang artinya orang yang etnosentris susah berasimilasi dengan bangsa lain, bahkan dalam proses belajar-mengajar. Etnosentrisme akan terus marak apabila pemiliknya tidak mampu melihat human encounter sebagai peluang untuk saling belajar dan meningkatkan kecerdasan, yang selanjutnya bermuara pada prestasi. Sebaliknya, kelompok etnis yang mampu menggunakan perjumpaan mereka dengan kelompok-kelompok lain dengan sebaik-baiknya, di mana pun tempat terjadinya, justru akan makin meninggalkan etnosentrisme. Kelompok semacam itu mampu berprestasi dan menatap masa depan dengan cerah. Etnosentrisme mungkin memiliki daya tarik karena faham tersebut mengukuhkan kembali keanggotaan seseorang dalam kelompok sambil memberikan penjelasan sederhana yang cukup menyenangkan tentang gejala sosial yang pelik. Kalangan kolot, yang terasing dari masyarakat, yang kurang berpendidikan, dan yang secara politis konservatif bisa saja bersikap etnosentris, tetapi juga kaum muda, kaum yang berpendidikan baik, yang bepergian jauh, yang berhaluan politik kiri dan yang kaya [Ray, 1971; Wilson et al, 1976]. Masih dapat diperdebatkan apakah ada suatu variasi yang signifikan, berdasarkan latar belakang sosial atau jenis kepribadian, dalam kadar etnosentris seseorang. Xenosentrisme Istilah ini berarti suatu pandangan yang lebih menyukai hal-hal yang berbau asing. Ini adalah kebalikan yang tepat dari kata etnosentrisme

[Shils, 1972; Wilson et al, 1976]. Diyakini bahwa produk, gaya, atau gagasan kita sendiri pasti lebih inferior daripada yang berasal dari luar. Ini adalah suatu pendirian bahwa sesuatu yang eksotis memiliki daya tarik khusus yang tidak dapat dicapai oleh sesuatu yang lazim. Faham ini didasarkan pada daya tarik yang asing dan yang jauh serta yang dibawa dari pusat kebudayaan yang jauh, yang dianggap jauh dari batas-batas lingkungan masyarakat sendiri yang kotor. Ada banyak kesempatan ketika orang-orang merasa bahagia membayar lebih mahal untuk barang-barang impor dengan asumsi bahwa segala sesuatu yang datang dari luar adalah lebih baik. Apa yang berlaku pada produk materi juga berlaku dalam gagasan dan gaya hidup. Meskipun Amerika Serikat pada mulanya delu-elukan sebagai benteng pertahanan kemerdekaan yang menentang despotisme Eropa, tidak perlu waktu lama bagi para cendekiawan untuk mengadopsi pandangan xenosentisme: Baru saja penyeberangan samudera menjadi kegiatan yang menyenangkan, [orang Amerika yang meninggalkan negaranya] yakni menyeberang Samudera Atlantik menuju suasana kultural yang lebih menyenangkan di Eropamengecam materialisme di Amerika yang dulu dihubungkan dengan kalangan aristokrat, sekarang disuarakan oleh para cerdik pandai, Cocacolization, yakni kekasaran cara hidup yang merembes. Amerika Serikat dipandang sebagai sumber, atau paling tidak prototip kebudayaan yang didasarkan pada pemilikan (benda), pada difusi pemujaan kebendaan; dan keterangan ini dinilai dengan kasar. (Oscar Handlin, Liberal Democracy and the Image of America, Freedom at Issue, 43, November/December, 1977, hal 14-15. Dicetak kembali dengan izin) Mereka yang meninggalkan negaranya untuk tinggal di luar negeri bukanlah satu-satunya yang menolak etnosentrisme. Dalam setiap masyarakat, beberapa orang menolak kelompok mereka atau beberapa bagian kebudayaannya. Contohnya, ada orang Yahudi yang anti bangsa Semit, orang-orang kulit hitam yang anti identitas kulit hitam, dan seterusnya. Para sejarawan revisionis yang menyalahkan Amerika untuk segala kericuhan dunia dan para kritisi yang radikal yang dengan gembira mendamprat setiap keluarga di Amerika, tetapi buta terhadap kekasaran

dan kebrutalan kaum komunis serta negara-negara dunia ketiga, mungkin sama tidak rasionalnya dengan pengibar bendera yang paling etnosentris.
http://nhikmahsuryani11.blogspot.com/2013/05/pengertian-etnosentrisme-dan.html http://id.wikipedia.org/wiki/Globalisasi

Pengertian globalisasi menurut para ahli


Thomas L. Friedman. Globlisasi memiliki dimensi ideology dan teknlogi. Dimensi teknologi yaitu kapitalisme dan pasar bebas, sedangkan dimensi teknologi adalah teknologi informasi yang telah menyatukan dunia. Merriam Webster Dictionary. perkembangan ekonomi global yang semakin terintegrasi ditandai terutama oleh perdagangan bebas, arus modal yang bebas, dan menekan lebih murah pasar tenaga kerja asing. Dr. Nayef R.F. Al-Rodhan. Globalisasi adalah proses yang meliputi penyebab, kasus, dan konsekuensi dari integrasi transnasional dan transkultural kegiatan manusia dan nonmanusia. Malcom Waters. Globalisasi adalah sebuah proses sosial yang berakibat bahwa pembatasan geografis pada keadaan sosial budaya menjadi kurang penting, yang terjelma didalam kesadaran orang. Anthony Giddens. globalisasi sebagai intensifikasi hubungan sosial seluruh dunia yang menghubungkan daerah yang jauh dalam sedemikian rupa sehingga kejadian lokal dibentuk oleh peristiwa yang terjadi bermil-mil jauhnya dan sebaliknya. Princenton N. Lyman : Pengertian Globalisasi adalah pertumbuhan yang sangat cepat atas saling ketergantungan dan hubungan antara Negara-negara didunia dalam hal perdagangan dan keuangan. Malcom Waters : Globalisasi adalah sebuah proses sosial yang berakibat bahwa pembatasan geografis pada keadaan sosial budaya menjadi kurang penting, yang terjelma didalam kesadaran orang. Emanuel Ritcher : Globalisasi adalah jaringan kerja global secara bersamaan menyatukan masyarakat yang sebelumnya terpencar-pencar dan terisolasi kedalam saling ketergantungan dan persatuan dunia Globalisasi sebagai sebuah gejala tersebarnya nilai-nilai dan budaya tertentu keseluruh dunia (sehingga menjadi budaya dunia atau world culture) telah terlihat semenjak lama. Cikal bakal dari persebaran budaya dunia ini dapat ditelusuri dari perjalanan para penjelajah Eropa Barat ke berbagai tempat di dunia ini ( Lucian W. Pye, 1966 ). Globalisasi secara intensif terjadi pada awal ke-20 dengan berkembangnya teknologi komunikasi. Kontak budaya tidak perlu melalui kontak fisik karena kontak melalui media telah memungkinkan. Karena kontak ini tidak bersifat fisik dan individual, maka ia bersifat massal yang melibatkan sejumlah besar orang (Josep Klapper, 1990) Scholte. Globalisasi diartikan sebagai meningkatnya hubungan internasional. Dalam hal ini masing-masing negara tetap mempertahankan identitasnya masing-masing, namun menjadi semakin tergantung satu sama lain.

Emanuel Ritcher. Globalisasi adalah jaringan kerja global secara bersamaan menyatukan masyarakat yang sebelumnya terpencar-pencar dan terisolasi kedalam saling ketergantungan dan persatuan dunia. Beerkens. Keterkaitan seluruh dunia antara negara-bangsa menjadi dilengkapi dengan globalisasi sebagai sebuah proses di mana pengaturan sosial dasar (seperti kekuasaan, budaya, pasar, politik, hak, nilai, norma, ideologi, identitas, kewarganegaraan, solidaritas) menjadidisembedded dari spasial mereka konteks (terutama negara-bangsa) karena,massification percepatan, difusi flexibilisation, dan perluasan arus transnasional orang,produk, gambar dan informasi keuangan Kenneth N. Waltz : berpendapat bahwa kita memandang globalisasi saling ketergantungan, dan itu saling ketergantungan [yang] pula terkait dengan perdamaian dan kedamaian semakin terbangun dengan adanya demokrasi. SDM, perusahaan, pasar menjadi bagian terpenting, bahkan lebih penting; Sehingga jelas bahwa pengertian globalisasi dari Waltz pun berkaitan dengan ekonomi, karena baginya ekonomi yang mendorong negara untuk membuat keputusan. Ketika dunia menjadi lebih saling bergantung satu sama lain, keputusan dibuat secara keseluruhan kolektif di bidang ekonomi, bukan secara independen dari pihak politik negara.. Thomas L. Friedman : Globlisasi memiliki dimensi ideology dan teknlogi. Dimensi teknologi yaitu kapitalisme dan pasar bebas, sedangkan dimensi teknologi adalah teknologi informasi yang telah menyatukan dunia. Tom G. Palmer . globalisasi sebagai penyusutan atau penghapusan negara-diberlakukan pembatasan pertukaran lintas batas dan sistem global yang semakin terintegrasi dan kompleksproduksi dan pertukaran yang telah muncul sebagai akibat. Scholte. Globalisasi juga diartikan dengan semakin diturunkankan batas antar negara, misalnya hambatan tarif ekspor impor, lalu lintas devisa, maupun migrasi. Leonor Briones. Demokrasi bukan hanya dalam bidang perniagaan dan ekonomi namun juga mencakup globalisasi institusi-institusi demokratis, pembangunan sosial, hak asasi manusia, dan pergerakan wanita. Scholte. Globalisasi juga digambarkan sebagai semakin tersebarnya hal material maupun imaterial ke seluruh dunia. Pengalaman di satu lokalitas dapat menjadi pengalaman seluruh dunia. Steger. kondisi sosial yang ditandai dengan adanya interkoneksi ekonomi, politik, budaya, dan lingkungan global dan arus yang membuat banyak dari perbatasan saat ini sudah ada dan batas-batas tidak relevan. Anthony Giddens (1989), proses peningkatan kesalingtergantungan masyarakat dunia dinamakan dengan globalisasi. Ditandai oleh kesenjangan tingkat kehidupan antara masyarakat industri dan masyarakat dunia ketiga(yang pernah dijajah Barat dan mayoritas hidup dari pertanian). Lucian W. Pye. Globalisasi sebagai sebuah gejala tersebarnya nilai-nilai dan budaya tertentu keseluruh dunia (sehingga menjadi budaya dunia atau world culture). Wikipedia Ensiklopedia. Globalisasi atau penyejagatan adalah sebuah istilah yang memiliki hubungan dengan peningkatan keterkaitan dan ketergantungan antar bangsa dan antar manusia di seluruh dunia melalui perdagangan, investasi, perjalanan, budaya populer, dan bentuk-bentuk interaksi yang lain sehingga batas-batas suatu negara menjadi semakin

sempit. Princenton N. Lyman. Globalisasi adalah pertumbuhan yang sangat cepat atas saling ketergantungan dan hubungan antara Negara-negara didunia dalam hal perdagangan dan keuangan. A.G. McGrew. Globalisasi adalah proses dimana berbagai peristiwa, keputusan, dan kegiatan di belahan dunia yang satu dapat membawa konsekuensi penting bagi berbagai individu dan masyarakat di belahan dunia yang lain. Menurut Afdjani (2007) bahwa: Globalisasi pada hakikatnya ternyata telah membawa nuansa budaya dan nilai yang mempengaruhi selera dan gaya hidup masyarakat. Melalui media yang kian terbuka dan kian terjangkau, masyarakat menerima berbagai informasi tenteng peradaban baru yang datang dari seluruh penjuru dunia. Padahal, kita menyadari belum semua warga degara mampu menilai sampai dimana kita sebagai bangsa berada. Begitulah, misalnya banjir informasi dan budaya baru yang dibawa media tak jarang teramat asing dari sikap hidup dan norma yang berlaku. Terutama masalah pornografi dimana sekarang wanitawanita Indonesia sangat terpengaruh oleh trend mode dari Amerika dan Eropa yang dalam berbusana cenderung minim,yang kemudian ditiru habis-habisan. LAURENCE E. ROTHENBERG. Globalisasi adalah percepatan dan intensifikasi interaksi dan integrasiantara orang-orang, perusahaan, dan pemerintah dari negara yang berbeda. Selo Soemardjan : globalisasi adalah suatu proses terbentuknya sistem organisasi dan komunikasi antarmasyarakat di seluruh dunia. Tujuan globalisasi adalah untuk mengikuti sistem dan kaidah-kaidah tertentu yang sama misalnya yerbentuknya PBB, OKI Achmad Suparman. Globalisasi adalah suatu proses menjadikan sesuatu (benda atau perilaku) sebagai ciri dari setiap individu di dunia ini tanpa dibatasi oleh wilayah Albrow. Globalisasi mengacu pada semua proses dimana masyarakat dunia dimasukkan ke dalam sebuah masyarakat tunggal dunia, masyarakat global. Takis Fotopoulos. globalisasi ekonomi sebagai pembukaan dan deregulasi pasar komoditas, modal dan tenaga kerja yang menyebabkan globalisasi neoliberal ini. globalisasi politik bernamamunculnya elit transnasional dan keluar pentahapan dari negara-bangsa. globalisasibudaya adalah homogenisasi budaya di seluruh dunia. Joseph Stiglitz. Globalisasi adalah integrasi lebih dekat dari negara dan penduduk dunia dibawa oleh pengurangan besar biaya transportasi dan komunikasi, dan dipatahkannya rintangan buatan untuk arus barang,jasa, modal, pengetahuan, dan orang di seluruh perbatasan. http://carakata.blogspot.com/2013/06/pengertian-dan-definisi-globalisasi.html

Anda mungkin juga menyukai