Anda di halaman 1dari 38

1.

0 Pengenalan

Dalam tugasan Ulum Quran dan Hadis pada kali ini, kami telah diarahkan oleh pensyarah kami untuk melaksanakan tiga jenis tugasan. Tugasan yang pertama adalah berkaitan dengan penulisan esei yang berkaitan tentang pandangan ulama mengenai kemukjizatan al-Quran dari sudut bahasa, ilmiah (sains) dan juga tashri (perundangan)

Bahagian seterusnya yang terdapat dalam tugasan ini ialah berkiatan dengan cara untuk mengelakkan seseorang daripada beramal dengan hadis palsu dan cara untuk mmperkasakan kewibawaan dan fungsi Institusi hadis sebagai sumber syariat Islam yang kedua.

Yang terakhir sekali, tugasan ini juga menyentuh berkaitan dengan kaedah dan strategi yang digunakan oleh guru pendidikan Islam (GPI) di sekolah dalam pengajaran bidang Ulum Hadis semasa saya menjalani program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS).

2.0 KEMUKJIZATAN AL-QURAN

2.1 Pengertian Kemukjizatan Al-Quran

Menurut

Ahmad

Kamaruddin

Bin

Ibrahim,

mukjizat

Al-Quran

bermaksud semua makhluk lemah dan tidak berdaya untuk melakukan apa yang dicabar oleh al-Quran.1 Ianya adalah bertujuan untuk membuktikan bahawa al-Quran merupakan satu kebenaran serta Rasul yang membawanya juga adalah benar.

1.2 Pembahagian Kemukjizatan Al-Quran

Pembahagian Mukjizat Al-Quran

Bahasa

Ilmiah (Sains)

Tasyri' (Perundangan)

HBQE1103 Ulum Quran

2.1 Kemukjizatan dari sudut bahasa

Penggunaan gaya bahasa al-Quran begitu canggih dan murni sehingga pakar-pakar bahsa pun tidak dapat menandingi gaya bahasa yang terdapat pada Al-Quran. Susunan huruf dalam al-Quran, kehalusan susun aturnya, kemanisan urkibnya, penjelasan tuntutan semasa melalui jumlah ismiyah dan filiyyah, ayat-ayatnya dalam bentuk penafian dan ithbat, al-zikr dan al-hazf, tarif dan tankir, al-taqdim dan takhir, haqiqat dan majaz, itnab dan ijaz dan lain-lain lagi telah meletakkan al-Quran merupakan yang tertinggi serta dapat melemahkan manusia untuk mengatasinya.

Ianya telah dibuktikan dengan peristiwa di mana al-Walid al-Mughirah datang kepada Nabi Muhammad s.a.w. Baginda s.a.w telah membacakan alQuran kepadanya. Bacaan Rasulullah s.a.w seakan melembutkan hati al-Walid. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan Abu Jahal dengan lantas Abu Jahal pergi berjumpa dengan al-Walid.

Abu Jahal berkata Wahai saudaraku, sesungguhnya kaum kamu hendak mengumpul harta untuk member kepadamu kerana kamu telah pergi kepada Muhammad dan seakan kamu menerima apa yang diucapnya. Al -Walid berkata, Sesungguhnya kaum Quraisy mengetahui bahawa aku adalah orang yang paling berharta. Abu Jahal berkata, Kalau begitu hendaklah kamu berkata satu perkataan yang sampai ke pengetahuan kaummu bahawa kamu mengingkari dan membencinya. Al-Walid berkata, Apa yang patut aku katakan? Demi Allah, tidak ada seorang pun di kalangan kamu yang lebih arif daripada ku berkaitan syair dan qasidah. Demi Allah tidak ada suatu pun yang menyerupainya. Dan demi Alah, sesungguhnya perkataanya (al-Quran) begitu manis dan bertenaga, sesungguhnya di atasnya mempunyai buah, di bawahnya terdapat limpahan, sesungguhnya ia amat tinggi dan tidak ada yang menandinginya. Ia akan menghancurkan apa yang ada di bawahnya. Abu Jahal berkata, Demi Allah, kaum kamu tidak akan menyukai kamu sehingga
3

kamu berkata sesuatu kepadanya. Al-Walid berkata, Tinggallah aku sendirian sehingga kau berfikir sesuatu dan selepas berfikir ia berkata, Ini (al -Quran) adalah sihir yang memberi kesan.2 Peristiwa ini telah membuktikan bahawa Al-Quran mempunyai gaya bahasa yang begitu indah sehingga tiada seorang manusia pun dapat menandinginya. Ianya merupakan mukjizat daripada Allah s.w.t.

Mukjizat juga terdapat dalam susun atur suara yang menarik semasa membaca huruf-huruf al-Quran. Ia membuatkan manusia tidak pernah jemu untuk mendengarnya malah sentiasa berusaha untuk memperbaiki bacaan alQuran.

Mukjizat al-Quran juga terdapat pada lafaznya yang menyempurnakan setiap makna. Tidak ada satu lafaz pun yang dikatakan sebagai penambah kepada makna (zaid). Dan tidak ada seorang penyelidik pun terjumpa satu tempat dalam al-Quran dan menyatakan bahawa tempat tersebut memerlukan satu lafaz untuk menyempurnakan makna yang kurang.

Riwayat Ibn Abbas r.a

2.2 Kemukjizatan dari sudut ilmiah (sains)

Ramai dalam kalangan manusia telah tersasar dari kebenaran di mana mereka bersungguh-sungguh menetapkan bahawa al-Quran mengandungi semua teori sains. Menurut Ahmad Kamaruddin, orang yang menafsir al-Quran mengikut aliran sains dan berusaha untuk mengeluarkan teori tersebut dari alQuran dalam setiap masalah yang lahir dalam kehidupan sains, sebenarnya mereka telah melakukan sesuatu yang tidak elok terhadap al-Quran dalam keadaan mereka merasakan mereka telah melakukan yang terbaik kepada alQuran.3

Mukjizat sains yang terdapat dalam al-Quran bukan sahaja mengandungi teori-teori sains yang selalu berubah mengikut peredaran zaman, tetapi ia menggalakkan manusia untuk berfikir. Ia menggalakkan manusia untuk berfikir tentang kejadian Allah s.w.t sama ada di langit atau di bumi. Allah s.w.t berfirman dalam Surah al-Imran ayat 190 hingga 191 yang bermaksud :

Maksudnya : Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal; (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata) : Wahai Tuhan kami! Tidalah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.

HBQE1103 Ulum Quran

Selain itu, ia juga menggalakkan manusia untuk berfikir tentang kejadian diri sendiri. Banyak ayat al-Quran yang menceritakan tentang kejadian diri manusia. Antaranya ialah :

a. Surah al-Rum, ayat 8 :

Maksudnya : Patutkah mereka mearsa cukup dengan mengetahui yang demikian sahaja, dan tidak memikirkan dalam hati mereka, (supaya mereka dapat mengetahui), bahawa Allah tidak menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya itu melainkan dengan ada gunanya yang sebenar, dan dengan ada masa penghujungnya yang tertentu, (juga untuk kembali menemui Penciptanya)/ Dan sebenarnya banyak di antara manusia, orang-orang yang sungguh ingkar akan pertemuan dengan Tuhannya.

b. Surah al-Ghasyiah, ayat 17-20 :

Maksudnya : (Mengapa mereka yang kafir masih mengingkari akhirat) tidakkah mereka memperhatikan keadaan unta bagaimana ia diciptakan? Dan keadaan langit bagaimana ia ditinggikan binaanya? Dan keadaan gunung-ganang bagaimana ia ditegakkan? Dan keadaan bumi bagaimana ia dihamparkan?

2.3 Kemukjizatan dari sudut Tasyri (Perundangan)

Ahmad Kamarudin Bin Ibrahim (2006) menyatakan, manusia memerlukan satu sistem yang memandu mereka dan menentukan keadilan dalam setiap individu.4 Terdapat banyak mazhab, teori, sistem, perundangan yang dicipta untuk memandu manusia kea rah kebahagiaan, tetapi semuanya tidak mencapai matlamat sebagaimana yang terdapat dalam al-Quran melalui Ijaz perundangannya.

Al-Quran bermula dengan mendidik individu kerana ia merupakan satu juzuk masyarakat. Ia mendidik dengan membebaskan perasaan sanggup memikul tanggungjawab. Apabila aqidah muslim itu betul dan tepat ia hendaklah mengikut perundangan al-Quran dalam perkara berkaitan

kefardhuan dan ibadat. Setiap ibadah yang difardhukan adalah untuk kebaikan individu dan disamping itu mempunyai hubungan dengan kebaikan masyarakat.

Contohnya adalah seperti ibadah solat. Solat dapat mencegah dari maksiat dan kemungkaran dan solat adalah diwajibkan kecuali bagi yang uzur. Orang yang solat akan merasakan hubungan yang kuat dengan saudaranya di seluruh muka bumi kerana mereka merasakan semua umat Islam di muka bumi ini menghadapkan muka ke arah yang Maha Esa. Ini merupakan Ijaz dari segi Tashri solat.

Ibadat zakat juga mempunyai mukjizat dari segi Tashrinya kerana ia mempunyai hikmah yang tertentu, antaranya ialah :

HBQE1103 Ulum Quran

a. Mengikis manusia daripada sifat kedekut, perhambaan, kepada harta dan mencintai manusia. b. Ia merupakan satu kebaikan untuk masyarakat dan menghapuskan jurang antara golongan yang berada dengan yang miskin. Dengan ini jiwa setiap masyarakat berasa terjamin serta amalan zakat dpat menjauhkan diri daripaa kesempitan hidup.

Ibadah haji pun mempunyai hikmah-hikmah yang dikatakan Mukjizat Tasyri antaranya ialah :

a. Haji adalah satu pelancongan yang mendidik jiwa ketika menghadapi kesukaran. b. Haji juga membuka penglihatan manusia terhadap rahsia-rahsia Allah dalam penciptaannya. c. Perhimpunan manusia dalam menunaikan ibadat haji adalah satu muktamar antarabangsa yang mana mereka dapat mengenali antara satu sama lain dn saling bertukar-tukar fikiran.

Selepas tarbiyah individu ianya diteruskan dengan membina institusi keluarga. Oleh itu, Al-Quran mensyariatkan perkahwinan bagi memenuhi tuntutan nafsu dan mengenal zuriat manusia secara halal dan bersih. Hubungan kekeluargaan terbina dengan kemesraan, kasih saying, jiwa yang tenang, sikap menghoramti sumai isteri dan tanggungjawab yang bersesuaian dengan mereka. Ianya diperkuatkan dengan firman Allah yang terdapat dalam Surah al-Rum ayat 21 yang bermaksud :

Maksudnya : Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan RahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, suapay kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan
8

kasih saying dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandung keterangan-keterangan ( yang menimbulkan kesedaran ) bagi orang-orang yang berfikir.

Setelah itu, datang pula sistem perundangan yang memacu masyarakat muslim. Al-Quran mengandungi sistem perundangan terbaik berasas kepada masyarakat, persamaan dan melarang penguasaan individu. Firman Allah s.w.t dalam surah al-Imran ayat 159 yang bermaksud :

Maksudnya : Maka dengan sebab rahmat ( yang melimpah-limpah ) dari Allah ( kepadamu wahai Muhammad ), engkau telah bersikap lemah lembut kepada mereka ( sahabat-sahabat dan pengikutmu ), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu, maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu ), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam ( sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu ), maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengasihi orangorang yang bertawakal kepadaNya.

Al-Quran telah menjaga lima prinsip kehidupan manusia iaitu jiwa, agama, maruah, harta dan akal. Firman Allah yang terdapat dalam surah al-Baqarah ayat 179 yang berbunyi : Maksudnya : Dan di dalam hukuman Qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran, supaya kamu bertaqwa.

Firman Allah s.w.t lagi : Maksudnya : Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat, dan janganlah
9

kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat, dan hendaklah kamu disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman. ( Surah al-Nur, ayat 2 )

Firman Allah s.w.t lagi : Maksudnya : Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak

membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat, dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya, kerana mereka adalah orang-orang yang fasik. ( Surah al-Nur ayat 4 )

Firman Allah s.w.t lagi : Maksudnya : Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka ( hukumnya ) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, ( juga sebagai ) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. (Surah al-Maidah, ayat 38) Kesimpulannya, Al-Quran adalah perundangan yang sempurna untuk melangsungkan kehidupan manusia dalam sebaik-baik keadaan. Ijaz

perundangan akan kekal selari dengan ijaz sains dan bahasa.

10

3.0 Hadis Palsu dan Implikasinya

3.1 Pengertian Hadis Palsu

Hadis palsu juga dikenali sebagai hadis maudu. Hadis palsu bermaksud hadis yang sengaja direka-reka atau diada-adakan dan dinisbahkan kepada Rasulullah s.a.w. Ia di namakan hadis hanya berdasarkan dakwaan orang yang mengada-adakannya sahaja.

Menurut Rosmawati Ali, hadis palsu ialah hadis yang dicipta sendiri tetapi ia telah berbohong dengan menisbahkannya kepada Nabi sama ada dilakukan pendustaan itu dengan sengaja atau tersalah.5

Hukum yang berpegang dengan hadis palsu adalah tidak harus. Tidak harus berpegang dengan hadis palsu bagi sesiapa yang mengetahui bahawa ia adalah hadis palsu. Tidak harus juga meriwayatkan tanpa menyatakan bahawa hadis tersebut adalah hadis palsu, sama ada yang berkaitan dengan perkara halal dan haram. Hal tersebut berdasarkan dalil sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Muslim :

Terjemahan : Sesiapa yang meriwayatkan daripadaku dengan sesuatu hadis yang didapati ia palsu maka ia adalah salah seorang daripada orang yang berbohong.

Pengantar Ulum Hadis

11

3.2 Sejarah dan Sebab-sebab Timbul Hadis Palsu

Menurut pendapat ahli sejarah, bermulanyakelahiran hadis palsu ialah setelah tercetusnya fitnah ataupunpertelingkahan di antara Saidina Ali dan Muawiyah. Mereka yang mula-mula melibatkan diri secara langsung dengan mereka-reka hadis palsu ialah golongan syiah. Ianya diperkukuhkan melalui pengakuan Ibn Abi al-Hadid yang merupakan seorang ahli Syiah yang terkenal. Beliau berkata, Bermulanya pendustaan terhadap hadis-hadis Nabi ialah golongan Syiah.

Terdapat beberapa factor yang menyebabkan lahirnya hadis palsu. Antaranya ialah pertelingkahan politik. Golongan lain yang terlibat secara langsung dengan pemalsuan hadis nabi ialah al-Rafidah sebagaimana yang telah dinyatakan oleh Ibn Hajar, Tentang hadis dalam bab Fad ail banyak hadis tentang kelebihan Ahli al-Bait, mereka juga mencipta hadis tentang kejahilan Ahl al-Sunnah.6

Kemunculan golongan al-Rafidah, iaitu golongan yang menentang para sahabat yang member baiah kepada Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar sebagai khalifah. Golongan ini telah berkembang dan berpecah menjadi 300 kumpulan. Golongan ini telah mencipta dan mereka-reka hadis untuk kepentingan mereka sendiri. Sebagaimana yang telah diungkapkan oleh Imam Malik apabila beliau ditanya mengenai golongan al-Rafidah. Beliau berkata, Jangan kamu meminta pendapat daripada mereka, kerana mereka itu adalah golongan pendusta.7

6 7

Ibid Ibid

12

Pendapat Imam Syafie tentang golongan al-Rafidah katanya, Aku tidak dapati satu golongan pun yang mengikut hawa nafsu dengan memberi saksi bohong kecuali golngan al-Rafidah.8

Di antara hadis yang direka oleh golngan al-Rafidah antaranya ialah hadis yang mencela dan mencaci Muawiyah yang bermaksud : Maksudnya : Apabila kamu melihat Muawiyah berada di atas mimbarku hendaklah kamu membunuh dia.

Faktor lain yang menyebabkan kemunculan hadis palsu ialah disebabkan oleh golongan zindiq. Golongan ini ialah golongan yang membenci ajaran Islam dan orang Islam terutamanya apabila jajahan Islam dan agama Islam itu tersebar ke luar negara dan golongan bukan arab menerima Islam secara beramai-ramai. Mereka telah kehilangan kuasa dalam pemerintahan mereka.

Di antara hadis palsu yang dicipta oleh mereka ialah untuk memburukkan agama Islam dan kesuciannya. Mereka telah berusaha memburukkan Islam demi mengembalikan kuasa dan kedudukan mereka. Antara lain juga, mereka cuba memesongkan akidah umat Islam dan menimbulkan huru-hara dalam masyarakat Islam dengan cara mencipta hadis palsu kemudian dinisbahkan kepada Nabi. Antara contoh hadis yang direka oleh golongan zindiq ialah :

Maksudnya : Allah menjadikan malaikat dari bulu lengan dan bulu dada-Nya. Maksudnya : Memandang ke wajah yang cantik itu adalah dikira sebagai ibadat. Maksudnya : Buah terung itu ubat segala penyakit.

Ibid

13

Antara lain ialah, disebabkan oleh sifat tasub kepada kabilah, puak, bangsa, negeri, bahasa, dan jemaah tertentu. Oleh itu, mereka sengaja mencipta Hadis Palsu untuk memenuhi nafsu dan kehendak mereka. Contohnya hadis yang dicipta oleh golongan yang taasub kepada bahasa arab.

Terjemhannya : Sesungguhnya Allah apabial ia marah, Ia akan menurunkan wahyu dengan bahasa Parsi dan apabila Ia reda, Ia akan menurunkan wahyu dalam bahasa Arab.

Contoh hadis lain bagi golngan yang taasub kepada bahasa Parsi ialah : Terjemahannya : Sesungguhnya Allah apabila Ia marah, Ia akan menurunkan wahyu dengan bahasa Arab dan apabila Ia reda Ia akan menurunkan wahyu dalam bahasa Parsi.

Terdapat juga golongan yang taasub terhadap Imam tertentu. Antara hadis yang telah dicipta oleh golongan ini ialah : Terjemahannya : Akan lahir seorang lelaki dari kalangan umat-Ku yang dikenali dengannya sebagai Abu Hanifah al-Numan, ia adalah penyuluh umatKu.

Faktor lain yang menyebabkan munculnya hadis palsu ialah disebabkan oleh penciptaan kisah dan riwayat yang dibuat oleh tukang cerita, yang mana mereka tidak rasa segan menyandarkan kepada yang mereka bawa. Contohnya sebagaimana yang berlaku ketika Imam Ahmad Ibn Hanbal dan Yahya Ibn Main menunaikan sembahyang di masjid al-Rafasah. Tiba-tiba bangun dari kalangan ahli masjid itu membuat cerita, katanya, Ahmad Ibn Hanbal dan Yahya Ibn Main telah menceritakan, Abd Razak meriwayatkan hadis dari Qatadah dari Anas katanya, Rasulullah s.a.w bersabda :

14

Terjemahannya : Sesiapa yang mengucapkan La Ilaha Illa Allah, Allah akan menjadikan daripada setiap kalimahtersebut seekor burung paruhnya daripada emas dan bulunya daripada marjan.9

Antara lain ialah disebabkan oleh berlakunya pertelingkahan antara mazhab dan fahaman. Pertelingkahan ini disebabkan oleh pertelingkahan pendapat dalam sesuatu masalah Fekah dan juga Ilmu kalam. Pengikutpengikut mazhab ini telah mencipta hadis untuk menyokong mazhab mereka contohnya :

Terjemahan : Sesiapa yang mengangkat dua tangannya ketika sembahyang, batal sembahyangnya.

Contoh hadis lain ialah : Terjemahan : Berkumur-kumur dan memasukkan air ke hidung sebanyak tiga kali bagi orang yang berjunub adalah wajib.

Contoh hadis lain pula ialah : Terjemahan : Sesiapa yang berkata al-Quran itu makhluk, maka kafir.10

Di samping itu, faktor yang menyebabkan kemuunculan hadis palsu ialah akibat kejahilan dan kurangnya ilmu pengetahuan tentang Islam, namun niat dan tujuan mereka adalah benar dan baik untuk agama. Contohnya seperti Ahli Sufi dan Tasawwuf. Disebabkan kejahilan itu menyebabkan mereka mencipta hadis palsu mengenai kelebihan sesuatu amalan, sesebuah surah al-Quran dan lain-lain. Faktor yang terakhir sekali adaah disebabkan tindakan
9 10

Pengantar Ulum Quran Ibid

15

mengampu untuk mendapat nama dan pangkat di sisi raja dan sesetengah golongan tertentu menyebabkan mereka mencipta hadis palsu.

Implikasi Hadis Palsu terhadap Umat Islam

Hadis palsu memberikan kesan yang buruk kepada umat Islam sekiranyan kita beramal dengannya. Antara kesan buruk mengamalkan hadis palsu ialah dapat merosakkan akidah umat Islam itu sendiri. Unsur-unsur yang terdapat di dalam hadis palsu dapat mencemarkan kesucian agama Islam.

Contohnya seperti : Terjemahannya : Jika seseorang kamu bersangka baik dengan batu nescaya ia akan memberi manfaat kepadanya.

Ibn Qayyim al-jauziyah berpendapat bahawa hadis ini merupakan pemalsuan daripada golongan musyrik yang menyembah berhala.

Kesan yang kedua ialah dapat menjatuhkan nilai kewibawaan agama. Hal ini disebabkan oleh kandungan dalam hadis palsu menjadikan Islam sebagai bahan untuk dipersendakan dan direka dengan rekaan semata-mata. Ianya berlaku apabila rekaan hadith palsu dengan wahyu yang sebenar. Mana mungkin rekaan manusia dapat diletakkan setaraf dengan wahyu yang telah diciptakan oleh Allah s.w.t. Contonya adalah seperti hadis ini :

Maksudnya : Sesiapa yang solat dhuha sekian rakaat, maka ia akan diberi pahala sebanyak 70 para nabi.
16

Hadis ini umpama telah merendahkan dan menjatuhkan martabat ketinggian para nabi kerana telah menyamakan pahala sekalian para nabi dengan hanya solat beberapa rakaat sahaja. Menurut Ibnu Qayyim AlJauziyanh di dalam bukunya yang bertajuk Al-Manar al-Munif telah mengulas hadis ini dan menyebut, Seolah-olah pendusta yang keji ini tidak mengetahui bahawa selain nabi, sekalipun bersolat selama umur Nabi Nuh, ia tidak akan diberikan pahala standing seorang nabi.11

Hadis ini menyebabkan manusia beranggapan pahala mereka sudah banyak kerana sudah dapat menyamai pahala para nabi dan sudah tentu mereka akan masuk syurga dengan hanya mendirikan beberapa rakaat soalt sahaja. Selain itu, ia juga akan membuatkan umat Islam lupa untuk melaksanakan ibadah yang lain.

Antara kesan negatif hadis palsu ini juga ialah hadis ini telah dapat membuatkan umat Islam beramal dengan hadis yang bercanggah dengan nasnas yang terdapat di dalam al-Quran. Hadis palsu bukanlah berasal dari Rasulullah s.a.w, jadi seringkali ia bercanggah dengan isi kandungan al-Quran dan hadis-hadis sahih yang lain. Ianya secara tidak langsung telah mencemarkan imej Islam sebagai agama yang sempurna kerana telah timbulnya pandangan daripada orientalis barat yang menyatakan bahawa agama Islam merupakan agama yang tidak tetap dengan syariat kerana berlakunya perbezaan di antara ayat al-Quran dan hadis nabi.

Menurut Imam al-Sayuti dalam bukunya yang bertajuk Tadrib al-Rawi menukilkan kata-kata dari Ibnu Jauzi yang bermaksud :

11

Ibn Qayyim al-Jauziyah, al-Manar al-Munif

17

Maksudnya : Jika engkau melihat sebuah hadis menyanggahi lgik, menyalahi al-Quran dan bertentangan dengan prinsip-prinsip asas Islam, maka ketahuilah bahawa ia adalah hadis palsu.12

Contoh : Anak zina tidak akan masuk syurga.

Hadis ini secara terang-terangan adalah bercanggah dengan firman Allah s.w.t yang terdapat dalam surah al-Isra ayat 15 yang bermaksud :

Maksudnya : Barang sesiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), Maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselatan) dirinya sendiri, dan barangsiapa yang sesat Maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seseorang yang berdosa tidak dapat memkul dosa orang lain, dan kami tidak akan mengazab sebelum kami mengutus seorang rasul.

Ayat ini menerangkan idaka mungkin anak yang lahir daripada hasil zina akan dihukum disebabkan oleh perbuatan kedua ibu bapanya. Ayat ini merupakan penegasan al-Quran tentang keadilan dan rahmat Allah yang tidak menghukum seseorang disebabkan oleh kesalahan orang lain.

Beramal dengan hadis palsu juga akan menyebabkan kesesatan dalam kalangan umat islam. Banyak hadis palsu diwujudkan demi penyokong aliran, peganga, pemimpin dan mazhab seperti golongan syiah. Golongan syiah sangat terkenal dengan ciptaan hadis palsu yang sering memuji-muji kehebatan Saidina Ali. Antara contoh hadis tersebut ialah:

12

Ustaz Amran, Pilihan Ustaz

18

Maksudnya : Sesiapa yang suka hidup seperti hidupku,, mati seperti matiku dan tinggal di syurga And yang ditanam oleh Tuhanku, maka hendaklah mengangkat Ali selepasku. Juga mengangkat penggantinya. Hendaklah dia mengikut para Imam selepasku kerana sesungguhnya asal-usulku, direzekikan kefahaman dan ilmu. Celakalah dan memutuskan hubungan denganku. Semoga Allah tidak member mereka syafaat.

Menurut Ustaz Amran, kitab Silsilah al-Ahadith al-Daifah wa al-Maudhuah menyatakan hadis ini palsu lagi dusta. Semua perawinya tidak dikenalai kecuali seorang sahaja iaitu Ibn Ab Rawwad. Hadis seperti ini hanya untuk mengembangkan fahaman syiah semata-mata.

Hadis palsu turut memberi kemudaratan dan menyusahkan umat Islam. Hadis palsu mempunyai nilai-nilai kezuhudan yang melampau, unsur-unsur khurafat dan kepercayaan yang tidak berasas. Contohnya seperti hadis berikut:

Maksudnya : Dunia itu haram untuk ahli akhirat. Akhirat itu haram untuk ahli dunia. Dunia dan akhirat itu haram untuk ahli Allah.

Hadis ini hanayalah rekaan kaum Sufi yang melampau. Hadis seperti ini boleh menyebabkan umat Islam tidak berdaya saing serta meninggalkan urusan dunia yang merupakan jambatan untuk ke akhirat. Mana mungkin hadis ini benar, sedangkan Allah telah menyebut dalam firman-Nya yang terdapat pada Surah al-Araf ayat 32 yang bermaksud :

Maksudnya : Siapakah yang mengharamkan perhiasan dari Allah yang telah dikeluarkan-Nya untuk hamba-hamba-Nya dan (siapa pulakah yang mengharamkan) rezeki yang baik? katakanlah : Semuanya itu (disediakan) bagi orang-orang yang beriman dalam kehidupan dunia, khusus (untuk mereka
19

sahaja) di hari kiamat. Demikianlah kami menjelaskan ayat-ayat itu bagi orang yang mengetahui.

Hadis palsu ini juga dapat menjatuhkan imej-imej tokoh Islam. Hadis palsu dicipta bertujuan untuk menghina aliran atau tokoh-tokoh lain. Syiah merupakan salah satu golongan yang banyak menghina para sahabat serta menghina tokoh-tokoh lain seperti Imam al-Syafie. Antara hadis yang telah direka oleh mereka ialah :

Akan datang dikalangan umatku, seorang lelaki yang dipenggil Muhammad bin Idris ( nama sebenar Imam al-Syafie ). Dia memberi mudarat kepada umatku lebih daripada Iblis. Akan datang pula seorang lelaki dikalangan umatku dipanggil Abu Hanifah. Dia adalah lampu yang menerangi umatku, dia adalah lampu umatku.

Hadis ini telah direka oleh Makmum bin Ahmad al-Harawi yang cemburu dengan perkembangan pengikut Imam al-Syafie. Menurut Ustaz Amran. AlJahari di dalam kitabnya Kashf al-Khafa ada menyatakan : Tiada suatu hadis sahih pun mengenai pujian atau celaan terhadap Abu Hanifah dan As-Syafie. Semua yang disebut mengenai hal itu adalah palsu dan dusta.

Kesan yang terakhir beramal dengan hadis palsu terhadap umat islam ialah dapat memalingkan manusia daripada pelbagai sunnah yang sahih. Sekiranya umat islam beramal dengan hadis palsu, maka secara tidak langsung hadis sahih dan sunnah nabi akan mereka tinggalkan. Ianya diibaratkan seperti mengajar doa-doa palsu yang kononnya datang daripada Nabi yang menjanjikan pelbagai kelebihan yang sebenarnya tidak terdapat dalam hadis sahih.

20

3.3 Cara Mengelakkan Beramal dengan Hadis Palsu

Beramal dengan hadis palsu adalah dilarang sama sekali di dalam agama Islam. Justeru itu, adalah penting bagi umat Islam untuk mengelakkan diri daripada beramal dengan hadis palsu agar tidak tersesat. Kita sebagai umat Islam khusunya perlu lebih mengetahui tentang hadis palsu. Ianya bertujuan agar umat Islam tidak terus hanyut beramal dengan hadis tanpa mengetahui kesahihannya.

Pelbagai cara boleh dilaksanakan untuk mengelakan umat Islam beramal dengan hadis palsu. Antaranya ialah :

a. Pusat Islam dan Majlis Agama Islam Negeri serta mufti-mufti hendaklah berkolaborasi untuk mengenal pasti hadis-hadis palsu serta

mengharamkan penyebaran hadis-hadis palsu serta buku-buku yang mengandungi hadis palsu. Menghapuskan bahan-bahan bacaan seperti ini akan membantu mengelakkan umat islam agar beramal dengan hadis yang palsu. Seseorang yang tidak mempunyai ilmu tentang hadis, mungkin boleh menjadikan seratus peratus hadis palsu tersebut sebagai rujukan dan panduan tanpa mengetahui tentang kesahihan hadis tersebut.

Pusat Islam atau majlis Agama Islam Negeri dicadangkan agar menerbitkan sendiri buku-buku yang mengandngi hadis-hadis yang sahih sebagi rujukan dan panduan masyarakat. Ianya akan menjadikan masyarakat lebih yakin dengan kesahihan hadis serta mengambil hadis tersebut sebagai panduan hidup mereka.

b. Selain itu, pendakwah dan penceramah juga memainkan peranan penting dalam mengkaji sesuatu hadis sama ada hadis tersebut diterima atau ditolak. Secara logiknya, masyarakat lebih mempercayai kata-kata
21

pendakwah

dan

penceramah

kerana

masyarakat

beranggapan

pendakwah dan penceramah mempunyai ilmu yang tinggi dan mendalam mengenai hadis.

c. Individu muslim juga seharusnya berusaha untuk menguasai dan meningkatkan ilmu yang berkaitan dengan hadis. Ianya bertujuan agar mereka tidak mudah terpedaya dengan hadis palsu dan mengambil ia sebagai rujukan secara bulat-bulat serta beramal dengannya. Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil kira dalam menilai sesebuah hadis. Ia mesti disandarkan kepada Rasulullah s.a.w, sanadnya mestilah tepat, kewibawaan perawi hendaklah diperiksa terlebih dahulu sama ada perawi tersebut seorang yang jujur atau pembohong untuk menentukan sama ada hadis yang diriwayatkannya sahih ataupun tidak . Sebagai contoh, ada perawi hadis yang mengaku hadis yang diriwayatkannya adalah ciptaan sendiri seperti Abu Isma Nuh bin Abi Maryam yang mengaku mencipta hadis yang disandarkan pada Ibn Abbas tentang kelebihan surah-surah dalam al-Quran.

Kandungan matan hadis tersebut juga hendaklah diperiksa terlebih dahulu bagi memastikan ia selaras dengan ayat al-Quran dan hadis lain yang bersesuaian dengan syariat Islam. Sekiranya ianya bercanggah, hadis tersebut perlulah diketepikan dan sekiranya hadis tersebut menepati prinsip-prinsip Islam, perawi hadis tersebut perlu dinilai untuk menentukan sama ada hadis tersebut sahih atau tidak.

d. Pihak universiti juga memainkan penting dengan membuat kajian mengenai hadis-hadis palsu yang tersebar dalam masyarakat sebagai rujukan agar umat islam tidak keliru dan mengguna pakai hadis-hadis tersebut. Contohnya daripada pihak USIM sendiri menerusi Jabatan alQuran dan As-Sunnah telah membuat kajian mengenai hadis-hadis.

22

3.4 Institusi Hadis sebagai sumber syariat Islam kedua

Umat Islam telah bersepakat dan bersetuju bahawa hadis adalah sumber ajaran Islam kedua setelah Al-Quran. Kesepakatan mereka adalah

berdasarkan nas, baik yang terdapat dalam al-Quran mahupun yang terdapat dalam hadis. Telah disebutkan di dalam al-Qran yang menunjukkan hadis adalah sumber hukum kedua selepas al-Quran. Ianya terdapat pada surah anNisa ayat 59, surah al-Maidah ayat 92, dan surah an-Nur ayat 54.

Dalam salah satu pesanan Rasulullah s.a.w yang berkenaan dengan hadis sebagai sumber hukum yang kedua, dalam sabdanya :

Maksudnya : Aku tinggalkan dua pusaka untukmu sekalian, dan kalian tidak akan tersesat selama-lamanya, selama sekalian selalu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya.13

Hadis di atas telah membuktikan bahawa kita wajib berpegang teguh kepada hadis dan menjadikan hadis sebagai pegangan dan pedoman hidup adalah wajb, sebagaimana wajibnya kita berpegang teguh kepada al-Quran.

Banyak peristiwa menunjukkan adanya kesepakatan menggunakan hadis sebagai sumber hukum Islam yang kedua, antaranya ialah :

13

Riwayat Hakim dari Abu Hurairah

23

i.

Ketika Abu Bakar menjadi khalifah, beliau pernah berkata, Saya tidak akan meninggalkan sedikitpun sesuatu yang diamalkan oleh Rasulullah, sesungguhnya saya takut tersesat bila meninggalkannya.

ii.

Saat Umar al-Khattab berada di hadapan Hajarul Aswad lalu beliau berkata, Saya tahu bahawa engkau adalah batu. Seandainya saya tidak melihat Rasulullah s.a.w menciummu, saya tidak akan menciummu.

iii.

Pernah ditanyakan kepada Adullah bin Umar tetang ketentuan solat safar dalam al-Quran. Ibn Umar menjawab, Allah s.w.t telah mengutus Nabi Muhammad s.a.w kepada kita dan tidak mengetahui sesuatu. Maka sesungguhnya kami berbuat sebagaimana kami melihat Rasul berbuat. Diceritakan dari Said bin Musayab bahawa Usman bin Affan berkata, Saya duduk sebagaimana duduknya Rasulullah s.a.w. Saya makan sebagaimana makan Rasulullah s.a.w.

iv.

Masih banyak lagi contoh yang menunjukan bahawa apa yang diperintahkan, dilakukan dan diseru oleh Rasulullah s.a.w.

Di dalam al-Quran, terdapat beberapa kandungan yang bersifat ijmal ( global) dan umum, namun terdapat juga kandungan al-Quran yang bersifat tafshili ( terperinci ). Perkara-perkara yang bersifat global dan umum, sudah tentu memerlukan penjelasan-penjelasan yang lebih jelas dan terperinci dalam setiap penerangannya untuk dijadikan pedoman hidup. Nabi Muhammad s.a.w telah diberikan tugas dan autoriti untuk menjelaskan isi kandungan al-Quran.

24

Fungsi atau peranan hadis di samping al-Quran adalah :

i.

Menegaskan atau memperkuatkan hukum-hukum yang telah disebutkan dalam al-Quran ( bayan at-taqriri atau at-takid ).

ii.

Menjelaskan, menafsirkan, dan memperinci ayat al-Quran yang masih umum dan samar-samar. ( bayan at-tafsir ).

iii.

Mewujudkan suatu hukum atau ajaran yang tidak tercantum dengan alQuran ( bayan at-tasyri , yang mana pada prinsipnya tidak bertentangan dengan al-Quran ).

Dari segi dilalah al-ahkam, hadis mempunyai 4 fungsi terhadap al-Quran :

1. Hadis sebagai penjelas terhadap apa-apa yang dimaksudkan al-Quran. Penjelasan tersebut mempunyai 4mpat jenis, iaitu :

a. Penjelasan terhadap perkara yang umum, seperti perintah solat dalam al-Quran tidak diiringi penjelasan mengenai rukuk, syarat dan ketentuan-ketentuan lain. Oleh itu, hadis telah

memperjelaskan perintah solat yang berbunyi : Maksudnya : Solat kamu semua sebagaimana kamu semua melihat aku solat .

b. Mentaqyid

yang

mutlak.

Contohnya

hadis-hadis

yang

menjelaskan pengertian dari kata dalam firman Allah yang terdapat dalam Surah al-Maidah ayat 38 yang bermaksud : Maksudnya : Adapun orang-orang lelaki maupun perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) balasan atas

25

perbuatan yang mereka lakukan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa Maha Bijaksana. Ayat tersebut menjelaskan maksud dari kata adalah tangan kanak, dan pemotongannya dari pergelangan tangan bukan dari siku.

c. Mengkhususkan ( mentakhsis ) yang umum, contohnya seperti hadis yang menerangkan maksud dari kata dalam surah AlAnam ayat 82 yang bermaksud : Maksudnya : Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka dengan syirik, mereka itulah orang-orang yang mendapat rasa aman dan mereka mendapat petunjuk. adalah syirik. Terdapat

Yang dimaksudkan dengan

sebahagian sahabat yang memahaminya secara umum sehingga mereka berkata, Siapa dari kita yang tidak dizalimi. Kemudian, Rasulullah s.a.w bersabda:
14

"

d. Menjelaskan sesuatu yang samar.

2. Hadis adalah sebagai petunjuk atas suatu hukum yang tidak ada dalam al-Quran. Contohnya seperti hadis yang melarang berpoligami antara wanita dengan bibirnya baik dari ibu atau ayah.

3. Hadis sebagai penghapus (nasikh ) hukum yang ditetapkan al-Quran.

14

Riwayat Ahmad Bukhari

26

Kesimpulannya, kita sebagai umat Islam hendaklah mempelajari dan menguasai ilmu hadis. Selain itu, kita juga hendaklah berusaha untuk memartabatkan ilmu hadis serta menjadikan hadis sebagai panduan dan rujukan dalam kehidupan kita seharian selaras dengan hadis yang dijadikan sumber yang kedua selepas al-Quran dalam Islam.

27

4.0 Laporan Pengalaman Berasaskan Sekolah

Laporan Kaedah Pengajaran Ulum Hadis di Sekolah Rendah

Pada 19 Ogos 2013 yang lepas, saya telah menjalani Program Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di Sekolah Kebangsaan Stapok. Dalam program Pengalaman Berasaskan Sekolah pada kali ini, kami telah diberikan tugasan untuk melihat kaedah dan strategi yang digunakan oleh guru Pendidikan Islam ( GPI ) untuk melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkaitan dengan pengajaran Hadis dan Tilawah al-Quran.

Pengajaran hadis pada peringkat sekolah rendah hanya terdapat pada Tahun 3 KSSR. Ianya juga baru diperkenalkan. Dalam Tahun 3, terdapat satu sahaja tajuk yang berkaitan dengan bidang hadis yang bertajuk Nabi Muhammad Ikutanku. Pengajaran hadis pada peringkat ini lebih berfokuskan kepada amalan.

Pelbagai kaedah boleh digunakan untuk melaksanakan pengajaran hadis. Antaranya ialah kaedah hafazan. Menurut Ustaz Rifaaida, kaedah hafazan boleh digunakan untuk mengajar tajuk hadis. Guru meminta murid untuk menghafal hadis yang terdapat di dalam buku teks. Menurut beliau juga, muridmurid pada tahap atau peringkat ini sudah mampu untuk mengahafal. Sedangkan murid-murd di pra sekolah sudah mampu menghafal, apatah lagi murid-murid yang berada di Tahun 3.

Bagi melaksanakan kaedah hafazan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, ianya bukanlah dengan menghafaz hadis tersebut semata-mata. Guru-guru boleh menggunakan pelbagai teknik atau strategi agar murid-murid senang untuk menghafal hadis. Contohnya seperti permainan. Guru meminta
28

seorang murid untuk membaca sepotong hadis, kemudian di sambung oleh rakan-rakan yang lain dan seterusnya. Selain itu, kaedah nyanyian juga boleh digunakan semasa guru mengguna pakai kaedah hafazan dalam mengajar. Sebagai contoh, guru mengubah hadis tersebut menjadi sebuah nyanyian yang menarik. Dengan ini, murid akan lebih senang mengingati hadis yang di ajar oleh guru.

Menurut Al-Namiy dan Abdullah al-Amin (1994 ), pada peringkat hafalan, guru tidak perlu menghuraikan maksud kerana murid masih belum mampu untuk memahaminya.15 Kaedah hafalan merupakan kaedah pembelajaran yang sangat penting dalam Pendidikan Islam. Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w menerima wahyu, Baginda segera dan bersungguh-sungguh menghafal wahyu tersebut kerana bimbang wahyu tersebut akan hilang daripada ingatannya. Ianya menunjukkan bahawa kaedah hafalan ini memerlukan kesungguhan dan ketekunan murid-murid untuk mengingati hadis yang telah mereka pelajari melalui lisan dan bertulis.

15

Ahmad Mohd Salleh, Kurikulum, Metadologi dan Pedagogi Pengajian Islam

29

Kaedah kedua yang selalu digunakan semasa proses pengajaran hadis ialah kaedah penerangan atau turut juga dikenali sebagai kaedah syarahan. Menurut Ustaz Rifaaida yang telah ditemu bual, kaedah penerangan atau kaedah syarahan ini boleh digabung bersama kaedah talaqqi musyafahah. Mula-mula, guru menyebut potongan hadis yang hendak dipelajari. Kemudian, guru meminta murid untuk menyebut potongan hadis tadi mengikut sebutan guru. Guru meminta murid untuk mengulang pembacaan beberapa kali. Guru akan memperbetulkan sebutan bacaan murid.

Kemudian guru menggunakan kaedah penerangan atau syarahan. Kaedah penerangan ini dilaksanakan dengan guru mengajar tentang maksud hadis. Guru hendaklah memfokuskan isi kandungan hadis, intisari hadis dan isi pengajaran yang terdapat pada hadis tersebut untuk dijadikan amalan dalam kehidupan seharian pelajar. Menurut Musa Daia (1992),16 tujuan kaedah syarahan atau penerangan adalah untuk meyampaikan sesuatu pengajaran kepada murid-murid supaya : a. Merangsang minat murid. b. Menjelaskan dan membuat rumusan pelajaran. c. Membuat penelitian dan ulang kaji. d. Mengembangkan isi pelajaran. e. Menyampaikan maklumat yang telah dirancang. Menurut Rashidi Azizan dan Ahmad Razak Habib (1995),17 menegaskan terdapat pelbagai cara untuk menjadikan kaedah penerangan menjadi lebih menarik dan berkesan. Guru boleh menggunakan pelbagai bentuk bahan bantu mengajar contohnya seperti slaid, papan hitam, projektor dan poster ). Guru juga boleh menggunakan teknik-teknik yang pelbagai untuk

mempersembahkan idea yang terkandung dalam isi pelajaran.


16 17

Ahmad Mohd Salleh, Metadologi, Kurikulum, Pengajaran Pengajian Islam Ibid

30

Seorang guru juga mesti mengenal pasti aras atau tahap kognitif setiap pelajarnya. Guru disarankan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh murid, bertutur dengan jelas agar apa yang disampaikan oleh guru dapat diterima oleh setiap pelajar.

Menurut Ahmad Mohd Salleh dalam buku yang bertajuk Metadologi, Kurikulum dan Pengajaran Pengajian Islam, terdapat beberapa panduan untuk menggunakan kaedah penerangan agar ia menjadi lebih menarik dan berkesan, antaranya ialah :

i.

Penerangan hendaklah diberikan pada masa yang sesuai. Contohnya seperti ketika hendak mengajar tajuk yang baru.

ii. iii.

Guru hendaklah menyediakan sinopsis penerangan yang bernas. Guru hendaklah berhati-hati semasa menyampaikan penerangan. Guru hendaklah bercakap dengan sederhana dan jelas agar pelajar dapat mendengar dengan mudah.

iv.

Penerangan hendaklah diikuti dengan ujian secara lisan atau bertulis untuk melihat sejauh mana penerangan guru tersebut berjaya. Contohnya seperti soal jawab.

Kaedah lain yang sering digunakan untuk pengajaran hadis ialah kaedah latih tubi. Kaedah latih tubi dilaksanakan dengan meminta murid untuk membaca potongan hadis dengan berulang kali. Contohnya, guru meminta murid untuk membaca potongan hadis tersebut dengan mengulang sebanyak tiga kali.

Kelebihan kaedah latih tubi ini ialah guru dapat melatih pelajar untuk menyebut potongan hadis dengan sebutan yang betul dan lancar. Selain itu, murid akan mudah hafal sekiranya murid membaca hadis tersebut dengan berulang kali. Bagi membantu murid untuk menghafal dengan mudah, guru hendaklah memberitahu kepada murid maksud potongan hadis yang dipelajari dan meminta murid untuk memahaminya.

31

Dalam Islam, kaedah latih tubi mempunyai sejarah yang tersendiri. Malaikat Jibril sendiri telah menggunakan kaedah ini sewaktu mengajar Rasulullah s.a.w membaca ayat yang pertama turun (Iqra). Baginda diajar membaca berulang kali.

Menurut Ahmad Mohd Salleh, membaca berulang kali merupakan prinsip utama dalam latih tubi. Ianya merupakan corak pengajaran bagi memberikan kemahiran dan kecekapan dalam pengajaran yang melibatkan lisan. Begitu juga dengan kemahiran pergerakan otot. Kaedah ini telah diperkembangkan dari zaman ke zaman. Contohnya adalah seperti menggunakan kaedah latih tubi semasa kaedah pengajaran Tilawah al-Quran.

Menurut Ustaz Rifaaida, pengajaran hadis yang baru diperkenalkan ini menimbulkan sedikit masalah buat mereka. Hal ini disebabkan oleh mereka kekurangan kaedah yang hendak digunakan semasa melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran hadis. Mereka merasa sedikit kekurangan untuk mencari kaedah untuk mempelbagaikan lagi aktiviti yang hendak mereka laksanakan semasa mengajar di dalam kelas.

32

Selain itu, menurut beliau juga, pengajaran hadis ini memakan masa yang lama untuk di ajar kepada murid kerana ia hendaklah bersesuaian dengan aras atau tahap pelajar tersebut.

Ustaz Rifaaida telah mencadangkan beberapa cari untuk memastikan objektif yang disarankan akan tercapai. Antaranya ialah, semasa guru memilih objektif atau hasil pembelajaran yang hendak dicapai, guru mestilah memilih objektif yang sesuai dengan tahap atau aras murid. Hal ini disebabkan, asa untuk pengajran hadis adalah singkat, jadi amat mustahil untuk guru mencapai objektif yang sukar sekiranya guru tersebut mengajar di kelas yang paling lemah.

Kesimpulannya, apa yang saya dapat sepanjang pemerhatian saya mengenai kaedah pengajaran hadis di sekolah, seseorang guru hendaklah bijaksana dalam memilih kaedah dan strategi yang sesuai untuk menarik minat murid untuk mempelajari hadis. Apa yang penting sekali dalam pengajaran hadis, muri faham intisari atau isi kandungan yang terdapat dalam hadis

33

tersebut serta dapat mengambil pengajaran daripada hadis yang telah mereka pelajari dan seterusnya di amalkan di dalam kehidupan seharian mereka.

34

REFLEKSI

NUR SHAKINAH BINTI MOHAMAD PENGAJIAN AGAMA DUA


Assalamualaikum dan salam sejahtera saya ucapkan. Saya panjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi kerana telah mempermudahkan urusan saya dalam melaksanakan tugasan ini. Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Firdaus Bin Abdullah kerana telah banyak memberi tunjuk ajar serta bimbingan dalam melaksanakan kerja kursus pendek yang telah diberikan. Terima kasih juga buat ahli kumpulan saya kerana telah banyak memberikan kerjasama yang baik sepanjang melaksanakan tugasan ini.

Melalui tugasan ini, saya telah mempelajari banyak ilmu baru. Antaranya saya telah mempelajari tentang kemukjizatan Al-Quran. Al-Quran merupakan sebah anugerah daripada Allah s.w.t yang cukup berharga buat hambanya. Al-Quran mempunyai gaya bahasa yang tersendiri. Ianya unik berbanding dengan buku-buku yang terdapat di pasaran pada masa kini.

Selain itu, al-Quran turut mempunyai mukjizat dari segi sains dan dari segi perundangan. Mukjizat al-Quran dari segi sains menceritakan tentang teori-teori sains yang kita sangkakan merupakan hasil kajian daripada orang Barat, tetapi ia terdapat di dalam al-Quran. Setiap penciptaan langit dan bumi, penciptaan manusia, dan banyak lagi telah dicertitakan di dalam al-Quran. Teori-teori sains yang terdapat dalam al-Quran tidak akan berubah mengikut peredaran zaman.

35

Di samping itu, dalam tugasan ini, saya juga mempelajari tentang hadis palsu yang juga lebih dikenali sebagai hadis maudu. Pada pendapat saya, sebagai seorang individu muslim, amat digalakkan atau diharuskan kepada kita untuk mempelajari ilmu berkaitan dengan hadis serta menguasainya. Dengan berbekalkan ilmu yang sedikit berkaitan dengan hadis, tidak mustahi, kita akan beramal dengan hadis yang palsu kerana kita sendiri tidak tahu sejauh mana kesahihan hadis tersebut sama ada hadis tersebut boleh dijadikan panduan atau sebaliknya.

Tugasan yang terakhir yang telah saya jalankan untuk menyiapkan tugasan ini ialah dengan membuat pemerhatian terhadap kaedah dan strategi yang digunakan oleh guru pendidikan Islam untuk mengajar bidang hadis di sekolah rendah. Pada pendapat saya, seseorang guru hendaklah bijak untuk memilih kaedah dan strategi yang hendak digunakan semasa mengajar terutamanya bidang hadis yang memerlukan murid untuk mengingati potongan hadis, memahami maksud hadis serta dapat mengambil iktibar daripada hadis tersebut.

Kaedah dan strategi yang sesuai digunakan dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Apa yang difokuskan dalam pengajaran hadis pada peringkat ini, bukanlah dengan mengingati potongan hadis yang dipelajari, tetapi isi kandungan atau intisari yang terdapat di dalam hadis tersebut yang boleh dijadikan amalan dalam kehidupan seharian pelajar. . Kesimpulannya, saya telah memperolehi banyak ilmu yang berguna serta bermanfaat melalui tugasan ini. Jika saya telah bertugas di sekolah kelak, saya akan berusaha untuk mempraktikkan apa yang telah saya pelajari melalui tugasan ini. Kita hendaklah sentiasa berusaha memperbaiki diri agar menjadi guru yang cemerlang serta mampu mendidik murid-murid menjadi insan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

36

Bibliografi

Buku

1. Ibrahim, E.A (2006). HBQE1103 Ulum Quran. Kuala Lumpur : Meteor Doc Sdn. Bhd

2. Zin, R.A (1997) . Pengantar Ulum Hadis. Kuala Lumpur : Pustaka Salam Sdn. Bhd.

3. Salleh, A.M. (2011). Kurikulum, Metadologi, Pedadogi Pengajian Islam. Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Internet

4.

http://el-unsa.blogspot.com/2013/01/msi-hadist-sebagai-sumber-ajaran-islam.html. Dilayari pada 9 September 2013

5.

http://dunia-sarjana.blogspot.com/2012/10/kedudukan-hadis-sebagai-sumber-hukum.html. Dilayari pada 9 September 2013.

6. http://pustaka.abatasa.co.id/pustaka/detail/ulumul-hadits/hadist/849/hadits-adalahsumber-hukum-islam-kedua.html. Dilayari pada 9 September 2013

37

LAMPIRAN

38