Anda di halaman 1dari 10

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PUTERI TITIWANGSA

JALAN TEMERLOH, 53200 KUALA LUMPUR

KURSUS PENGURUSAN KEMAHIRAN PROFESIONALISME

TARIKH: 5 Januari 2013

TEMPAT: Bilik Gerakan SMKPT

ISI KANDUNGAN
BIL 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 ISI KANDUNGAN PENGENALAN RASIONAL OBJEKTIF PELAKSANAAN KUMPULAN SASARAN AHLI JAWATANKUASA SUMBER KEWANGAN PERBELANJAAN TENTATIF PROGRAM PENUTUP POST MORTEM PERJALANAN PROGRAM FOTO KENANGAN LAMPIRAN

DOKUMENTASI KURSUS PENGGUNAAN I THINK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SMK PUTERI TITIWANGSA, JALAN TEMERLOH, 53200 KUALA LUMPUR.

1. PENGENALAN Kursus Pengurusan Kemahiran Profesionalisme bertujuan untuk menambah pengetahuan dan kemahiran professional guru terutamanya di dalam bidang kokurikulum. Kursus ini bertujuan meningkatkan kemahiran guru dalam pengurusan kokurikulum sekaligus dapat mencungkil bakat dan kemahiran pelajar. Melalui kursus yang dirancang ini diharapkan akan dapat meningkatkan kemahiran guru-guru dalam mengendalikan kegiatan kokurikulum agar boleh bergiat dengan lebih berkesan. Adalah diharapkan dengan adanya program seumpama ini akan meningkatkan lagi kemahiran dan kemampuan guru-guru untuk menjalankan aktiviti dengan lebih sistematik.

2. RASIONAL Program seumpama ini telah diakui dapat meningkatkan mutu kerja dan meningkatkan kemahiran dalam mengendalikan kegiatan kokurikulum. Dengan adanya pendedahan kepada kegiatan sukan para guru akan lebih cergas dan proaktif dalam menjalankan tugas.

3. OBJEKTIF Program seumpama ini diharapkan dapat memenuhi objektif seperti berikut: i. Meningkatkan kecergasan guru-guru.

ii. iii.

Mendedahkan guru kemahiran asas permainan Jom Bola. Memupuk semangat kesukanan selaras dengan keperluan 1 MURID 1 SUKAN.

4. PELAKSANAAN TARIKH: 5 JANUARI 2013 HARI: SABTU MASA: 8.00 PAGI 14.00 PETANG TEMPAT: SMK PUTERI TITIWANGSA

5. KUMPULAN SASARAN Guru-guru Tetap SMK Puteri Titiwangsa

6. AHLI JAWATANKUASA PENGELOLA Pengerusi: Naib Pengerusi: Penyelaras: Setiausaha: Pengerusi Majlis & Sambutan : Pendaftaran: Penilaian: Fotografi: Jamuan: Fotografi: Alat siaraya: Dokumentasi: Pn. Hanizah bt Idris Pn. Lailane bt Mohamad Pn. Norliza bt Ibrahim Pn. Khariati bt Tiron Pn. Jalilah bt Zabar En. Mohd. Radhi b Che Kob Pn. Asniza bt Hamzah Cik Wong Wai Yong Pn. Khariati bt Tiron Pn. Nabilah bt Rafeek Ahmad Pn. Noor Shazana bt Byzauddin Pn. Asniza bt Hamzah

7. SUMBER KEWANGAN

8. PERBELANJAAN Makan minum perserta & Penceramah RM300 Saguhati Penceramah Tiada JUMLAH

RM300

9. TENTATIF PROGRAM Tajuk Kursus : Kursus Pengurusan Kemahiran Profesionalisme Bidang Kursus: i ii iii Pengetahuan Profesional Kemahiran Profesional Nilai dan Amalan Profesional Keguruan MASA 8.00pg 8.30 pg 8.30pg 9.30 pg 9.30pg 10.30 pg 10.30pg 11.00pg 11.00ptg 1.50ptg 1.50ptg 2.00 ptg Pendaftaran Senamrobik Pengenalan pada Jom Bola Kudapan Pengurusan Aktiviti Kokurikulum Mengisi Borang Penilaian SLOT

10. PENUTUP Adalah diharapkan Kursus Pengurusan Kemahiran Profesionalisme yang dijalankan ini mendapat sokongan dan kerjasama dari semua pihak. Semoga program seumpama ini akan dapat meningkatkan kecergasan dan kemahiran para guru dalam

pengurusan kokurikulum sekaligus dapat mengasah bakat dan kemahiran pelajar. Melalui kursus yang dirancang ini diharapkan akan dapat meningkatkan kemahiran guru-guru dalam mengendalikan kegiatan kokurikulum agar boleh bergiat dengan lebih efektif dan strategik.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

............................................................. (ASNIZA BINTI HAMZAH) AJK DOKUMENTASI

............................................................. (PN. LAILANE BT MOHAMAD) PENOLONG KANAN PENTADBIRAN

Disahkan oleh,

............................................................. (PUAN HANIZAH BINTI IDRIS) PENGETUA

11. POST-MORTEM AJK Pendaftaran Kelebihan: Dapat mengenalpasti jumlah dan maklumat guru yang mengambil bahagian. Kelemahan: Tiada. Cadangan/Langkah mengatasi: Tiada.

AJK Keselamatan Kelebihan: Semua guru dapat menjalankan aktiviti di dalam keadaan yang selamat. Kelemahan: Tiada. Cadangan/Langkah mengatasi: Tiada.

AJK Aktiviti dan Peralatan Kelebihan: Bengkel dan sesi pembentangan berjalan lancar dengan kerjasama setiap kumpulan. Semua urusan penyertaan berjalan lancar dan alatan disediakan dengan lengkap. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga dapat menarik perhatian para peserta kursus Kelemahan: Tempoh masa yang terhad bagi sesi pembentangan. Cadangan/Langkah mengatasi: Tempoh masa dipanjangkan.

AJK Fotografi dan Dokumentasi

Kelebihan: Dapat mengambil foto aktiviti yang dijalankan. Kelemahan: AJK terlibat secara lansung dengan aktiviti. Cadangan/Langkah mengatasi: AJK Fotografi dapat mengecualikan diri dari aktiviti senamrobik supaya dapat bertugas.

AJK Makanan dan Minuman Kelebihan: Makanan dan minuman yang disediakan adalah mencukupi. Kelemahan: Tiada. Cadangan/Langkah mengatasi: Tiada.

12. PERJALANAN PROGRAM Pada pukul 8 pagi, semua peserta seramai 67 guru mendaftar diri di Dewan SMKPT. Kursus peringkat pertama dimulakan dengan senamrobik. Seterusnya, penerangan disampaikan oleh 2 penceramah yang melibatkan semua guru. Selepas waktu rehat, wakil kumpulan membuat pembentangan dan penceramah memberi komen serta membuat rumusan aktiviti yang telah dijalankan. Peserta meneirma sijil penyertaan dan sesi kursus bersurai pada 14.00 petang.

GAMBAR KENANGAN

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai